Ahad, November 01, 2015

RUPA RUPANYA TONY PUA PENGECUT

Tak sangka pula ahli parlimen DAP yang hebat, Tony Pula pengecut orangnya. Dahulu dia cabar Arul Kanda Presiden 1MDB berdebat, Arul tolak dengan alasan Tony kena letak jawatan ahli PAC. Kini Arul setuju berdebat tanpa syarat Tony pula tak nak berdebat.Dia nak tanya soalan sahaja jadi moderator pula majlis live talk show.

Berat juga Tony Pua ini. Dia tak tahu siapa Arul Kanda yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Kalau RTM siarkan debat itu secara langsung sudah tentu Tony Pua yang tak fasih dalam Bahasa Melayu merangkak-rangkak nak bercakap dalam Bahasa Melayu. Sebab itu dia mahu jadi moderator tanya soalan kepada Arul Kanda sahaja.

Nampaknya Tony nak tanya soalan. Kalau nak tanya soalan tunggulah sidang PAC, anda kan ahli PAC boleh tanya Arul 1000 soalan. Kenapa nak tanya soalan dalam talk show tv pula? Dah tak ada modal ke Tony?

Buat apa jadi moderator. Terimalah cabaran berdebat. Arul Kanda bukan orang politik. Takkan nak berdebat dengan orang profesional pun takut Tony. Buat malu DAP. Lain kali sebelum cabar Arul Kanda berdebat, periksa dahulu latar belakang Arul Kanda yang merupakan tokoh pidato di kolej RMC. Dengan Arul Tony takut berdebat, jangan sampai Arul masuk politik lawan Tony Pua pula.