Ahad, Mei 15, 2011

KEDEKUT PUN MAHU JADI CALON


Pagi kelmarin saya menemui seorang bekas YB di sebuah DUN di Terengganu di Starbuck the Mall. Beliau adalah seorang Exco di zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri besar di terengganu. Ketika tsunami melanggar terengganu pada tahun 1999, YB ini kalah bertanding di kerusi parlimen.

Sekarang ini dia sudah kaya. Dia rapat dengan PM kerana dia pernah jadi pengurus kempen ketika Datuk seri Najib bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tidak lama dahulu.Dengan pertolongan Najib, dia dapat satu projek yang menguntungkannya. Dia pernah pakai kereta Iswara. Kini dia sudah ada Mercedes lampu bulat. Inilah kelebihan bekas YB ini yang baik dengan Najib.

Oleh kerana ADUN di kawasannya orang kuat Datuk seri Idris Jusoh, maka dia sudah pasang angan-angan untuk menjadi YB sekali lagi. Datuk Shahrir Samad sudah lama bersara dari politik akhirnya kembali bertanding semula. Oleh itu kalau bekas YB ini pasang angan-angan untuk bertanding semula bukan perkara yang mustahil.

Saya agak rapat dengannya ketika dia jadi YB dahulu. Dari dahulu dia kedekut. Rupa-rupanya sifat kedekut masih lagi jadi tabiatnya. Saya dipelawa minum tapi dia tak beri duit pun nak beli air. Bukan saya tiada duit nak beli air, tapi saya nak tengok dia ni masih kedekut atau tidak. Terbukti dia masih kedekut seperti dahulu.

Oleh itu tak payahlah bekas YB ini berangan jadi calon menggantikan bekas Exco yang tak ngam dengan Menteri Besar sekarang. Lupakanlah hasrat nak jadi calon kalau dia kekal dengan sifat kedekutnya itu.Rakyat akan menyampah dengan siksp Haji Bakhilnya itu. Oleh itu tumpukanlah kepada bisnesnya sekarang.