Isnin, Mei 29, 2023

KPT TAK MINAT KAWAL UNIVERSITI



 GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekali lagi menyatakan pendirian tidak berminat melakukan 'kepolisan pendidikan' atau mengawal pihak universiti, misalnya dalam menetapkan garis panduan berhubung kebenaran kemasukan ahli politik di kampus masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kebenaran itu termasuk membabitkan parti politik pembangkang.

Beliau berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Naib Canselor selaku 'tuan rumah' dan ia tertakluk di bawah kuasa autonomi pihak universiti.

"Kita nak masuk rumah orang minta izin, saya tidak pernah kawal universiti. Parti politik boleh masuk dengan kebenaran Naib Canselor, mungkin dia nak masuk hari ada majlis di universiti atau ada menteri dia pun nak datang.

"Tanya Naib Canselor universiti masing-masing. Saya sudah beritahu dan tekankan kementerian tidak berminat melakukan educational policing...kita kena faham perkara ini, saya bukan polis mahu menjaga universiti," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Mohamed Khaled turut mengulangi, parti politik tidak boleh menubuhkan cawangan di universiti bagi menumpukan usaha membangunkan kesarjanaan universiti.

"Maka saya kata kalau begitu saya boleh mendapat konsensus semua bersetuju jangan ada parti politik dalam kampus. Jadi jangan timbulkan lagi," katanya.

Beliau berkata, dalam hal ini, KPT bukan sahaja berhasrat melahirkan graduan yang memiliki ilmu pengetahuan malah mempunyai matlamat membangunkan kekuatan pemikiran mereka.

"Kita tidak mahu daripada awal dia menjadi taasub kepada satu pemikiran kerana kita nak bangunkan kesarjanaan universiti.

"Kalau katakanlah di luar sudah toksik...kita bergantung kepada universiti supaya betulkan keadaan di luar," katanya.

Terdahulu, Mohamed menyatakan sokongan terhadap usaha USM menganjurkan Wacana Madani dan menggalakkan program seumpama itu diadakan bagi menjayakan agenda nasional dan ia adalah satu daripada peranan institusi pendidikan dalam negara.

Beliau turut mengalu-alukan keputusan USM untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji agenda Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) yang telah memasuki usia 15 tahun sejak menerima pengiktirafan itu pada 2008.

"Sudah 15 tahun program itu jadi dalam kesempatan saya hadir pada hari ini saya telah minta pihak universiti melihat kembali agenda APEX kerana ia sangat penting dan menjadi fokus USM dalam memberi perhatian kepada empat perkara.

"Pertama, menjadi universiti peneraju dalam mencapai kecemerlangan melalui pendidikan tinggi, kedua melakukan penyelidikan kajian merentasi sempadan supaya dapat melahirkan bakat dan keempat menentukan B40 sentiasa diberi perhatian dan tidak tercicir," katanya.


Isnin, Mac 13, 2023

REEZAL MERICAN ADA POTENSI UNTUK MENANG

 Di kalangan calon-calon naib presiden Umno, selain Mahdzir dan Johari, seorang lagi calon yang ada potensi untuk menang ialah Reezal merican.

Beliau adalah bekas ahli parlimen Kepala Batas yang mengambilalih tempat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau pernah dilantik sebagai timbalan menteri luar, menteri belia dan sukan dan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dengan pengalaman yang ada sebagai bekas exco pemuda Umno, ahli majlis tertinggi maka beliau dikatakan sudah layak jadi naib prisiden Umno.

Tempat ketiga naib presiden sekarang menjadi rebutan antara Reezal Merican dengan bekas Menteri Besar Jojor, Hasni Mohamad. Maka Reezal kena kerja kuat supaya dapat mengatasi undi Hasni.

Hasni mungkin dapat undi simpati para perwakilan. Beliau menangkan Johor dalam PRN tetapi tidak dilantik semula menteri besar johor. Tetapi undi simpati sahaja tidak cukup kerana dalam Umno perwakilan  tidak pandang itu semua.

Jika Reezal bekerja keras kerusi naib presiden nombor 3 itu bakal menjadi milik Reezal walaupun Reezal bukan ahli parlimen. Tanpa jawatan dalam kerajaan Reezal lebih bebas bersuara. Oleh itu para perwakilan wajar memberi undi kepada reezal merican.


TAK RUGI PERWAKILAN UNDI JOHARI

 Kumpulan MJR (Mahdzir-Johari-Reezal) amat popular di kalangan para perwakilan Umno berdasarkan perjumpaan yang dianjurkan oleh Badan Badan Perhubungan umno Negeri.

Selain Mahdzir Khalid, Johari Ghani turut popular. Anak Kampung Pandan ini pernah menjadi ahli parlimen Titiwangsa pada tahun 2013. Beliau pernah dilantik Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan kedua. Beliau tewas dalam PRU 2018 kepada calon PH, Rina Harun. Tetapi beliau tetap aktif dalam Umno walaupun tidak lagi menjadi ahli parlimen.

Akibat kerja kerasnya beliau akhirnya menang dalam PRU 2023 mengalahkan Khalid Samad calon PH. Beliau tidak dilantik jawatan dalam kerajaan perpaduan. Tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik beliau untuk menyelesaikan masalah 1MDB

Jika beliau ahli parlimen PKR sudah tentu beliau adalah pilihan utama untuk menjadi Menteri Kewangan. Saya yakin Anwar tidak lama menjadi Menteri Kewangan. Beliau akan serahkan jawatan itu kepada Johari Ghani selepas beliau berjaya menyelesaikan kes 1MDB.


Oleh itu para perwakilan jangan lupa undi Johari pada 18 Mac ini. Tak rugi perwakilan undi beliau kerana jika beliau menang Naib Presiden Umno, dia adalah calon utama untuk jawatan Menteri Kewangan selepas Anwar Ibrahim.


MAHDZIR TERUS POPULAR

 Semalam perjumpaan semua calon di Melaka. Sebelum itu di Johor anjuran Badan Perhubungan Umno Johor dan Melaka.



Calon Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar tetap popular di kalangan para perwakilan. Mahdzir tetap pemimpin yang jalan sederap dengan Zahid Hamidi. Oleh itu para perwakilan jangan bimbang. Jika Mahdzir menang beliau boleh berjalan bersama membantu Zahid memulihkan Umno.

Di Johor Bharu Zahid tak kesah siapa yang menang asalkan semua pemimpin dapat berada dalam satu pasukan untuk menghadapi PRN Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Jika Mahdzir menang besar, tanggungjawabnya amat berat untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Semua ketua pemuda bahagian, ketua wanita bahagian dan ketua puteri bahagian perlu bekerja keras merampas Kedah, Kelantan, Terengganu. Tumpuan perlu diberi kepada pengundi baru yang akan mengundi buat kali pertama pada bulan Jun ini.

Siapa yang menang naib presiden, ahli majlis tertinggi tidak penting. Yang penting BN perlu menang dalam PRN akan datang. Kita sudah terkena menang PRN Johor tapi kalah dalam pilihanraya parlimen. Kenapa selera pengundi berubah? Ini adalah kerana Umno gagal jaga pengundi baru. Maka ketua pemuda baru, Dr Akmal perlu bekerja keras untu memenangi hati para pengundi baru.

Sabtu, Mac 11, 2023

MJR DAHULUI SELEPAS PERJUMPAAN DI LIMA NEGERI


 Kumpulan Mahdzir-Johari- Reezal (MJR) dikatakan mendahului grup Presiden Umno, Azalina, Khaled dan Wan Rosdy. Yang peliknya MJR bukan menteri tetapi mereka lebih popular dari menteri yang bertanding naib presiden Umno.


Mahdzir Khalid adalah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Johari Ghani pula bekas Menteri Kewangan II dan Reezal Marican adalah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selepas pertemuan di lima negeri MJR amat popular di kalangan para perwakilan. Di belakang Reezal adalah Hasni Mohamad bekas Menteri Besar Johor.


Mereka dikatakan tidak berada dalam grup Presiden Umno. Selepas Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan menang tanpa bertanding sebagai presiden dan timbalan presiden Umno, maka perwakilan Umno mahu naib presiden yang tidak yes man.

Perlu ada check dan balance. Jika tidak ada pembelian undi di saat saat akhir, MJR akan dinobatkan sebagai naib presiden Umno bagi penggal 2023-2026. Insya Allah para perwakilan tidak terpengaruh dengan kempen di saat saat akhir.

Rabu, Mac 08, 2023

ENAM HARI LIMA MALAM DI SANDAKAN

SUDAH 33 tahun saya tak pergi ke Sandakan, Sabah. Apabila anak saudara saya Abdul Latif ajak pergi ke Sandakan pada 2 Mac lalu saya rasa teruja.

Abdul Latif bertunang dengan Siti Khadijah binti Razali, 17 tahun, orang Sungai yang duduk di PPR Taman Murni berhampiran dengan airport Sandakan. Razali, 54 tahun,  yang bekerja di pejabat ukur Sandakan rupa rupanya anak buah Malek Chua seorang pemimpin Berjaya dahulu. 

Hari pertama (2 Mac)

Saya bertemu dengan Latif, 26 tahun, di KLIA2. Latif datang bersama kakaknya, Maghfirah dan suaminya Yusof dan dua orang anak. Flight Airasia kami jam 1.30 petang direct ke Sandakan. Jam 4.30 petang kami sampai di airport sandakan. Latif uruskan sewa kereta Axia untuk empat hari. Senang mereka nak bergerak. Kami terus ke homestay di Batu 8, Taman Permata. 

6.30 petang dah masuk waktu maghrib. Selepas solat maghrib  kami ke restoran Ikhwan Global dekat supermarket Barnabas. Sedap nasi goreng tapi masin. Kami singgah di supermarket itu beli barang keperluan untuk homestay kami.

Hari kedua (3 Mac)

jam 6.30 pagi Maghfirah dan Yusof sudah pergi ke pasar Sandakan beli udang, ketam, ayam. Magfirah masak nasi dengan udang yang besar. Puas hati makan nasi di awal pagi. Mereka pergi ke Sepilok tapi saya minta Yusof hantar saya ke perpustakaan buat kerja.

Besar perpustakaan Sandakan tetapi line internet slow. Sampai ke sudah saya tak dapat buka email saya. Saya balik dengan bas ke Batu 8. Dari perpustakaan ke bandar tambang RM1.50 manakala dari bandar ke Batu 8 tambang RM3.00. Seronok naik bas mini di Sandakan tetapi kalau di Semenanjung bas mini itu seperti van sahaja.

Hari ketiga (4 Mac)

sahabat lama saya Sapari Idal datang menemui saya dari Bukit Garam 80km Bukit Garam Sandakan. Sapari nak pergi ke Kota Kinabalu dengan flight pukul 11 pagi. Kami makan di restoran Pak Mus sahabat kami yang buka cawangan utama di Kota Kinabalu.

Selepas makan dia hantar saya ke perpustakaan buat kerja. Saya balik ke homestay naik bas lagi.

Hari keempat (5 Mac)

hari pertunangan tiba jam 10 pagi di rumah bakal tunang Latif di PPR Taman Murni dekat dengan kem tentera. Saya beritahu tuan rumah saya kenali Datuk Seri Bung Mokhtar, Datuk Johari Janan, Arwah Kepli Abas dan Sapari Idal pemimpin Usno dan SANYA dari tahun 1990 lagi. Apabila mereka datang dari Sandakan, saya yang ambil mereka di airport Kota Kinabalu. Mereka sudah macam saudara rapat. Sampai sekarang tak putus persahabatan kami.

Razali tanya saya kenal tak Majid Lindan pegawai khas Bung Mokhtar. Saya kata kenal sejak 1990. Rupa rupanya Latif bertunang dengan anak buah Majid Lindan. Saya call Majid. Dia ada di Kota Belud. Dia kata kalau Razali beritahu sudah tentu dia datang ke Sandakan. Majid kini duduk di Kota Kinabalu. Tahun depanlah kami berjumpa masa akad nikah nanti.

Oleh kerana Siti Khadijah belum cukup umur 18 tahun, maka mereka bertunang selama satu tahun sehingga April tahun hadapan. Ikut undang undang MUIS tak boleh nikah di bawah umur. Maka majlis nikah ditetapkan pada 1 Julai 2024 dengan hantaran sebanyak RM13,000. Selama 1 tahun bertunang Siti Khadijah dapat elaun bertunang sebanyak RM50 sebulan atau RM600 satu tahun.

Petang kawan lama di MRSM Seremban datang dari Lahad Datu ke Sandakan mencari saya. Kassim Sulaiman yang saya kenali di MRSM 51 tahun lepas sanggup naik kereta 3 jam untuk menemui saya. Saya sangat terharu. Beliau kini pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Yusof Apdal.

Hampir dua jam kami berbual. Jam 4 dia balik ke Lahad Datu. Kawan kawan MRSM yang berasal dari Sandakan kini ramai yang menetap di Kota Kinabalu.

Hari kelima (6 Mac)

Awal pagi saya ke perpustakaan. Tengahari saya sudah balik ke homestay. Maghfirah dan Yusof balik ke KLIA petang ini. Mereka duduk empat hari sahaja tambang pergi balik RM900. Kami lima hari tambang pergi balik RM500. Jimat RM400.

Hari keenam (7 Mac)

jam 1 pagi saya bangun tidur wasap kepada isteri, Zaitun yang sambut harijadinya yang ke 61. Saya tiada semasa isteri sambut harijadi.

Pagi ini kami tak ke mana mana. Kereta sewa Axia sudah diserah petang semalam di airport masa Maghfirah dan Yusof terbang ke KLIA jam 7.30 petang semalam. Jam 4 petang kami naik grab ke MCDonald di Taman IJM. Kami makan bersama Razali, isterinya dan tunang Latif. Selepas itu Razali hantar kami ke airport naik flight jam 7.30 petang.

jam 10.30 malam kami mendarat di KLIA2 tetapi juruterbang mendarat dengan tidak smooth. Semua penumpang terkejut masa juruterbang touch down. Syukurlah kami selamat tiba di destinasi. Pada 1 Julai 2024 kami datang lagi.









BERMULA DARI BAWAH KUNCI KEJAYAAN MAHDZIR KHALID

 Calon Naib Presiden UMNO nombor 2, Datuk Seri Mahdzir Khalid memulakan karier politiknya di bahagian Padang Terap sebagai naib ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan ketua bahagian dan seterusnya sebagai ahli   majlis tertinggi Umno.

Sudah 20 tahun beliau bersama dengan Umno meniti dari ahli majlis tertinggi Umno dan seterusnya menang Naib Presiden Umno pada tahun 2018 selepas Umno kalah. Mempertahankan jawatan bukannya mudah apatah lagi beliau bukan lagi seorang menteri.

Dahulu beliau pernah jadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kalah dalam PRU 2013, beliau tidak dilantik senator sebaliknya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno tanpa jawatan dalam kerajaan dikatakan sukar.

Tetapi para perwakilan senang dengan beliau yang tidak sombong sejak menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Kedah. Tidak kira di mana beliau berada sama ada di negeri atau di persekutuan Mahdzir Khalid tetap menjadi tarikan kepada para perwakilan.

Seperti Tun Ghafar Baba yang tiada jawatan dalam kerajaan selama 25 tahun, beliau tetap menang naib presiden Umno. Mahdzir Khalid bakal menjejak langkah Ghafar yang akan menang naib presiden Umno buat penggal kedua.


"Bukan mudah menguruskan parti di saat saat parti kalah pada tahun 2018. Kita perlu semangat yang kuat,"kata beliau yang menjadi ahli majlis tertinggi Umno sejak tahun 2005.

Beliau berharap para perwakilan dapat memberi undi kepada beliau walaupun beliau tiada jawatan dalam kerajaan.

"Kebersamaan Demi Perjuangan" ialah gagasan besar beliau untuk parti dan negara.  

"Sama sama kita teguhkan setiakawan, janakan kesatuan dan bulatkan tekad untuk memulihkan semula Umno, katanya. 

Walaupun beliau kalah dalam PRU, beliau tetap setia dengan Umno. Jika beliau menang naib presiden Umno, mudah beliau menguruskan parti kerana beliau ada sepenuh masa untuk menjaga parti.



Isnin, Mac 06, 2023

TANPA JAWATAN BUNG MOKHTAR TETAP PERTAHAN JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

 Datuk Seri Bung Mokhtar bukan lagi Timbalan Ketua Menteri Sabah dan   Menteri Kerjaraya Sabah tetapi beliau tetap mahu pertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno.

Ini adalah kali ketiga beliau bertanding. Pada tahun 2013 beliau selaku Pengerusi FELCRA menang ahli majlis tertinggi Umno.  Pada tahun 2018 beliau menang ketika BN sudah jadi pembangkang.

Kali ini beliau mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno tanpa jawatan dalam kerajaan juga. Beliau yakin para perwakilan sudah matang memilih 25 orang ahli majlis tertinggi gabungan yang ada jawatan dalam kerajaan dan yang tiada jawatan dalam kerajaan.

Bung bukan lagi Pengerusi Umno Sabah tetapi ia tidak menghalang beliau untuk menang kerana semua perwakilan sudah lama mengenali Bung. Sebut sahaja Bung Mokhtar semua orang kenali beliau yang kontroversi di parlimen sejak tahun 1999.

Sudah enam penggal beliau di parlimen. PRU 1999,2004,2008,2013,2018 dan 2013, tidak sia sia rakyat Kinabatangan hantar beliau ke parlimen. Dalam parlimen perlu ada orang kaki gaduh macam beliau. Dalam majlis tertinggi pula orang yang bising macam Bung perlu ada.

"Saya tiada projek nak beri kepada perwakilan. Tetapi percayalah saya akan bawa masalah para perwakilan dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO,' katanya.

Katanya beliau berani bersuara demi para perwakilan semua.

'oleh itu jangan lupa undi saya,' tegasnya lagi.





Jumaat, Mac 03, 2023

UNDILAH CALON EXCO WANITA UMNO NO 45, SANIE ABDUL RAHMAN

KEPADA semua perwakilan wanita Umno Malaysia, jangan lupa uni calon nombor 45, Sanie Abdul Rahman@Mel.

Mel juga adalah ahli jawatnkuasa gerakan pengguna wilayah persekutuan dari tahun 2017 hingga sekarang. Penglibatan aktif beliau dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dapat dimanafaatkan dengan memberi idea untuk mengawal kos sara hidup rakyat yang meruncing.

Mel yang juga ketua cawangan umno Bukit Bangsar mulai 2023-2026 merupakan satu satunya ketua cawangan wanita dalam bahagian Lembah Pantai dan ini membuktikan wanita berdiri sama tinggi dengan lelaki. Insya Allah apa yang lelaki boleh buat boleh juga dilaksanakan oleh wanita dengan kualiti yang sama.

Mel berharap ahli wanita di Lembah Pantai dapat memberi sokongan yang padu dan menerima beliau sepenuhnya dalam melaksanakan visi dan misinya.

''Saya bertanding bukan untuk merebut jawatan semata-mata tetapi yang lebih penting adalah untuk memanfaatkan pengalaman yang ada dalam NGO untuk membantu wanita bahagian dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang mereka hadapi," katanya.

Beliau menambah sudah sampai masanya bagi beliau aktif dalam wanita bahagian dan pusat amnya.

'' Jangan lupa nombor 45 bagi calon EXCO wanita dan jangan lupa calon nombor 1 bagi jawatan naib


ketua wanita bahagian Lembah Pantai,'' katanya lagi.

Khamis, Mac 02, 2023

SANIE ABDUL RAHMAN@MEL TAWAR DIRI TANDING EXCO WANITA UMNO

 


 Seorang ahli perniagaan, Puan Sanie Abdul Rahman@Mel, 47 tahun, menawarkan diri bertanding Exco Wanita Umno Malaysia pada pemilihan kali ini.Beliau Yang bertanding buat kali kedua kalah pada pemilihan 2018. Tetapi kekalahan 2018 tidak mematahkan semangatnya untuk bertanding lagi Kali ini

Mel yg ditemui berkata beliau juga menawarkan diri untuk jawatan naib ketua wanita bahagian Lembah Pantai.Beliau berhasrat untuk memperkasakan sosioekonomi wanita Lembah Pantai menerusi penubuhan koperasi wanita

Melalui pengalaman  Mel dalam NGO sebagai pengerusi kelab wanita bakti, beliau yakin dapat membantu ahli wanita dalam mendapatkan bantuan terutamanya golongan ibu tunggal

 Beliau yang merupakan pengarah urusan Indah Enterprise & Services Sdn BHD berharap penawaran dirinya sebagai naib ketua wanita bahagian dapat diterima oleh wanita Lembah Pantai

 Mel yakin beliau mampu mengangkat martabat wanita Lembah Pantai jika beliau menang naib ketua wanita bahagian

 Di peringkat pusat pula beliau mahu penawaran dirinya sebagai calon exco wanita dapat memberi nilai tambah kepada wanita umno Malaysia.

 Beliau yang juga ahli jawatankuasa gerakan pengguna wilayah persekutuan Dari tahun 2017 hingga Sekarang berharap dapat membantu kementerian perdagangan dalam negeri Dan kos Sara hidup memberi idea untuk mengurangkan kos Sara hidup rakyat Yang semakin meruncing

 Mel yang juga ketua cawangan umno Bukit Bangsar 2023-2026 merupakan satu satunya ketua cawangan wanita Dalam bahagian Lembah Pantai.: Tidak semestinya orang lelaki yang jadi ketua cawangan

"Jika diberi tanggungjawab, wanita pun mampu mengetuai cawangan, " tegas beliau

Mel berharap ahli wanita di Lembah Pantai dapat menerima beliau

 

 "Saya bertanding bukan untuk merebut jawatan tetapi untuk memanfaatkan pengalaman saya dalam NGO dalam wanita bahagian," katanya lagi Beliau menambah sudah sampai masanya bagi beliau aktif dalam wanita bahagian dan wanita pusat

 " Jangan lupa undi saya kepada semua perwakilan wanita di seluruh negara," kata Mel lagi