Isnin, Mac 13, 2023

MAHDZIR TERUS POPULAR

 Semalam perjumpaan semua calon di Melaka. Sebelum itu di Johor anjuran Badan Perhubungan Umno Johor dan Melaka.



Calon Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar tetap popular di kalangan para perwakilan. Mahdzir tetap pemimpin yang jalan sederap dengan Zahid Hamidi. Oleh itu para perwakilan jangan bimbang. Jika Mahdzir menang beliau boleh berjalan bersama membantu Zahid memulihkan Umno.

Di Johor Bharu Zahid tak kesah siapa yang menang asalkan semua pemimpin dapat berada dalam satu pasukan untuk menghadapi PRN Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Jika Mahdzir menang besar, tanggungjawabnya amat berat untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Semua ketua pemuda bahagian, ketua wanita bahagian dan ketua puteri bahagian perlu bekerja keras merampas Kedah, Kelantan, Terengganu. Tumpuan perlu diberi kepada pengundi baru yang akan mengundi buat kali pertama pada bulan Jun ini.

Siapa yang menang naib presiden, ahli majlis tertinggi tidak penting. Yang penting BN perlu menang dalam PRN akan datang. Kita sudah terkena menang PRN Johor tapi kalah dalam pilihanraya parlimen. Kenapa selera pengundi berubah? Ini adalah kerana Umno gagal jaga pengundi baru. Maka ketua pemuda baru, Dr Akmal perlu bekerja keras untu memenangi hati para pengundi baru.