Jumaat, September 16, 2011
MANSUH ISA, APA JAMINAN BN MENANG?
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman memperkenalkan ISA tetapi PM keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkannya. Pembangkang bersorak kerana selama ini mereka menuntut penghapusan ISA.Akhirnya kerajaan BN mendengar tuntutan mereka.
ISA sudah dimansuhkan. Apa jaminan dengan pemansuhan ini, BN akan menang dengan majoriti besar pada pilihanraya umum akan datang? Saya yakin para pengundi yang menyokong pembangkang tetap mengundi pembangkang walaupun BN memansuhkan ISA. Mereka tidak berminat dengan reformasi yang dilakukan Najib sebaliknya mereka berminat mahu memerintah negara.Mereka lebih berminat menjadi PM, TPM, menteri. oleh itu keputusan Najib tidak menguntungkan BN.
Bagi yang pernah ditahan di bawah ISA seperti Datuk Ibrahim Ali, baginya ISA penting sebagai senjata terakhir kerajaan kepada rakyat yang menggunakan isu perkauman dan isu agama.oleh itu saya tidak nampak pemansuhan ISA menyebabkan para pengundi pembangkang mengundi BN.
Kita mahu dengar komen PM keempat, Tun Dr Mahathir tentang pemansuhan ISA ini. saya rasa Dr Mahathir tidak setuju kerana ia merugikan kerajaan. ISA perlu ada tetapi tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya. Bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim sanggup letak jawatan menteri bila Syed Hamid Albar menggunakan ISA untuk menahan beberapa rang pemimpin politik.
ISA dilihat sebagai zalim kerana menahan tanpa bicara selama 60 hari tetapi kepentingannya tetap ada kalau negara dalam darurat. Dr mahathir pernah menggunakan ISA untuk menyelamatkan negara dari berlakunya tragedi 13 Mei berulang apabila menangkap ramai pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam operasi lalang 1987.hamu
Menteri dalam Negeri, Hishamuddin akan dikenang dalam sejarah sebagai menteri yang menghapuskan ISA bersama sepupunya, Najib tetapi suatu hari nanti jika berlaku tragedi seperti 13 mei, ketika itu kerajaan baru menyesal kerana ISA tidak boleh digunakan lagi untuk menangkap orang yang memainkan isu perkauman dan agama. Ketika itu menyesal sudah tidak berguna lagi.
Ramai orang Melayu marah dengan tindakan Najib yang tunduk kepada pembangkang tetapi mereka tetap setia dengan UMNO kerana mereka nampak UMNO sahajalah yang dapat membela nasib dan masa depan orang Melayu. Alahai Najib?
Langgan:
Catatan (Atom)