Isnin, Mei 13, 2013

KEKALKAN AHMAD SHABERY SEBAGAI MENTERI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta mengekalkan ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai menteri dalam pembentukan kabinet baru esok.Menurut ahli jawatankuasa UMNO, Kamal Harun, prestasi beliau yang cemerlang di Kementerian Belia dan Sukan, sepatutnya menjadi ukuran kepada Najib untuk mengekalkan beliau dalam kabinet. Khabar angin tersebar mengatakan Terengganu akan memiliki menteri baru dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Pengerusi MARA. Menurut Kamal, jika Terengganu mempunyai seorang menteri sahaja (Idris), Kemaman akan kehilangan seorang menteri yang cemerlang. Justru itu beliau berharap merit menjadi pertimbangan Najib untuk melantik menteri. "Apa salahnya Terengganu memiliki dua menteri iaitu Shabery dan Idris, kerana negeri kecil macam Perlis pernah ada dua menteri penuh iaitu Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad sedangkan Perlis ada tiga kawasan parlimen sedangkan Terengganu ada empat parlimen yang menang dari lapan kawasan parlimen. BN menang di Kemaman, Besut,Hulu Terengganu dan Setiu manakala tewas di Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Pada masa yang sama beliau mencadangkan supaya Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said menggunapakai perlembagaan yang dipinda pada zaman PAS pada tahun 2000 iaitu MB boleh melantik enam orang ADUN dilantik. "Oleh kerana BN Terengganu menang 17 kerusi, dengan 6 ADUN dilantik, BN ada 23 kerusi," katanya sambil mencadangkan supaya seorang wanita dilantik sebagai ADUN, seorang ADUN China, dan 4 lagi yang kalah dalam pilihanraya atau sesiapa sahaja yang MB fikir layak jadi ADUN dilantik. Beliau berharap MB dapat mengguna pakai perlembaaagn ini kerana ia sudah diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada zaman PAS memerintah Terengganu dahulu.