KANGAR, 3 Julai (Bernama) -- Islam membenarkan perkahwinan lelaki dengan kanak-kanak perempuan belum baligh tetapi perbuatan itu tidak digalakkan, kata Anggota Majlis Fatwa Negeri Perlis, Prof Madya Datuk Ahmad Jusoh.
Menurutnya perbuatan itu berdasarkan dua peristiwa yang berlaku semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup.
Peristiwa pertama, Nabi Muhammad SAW sendiri berkahwin dengan Aisyah Abu Bakar semasa Aisyah baru berusia sembilan tahun dan kedua, Nabi Muhammad sendiri mengahwinkan Salamah dengan puteri bapa saudara baginda Hamzah, Umamah ketika Umamah belum baligh, katanya.
Ahmad berkata berdasarkan dua peristiwa itu jelas Islam tidak melarang seseorang lelaki berkahwin dengan kanak-kanak perempuan belum baligh tetapi ia tidak menggalakkannya kerana tidak memenuhi hikmah perkahwinan.
"Hikmah perkahwinan untuk memenuhi naluri seks tidak kesampaian jika berkahwin dengan kanak-kanak perempuan kerana hubungan seks tidak dibolehkan sehingga kanak-kanak berkenaan baligh," katanya kepada Bernama bagi mengulas tindakan seorang peraih getah berusia 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand pada 18 Jun lepas.
Selasa, Julai 03, 2018
TUNGGU TIGA TAHUN LAGI KJ LAWAN ZAHID
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mendakwa ramai perwakilan parti itu diarah, diugut, dan dipaksa untuk mengikut pilihan 'warlords' dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.
Khairy yang tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perebutan jawatan Presiden UMNO berkata sistem undi bahagian berpihak kepada ?warlords' yang mempunyai cengkaman kuat ke atas bahagian mereka walaupun statistik undi popular menunjukkan majoriti anggota parti itu mahukan perubahan.
"Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat."
"Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri," katanya menerusi laman Twitter hari ini.
Walaupun bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerima keputusan semalam dengan hati terbuka, beliau mahu anggota parti supaya membuang mentaliti feudal selain mengulangi pendiriannya untuk melihat perubahan dalam UMNO.
Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, dipilih sebagai Presiden UMNO apabila mendapat 93 undi, jauh mendahului dua pencabar utamanya iaitu Khairy yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi.

Ulasan saya, apa yang diucap oleh Khairy amat benar. Ramai ahli Umno mahu buat perubahan tetapi diugut oleh "warlord" yang menguasai bahagian. Warlord ini pula telah dibela oleh sekian lama oleh calon tertentu dengan dibayar elaun bulanan maka agak sukar untuk merubah mereka yang sudah biasa dengan politik wang.
Oleh itu, Khairy kena tunggu tiga tahun lagi untuk menentang Zahid bagi jawatan Presiden Umno. Tahniah Khairy yang berani bertanding jawatan presiden sedangkan jika beliau bertanding jawatan naib presiden Umno sudah tentu beliau menang tetapi beliau sudah berkorban untuk buat perubahan.
Langgan:
Catatan (Atom)