Isnin, Februari 09, 2009

BUKIT GANTANG UJI DR. ZAMBRI


Baru tiga hari jadi Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir diuji dengan pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang dijangka diadakan dalam waktu yang terdekat sebelum pemilihan UMNO Mac depan berikutan kematian ahli parlimen PAS, Roslan Shaharum.


Beliau,50, mengalahkan Bendahari UMNO Malaysia, Azim Mohd. Zabidi dengan kelebihan 1,500 undi lebih pada Mac tahun lepas. Kerajaan BN Perak yang baru dibentuk diuji dengan pilihan raya kecil ini. Jika MB Terengganu, Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, dapatkah Dr. Zambry merampas parlimen Bukit Gantang dari PAS.


Jika BN mahu menang, BN tidak perlu meletakkan semula Abdul Azim yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang di situ. BN perlu letak muka baru yang direstui oleh Ketua UMNO Bahagiannya, Mohd. Isa yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Tun Razak.


Mampukah BN merampas semua kerusi Bukit Gantang? Dahulu Abdul Azim dianggap orang luar sebab itu beliau kalah di tangan Roslan. Adakah pengundi Bukit Gantang mengekalkan PAS dalam suasana Pakatan Rakyat baru tumbang secara rampas kuasa oleh BN. Maka keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang menguji rakyat Bukit Gantang sama ada mereka menyokong MB baru, Dr. Zambry atau MB lama, Nizar Jamaluddin.