Isnin, Disember 07, 2015

JATUH KE LAUT BUKTI SHAFIE TIDAK BINA JETI DI KAWASAN

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Shafie Apdal ditimpa malang apabila jatuh ke laut dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.
Seorang pengguna maya memuat naik gambar seputar insiden itu di Facebook semalam.
“Jeti yang dinaiki Datuk Shafee Apdal roboh dan menyebabkan dia jatuh ke laut ketika program lawatan ke Pulau Selakan,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama “Tun Razak”.
Beliau juga memuat naik beberapa keping gambar sekitar insiden itu, antaranya sebelum dan selepas kejadian di perkampungan air di Semporna – yang terkenal dengan keindahan lautannya.
Ia antaranya memaparkan rombongan Shafie berjalan di titian kayu dan gambar beliau diambil dengan sebuah sampan ketika kejadian.
Berdasarkan gambar, naib presiden Umno itu dalam lawatan itu memakai seluar hitam, kemeja cerah berlengah panjang serta bersongkok dan berkasut hitam.
Pembantu Shafie ketika dihubungi mengesahkan insiden itu tetapi berkata tiada sebarang kecederaan dialami.
Bagi saya, ini menunjukkan Shafie sebagai ahli parlimen Semporna tidak ada inisiatif membina jeti baru di pulau tersebut sedangkan kos membina jeti bukannya mahal.
Apatah lagi sebagai menteri luar bandar sudah tentu kementeriannya banyak peruntukan tetapi oleh kerana sibuk di peringkat nasional menghentam Najib kerana isu 1MDB sampai beliau terlupa tanggungjawab asal beliau untuk membina kemudahan kepada orang pulau.
Inilah akibatnya bekas menteri yang tidak perihatin dengan kehendak rakyat. Jadi insiden jatuh laut bukannya insiden mengejutkan tetapi insiden yang makan dirinya sendiri akibat gagal membangunkan kawasan sendiri.