Khamis, Jun 02, 2016
MAT SABU TAK BERANI TANDING DI SUNGAI BESAR
SABAK BERNAM, 1 Jun (Bernama) -- Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur diumum sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan perkara itu pada satu majlis di Sekinchan di sini, malam ini.
Turut hadir, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Azhar, 51, yang berasal dari Sungai Besar merupakan bekas guru dan kini mengusahakan perniagaan sendiri.
Berikutan pengumuman itu, PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dengan Barisan Nasional menamakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Budiman Mohd Zohdi manakala PAS pula mempertaruhkan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.
Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi daripada kaum lain.
Ulasan saya, sebelum ini nama Presiden Amanah. Mat Sabu turut disebut sebut sebagai calon Amanah tetapi nampaknya Mat Sabu tak berani bertanding dalam PRK Sungai Besar. Meletakkan calon baru Azhar tidak akan menggugat calon BN dan calon PAS yang sudah dikenali orang ramai. Sebaliknya jika Mat Sabu bertanding maka peluang Amanah nampak sama kuat dengan BN dan PAS.
Langgan:
Catatan (Atom)