Setiap kali pemimpin pembangkang mendakwa Malaysia akan bangkrap, mereka menjadi kaya raya. Peliknya mereka mendoakan negara jadi bangkrap tetapi Malaysia tetap tidak bangkrap. Sebaliknya mereka yang kaya raya ketika negara kita menikmati kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
DAP sudah 50 tahun menyanyikan lagu Malaysia akan bangkrap tetapi yang anehnya negara kita makin maju.Bukan sahaja Malaysia tidak bangkrap sebaliknya seorang pengasas DAP telah menjual ladang kelapa sawitnya kepada FELDA dengan harga RM1.2 billion pada tahun 2013.
Inilah wajah sebenar pemimpin DAP yang kononnya memperjuangkan sosialis. Ahli DAP miskin tak apa asalkan pemimpin DAP jadi billionair.
Seorang lagi ahli parlimen DAP adalah seorang jutawan dengan anaknya menggunakan Mercedes S class dengan pemandu. Hebatnya lagak pemimpin sosialis DAP ini yang memiliki dua rumah kedai di Melaka dengan simpanan tetap di bank sebanyak RM308,368 dan saham dalam lapan syarikat dan tinggal dalam sebuah banglo mewah di Pulau Penang yang dibelinya di bawah harga pasaran.
Seorang lagi Exco kerajaan negeri di Pulau Pinang memiliki lapan hartanah termasuk hartanah bersama di New Zealand. Untuk mempastikan mereka tidak bangkrap, pada tahun 2013 DAP meluluskan kenaikan elaun ADUN Pulau Pinang sebanyak 50 peratus pada tahun 2013.
Dua tahun kemudian, 2015, sekali lagi DUN Pulau Pinang meluluskan kenaikan elaun dan pensian sebanyak 87 peratus manakala elaun Exco meningkat dua kali ganda.
Seorang lagi pemimpin DAP yang selalu menyebut Malaysia akan bangkrap adalah seorang ahli parlimen DAP yang duduk dalam banglo yang dikenali sebagai "White House of Ipoh" yang mana beliau beritahu pemberita harga banglonya tidak melebihi RM10 juta.
Ini bermakna semakin kuat DAP menjerit Malaysia akan bangkrap, semakin kaya pemimpin mereka sedangkan ahlinya disuruh tidak mementingkan kekayaan dan hidup biasa seorang sosialis. Sekarang pemimpin Bersatu pun menggunakan isu yang sama sedangkan Pengerusi kaya raya dengan jet peribadi dan mempunyai 30 ekor kuda dan tiga orang anaknya menjadi jutawan. Seorang anaknya tersenarai sebagai 10 orang terkaya di Malaysia.
Begitu juga presiden Bersatu bukannya seorang yang papa dan sering melancong ke luar negara manakala anaknya adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat yang tersenarai di BSKL dengan projek bernilai bilion RM.
Begitulah pempin pembangkang yang hipokrit mahu menipu rakyat kononnya Malaysia akan bangkrap sedangkan mereka hidup dalam kemewahan.