Di kalangan calon-calon naib presiden Umno, selain Mahdzir dan Johari, seorang lagi calon yang ada potensi untuk menang ialah Reezal merican.
Beliau adalah bekas ahli parlimen Kepala Batas yang mengambilalih tempat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau pernah dilantik sebagai timbalan menteri luar, menteri belia dan sukan dan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Dengan pengalaman yang ada sebagai bekas exco pemuda Umno, ahli majlis tertinggi maka beliau dikatakan sudah layak jadi naib prisiden Umno.
Tempat ketiga naib presiden sekarang menjadi rebutan antara Reezal Merican dengan bekas Menteri Besar Jojor, Hasni Mohamad. Maka Reezal kena kerja kuat supaya dapat mengatasi undi Hasni.
Hasni mungkin dapat undi simpati para perwakilan. Beliau menangkan Johor dalam PRN tetapi tidak dilantik semula menteri besar johor. Tetapi undi simpati sahaja tidak cukup kerana dalam Umno perwakilan tidak pandang itu semua.
Jika Reezal bekerja keras kerusi naib presiden nombor 3 itu bakal menjadi milik Reezal walaupun Reezal bukan ahli parlimen. Tanpa jawatan dalam kerajaan Reezal lebih bebas bersuara. Oleh itu para perwakilan wajar memberi undi kepada reezal merican.