Khamis, Ogos 06, 2015

KENAPA TAK SIASAT POLIS?

Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahari Mohd Zain bersumpah dengan nama Allah akan mencari siapa dalang yang mengarahkan penangkapan pegawai-pegawai SPRM yang menyiasat kes 1MDB. Yang peliknya pegawai Bank Negara, pegawai Peguam Negara dan pegawai SPRM ditahan untuk siasatan membocorkan maklumat.

Kenapa pegawai polis tidak disiasat? Mengkinkah pembocoran maklumat ini dari PDRM? Kemungkinan itu ada kerana sudah menjadi kelaziman, bila polis mahu serbu pusat maksiat seperti rumah urut, pusat karaoke, disko, taukeh pusat berkenaan sudah tahu kerana mendapat  maklumat dari polis sendiri yang menerima rasuah dari taukeh berkenaan.

Oleh itu tidak mustahil pegawai polis yang membocorkan maklumat selagi ada unsur-unsur rasuah daripada pihak luar. Bahari ketika menjadi Pengarah SPRM Sarawak yang berani menyiasat kes Taib Mahmud ketika beliau menjadi Ketua Menteri.

Akhirnya beliau ditukarkan balik ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya. Sewaktu beliau menjadi Pengarah SPRM Melaka, beliau menyiasat kes Ali Rustam yang terlibat dalam politik wang yang menyebabkan Ali tidak dapat menentang Muhyiddin Yasin dalam pertandingan timbalan presiden Umno pada tahun 2009.

Beliau seorang yang berani, malah sanggup berkata tangkaplah saya dan jangan tangkap pegawai saya, ketika timbalan pendakwaraya SPRM, Sazili ditangkap polis pada jam 1 pagi. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menafikan menangkap pegawai SPRM tetapi berkata mereka ditahan untuk ambil keterangan sahaja. Kalau nak ambil keterangan, kenapa perlu datang jam 1 pagi,, kenapa tak panggil datang ke balai polis pada jam 8 pagi esoknya.

Blogger Kadir Jasin mendesak Ketua SPRM, Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan kerana lambat mengisytiharkan punca wang RM2.6 billion datang dari mana. Sebenarnya SPRM tidak terlibat menyiasat wang RM2.6 billion yang dikatakan derma dari Arab Saudi sebaliknya SPRM hanya terlibat menyiasat wang RM4 Billion kepada SRC International anak syarikat 1MDB yang dikatakan datang dari KWAP. Itu yang disiasat oleh SPRM. Oleh itu kita tidak perlu marah kepada SPRM mengenai wang derma sebanyak RM2.6 billion kerana ia bukan siasatan SPRM.

Sebaliknya SPRM diarah oleh Peguam Negara untuk membuat pengumuman tersebut. Seperti kata PKR, polis tidak boleh menangkap SPRM. Kalau pegawai SPRM ditangkap polis seperti anjing macam mana rakyat nak hormati SPRM lagi. Dalam soal ini Abu Kassim pergi bercuti ketika para pegawai SPRM ditangkap. Ketua macam ini ketua yang bertanggung jawab ke? Memang patut beliau meletakkan jawatan. Orang yang sedang sibuk ditahan polis, dia sibuk bercuti.

SPRM berkata ia akan memanggil Najib Razak mengenai wang derma RM2.6 billion. SPRM tidak berhak mengumumkan nama penderma. Biar PM sendiri buat pengumuman siapa penderma yang budiman itu. Seperti kata Rahman Dahlan, PM berhak mendapat derma atas nama akaun aamanahnya. DAP menjawab seolah-olah Najib tidak percaya kepada bendahari Umno, Husni Hanazlah apabila derma untuk parti dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Di zaman Dr Mahathir, semua sumbangan kepada Umno diserahkan kepada bendahari umno, Daim Zainuddin.

Selagi tidak tunjuk bukti siapa penderma, selagi itu pengumuman SPRM itu menyebabkan rakyat marah. najib mengaku kepada Muhyiddin derma itu dari Timur Tengah maka Najib perlu buat pengumuman terbuka supaya rakyat tidak bising lagi. Selama ini rakyat menganggap wang itu datangnya dari 1MDB. Jika benar wang sebanyak RM2.6 billion itu derma dari orang Arab, maka ke mana pula hilangnya wang 1MDB? INi yang mengelirukan kita semua.

Rakyat perlu meneruskan solat hajat memohon kebenaran dari Allah. lambat laun Allah akan tunjuk kepada kita semua ke mana wang 1MDB itu hilang. Percayalah kepada kuasa Allah, misteri ini akan terjawab dalam masa tiga bulan lagi. Wallahuaklam.