Sabtu, Oktober 03, 2015

SIAPA YANG LEBIH ZALIM?

Bekas PM Malaysia yang sudah nyanyuk, Dr Mahathir Mohamad berkata Najib zalim kerana orang ramai takut hendak kritik kerajaan sekarang terutamanya isu 1MDB. Bila tanya soalan tentang 1MDB, Muhyiddin Yasin dan Shafie Afdal hilang jawatan.

Siapa PM yang lebih zalim, Dr Mahathir atau Najib? Berapa orang pemimpin politik yang ditahan di bawah ISA di zaman Dr Mahathir? Tanya Ibrahim Ali, tanya Tajuddin Rahman yang ditahan di bawah ISA pada tahun 1987. Malah bekas timbalannya, Anwar Ibrahim pun disumbat ke dalam ISA. Tanya Karpal Singh. Lim Guan Eng, Dr Chandra Muzafar, Mohamad Sabu dan ramai lagi.

Berapa ramai yang ditahan di bawah ISA di zaman Najib Razak? Tak ada seorang pun. Najib berani menghapuskan ISA kerana ia tahu akta itu sudah lapuk. Dr Mahathir kata SOSMA lebih zalim dari ISA. Dah berapa orang musuh politik BN ditangkap di bawah SOSMA? Yang ditangkap bukannya pemimpin DAP, PKR, PAS, Amanah. Sebaliknya pemimpin Umno, Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah SOSMA kerana mengancam keselamatan negara.

Orang macam Khairuddin ke yang mahu didewakan? Sanggup menjaja keburukan negara kepada dunia luar. Jika benar SOSMA lebih zalim dari ISA, sudah ramai pengkritik 1MDB ditangkap. Sebaliknya tuduhan Dr Mahathir tidak berasas. Polis ada perkiraan sendiri sebelum menangkap seseorang. 

Kenapa Dr Mahathir takut kepada SOSMA? Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Nak menegur Najib biar ikut saluran. Jika ditangkap di bawah SOSMA, jangan salahkan Najib kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Nak menegur biar beradab, jangan sampai melampaui batas.

Kalau di zaman Dr Mahathir, sudah ramai yang ditahan di bawah ISA sebaliknya Najib masih cool kerana tidak mahu dituduh menyalahgunakan SOSMA.