Rabu, Oktober 05, 2016
PAS AKAN BERGABUNG DENGAN BN?
KUALA LUMPUR - Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Katanya, sekiranya Tun Mahathir Mohamad menyertai barisan pakatan pembangkang tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama BN.
"Pada peringkat BN, kami telah berjaya menyelesaikan isu-isu dalaman tetapi pembangkang masih memikirkan persepakatan ini," katanya.
Tambahnya, melihat kepada keadaan politik semasa, memang wujud satu keadaan ketidakseimbangan politik tetapi itu adalah perkara biasa.
PEMERGIAN AZIZ TAPA SATU KEHILANGAN BESAR KEPADA NEGARA
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pemergian veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara.
Rata-rata tokoh politik menyifatkan Allahyarham seorang yang banyak berjasa dan mempunyai personaliti tersendiri dalam dunia politik dan pastinya akan dikenang segenap lapisan masyarakat.
Pengerusi Veteran UMNO Perlis Datuk Selamat Saad menyifatkan Allahyarham sebagai pejuang tulen yang mempertahankan parti dan seorang veteran parti yang wajar dijadikan contoh.
"Allahyarham seorang yang sederhana, menegur pemimpin-pemimpin parti secara sopan dan banyak menggunakan pepatah dan pantun yang mempunyai maksud mendalam dan tersirat," katanya yang juga pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perlis ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Senada dengannya, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan semangat perjuangan yang ada pada diri Allahyarham harus dijadikan contoh kepada pemimpin muda UMNO masa kini.
"Saya berasa dukacita dengan kehilangan tokoh veteran yang banyak berjasa kepada UMNO. Sehingga ke akhir hayatnya pun masih mengabdikan diri kepada UMNO," katanya yang mengenali Allahyarham sebelum kedua-duanya menceburkan diri dalam bidang politik.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata rakyat Melaka kehilangan seorang tokoh disanjungi yang telah banyak berjasa untuk rakyat dan juga negara.
"Kita di Melaka hari ini bersedih apabila menerima berita tersebut. Saya mewakili seluruh rakyat negeri Melaka merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga dan tabahlah di atas kehilangan ini. Semoga rohnya tenang dipelihara Allah SWT," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Ketua Penerangan Veteran UMNO Perak Datuk Mohd Sani Supi pula menyifatkan Allahyarham merupakan seorang tokoh kemerdekaan yang mempunyai jati diri dan cekal dalam memperjuangkan UMNO.
"Beliau seorang yang amat terbuka dalam meluahkan pendapatnya demi wadah perjuangan UMNO. Beliau juga gemar meluahkan pandangan sinisnya menerusi pantun.
"Rakan-rakan veteran UMNO Perak mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas penghargaan, sokongan dan jasa yang telah dicurahkan selama ini," katanya yang mengenali Allahyarham sejak tahun 70-an semasa pembentukan Barisan Nasional sebagai pengganti parti Perikatan pada 1973.
Veteran UMNO dari Kedah, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim berkata Allahyarham bijak memikat masyarakat dengan kehebatannya berpantun setiap kali berucap dalam mesyuarat atau ketika perhimpunan agung UMNO.
"Beliau juga bijak berjenaka melalui pantun yang disampaikannya dan pada masa sama menyampaikan mesej jelas seperti perpaduan ketika berpantun," katanya juga Yang Dipertua Mubarak Kedah.
Beliau berkata dalam pertemuan terakhir mereka dua tahun yang lalu, Allahyarham berpesan kepadanya agar sentiasa ikhlas dan setia dalam perjuangan bersama UMNO dan jangan sekali-kali khianat terhadap parti.
Sementara itu, Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar berkata pandangan serta pendapat yang sering dilontarkan Allahyarham sebagai bernas dan amat berguna kepada perjuangan parti keramat Melayu berkenaan.
"Pemergian Abdul Aziz diibarat sebagai kehilangan satu permata dalam UMNO serta negara kerana usaha dan keperibadiannya dalam memartabatkan lagi parti itu sepanjang hayatnya sukar dibalas," katanya.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh pula berkata Allahyarham telah memberikan satu sumbangan yang terbaik dan tidak putus-putus terhadap UMNO sepanjang hayatnya.
"Pihak ibu pejabat UMNO merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham. Kami turut berdukacita atas pemergiannya," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Media Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Abdul Aziz, 93, meninggal dunia di Hospital Putra, Melaka, 11.55 pagi tadi.

Langgan:
Catatan (Atom)