Rabu, Oktober 05, 2016

PAS AKAN BERGABUNG DENGAN BN?





KUALA LUMPUR - Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.




Katanya, sekiranya Tun Mahathir Mohamad menyertai barisan pakatan pembangkang tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama BN.

"Pada peringkat BN, kami telah berjaya menyelesaikan isu-isu dalaman tetapi pembangkang masih memikirkan persepakatan ini," katanya.

Tambahnya, melihat kepada keadaan politik semasa, memang wujud satu keadaan ketidakseimbangan politik tetapi itu adalah perkara biasa.