Sabtu, Mei 14, 2016

MAHATHIR TANDING DI SUNGAI BESAR?

SPR sudah menetapkan 5 Jun hari penamaan calon dan 18 Jun hari pengundian serentak  bagi PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Manakala PRK Kemaman tidak jadi kerana Ahmad Shabery Cheek tak jadi naik helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk dua ahli parlimen Noriah kasnon dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Kemenangan kecil Noriah pada PRU 2013 menyebabkan kerusi BN itu dikatakan kritikal. Pada tahun 2013 Pakatan Rakyat memperuntukkan kerusi itu kepada calon PAS. Soalnya sekarang apabila PAS sudah tidak bersama dengan Pakatan Harapan lagi adakah akan berlaku pertandingan tiga penjuru?

PAS bertegas meminta Pakatan Harapan tidak mengganggu kedua dua kerusinya Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Di Kuala Kangsar BN dijangka menang kerana arwah Wan Mohamad Khairil menang dengan majoriti 1,000 lebih. maka tulisan ini lebnih memberi fokus kepada PRK Sungai Besar yang mana arwah Norauh menang dengan majoriti 400 undi.

TPM Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno sudah mengumumkan Noh Omar sebagai pengarah PRK Sungai Besar. Selaku pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, sudah tentu Noh mahu ketua bahagiannya, Jamal ketua baju Merah sebagai calon BN.

Jika BN meletakkan Jamal ramai yang melihat BN akan kalah kerana beliau tidak dapat menarik undi orang Cina. Tambahan pula beliau seorang tokoh yang kontroversi yang sedang bergaduh dengan Ali Tinju yang sama sama dengannya menerajui baju merah.

Jamal mengugut mahu menembak Ali Tinju dan Ali Tinju buat laporan polis tiga hari lepas. jika BN masih meletakkan jamal sebagai calon maka BN akan kalah. ketua wanita, Shahrizat Jalil meminta BN mengekalkan calon wanita di situ memandangkan Noriah memberi perkhidmatan selama tiga penggal dengan berkesan.

Dipercayai pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar. BN lebih suka pertandingan tiga penjuru supaya PAS dapat memecahkan undi pembangkang. Dahulu PAS kalah tipis kerana DAP menyokongnya. Sekarang DAP tidak akan menyokong calon PAS lagi.

Walaupun MB Selangor meminta pembangkang berkompromi tetapi PAS mungkin tidak akan beri laluan kepada calon PKR atau calon Amanah. Pakatan Harapan terpaksa berdepan dengan calon BN dan calon PAS. Sehubungan dengan itu menurut sumber jika Pakatan Harapan meletakkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon mereka ia akan memberi saingan sengit kepada BN.

Malah ramai ahli Umno yang simpati dengan Dr Mahathir akan mengundi Pakatan Harapan. Soalnya Dr Mahathir akan bertanding atas lambang apa. lambang PKR atau lambang Amanah? Tak mungkin Dr Mahathir akan bertanding atas lambang DAP.

Kata sumber itu lagi ini peluang terbaik bagi Dr Mahathir memasuki Dewan rakyat untuk berdebat dengan Najib Razak mengenai isu 1MDB dan isu RM2.6 billion. Jadi sumber menambah jika Dr Mahathir mahu terus menjatuhkan najib maka ini peluang terbaik bagi Dr Mahathir masuk ke parlimen. Lebih baik Dr Mahathir berada dalam parlimen daripada buat road show di seluruh negara menjatuhkan Najib.

Soal Dr Mahathir bukan orang Sungai Besar tidak timbul kerana sesiapa sahaja boleh bertanding kerusi parlimen. Malah Dr Mahathir ketika diterima semula menjadi ahli Umno pada tahun 1970 menjadi ahli umno di Rawang, Selangor kerana orang Kedah tak mahu menerima Dr Mahathir ketika itu.

Inilah peluang bekas ahli Umno Rawang bertanding di parlimen Sungai Besar. Jika Dr Mahathir menang makin kecohlah parlimen sebaliknya jika Dr Mahathir kalah maka reputasinya sebagai negarawan hancur berkecai. tetapi itulah tradisi Umno kerana bekas Presiden Umno, Onn Jaafar pun menentang Umno sebagai calon Parti Negara dan beliau menang di parlimen Kuala Terengganu pada PRU 1959. Jadi jangan salahkan Dr Mahathir jika beliau kembali ke parlimen sebagai calon Amanah kerana itulah tradisi bekas Presiden Umno.