Ahad, Julai 24, 2016
RAPIDKL MAKAN DUIT HARAM?
RapidKL merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali RapidKL, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006.
Bas-bas RapidKL terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan operasinya ke RapidKL tahun berikutnya.
Sejak beroperasi pada tahun 2004, sudah 12 tahun bas RapidKL memonopoli laluan utama di Kuala Lumpur. Sejak 12 tahun lalu, sudah berjuta RapidKL makan duit haram. Ini adalah kerana tambang bas yang dikenakan ialah sebanyak RM1.90 sedangkan penumpang beri duit sebanyak RM2.00 yang mana 10 sen tidak dikembalikan.
Cuba bayangkan sudah banyak mana duit 10 sen yang dimakan oleh RapidKL setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun serta 12 tahun? Adakah itu duit halal atau duit haram? Oleh itu SPAD hendaklah mengarahkan RapidKL supaya membuat tambang baru RM2.00 dan bukannya RM1.90.
Buat apa RapidKL makan duit haram sebanyak 10 sen sedangkan duit itu menjadi darah daging untuk bayar gaji pegawai dan kakitangan RapidKL.Sudah 12 tahun RapidKL makan duit haram, maka SPAD perlu buat tambang baru.
Bercakap tentang SPAD, Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar hendaklah cuba naik bas Ekspress dari Kuantan ke Kuala Lumpur, baru dia tahu masalah penumpang bas Express. Sampai di tol Gombak, penumpang tidak boleh turun di situ kerana pemandu akan disaman oleh SPAD sebanyak RM300. Pemandu takut turunkan penumpang kerana pemandu yang disaman dan bukannya syarikat bas yang disaman. Maka penumpang kena turun di terminal bas selatan (TBS). Maka penumpang terpaksa naik LRT dari TBS ke Gombak semula untuk balik ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sedangkan sebelum ini para pelajar UIA
boleh turun di tol Gombak.
Kalau Syed Hamid naik bas, baru dia faham masalah penumpang. Maka SPAD hendaklah membatalkan keputusan tidak membenarkan pemandu bas menurunkan penumpang di tengah jalan kerana peraturan ini menyusahkan rakyat yang naik bas. Syed Hamid yang tak pernah naik bas tidak nampak ini semua.
Langgan:
Catatan (Atom)