Sabtu, Oktober 18, 2014
HISHAMUDDIN GANTI MUHYIDDIN
Pagi ini Ustaz Yunus yang sudah lama tidak hubungi saya telah menelefon saya pada jam 8.00 pagi. Walaupun hari Sabtu tidak bekerja, saya terpaksa turun ke KL sejauh 60 km dari Bandar Seri Putera (BSP). Ustaz Yunus dari Puchong menunggu saya di surau stesen KTM Putra. Dia ingat saya masih duduk di Batu Caves sedangkan sejak awal tahun ini saya sudah pindah ke BSP. Seperti biasa anak murid Abu Ya Ustaz Ashaari Darul Arqam menceritakan kisahnya membawa pulang MH370 dari alam ghaib. menurut beliau, MH370 tidak terhempas tetapi disembunyikan oleh jin. Malah dia tunjuk youtube dari Sepanyol yang berjaya mengesan radar MH370. Dalam radar itu nampak dua objek yang mengepung MH370. katanya, jin yang menyamar sebagai burung garuda mahu mengambil MH370 tetapi dihalang oleh jin yang menyamar sebagai naga. Sebab itu Kapten Zahari berpatah balik bila dia melihat burung garuda. Di zaman Nabi Sulaiman semua binatang tunduk kepada Nabi Sulaiman kecuali burung garuda. Jin yang menyamar sebagai burung garuda mahu mengambil MH370 tetapi sempat dipintas oleh jin yang menyamar sebagai naga dari tasik Chini. Jin itu yang menyembunyikan MH370 di lautan Hindi pintu masuk ke Bermuda Triangle. ustaz Yunus diminta oleh pihak atasan bersama Skylab untuk berunding dengan jin itu untuk mengembalikan semula MH370 ke alam nyata. Sudah tujuh bulan berlalu tapi di alam ghaib bersamaan dengan tujuh minit. Semua anak kapal sedang tertidur dalam kapal terbang tersebut. Bulan depan ustaz Yunus dan Skylab kena bertapa lagi untuk berunding dengan alam jin. Maka sesiapa yang mahu berzakat kepada kumpulan ini dapatlah berbuat demikian kepada ustaz Yunus kerana mereka akan berzikir selama empat bulan di sebuah gunung di terengganu. Selama empat bulan mereka tak dapat keluar kerana mereka perlukan bekalan makanan yang secukupnya. Selesai dengan ustaz yunus, saya pergi ke restoran nagas. kebetulan Zaharin Mohd yasin ada bersama Sufian Kemaman, Suhaimi Kuala Pilah, Fakhrul Kuala Terengganu dan Kahar manan. Zaharin mengesahkan Tan Sri Muhyiddin yassin akan melepaskan jawatan TPM dan Datuk Seri najib Tun Razak akan melantik sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai TPM yang baharu. Sekarang ini heboh di facebook Zaharin menyerang Hishamuddin mengatakan Hishamuddin kaki minum dan adiknya pula dapat kontrak melabel botol arak. Sebut sahaja nama Zaharin, semua orang kenalinya sebagai Setiausaha kerja BN bandar Tun Razak. Dahulu beliau hentam Muhyiddin, dia kata Muhyiddin anak paria. Muhyiddin hubungi boss Zaharin, Datuk Seri tengku adnan mansor yang juga setaiuasaha agung Umno. Muhyiddin suruh Ku Nan nasihati zaharin jangan hentamnya lagi. Ku nan sendiri tak berani, kerana nanti saya dimakinya. Muhyiddin tidak gamit Zaharin. zaharin dianggap sebagai orang najib kerana sewaktu dia aktif dalam pemuda Umno bersama Najib yang menjadi Exco pemuda sejak tahun 1978. najib banyak bantu zaharin kerana Najib tahu Zaharin buat kerja di pejabat BN Bandar Tun Razak. Zaharin balik muncul pula Haji Pa pegawai tugas tugas khas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. tak lama dia di Nagas kerana sibuk dengan urusan menteri. kemudian muncul seorang facebooker yang hebat yang rapat dengan Datuk Seri dr Ahmad zahid hamidi. Dia yang mendamaikan zahid dengan zaharin. zaharin marahi pegawai khas Zahid, ku kamal dan sejak itu zaharin menyerang zahid dalam Facebook setiap hari dengan mengatakan menteri cap ayam dan sebagainya. Akhirnya Zahid menghubungi faceboor ini dan dia hantar Mat yahya menemui zaharin. Maka berdamailah Zahid dengan Zaharin dibawa Mat yahya di hotel IOI Putrajaya. Kini giliran Hishamuddin pula dibalun Zaharin. facebooker itu yakin sebagai anak bangsawan Hishamuddin tidak akan memanggil Zaharin. facebooker itu yakin Zaharin akan dimarahi Najib kerana Najib sudah beritahu Zaharin tolong Hishamuddin. zahid walaupun dia naib presiden umno yang paling popular akan sokong Hishamuddin sebagai TPM yang baru. Kalau pemilihan Timbalan Presiden Umno dibuat, sudah tentu zahid mampu mengalahkan hishamuddin tetapi kalau Hishamuddin menjadi TPM terlebih dahulu, sukar bagi zahid menewaskan Hishamuddin tambahan pula beliau akan berpindah dari kementerian pertahanan kepada kementerian kewangan. menurut facebooker itu lagi, dahulu ada seorang kawan Najib yang bebas masuk ke rumahnya. Bila laporan sampai kepada najib bahawa kawan itu menghadiri muktamar PAS, sejak itu naib marahinya dan dia tak dapat menemui Najib lagi. Serangan zaharin kepada Hishamuddin sudah tentu melukakan hati najib. Apakah zaharin akan menerima nasib seperti kawan Najib itu? Adakah najib sanggup kehilangan Zaharin dan mempertahankan sepupunya itu? Bila lagi nak naikkan Hishamuddin sebagai TPM kalau bukan di zaman Najib ini. maka Umno akan terus dikuasai oleh anak cucu Datuk Onn jaafar.
KONSPIRASI JATUHKAN MUSA AMAN?
OLEH ZABIDI SAIDI dan MUSLI OLI (dipetik dari http://www.suarasabah.com/konspirasi-jatuhkan-musa/)
Selepas jatuhnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 13 Mei 2014, saya bertan (ya dalam Facebook, adakah selepas ini giliran Ketua Menteri (CM) Sabah pula?
Lima bulan sudah berlalu, nampaknya khabar-khabar angin Musa akan melepaskan jawatan CM pada akhir Disember ini semakin kencang. Benarkah ada konspirasi menjatuhkan Musa?
Musa menjadi CM Sabah pada April tahun 2003. Sudah 11 tahun berkuasa. Beliau seorang ahli politik yang cerdik. Orang lain jadi CM selama dua tahun tetapi beliau berjaya menyakinkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk menghapuskan Dasar Penggiliran Jawatan CM.
Khabar-khabar angin bertiup kencang mengatakan umur Musa sebagai CM semakin pendek. Tambahan pula beliau tidak hadiri majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Miri pada 16 September lalu. Maka ramai mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu Musa lagi.
Pada tahun 2008, Musa berjaya menyingkirkan tiga pemimpin utama Persatuan Bajau Bersatu Sabah (USBO) sebagai calon BN. USBO adalah pertubuhan NGO suku kaum Bajau yang merupakan kaum dominan dalam Umno Sabah. Presiden USBO, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, timbalannya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bendahari USBO Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha digugurkan walaupun masih berpengaruh. USBO mendapat sokongan Datuk Seri Shafie Afdal, salah seorang Naib Presiden Umno sebagai Penasihat.
Musa dan Shafie dikatakan tidak ngam. Musa benci Shafie kerana menyokong USBO. Musa amat tidak senang dengan kemunculan USBO, walaupun pada hakikatnya NGO tersebut telah ditubuhkan sejak 1965 dengan nama PSBB atau Persatuan Sabah Bajau Bersatu. PSBB merupakan tonggak kekuatan parti USNO pada ketika itu terutama di 17 kawasan majority pengundi Bajau.
Pada 2008, Musa dengan sokongan Datuk Musbah Jamli, Ketua Umno Kota Belud pada ketika itu menganjurkan satu majlis besar-besaran menjemput 30 persatuan-persatuan kaum dari seluruh Sabah di Kota Belud. Majlis itu dibuat sebagai tanda sokongan mereka kepada Musa.
Dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Musa secara terang menyokong Datuk Musbah sebagai Ketua Bahagian menentang Dr Salleh yang mendapat sokongan Shafie dan Pandikar Amin. Salleh menang dalam pertandingan itu walaupun beliau bukan lagi ahli parlimen Kota Belud dan ADUN Usukan.
Pada tahun 2009, Shafie mencadangkan kepada Najib supaya melantik Dr Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah. Pada mulanya pemilihan Salleh kurang disenangi Musa tetapi beliau telah dapat memujuk Salleh untuk bekerjasama.
Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, mereka berdua ke Kelantan dengan jet peribadi bersama Ketua Umno Bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail yang juga Pembantu Menteri Pelancongan Sabah pada ketika itu. Semasa dalam jet tersebut Musa meyakinkan Salleh agar berkerjasama dengannya untuk menjadi orang nombor dua dalam parti UMNO di Sabah.
Dr Salleh dilantik sebagai Penasihat Sains, jawatan bertaraf menteri sebelum dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Pada tahun 2013, Dr Salleh dipilih sebagai calon BN bagi DUN Usukan tetapi dikekalkan sebagai Speaker yang dilihat sebagai usaha Musa mengekang pengaruh Salleh jika dilantik menteri sesuai dengan hirarki dalam parti sebagai orang nombor dua.
Walaupun Salleh sudah berbaik dengan Musa, gerakan menjatuhkan Musa diteruskan dengan usaha yang diketuai oleh Datuk Jumat Idris, ketua Umno Bahagian Sepanggar. Musa menamakan kumpulan ini sebagai “Kumpulan Pendek” yang turut disertai tujuh orang ketua Umno Bahagian termasuk Datuk Rubin Balang (Tenom) Datuk Sairin Karno (Keningau), Datuk Ghani Yasin (Pensiangan), Datuk Bolkiah Ismail (Kudat), Datuk John Ambrose (Penampang), Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu) dan Datuk James Ratib (Beluran).
James Ratib dan Bolkiah kemudiannya membuat kenyataan mereka terperangkap dan tidak tahu tujuan sebenar pertemuan dengan PM untuk mencadang pelan peralihan kepimpinan Sabah. Turut sama dalam perjumpaan mereka dengan Najib adalah beberapa orang pemimpin dari pemimpin komponen BN dari parti UPKO, PBS dan MCA.
ADUN Kuala Penyu dari parti UPKO, YB Limus Juray turut dituduh sebagai orang yang menaja pertemuan dengan PM itu. Nama lain yang disebut mengeluarkan perbelanjaan ialah ADUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal, adik Datuk Shafie Apdal. YB Limus yang mempertahankan diri mencabar Musa untuk memecatnya atau dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana Musa hanya berjanji tetapi sehingga hari ini tidak diberi sebarang jawatan sedangkan sejak PRU lalu, dia mengeluarkan wang dari poket sendiri di Kuala Penyu.
Maklumat juga mengesahkan Datuk Jumat Idris mencabar Musa memecatnya dan dia sendiri sedia melepaskan jawatan sebagai MP Sepanggar jika itu yang dikehendaki CM itu. Sampai keperingkat itu pertelingkahan tersebut. Dengan cabaran Jumat, mengesahkan dia bukan ketua tetapi ada orang lain yang lebih berpengaruh dibelakangnya.
Apakah usaha menjatuhkan Musa merupakan satu konspirasi? Siapa MASTERMIND konspirasi itu?
Pertemuan kumpulan yang mencadangkan pelan peralihan kepada Najib tidak berakhir. Baru-baru ini bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis (JJ) turut membawa enam pemimpin Sabah menemui Najib. Selaku Pengerusi PR1MA, JJ dikatakan tidak puas hati dengan pemilihan kontraktor yang dibuat oleh Musa.
Benarkah konspirasi ini didalangi dua Naib Presiden Umno dan direstui Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor . Pertelingkahan Ku Nan dan Musa merupakan Open Secret.
Pernah dalam mesyuarat MKT kedua-dua pemimpin ini bertegang leher sehingga peringkat membaling fail. Sumber juga memberitahu Ku Nan begitu kecewa bila Musa membantah nama-nama calon yang dicadang Ku Nan pada PRU 2013. Sebagai contoh, Jamawi Jaafar sebagai calon Parlimen Tenom tetapi Musa memotong nama Jamawi yang sudah dapat watikah dari Ku Nan.
Pemerhati berpendapat, Musa tahu kedudukannya sebagai CM Sabah ada kuasa autonomi seperti CM Sarawak tetapi malangnya kuasa otonomi itu beliau gunakan bukan untuk kepentingan negeri dan rakyat tetapi untuk mempertahankan kedudukannya sebagai CM.
Baru-baru ini Ghani Yasin ditahan SPRM kononnya pecah amanah sebanyak RM300 juta. Adakah Musa terlibat kerana selaku Timbalan Pengerusi SLDB, Ghani bukannya ada kuasa eksekutif sebaliknya Pengerusi SLDB, Datuk Rahim Ismail dikatakan kini menyokong kuat Musa. Dahulu beliau selaku menteri meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan Musa.
Adakah kes Ghani ini sebagai pukul anak sindir menantu? Ini yang menjadi tanda tanya kepada kita.
Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) jelas menggambarkan rasa tidak puas hati rakyat Sabah bukan sahaja terhadap Kerajaan Persekutuan tetapi juga kepada Musa. Kenapa masalah ini timbul sekarang? Adakah SSKM sengaja diwujudkan oleh puak anti Musa. Tidak mustahil jika ada yang berteori kewujudan SSKM didalangi kumpulan yang mau Musa berundur dengan segera.
Usaha menjatuhkan Musa, bukan sahaja mendapat sokongan Shafie dan Ku Nan malah seorang lagi Naib Presiden Umno , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membangkitkan soal Tanah Rakyat. Kes tanah rakyat juga berlaku di Ranau, Kudat dan Kota Marudu. Apakah isu tanah adat ini juga merupakan sesuatu yang di okestra kumpulan yang mahu Musa berundur?
Musa dalam PRU lalu gagal mempertahankan BN. BN kalah 12 kerusi DUN dan tiga kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat. Belum pernah dalam sejarah BN selepas PBS menyertai BN, keputusan PRU seburuk ini. Maka ia jadi alasan yang kukuh untuk menukarkan Musa dengan pemimpin lain.
Atau adakah Musa sudah bersedia berundur apabila beliau tidak bertanding sebagai AMKT Umno pada pemilihan lalu? Adakah pemilihan anaknya Hafiez Zamani, Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang sebagai Ketua pemuda Umno Sabah merupakan satu persediaan awal pengunduran beliau.
Kini Musa bukan sahaja ada anak yang aktif dalam politik malah ada menantu, Datuk Arifin Arif (ADUN Membakut) serta adiknya Datuk Seri Anifah Aman sebagai Menteri Luar dan anak saudaranya Datuk Hasnol Ayub Khan yang memegang pelbagai jawatan penting dalam GLC dan kerajaan Sabah.
Terbaru timbul pulak isu Pan Borneo yang dibangkitkan Datuk Ghafur Saleh. Kegagalan kontraktor tempatan mendapat kontrak dilihat sebagai kegagalan Musa. Menurut seorang anggota kabinet Sabah, Musa katanya telah berjumpa sendiri dengan PM Najib mencadangkan Konsortium Kontraktor Tempatan Sabah. Menteri JKR, Tan Sri Pairin Kitingan juga dikatakan telah menulis surat rasmi kepada Datuk Seri Fazilah Yusof dan Setausaha Kerajaan Negeri memohon secara rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara agar syarikat dari Sabah diberi keutamaan.
Persoalannya kenapa Sarawak Berjaya tetapi Sabah gagal?
Bagaimana masa depan Musa?
Kita tunggu akhir bulan Disember ini sama ada Musa berundur atau tidak atau adakah konspirasi menjatuhkan Musa ini hanya gimik politik semata-mata. Musa dikatakan salah seorang penyumbang utama kepada dana BN dan dikatakan mempunyai hubungan cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin. Dalam banyak perkara Muhyiddin akan mempertahan Musa. Jika Najib berundur sebelum Musa, maka konspirasi itu tentu sekali tidak akan berjaya jika Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru.Konspirasi Jatuhkan Musa Aman ?
Selepas jatuhnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 13 Mei 2014, saya bertanya dalam Facebook, adakah selepas ini giliran Ketua Menteri (CM) Sabah pula?

Kita tunggu akhir bulan Disember ini sama ada Musa berundur atau tidak atau adakah konspirasi menjatuhkan Musa ini hanya gimik politik semata-mata. Musa dikatakan salah seorang penyumbang utama kepada dana BN dan dikatakan mempunyai hubungan cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin. Dalam banyak perkara Muhyiddin akan mempertahan Musa. Jika Najib berundur sebelum Musa, maka konspirasi itu tentu sekali tidak akan berjaya jika Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru.
Langgan:
Catatan (Atom)