Jumaat, Ogos 08, 2014
MINGGU PERTAMA YANG MENYERONOKKAN
Hari ini Jumaat 8 Ogos merupakan minggu pertama saya berada di kampung ayer molek, kuala sungai baru, melaka. Selesai minggu pertama saya mengumpul bahan untuk buku terbaharu saya, KAMPUNG AYER MOLEK MENUJU PEMODENAN. Buku ini ditaja oleh seorang ahli perniagaan yang berasal dari kanpung tersebut, Datuk Nordin Ahmad. Saya sudah lama mengenali Datuk Nordin melalui kawan saya Abdullah karim yang duduk sekampung dengan Datuk Nordin. Pada tahun 2008, saya pernah bawa Datuk Nordin jumpa Menteri pertahanan yang baharu, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di rumah mertuanya di Masjid Tanah, Melaka. Syarikat Datuk Nordin lambat menyiapkan kontrak dengan Mindef kerana masalah pertukaran wang asing. Maka Datuk Nordin merayu kepada Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Beliau minit kepada KSU, Tan SRi Abu Bakar Abdullah. Tetapi KSU jawab rayuan itu ditolak. Saya pun hentam Tan SRi Bakar dalam blog ini kerana tidak berusaha menolong usahawan melayu seperti Datuk Nordin. Tiba-tiba saya terima call dari Mindef yang saya tidak sangka call itu dari Tan Sri bakar sendiri yang merayu saya tarik balik tulisan saya dalam blog ini. Saya pun tarik balik. Sejak itu saya baik dengan Tan Sri dan selepas itu beliau ditukar menjadi Ketua Pengarah JPA. nasibnya kurang baik di JPA kerana kontroversi gaji yang besar bagi pegawai atasan. beliau akhirnya bersara awal dan sepatutnya beliau yang menjdi KSN dan bukannya Tan Sri Ali hamsa jika tidak kerana kontroversi pelarasan gaji baharu itu. Pada bulan Ramadan lalu Datuk Nordin menawarkan projek menulis buku sejarah kampungnya kepada saya. Selasa lalu saya menemui beliau di pejabatnya di Shah Alam Seksyen 27. Stafnya ramai sekitar 60 orang bukan sahaja di Shah Alam malah di Bandung, Jakarta dan bangkok. Walaupun Datuk Nordin dikenali sebagai tokoh korporat global beliau tidak lupakan kampung halamannya. Beliau memberi sumbangan peribadi sebanyak RM800,000 untuk membina semula masjid baharu di kampungnya. Kampungnya dibuka oleh Tok Kamad yang berasal dari Sumatra. Haji Mat Jai cicit Tok Kamad menafikan Tok Kamad berasal dari Siak. menurutnya Tok kamad berasal dari Palembang. Tapi bagi Pengerusi JKKK, Musa Keling, Tok Kamad datang dari Ayer Molek dekat bandaraya Melaka. Mereka empat beradik berhijrah ke Kuala Linggi melalui sungai. Dua beradik bernama kamad dan Rahmat manakala dua orang lagi tidak diketahui namanya. Rahmat menetap di Kuala Sungai Baru yang mana namanya diabadikan di sekolah sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat manakala Kamad pula mmbuka kampung Ayer Molek sempena nama kampung asalnya. Untuk mengelak kekeliruan kerana ada dua nama sekolah kebangsaan ayer molek, maka sekolah kampung itu dinamakan sekolah kebangssaan ayer jerbih. Sepanjang tiga hari pertama di kampung ini, saya seronok mengumpul bahan kerana penduduk kampung memberi kerjasama yang secukupnya. Mertua Datuk nordin mahu menyediakan makan minum untuk saya dan Tapa (nama timbangan Abdullah Karim) tetapi kami menolaknya kerana kami jarang berada di rumah Datuk Nordin. Sepanjang minggu pertama di sini, saya telah menemubual Haji Mat jai, bekas Tok Sidang mahat, Imam Tarmizi, Pak Zubir, Musa Keling,Ibrahim dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer jerneh, Robiah Baba. Saya yakin jika kerjasama ini dikekalkan, buku ini dapat disiapkan kurang dari tiga bulan yang saya tetapkan deadline dengan Datuk Nordin. terima kasih kepada Tapa yang membawa saya menemui orang kampung. tanpa Tapa, kerja saya tidak semudah ini cepat dibuat.
Langgan:
Catatan (Atom)