SHAH ALAM, 12 Dis (Bernama) -- Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor dan wakil 10 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyembahkan satu deklarasi rakyat bagi menzahirkan kesetiaan dan daulat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata deklarasi itu adalah susulan daripada Perhimpunan Rakyat 'Daulat Tuanku' di Dataran Mayang, Seksyen 16 di sini, Ahad lepas, sebagai manifestasi suara rakyat Selangor dalam menjunjung daulat baginda.
Antara intipati deklarasi berkenaan adalah menzahirkan rasa sokongan padu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan menjunjung Sultan Selangor sebagai Raja dan ketua agama di negeri ini, katanya.
"Kami datang menyembahkan hasil deklarasi himpunan rakyat yang disertai lebih 5,000 rakyat dari pelbagai kaum dan agama di Selangor Ahad lepas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan deklarasi itu kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi di pintu masuk Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.
Johan berkata deklarasi itu antara lain menuntut tindakan tegas diambil terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengguris hati baginda.
Sultan Sharafuddin baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina etnik Bugis.
Manakala Zaid menerusi Twitter pula mempertikai kritikan Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya tentang masyarakat itu.
Johan berkata kerajaan negeri pimpinan PKR dilihat tidak berbuat apa-apa dalam mempertahankan baginda susulan kenyataan Dr Mahathir dan Zaid.
-- BERNAMA
Selasa, Disember 12, 2017
HISHAMMUDDIN BUKAN SAINGAN ZAHID
ANALISIS BERITA
Saya ingin mengulas rencana yang tersiar dalam Utusan Malaysia semalam "Jiwa Besar Hishammuddin" oleh Zulkifli Jalil yang mengambarkan seolah-olah pengaruh Hishammudin terlalu kuat dalam Umno,
Beliau menulis "bukan mudah untuk menyatakan pendirian menyokong seseorang sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan tertinggi UMNO. Apatah lagi jika seseorang itu dalam kedudukan boleh mencabar jawatan nombor dua parti.
Itulah komitmen tinggi diluahkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyokong jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar. Ini membawa ke peringkat Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada hari pertama 8 Disember yang sebulat suara meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Bahkan, Hishammuddin mengingatkan tiada lagi mana-mana pihak cuba melaga-lagakan pucuk kepemimpinan parti. Ini kerana baik Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta beliau sendiri sudah membentuk persefahaman mengenainya ".
Sebenarnya Zulkifli Jalil tidak faham kenapa usul itu dibawa oleh Umno Bahagian Padang Rengas yang diketuai oleh Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz. Dalam mesyuarat majlis tertinggi Nazri membangkitkan isu tersebut kerana sudah kedengaran di peringkat akar umbi kononnya Hishamuddin akan menentang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan Umno tahun hadapan.

Seperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak beliau tidak mahu campurtangan kerana ia melibatkan sepupunya, Hishamuddin maka majlis tertinggi yang bermesyuarat bersetuju usul itu dibawa oleh wakil pemuda Umno.
Biarpun Umno sibuk berkempen untuk PRU tetapi penyokong Hishammuddin turut berkempen mahu jawatan Timbalan Presiden Umno diisi oleh bossnya kerana jawatan itu memang kosong.
Usaha meletakkan Zahid sebagai pemangku timbalan presiden Umno pada perhimpunan agung Umno tahun lepas gagal ditafsirkan seolah olah Najib tidak merestui usul tersebut. Maka pendirian Najib kali ini tidak mahu campurtangan membuktikan Najib lebih mementingkan kemenangan PRU daripada pemilihan parti.
Parti sudah buat keputusan bahawa Najib dan Zahid akan dinobatkan sebagai presiden dan timbalan presiden Umno tanpa bertanding pada pemilihan 2018. Maka Hishamuddin kekal sebagai orang nombor tiga dalam parti dan dua kerusi naib presiden Umno terbuka untuk ditandingi oleh sesiapa.
Apa yang ditulis oleh Zulkifli Jalil seolah olah Hishammuddin terlalu kuat pengaruhnya dalam Umno dapat mengalahkan Zahid. Beliau lupa Hishammuddin hampir hampir kalah dalam pertandingan naib presiden Umno pada tahun 2013 di tangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jika Sultan Pahang dan Sultan Johor tidak panggil para perwakilan dua negeri itu maka Hishammuddin sudah tewas setelah beliau jauh ditinggalkan oleh Zahid dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Langgan:
Catatan (Atom)