Khamis, Mac 31, 2016

DUA TAHUN BERLALU, APAKAH MISTERI MH370 HAMPIR TERUNGKAI

Dua tahun selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang bersama 239 penumpang serta anak kapal dan di sebalik penemuan beberapa bahagian kapal terbang yang ada kaitan dengan Boeing 777 itu, apakah kita semakin hampir merungkai misteri kehilangannya?

Mungkin penemuan serpihan pesawat memberi sedikit harapan untuk merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang sejak pertengahan tahun 2015.

Ianya bermula dengan penemuan sekeping bahagian sayap pesawat di pantai French Reunion Island di Lautan Hindi pada 29 Julai 2015.

Penyiasat Perancis mengesahkan bahawa serpihan itu, 'flaperon' secara rasminya dikenal pasti kepunyaan Boeing 777 yang hilang. Pada lewat Februari 2016, seorang peguam Amerika, Blaine Gibson menemui sekeping lagi serpihan dipercayai daripada pesawat itu di Mozambique.

Penemuan Gibson mendorong seorang remaja Afrika Selatan, Liam Lotter, 18, tampil dengan sekeping serpihan yang juga ditemuinya di Mozambique pada bulan Disember 2015.

Kedua-dua serpihan itu dihantar ke Australia untuk dikaji oleh Geoscience Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di premis mereka di Canberra.

Pada 24 Mac, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua serpihan yang dijumpai di Mozambique itu hampir pasti daripada pesawat yang hilang.

Terkini, sekeping lagi serpihan dijumpai pada Isnin (28 Mac) di Afrika Selatan, dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

TERUSKAN PENCARIAN DI SELATAN LAUTAN HINDI

Bekas Ketua juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain apabila ditanya Bernama mengenai penemuan serpihan pesawat itu berkata penemuan itu menunjukkan pencarian perlu diteruskan di selatan Lautan Hindi.

"Penemuan serpihan selaras dengan model hanyutan dan sehingga ada maklumat baru yang mungkin menunjukkan di mana pesawat itu berakhir, pencarian perlu diteruskan di kawasan yang dibuat sekarang," tambahnya.

Nik Huzlan berharap pihak berkuasa akan melaksanakan kaedah yang lebih berkesan untuk mencari serpihan pesawat di kawasan itu.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa mencatat serta mengenal pasti bahagian rangka pesawat yang boleh terapung, katalog serta mengambil gambar atau membuat grafik jelas serta taburan gambar di laman sesawang supaya mudah untuk orang memahaminya.

"Kemungkinan orang awam menemui dan mengabaikan kepingan serpihan amat tinggi kerana mereka tidak sedar ianya bahagian pesawat. "Ini jelas dalam kes remaja Afrika Selatan yang bercuti dengan keluarganya di Mozambique," katanya.

APA TANDA PENEMUAN?

Penemuan lebih banyak serpihan yang hampir pasti bahagian pesawat yang hilang menimbulkan persoalan apa yang berlaku ke atas kapal terbang itu sekarang?

Nik Huzlan menyatakan kebanyakan serpihan yang ditemui adalah dari rangka luar tetapi tidak ada yang datang dari bahagian dalam pesawat.

"Komponen luar kebanyakannya berat tetapi ada bahagian yang boleh terapung. Serpihan yang ditemui mempunyai paras mengapung yang tertentu dan ini membolehkan arus lautan membawanya jauh ke tempat di mana ia ditemui.

"Banyak bahagian sudah terdampar dan bertaburan di pinggir pantai dan hanya menunggu untuk ditemui.

"Banyak serpihan mungkin sudah sampai sehingga ke barat daya pinggir pantai Sumatra, Sri Lanka, Maldives, Diego Garcia, Madagascar dan pantai timur Afrika," jelasnya sambil menambah terdapat juga banyak pulau kecil dan atol yang mungkin memerangkap serpihan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berpendapat penemuan serpihan di kawasan yang berbeza menunjukkan beberapa bahagian kapal terbang mungkin bersepai sewaktu pesawat menyentuh air.

Malahan jika kapal terbang mendarat menyerong atau dalam lingkungan kelajuan meluncur, masih ada kecenderungan untuk beberapa bahagian (di ekor atau sayap) terputus dari fiuslaj.

"Bahagian ini mempunyai paras mengapung yang tinggi dan untuk boleh terapung berbatu-batu dari kawasan utama pesawat terhempas sementara fiuslajnya tenggelam dan tinggal di dasar laut akibat berat dan kurang daya mengapung," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan Kapt Nik Huzlan bahawa lebih banyak serpihan akan ditemui di pantai timur Afrika selaras dengan bentuk hanyutan.

TAMBAH RANTAU AFRIKA DALAM MISI MENCARI

Mohd Harridon mencadangkan pasukan pencari perlu juga membuka tender kepada organisasi lain untuk memeriksa kawasan sekitar rantau Afrika supaya ada lebih banyak peluang menemui serpihan dari MH370.

Langkah ini, kata beliau akan mewujudkan satu lagi lokasi pencarian sebagai tambahan kepada kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.

"Tender juga perlu dibuka kepada institusi akademi dan pihak ini akan diberi peranan untuk menghasilkan persamaan matematik (mathematical equation) yang menyeluruh.

"Ini akan mengambil kira semua data yang kita ada sekarang dan mengkajinya untuk memperkemaskan lagi pencarian di selatan Lautan Hindi.

"Matematik adalah bahasa sains dan boleh menjelaskan fenomena yang kompleks dan beberapa organisasi di dunia, sebagai contoh Jabatan Jenayah di Amerika Syarikat menggunakan matematik untuk menyelesaikan misteri jenayah yang rumit," katanya.

Pesawat MH370 dengan 239 orang di dalamnya hilang dari radar sewaktu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, usaha pencarian dijalankan di selatan Lautan Hindi di mana penerbangan MH370 dipercayai berakhir.

BERNAMA

Rabu, Mac 30, 2016

DR MAHATHIR YANG KHIANATI KU LI



Bekas PM, Dr Mahathir Mohamad ditanya sama ada beliau rasa diri dikhianati oleh Tengku Razaleigh, Mahathir berkata ia bukan pertama kali yang dilakukan oleh anggota parlimen Gua Musang itu.

Menceritakan kembali, Mahathir berkata sebelum ini Tengku Razaleigh pernah mengkhianatinya selepas kalah dalam pemilihan parti dan menyaman Umno sehingga menyebabkan mahkamah mengisytiharkan parti Melayu itu tidak sah.

"Saya dikhianati oleh dia (Ku Li) banyak kali. Bila dia kalah dalam pemilihan, dia saman parti dan bawa ke mahkamah. Dan mahkamah isytiharkan parti tidak sah. Saya perlu menghabiskan masa saya untuk bangunkan semula parti.

"Tetapi dia tidak sertai (Umno), tetapi menubuhkan Semangat 46. Jadi, daripada seseorang seperti itu apa yang kita boleh harapkan?," katanya.

Kenyataan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dipercayai merujuk peristawa pada 1987 apabila Tengku Razaleigh tewas menentangnya bagi jawatan presiden Umno.

Ekoran kekalahan itu, Tengku Razaleigh kemudian menyaman Umno supaya mengisytiharkan pemilihan parti itu terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi kemudian mengisytiharkan Umno sebagai sebuah pertubuhan tidak sah.

Lucu juga baca kenyataan Dr Mahathir ini. Siapa yang khianati siapa? Beliau nampak Ku Li yang mengkhianatinya kerana tidak bersama dengan beliau dalam rancangan menggulingkan Najib Razak sebaliknya Ku Li turut menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Najib.

Dr Mahathir takkan sudah lupa bahawa  beliau yang mengkhianati Ku Li. Hussein Onn panggil Dr Mahathir dan Ku Li sebelum beliau bersara dari politik dan bertanya dengan Dr Mahathir adakah beliau boleh bekerjasama dengan Ku Li? Dr Mahathir menjawab ya, sebaliknya beliau menaja Musa Hitam menentang Ku Li dalam pertandingan timbalan presiden Umno pada tahun 1981. Ku Li kalah dalam pertandingan itu kerana Dr Mahathir menyokong Musa.

jadi siapa yang khianati siapa? Ku Li yang khianati Dr mahathir atau Dr mahathir yang khianati Ku Li?  Dr mahathir mendakwa Ku Li tidak sertai Umno sebaliknya menubuhkan Semangat 46. Sedangkan Dr Mahathir yang tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir yang menyebabkan Ku Li terpaksa menyertai Semangat 46.
.

Ku Li menyokong Deklarasi Kelantan tidak bermakna beliau mengkhianati kumpulan Dr Mahathir sebaliknya cara Ku Li amat betul kerana Najib hanya boleh disingkirkan secara demokratik dan bukannya dengan cara Dr Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang.

PERLEMBAGAAN PERLU DILINDUNGI, BUKAN DICABULI

Apa yang didakwa sebagai perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' pada Ahad lepas, sebenarnya bukan untuk menyelamatkan Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata sekiranya hendak menyelamatkan Malaysia, Perlembagaan perlu dilindungi, bukan dicabuli, sepertimana yang mereka anjurkan bagi menyingkirkan Perdana Menteri.

"Pertama sekali, mereka hendak menyelamatkan Malaysia daripada apa atau siapa? Dan bagaimana menyingkirkan Perdana Menteri secara melanggar Perlembagaan boleh dianggap sebagai menyelamatkan Malaysia?," kata Salleh dalam catatan terbaru beliau melalui blognya sskeruak.blogspot.my hari ini.


"Mereka berdiri di atas pentas dan menyerang apa yang dikatakan tidak ada demokrasi di Malaysia. Tetapi, apa yang tidak mereka sebut ialah hakikat bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak membenarkan lebih banyak demokrasi di Malaysia, membolehkan mereka menganjurkan perhimpunan itu, yang mereka gunakan untuk menyerang Perdana Menteri," katanya.

Salleh berkata perhimpunan 'ramai rakan' yang tidak berkongsi aspirasi dan ideal yang sama itu menunjukkan bahawa pakatan 'Selamatkan Malaysia' itu sudah gagal sejak mula lagi.

"Kita sudah lihat Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, dan kini Pakatan Harapan.

"Setakat ini, semuanya mengalami kegagalan, manakala Pakatan Harapan pula sedang bertungkus-lumus ingin membuktikan ia mampu untuk kekal wujud. Dan, sebab kesemua mereka mengalami kegagalan ialah seperti kata orang Melayu, tidur satu bantal, mimpi lain-lain," katanya.

Menurut Salleh, kesemua yang menyertai pakatan 'Selamatkan Malaysia' itu tidak berkongsi cita-cita, doktrin, aspirasi atau objektif yang sama dan mereka hanya mahukan satu perkara - menyingkirkan kerajaan.

"Secara teknikal, itulah yang akan terjadi sekiranya anda menyingkirkan Perdana Menteri," katanya.

Salleh berkata kumpulan itu tidak akan sekali-kali bersetuju antara satu sama lain kerana setiap rakan dalam pakatan 'Selamatkan Malaysia' itu mempunyai pandangan sendiri mengenai siapakah yang akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri baharu sekiranya rancangan mereka itu berjaya.

"Dan adakah kempen 'Selamatkan Malaysia' itu termasuk atau tidak termasuk membebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dari penjara? Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri Anwar dan Presiden PKR) berkata ya, tetapi semua yang lain tidak berkata apa-apa," katanya.

Salleh berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya muncul sebagai Ketua Pembangkang de facto baharu serta mengetuai 'Kempen Anti-Najib' atau 'Kempen Selamatkan Malaysia'.

"Kesemua yang lain kelihatan memberi kelulusan secara tersirat terhadap peranan kepimpinan dimainkan Mahathir apabila mereka tidak menamakan mana-mana pemimpin lain," katanya.

Salleh berkata Dr Mahathir tahu bahawa Najib hanya boleh disingkirkan sekiranya UMNO sendiri tidak mahukan beliau lagi.

Menurut menteri itu, Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa Najib tidak boleh disingkirkan dari luar, maka oleh yang demikian, bekas Perdana Menteri itu berharap kempen 'Selamatkan Malaysia' itu akan membuktikan ia mendapat sokongan daripada rakyat dan dengan itu, akan memperoleh sokongan UMNO.

"Sebaliknya, UMNO amat marah kepada Mahathir dan oleh kerana itu, UMNO bersatu di belakang Najib. Jadi, langkah Mahathir benar-benar memakan dirinya sendiri," katanya.

-- BERNAMA

Isnin, Mac 28, 2016

ALONG DILANTIK AJK PESAT SELEPAS TARIK DIRI TANDING PRESIDEN

Mohd Hazarul Ifdaz bin Dato Rahim,32, yang buat kejutan menarik diri dari pertandingan Presiden Persatuan Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) di saat saat akhir   terus dilantik oleh Presiden PESAT sebagai ahli jawatankuasa PESAT.

Dato Ir Wan Husin Wan Embong yang membuat pengumuman itu di akhir mesyuarat agung PESAT,  memenangi jawatan Presiden PESAT buat penggal kedua. Beliau mendapat 202 undi mengalahkan pakar motivasi terkenal, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 71 undi. 12 orang tidak mengundi daripada 285 orang perwakilan.

Sebelum itu Hazarul yang dikenali sebagai Along menarik diri kerana dua lagi calon Presiden, Dr Tg Asmadi dan Dato Shamsuddin Ismail menyuruh beliau menarik diri. Dr Tg Asmadi beregu dengan Dato Shamsuddin bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PESAT menentang penyandang Dato Ir Wan Husin Wan Embong dan Sham Aziz.

Along berjiwa besar menarik diri di saat saat akhir kerana tidak mahu undi calon grup komuniti anak perantau berpecah dua. Yang menjadi persoalan kenapa Dr Tg Asmadi mendapat 71 undi sahaja sedangkan dalam grup wasap Hijrah Silaratulrahim mendakwa kononnya beliau mendapat sokongan seramai 298 orang.

Kenapa 227 orang tak mengundi Dr Tg Asmadi atau adakah mereka tidak hadiri mesyuarat agung PESAT? Grup komuniti mendakwa mereka bayar yuran ahli seumur hidup seramai 139 orang jadi kenapa Dr Tg Asmadi tak dapat 139 undi? Di mana 68 orang ini pergi? Adakah 68 orang tidak hadir? Atau adakah 68 orang ini hadir tapi tidak mengundi Dr Tg Asmadi?



Seperti kata Naib Presiden PESAT, Dato Ahmad Mustafa, tradisi PESAT kena bermula dari bawah. Duduk dahulu sebagai ahli jawatankuasa kemudian baru menapak ke jawatan naib presiden, timbalan presiden dan presiden. Katanya, jangan langgar presiden dari luar kerana itu bukan budaya PESAT. Apatah lagi majoriti yang hadiri mesyuarat agong meluat tengok penyokong Dr Tg Asmadi memakai t shirt merah.

Tahniah kepada barisan baru PESAT. Semoga PESAT terus maju dan lebih merakyatkan lagi aktiviti PESAT untuk semua lapisan ahli PESAT. Dengan terlantiknya Along sebagai AJK PESAT, ia membuktikan bahawa PESAT tidak dikuasai oleh mana mana parti politik.


Khamis, Mac 24, 2016

PEGAWAI KEMENTERIAN PERTANIAN DITAHAN ISU KBS

Seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pengarah syarikat merupakan suspek terbaru ditahan berhubung siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata dua suspek lelaki berusia 41 dan 31 tahun itu ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan.

Pegawai berusia 41 tahun itu sebelum ini berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kira-kira sebulan lalu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan dan penahanan tidak
melibatkan sebarang rampasan.

Dalam pada itu, Azam berkata tempoh tahanan reman lelaki yang disyaki dalang sindiket itu bersama-sama tujuh yang lain akan disambung selepas tempoh reman mereka berakhir esok.

Sementara seorang wanita yang ditahan reman bersama-sama tujuh individu itu akan dibebaskan dengan jaminan, katanya.

Jumaat lepas, SPRM menahan sembilan orang, termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian yang dikatakan menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama-sama lapan individu itu ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Isnin, Mac 21, 2016

MOHD HAZARUL MENAWARKAN DIRI BERTANDING JAWATAN PRESIDEN PESAT

Menjelang enam hari lagi mesyuarat agung Persatuan Anak Terengganu di Lembah Kelang (PESAT), seorang ahli perniagaan, Mohd Hazarul Ifdaz bin Dato Rahim, 32, dijangka menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden PESAT.

Menurut sumber, beliau dijangka menentang Presiden sekarang, Datuk Ir Wan Husin Wan Embong dalam pertandingan empat penjuru yang turut disertai ahli perniagaan, Datuk Sham Aziz dan tokoh motivasi, Dr Tg Hasmadi.

Kata sumber itu lagi, Mohd Hazarul yang lebih dikenali dengan nama Along, beliau menawarkan diri kerana mahu membawa perubahan dalam PESAT yang kini





banyak membuat aktiviti yang menguntungkan golongan tertentu sahaja di Lembah Kelang.

Along tidak dapat dihubungi untuk pengesahan sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden Pesat atau tidak.

PESAT baru-baru ini dikritik kerana lebih banyak menjalankan aktiviti golongan atasan dengan menganjurkan pertandingan golf. Sebaliknya majoriti ahli PESAT terdiri daripada anak Terengganu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Mesyuarat agung yang akan diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara Ahad depan dijangka hangat sama ada 500 hadirin akan menukar presiden yang ada atau tidak.






Ahad, Mac 20, 2016

SHABERY CHEEK MEMBISU KES AHMAD SAID?

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai locus standi atau kedudukan untuk memberi apa-apa cadangan kepada anggota parti.

Beliau berkata ini kerana Dr Mahathir bukan lagi anggota parti selepas negarawan itu membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO pada 29 Feb lepas.

"Saya kira beliau (Dr Mahathir) tak ada locus standi untuk membuat apa-apa cadangan kepada ahli cawangan kerana beliau tak menjadi ahli UMNO dan tidak menjadi ahli UMNO adalah pilihan beliau sendiri.

"Saya kira elok jika beliau tidak mencampuri urusan parti yang beliau sudah tidak anggotai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan, Taklimat dan Perasmian Serentak Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Dr Mahathir semalam supaya cawangan-cawangan UMNO mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan perdana menteri dalam mesyuarat tahunan masing-masing.

Kenyataan Dr Mahathir itu diviralkan dalam media sosial.

Mengulas lanjut, Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pada masa ini, biarlah jemaah UMNO yang menentukan masa depan parti.

Ulasan saya, kenapa Shabery mengulas isu nasional sedangkan isu negeri yang melibatkan ketua bahagiannya, Ahmad Said beliau tidak membuat sebarang ulasan.

Adakah kerana Shabery terhutang budi kepada Ahmad Said yang membawanya sebagai timbalan ketua bahagian Kemaman pada tahun 2000 daripada nobody? Pada tahun 1998, Ahmad Shabery yang baru menyertai Umno selepas Semangat 46 dibubarkan telah bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Kemaman menentang ahli parlimen Dr Ramli Taib tetapi tewas.

Dua tahun kemudian Ahmad Said mempelawa Shabery beregu dengannya menentang Pemangku Ketua Bahagian, Datuk Abu Bakar Ali dan Nazri Salleh. Manakala Datuk Rahim Husin mewakili team Ahmad Said menentang Haji Shahbudin Maidin daripada team Abu Bakar Ali dalam pertandingan naib ketua bahagian. Shabery yang tidak pernah berada dalam barisan ahli jawatan kuasa bahagian terus menang sebagai orang nombor dua dalam parti di bahagian Kemaman.

Selepas Ketua Bahagian Kemaman selaku ADUN Kijal, Ahmad Said membawa usul tidak percaya kepada MB dua minggu lepas, Ahmad Shabery membisu dan play safe manakala Ketua Pemuda Umno Bahagian kemaman, Ahmad Fikri Ibrahim lebih lantang tidak bersetuju dengan tindakan ADUN Kijal itu.

Bagi saya, dalam politik Shabery tak perlu play safe. B
eliau kena sokong Ahmad Razif selaku MB terengganu dan ini peluang terbaik baginya untuk tidak bersekongkol dengan Ahmad Said lagi.

Selasa, Mac 15, 2016

MENUNGGU PAS MENYAMBUT TALI SILARATULRAHIM

(telah disiarkan oleh Berita Minggu, 13 Mac lalu)

OLEH SHAHBUDIN EMBUN (Lawyer pokok cherry)

Sejak kebelakangan ini bukannya sesuatu yang memeranjatkan jika kita terdengar berita yang menyatakan kesudian PAS untuk bekerjasama dengan UMNO. Bahkan tidak berapa lama dahulu, ramai pemerhati politik sudah  meramalkan gabungan ini akan berlaku juga akhirnya.Pelbagai andaian telah dibuat, apatah lagi apabila adanya gambar yang memaparkan Presiden UMNO datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden  PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan para pemerhati politik menantikan satu pengumuman rasmi tentang kerjasama antara dua parti ini. Tetapi akhirnya PAS membuat kejutan dengan bakal mewujudkan pakatan politik “Kuasa Ketiga” yang akan diumumkan pada 16 Mac 2016.

Gabungan ini dikatakan merupakan strategi PAS untuk menarik para pengundi yang marah dan tidak puas hati dengan UMNO dan berasa sangsi dengan keupayaan Pakatan Harapan, yang dilihat tidak mempunyai harapan untuk membentuk satu pakatan yang mantap.

Namun persoalannya ialah adakah kuasa ketiga ini mampu menawarkan alternatif kepada para pengundi khasnya yang duduk di atas pagar.Penulis merasakan gabungan yang bakal wujud ini tidak mampu untuk melakukan perubahan politik yang drastik di negara kita.Apatah lagi parti-parti yang dikatakan akan menyertai gabungan ini bukanlah kuasa besar yang boleh mengubah suasana politik di Malaysia.

Bahkan ada rakan penulis yang merasakan penubuhan Kuasa Ketiga ini hanya sekadar untuk mengurangkan pengaruh dan menewaskan Parti Amanah Negara dalam Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang dimaksudkan ialah, jika adanya pertarungan satu lawan satu dengan PAN, maka Kuasa Ketiga yang akan jadi faktor penentu kepada kemenangan PAS. Kemungkinan itu ada, tetapi penulis menganggap pastinya ada agenda lain apabila Kuasa Ketiga ini dibentuk.

Ada pihak yang menyatakan PAS sebenarnya mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu membuat sebarang pakatan.Apatah lagi ada pihak yang sudah menganggap PAS adalah alternatif yang perlu diberikan perhatian yang serius. Realitinya, PAS harus berpijak di bumi nyata. Kekuatan yang menjadi kebanggaan parti ini mungkin hanya wujud di atas kertas sahaja.




Perlu diingatkan juga bahawa PAS juga sudah mula tergugat apabila bekas para pemimpin utama parti itu  menubuhkan Parti Amanah Negara.PAS juga pastinya tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi adanya DAP dalam gabungan tersebut.Dan melihatkan kepada perhubungan antara PAS dan DAP, rasanya agak mustahil untuk PAS dan DAP tiba-tiba menghulur semula tangan persahabatan.

Namun masih ramai juga pemerhati politik yang menganggap PAS sepatutnya menguatkan lagi hubungannya dengan UMNO.Alasan yang mereka berikan adalah mudah. Gabungan PAS dan UMNO bukan sahaja akan menghentikan persengketaan yang lama wujud antara dua parti ini, tetapi juga akan mengukuhkan lagi perpaduan Melayu dan Islam di negara kita.

UMNO dan PAS  adalah dua parti yang terbesar dan yang paling berpengaruh di negara kita. Walaupun sejak kebelakangan ini,kedua-dua parti ini dihimpit dengan pelbagai dugaan dan cabaran, namun UMNO dan PAS masih dilihat sebagai parti tunjang yang mampu mencorakkan scenario politik di negara kita.

Dan walaupun penulis telah menyatakan yang kekuatan PAS boleh diragui, tetapi dalam istilah permainan bolasepak, PAS boleh memainkan peranan sebagai “spoiler” ataupun penentu kejayaan sesuatu parti itu.

Dalam pengertian gabungan UMNO dan PAS,maka perlulah diambil istilah yang lebih meluas.Kerjasama di sini bukan bermaksud duduk di meja bulat , bersidang di hotel 5 bintang dan kemudiannya menandatangani perjanjian di atas sehelai kertas. Tidak semestinya sesuatu perikatan itu dibentuk secara formal.

Mungkin ada yang lupa bahawa pada bulan Disember 2015, ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, secara rasminya  telah menghulur ‘tali silaturrahim kepada PAS bagi membina dan membangunkan Malaysia mengikut syariat Islam selepas parti Islam itu tidak lagi bersama pembangkang, khususnya DAP.Inilah kerjasama yang boleh memberikan impak yang positif kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.

Tangan persahabatan sudah dihulur dan kini terpulang kepada PAS untuk menyambutnya.



Isnin, Mac 14, 2016

ROMBAKAN KABINET DALAM MASA TERDEKAT?



Semalam Mingguan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam masa terdekat.


Othman, 57, yang merupakan ahli politik kanan di Kedah, ketika ini adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri.

Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Ahmad Bashah pernah memegang jawatan timbalan menteri kementerian berkenaan sejak 2013.

Sementara itu, Othman ketika dihubungi memberitahu, terlalu awal untuk beliau memberi reaksi mengenai pelantikan itu.

"Saya tidak tahu mengenai pelantikan ini. Tunggu pengumuman dulu sebab saya memang tidak tahu apa-apa (pelantikan sebagai timbalan menteri)," ujarnya.

Pada 3 Februari lalu, Ahmad Bashah meletak jawatan dalam Kabinet selepas dilantik menjadi Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika ini diterajui menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Minggu lepas sudah heboh di parlimen rombakan kabinet akan dibuat dalam masa terdekat di mana beberapa menteri akan digugurkan. Ini memandangkan hanya beberapa orang menteri sahaja yang beriya benar mempertahankan Najib Razak iaitu Nazri Aziz, Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan.

Manakala ramai menteri membisu dalam isu serangan pembangkang terhadap Najib terutamanya menteri-menteri  Umno. Sementara itu, sumber berkata Najib dijangka membawa masuk ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam kabinet.

Minggu lepas Najib telah menemui Ku Li setelah empat kali Najib membuat temujanji
baru dapat menemuinya. Di Gua Musang dua hari lalu Ku Li telah memberitahu pemberita beliau telah menemui Najib dan memberi nasihat kepada Najib menjawab semua isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

Adakah Najib menawarkan jawatan kabinet kepada Ku Li hanya dapat diketahui apabila ada rombakan kabinet nanti.


Ahad, Mac 13, 2016

RICH HERITAGE LANCAR MINYAK WANGI AZEERTHA

Malam tadi bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, tercatat sejarah baru apabila 1,500 orang ahli Rich Heritage Berhad (RH) berkumpul di hotel tersebut  untuk menyaksikan majlis pelancaran RH.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RH, Datuk Azir Abu Samah, RH bukan perniagaan jualan langsung atau MLM tetapi satu revolusi perniagaan bentuk baharu di Malaysia menggunakan platform atas talian (on line).

" Inilah peluang terbaik untuk mereka menjana pendapatan tetapi tidak berani mengambil risiko mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk modal, sewa kedai dan pekerja," katanuya ketika berucap di majlis tersebut.

Katanya, RH diwujudkan bagi memberi peluang kepada usahawan dan bakal usahawan untuk menjalankan perniagaan tanpa perlu menaja, mencari orang, tiada risiko kerugian, tidak membebankan dan modal dikeluarkan hanya sekali.

Ujarnya lagi, RH membuka cawangan di Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada orang ramai menyertai peluang pelaburan perniagaan bagi menjana pendapatan.

"Selepas ini RH bercadang membuka 70 cawangan di seluruh negara sebelum dikembangkan ke Indonesia dan Thailand," tegasnya.

Azir menambah tujuan majlis makan malam itu ialah untuk mengembangkan jenama RH di samping memberitahu bakal pelabur mengenai kaedah perniagaan yang dijalankan oleh RH.

Sehubungan dengan itu, katanya, RH bekerjasama dengan Rich Coco dan Yayasan Al Ummah di mana majlis penyerahan perjanjian kerjasama dengan dua syarikat itu diadakan.

Malam tadi juga menyaksikan pelancaran produk sulung RH iaitu minyak wangi AZEERTHA. Minyak wangi bersaiz 50ml keluaran Bumiputera ini dibungkus di Malaysia dalam bentuk botol menarik dan dijaul pada harga RM96.

"Selepas ini syarikat akan memperkenalkan pelbagai lagi produk yang sesuai dengan minat dan kehendak pelanggan," katanya lagi.

katanya, ejen hanya menjual minyak wangi sedangkan promosi dibuat oleh syraikat.

"Syarikat akan melantik ejen di seluruh negara secara single level dan buat permulaan sebanyak 20,000 botol minyak wangi akan berada di pasaran," jelasnya.

Beliau menyeru ibu tunggal di seluruh negara merebut peluang perniagaan ini yang mana RH melantik Yayasan Al Ummah sebagai penyalur pinjaman kepada bakal ejen RH.

Majlis itu turut diserikan oleh penyanyi Dayang Nurfaizah, Anis Al Idrus, Cherpen dan Falah Bassim. Turut hadir di majlis itu ialah ahli ahli lembaga pengarah RH dan isteri Datuk Azir, Datin Narita Ismail.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang RH, baca blog ini bertarikh 20 Februari lalu, lihat http://catatanzabidi.blogspot.my/2016/02/rich-heritage-sasar-tarik-500000-ahli.html







Sabtu, Mac 12, 2016

SIAPA DALANG PERTUKARAN KETUA PUTERI TERENGGANU?

Hujan tidak ribut tidak tiba tiba Ketua Puteri Umno Terengganu, Rozita Ismail ditukar. Namun demikian Ketua Puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyati Samsuddin menangguhkan pertukaran tersebut ke tarikh lain selepas keluar berita bahawa Rozita diganti oleh Ketua Puteri Umno bahagian Besut, Erniesalwani Saidi.

Pertukaran ini ditangguhkan kerana Terengganu baharu sahaja digemparkan dengan berita usul undi tidak percaya oleh ADUN Kijal, Ahmad Said kepada MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman. Menurut sumber, Rozita yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Hulu Terengganu tidak ngam dengan Mas Ermieyati.

Malah beliau pernah dikatakan sabotaj lawatan Timbalan Menteri Pelancongan itu ke negeri Terengganu sehingga beliau membatalkan lawatan tersebut. Rozita dikatakan rapat dengan pejabat MB dan penangguhan pertukaran itu dikatakan dimainkan peranan oleh pegawai di pejabat MB.

Sebenarnya ada dalang di sebalik pengguguran Rozita ini. Ketua Puteri Umno di sebuah bahagian dikatakan merancang konspirasi untuk menjatuhkan Rozita dan mahu jadi Ketua Puteri Umno negeri dengan harapan apabila dilantik sebagai Ketua Puteri negeri maka peluang untuk jadi calon terbuka luas. Tetapi begitulah kehendak Tuhan. Manusia cuma merancang tetapi Allah yang menentukan. Orang yang merancang kejatuhan Rozita ini kecewa kerana beliau tidak dilantik Ketua Puteri negeri sebaliknya Ketua Puteri Umno Besut yang dilantik.

Dalang itu sudah tentu terkejut kerana pilihannya tidak dilantik oleh Mas Ermieyati. Yang lebih menghairankan bagaimana kononnya berita Bernama disebar dalam wasap grup yang mengatakan bekas Ketua Umno Bahagian Dungun, Rosli Mat Hassan sanggup menjadi penasihat Puteri Umno terengganu lantaran pertukaran Rozita.

Ketua Biro Bernama Terengganu telah membuat laporan polis bahawa berita yang disebarkan dalam wasap itu adalah berita palsu dan memang tak logik orang lelaki jadi penasihat puteri. Berita itu memuji kehebatan puteri Umno Bahagian Dungan sedangkan kerusi parlimen Dungun yang ditandingi Pok Li pada PRU 13 kalah. Sepatutnya pemimpin yang sudah ditolak rakyat seperti Pok Li ini berehat sahaja dan tidak payah campur politik lagi.

Semoga pertukaran ini bila dikuatkuasakan kelak tidak menjejaskan jentera puteri Umno Terengganu nanti.

Jumaat, Mac 11, 2016

PERTUKARAN KETUA PUTERI TERENGGANU PERKARA BIASA

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ketua Puteri UMNO Terengganu, Rozita Ismail akan ditukar dan pelantikan baharu akan diumumkan kemudian, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata mesyuarat pengurusan pergerakan itu pada Isnin lepas telah memutuskan untuk menukar Rozita.

"Bagaimanapun bila ambil kira apa yang berlaku di Terengganu, jadi saya ambil keputusan untuk menangguhkan pelantikan tersebut. Tukar tetap tukar tapi saya tangguhkan dulu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada surat perlantikan Ketua Puteri UMNO Bahagian Besut, Erniesalwani Saidi sebagai Ketua Puteri UMNO Terengganu baharu yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Mas Ermieyati berkata pertukaran pucuk pimpinan Puteri UMNO negeri adalah perkara biasa dan sudah berlaku sejak zaman kepimpinan terdahulu.

"Diharap mereka akan terus berjiwa besar dan istiqamah dalam perjuangan," katanya.

Sementara itu, di Terengganu, Rozita, yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, berkata beliau dimaklumkan mengenai pertukaran tersebut menerusi panggilan telefon daripada setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Pusat hari ini.

Namun, katanya beliau belum menerima sebarang notis berhubung perkembangan penangguhan pertukaran itu.

"Saya akur dan menerima sebarang keputusan dengan rasa hormat dan saya percaya ia telah ditimbang secara adil dan saksama walau apapun jua sebabnya," katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA

Rabu, Mac 09, 2016

UMNO TAK BERANI PECAT AHMAD SAID?

Dua tahun lepas ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dipilih oleh PM, Najib Razak sebagai MB Terengganu yang baharu menggantikan Ahmad Said.  Ada yang berkata bahawa Setpol PM, Jailani Ngah yang main peranan menaikkan Razif sebagai MB baharu. Manakala ada pula yang mendakwa orang yang main peranan menaikkan Razif ini ialah bekas Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Roslan Ali Omar dari kumpulan Sahabat Najib 1987.

Setahun selepas pengunduran Ahmad Said sebagai MB Terengganu, pada 13 Mei 2015, Ahmad Said menggemparkan rakyat Terengganu apabila dalam ucapan perbahasan menjunjung kasih titah tuanku mendakwa 1MDB mahu mencagarkan minyak dan gas negeri Terengganu. Dakwaan ini dinafikan oleh kerajaan pusat dan ini punca kerajaan Terengganu menarik diri dari 1MDB.

Semalam dalam ucapan perbahasan di Dewan Undangan Negeri, sekali lagi ADUN Kijal itu mengejutkan orang ramai apabila mencadangkan usul undi tidak percaya kepada MB. Usul itu dibawa dalam ucapan penangguhan Ahmad Said dan DUN terpaksa ditangguhkan ke sebelah petang untuk memberi peluang kepada Speaker DUN untuk mentafsirkan usul tersebut.

Speaker, Zubir Embong menolak usul itu kerana ia diberi tanpa notis tetapi dibantah oleh Ahmad Said kerana usul yang menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 dibawa ke sidang DUN tanpa sebarang notis. Sidang  DUN semalam ditangguhkan pada jam 3.20 petang apabila penolakan usul tersebut oleh Speaker adalah muktamad.

Belum pernah dalam sejarah politik negara, ADUN BN sendiri  yang membawa usul undi tidak percaya kepada MB BN. Ahmad Said mencatat sejarah ini. Menteri di JPM, Azalina Othman mengulas isu ini berkata Ahmad Said gila talak. Bagi saya, Ahmad Said mabuk ubi gadung kerana sanggup bawa usul tersebut. Sepatutnya beliau suruh PAS bawa usul itu dan beliau sokong apabila dibuat pengundian. Jadi tindakan ini mengundang lembaga disiplin Umno untuk mengambil tindakan kepada Ahmad Said sama ada menggantung atau memecat keahlian beliau.

Sebelum ini Ahmad Said yang kecewa kehilangan jawatan MB dua tahun lepas telah keluar dari Umno tetapi u turn semula apabila dipujuk oleh pucuk pimpinan. Sejak itu Ahmad Said tuntut macam macam dengan MB termasuk melantiknya sebagai Pengerusi Ladang Rakyat dan  Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir. Apa lagi Ahmad Said mahu?

Adakah kerana kerusi BN 17, PAS 15 maka Ahmad Said terus mengugut MB? Beliau sudah tahu Speaker akan menolak usulnya tetapi sekurang kurangnya usul itu sudah mencemarkan nama Ahmad Razif di kalangan rakyat Terengganu.

Adakah kerana Ahmad Said menunggu dipecat dari Umno untuk bersama dengan perjuangan Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno dua minggu lepas? Ketika Dr Mahathir pergi ke PWTC untuk menyertai forum Nothing To Hide mengenai isu 1MDB, Ahmad Said turut mengiringi Dr Mahathir ke PWTC. Malah selepas pemecatan Muhyiddin Yasin sebagai TPM, Umno Bahagian Kemaman yang diketuai Ahmad Said berani menjemput Muhyiddin merasmikan persidangan perwakilan bahagian tersebut.

Dengan tindakan Ahmad Said semalam, ramai ketua cawangan di Kemaman kecewa dengan Ketua Bahagian mereka. Malah mereka berkata jika Ahmad Said merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan cawangan Umno dalam masa terdekat, mereka akan boikot majlis tersebut sebagai protes kepada Ahmad Said. Tetapi Ahmad Shabery Cheek sebagai ahli majlis tertinggi Umno membisu tidak berani mengulas tindakan Ahmad Said. Beliau berani mengulas isu Dr Mahathir dan Muhyiddin tetapi senyap bila isu ini melibatkan ketua bahagiannya sendiri.

Ada yang berkatabahawa Umno Pusat tidak berani memecat Ahmad Said kerana bimbang kerajaan BN tumbang. Jika Speaker membenarkan undi tidak percaya semalam, usul Ahmad Said tetap ditolak kerana BN ada 16 orang dan PAS ada 14 orang kerana ADUN Ru Rendang, Haji Hadi Awang tidak hadir. Dengan satu undi Ahmad Said maka pembangkang dapat 15 undi maka BN menang 1 undi.

Akan tetapi Speaker menolak usul itu kerana bimbang Ahmad Said sudah membeli beberapa ADUN BN yang menyebabkan Speaker buat keputusan lebih baik menolak usul tersebut daripada dibahaskan. Maka MB selamat tetapi jika ADUN BN setia, usul Ahmad Said ditolak maka ia lebih memalukan Ahmad Said.

Beranikah Umno mengambil tindakan kepada Ahmad Said? Sama samalah kita tunggu.




Selasa, Mac 08, 2016

ORANG MELAYU SENSITIF DENGAN LIM KIT SIANG

Apabila Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno, ahli ahli Umno simpati kepada beliau. Begitu juga apabila Muhyiddin Yasin digantung jawatan Timbalan Presiden Umno, rakyat Malaysia simpati kepada beliau.

Seolah-olah pemimpin Umno pantang ditegur. Bila tegur, kena gantung dan kena pecat. Tetapi apabila Dr Mahathir bersama para pemimpin pembangkang seperti DAP, simpati ahli Umno kepada Dr Mahathir terus hilang. Selama ini Lim Kit Siang yang mahu menjatuhkan kerajaan Melayu pimpinan Umno tapi akhirnya Dr Mahathir sanggup duduk semeja dengan Lim Kit Siang untuk menjatuhkan Najib Razak.

Ahli ahli Umno mula bersatu apabila mereka lihat Lim Kit Siang bersama Dr Mahathir kerana mereka amat sensitif dengan Lim Kit Siang. Mereka tidak boleh lupa apa yang Lim Kit Siang buat di hadapan rumah MB Selangor, Harun Idris ketika berlaku rusuhan 13 Mei. Lim Kit Siang yang melaung Melayu balik kampung apabila DAP menang banyak kerusi di Selangor pada PRU 1969.

Apabila Muhyiddin digantung jawatannya, ahli ahli Umno Pagoh berdiri teguh di belakang Muhyiddin tetapi apabila beliau turut berada dengan Dr Mahathir di majlis deklarasi Dr Mahathir maka simpati ahli ahli Umno Paguh terhadap Muhyiddin turut hilang. Mereka kecewa dengan sikap Muhyiddin. Dahulu Muhyiddin yang menyerang Mat Sabu apabila Mat Sabu kata Bintang Tiga yang menyerang balai polis Bukit Kepong bukan komunis. Kini Muhyiddin sanggup pula bersekongkol dengan Mat Sabu. Kawan saya, Dato Zaaba orang kuat Muhyiddin turut melahirkan kesal terhadap sikap Muhyiddin.

Rupa-rupanya tindakan Dr Mahathir dan Muhyiddin di majis tersebut memberi satu hikmah kepada ahli ahli Umno supaya bersatu menentang musuh utama Umno iaitu DAP.  Lim Kit Siang memaafkan Dr Mahathir yang menangkapnya di bawah ISA. Dia kata dia pergi jumpa Dr Mahathir selepas keluar dari ISA bertanya kenapa Najib selaku Ketua Pemuda Umno ketika itu tidak ditangkap di bawah ISA bersama Ketua Pemuda MCA, Lim Kim Sai.

Sebaliknya tiga Exco Pemuda Umno yang ditahan di bawah ISA iaitu Ibrahim Ali, Tajuddin Rahman dan Fahmi Ibrahim. Jika momentum Dr Mahathir bersama DAP berterusan, ia memberi kekuatan baru kepada Umno untuk menyerang DAP. Justru itu Umno sepatutnya berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memudahkan Umno menghadapi musuh yang nyata dalam PRU akan datang.

Isnin, Mac 07, 2016

PROGRAM ANAK PERANTAU SATU TAMPARAN BUAT PESAT?

Sabtu lalu grup anak perantau Terengganu satu wasap grup yang menghimpunkan 100 orang anak Terengganu di Lembah Kelang berjaya menganjurkan majlis ikang bako di perkarangan bangunan Yayasan Terengganu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut Setiausaha Kerja program, Zahari Mat, seramai 3,000 orang hadiri majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Zubir Embong; Exco Belia dan Sukan, Rozi Mamat dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Rahman.

Idea mengadakan majlis ikang bako ini dicetuskan oleh ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan kepada Zahari Mat dan pegawai khas MB yang menjaga hal ehwal anak perantau, Amlisani Abdul Latif. Maka Amlisani selaku penyelaras wasap grup anak perantau telah memanggil mesyuarat di kalangan mereka dan mereka bersetuju mencari penaja untuk menjayakan majlis tersebut.

Menurut ketua program, Dr Tengku Asmadi, program ini diadakan tanpa menerima bantuan daripada kerajaan negeri. Sebaliknya mereka mencari penaja sendiri termasuk Tengku Zaihan yang bersetuju menaja ikan sebanyak 500 kilogram.

"Ini yang kerajaan negeri mahu lihat program dibuat tanpa bantuan mereka. Selama ini banyak program dibuat kerajaan negeri beri duit. Kita mahu ubah trend. Bukan lagi apa yang kerajaan beri kepada rakyat, sebaliknya apa yang rakyat beri kepada kerajaan," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penaja termasuk Tengku Zaihan, Datuk Rahim Husin dan ramai lagi.

Dalam ucapannya, MB memuji usaha yang dibuat oleh grup anak Terengganu itu yang menganjurkan majlis itu untuk mengeratkan silahratulrahim anak terengganu yang berada di Lembah Kelang.

Program ikang bako merupakan program keempat grup anak Terengganu. Sebelum ini mereka telah mengadakan program kacau syura, pertandingan boling dan BBQ menyambut tahun baru 2016. Mereka mengambil inisiatif mengadakan program sendiri kerana Persatuan Anak Terengganu di Lembah Kelang (PESAT) gagal mengadakan program program yang dekat dengan hati anak anak Terengganu di perantauan.

PESAT lebih minat buat program main golf. PESAT sudah jadi persatuan yang elitis yang mengecewakan anak anak Terengganu di perantauan. Maka mereka menyokong usaha yang dibuat oleh grup wasap yang tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bukannya mahu menjadi persatuan alternatif kepada PESAT sebab itu mereka tidak berdaftar dengan ROS.

Program ini bukannya ditaja oleh kerajaan negeri tetapi MB bersifat terbuka kepada mana mana pihak yang buat program untuk kepentingan anak anak Terengganu di Kuala Lumpur, maka MB turut hadir beri sokongan. Ini kali kedua MB hadir selepas program kacau sura di tempat yang sama.

Ramai yang call urus setia program ikan bako yang bertanya kenapa PESAT yang tidak anjur. PESAT tidak berminat menganjirkan program seumpama ini. Malah program buka puasa dengan MB setiap tahun dibayar oleh kerajaan negeri dan bukannya menggunakan duit PESAT. Malah yang paling memilukan ahli jawatankuasa PESAT lebih berminat mengejar projek kerajaan negeri daripada membuat program untuk ahli ahli PESAT. 

Jika ahli ahli jawatankuasa PESAT sudah tidak mampu mengendalikan PESAT maka bila tiba mesyuarat agung tahunan nanti, letaklah jawatan beramai ramai dan serah kepada mereka yang mampu. tahniah kepada grup anak perantau yang berjaya menganjurkan program ikan bakor.



Jumaat, Mac 04, 2016

ANDA MAHU LINE TAPI BLACKLIST. HUBUNGI WASAP 01120688224


TIADA MAHATHIR TIADA MASALAH


(Sudah disiarkan dlm Berita Harian)
OLEH SHAHBUDIN EMBUN
Tidak ada yang luar biasa dan mungkin sesuatu yang sudah dijangka. Begitulah yang dikatakan oleh beberapa rakan penulis apabila kami berborak sambil menikmati secangkir kopi, membincangkan tentang tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad yang keluar UMNO pada 29hb Februari  2016 yang lalu.
Adakah tindakan tokoh yang bergelar seorang negarawan ini akan menjejaskan UMNO? Jika dilihat dari ketokohan  serta peranan yang dimainkan oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, pastinya ini merupakan satu tamparan buat Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apatah lagi, alasan yang digunakan oleh Mahathir ialah sebagai tanda protes kepada kepimpinan Najib.Perasaan tidak puas hati Mahathir terhadap Najib bukanlah satu rahsia lagi.
Berbalik kita kepada persoalan, adakah UMNO akan terjejas? Jawapan kepada persoalan yang dikemukakan ini sebenarnya terletak di bahu pucuk pimpinan serta ahli-ahli UMNO sekarang yang sama-sama berjuang dengan Najib.
Jika semua ahli UMNO terus berdebat tanpa berhenti dan meramalkan apa yang mungkin berlaku serta alpa dengan perjuangan parti, maka sememangnya parti ini akan terjejas kerana kita hanya akan dengar kata-kata tanpa melihat sebarang tindakan untuk memperkasakan parti..
Namun jika kesemua ahli UMNO terus berdiri reguh di belakang Presiden UMNO, maka UMNO tetap akan utuh dan tidak terjejas dengan apa pun  tindakan Mahathir. Bahkan ada yang berpendapat, UMNO akan lebih padu kerana virus yang menyerang UMNO dari dalam sudah berhenti dan sekaligus menguatkan kembali sistem pertahanan UMNO yang agak goyah pada suatu ketika dahulu.
Kita tidak boleh meramalkan apakah tindakan Mahathir selanjutnya.Beliau merupakan seorang pakar atau sifu apabila mencorak langkah dan merancang taktikal dalam permainan politik yang penuh dengan sepak terajang.  Pastinya juga, suara beliau akan lebih lantang dan lebih bebas untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.
Sebagai sebuah negara demokrasi, Itu adalah haknya .Namun kelantangan, ketegasan  dan kekerasan suara itu boleh dilentur dan diselubungi dengan pendirian dan semangat solidariti ahli-ahli UMNO yang terus berdiri menyokong Najib. Itu sebabnya sikap Najib yang tenang  dan sabar dalam menghadapi isu ini perlu dipuji.Beliau tidak membuat serangan balas, bahkan lebih menumpukan kepada agenda untuk terus membangunkan negara kita Malaysia
Penulis tidak berminat untuk mengorek segala kejayaan dan kegagalan yang dilakukan oleh Mahathir semasa beliau memimpin UMNO dan negara dahulu. Segala yang berkaitan dengan isu ini telah menjadi pengetahuan ramai dan biarlah dibincangkan dalam forum yang berbeza.Apa yang pasti,  jasa Mahathir selama ini akan terus dikenang.
Itu sebabnya juga keputusan beliau untuk meninggalkan UMNO perlu dihormati. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghormati tindakan Mahathir dan masih berharap bekas presiden UMNO ini mempertimbangkan semula keputusannya.
Pada masa yang sama juga Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa mempertahankan dan mengukuhkan solidariti UMNO dengan terus memberikan kepercayaan kepada Najib .
Faktor kepercayaan ini adalah penting kerana  kehebatan Mahathir semasa beliau berada di puncak kepimpinan dahulu adalah juga disebabkan oleh sokongan yang tidak berbelah bahagi serta kepercayaan rakyat dan ahli-ahli UMNO kepada Mahathir. Sebagaimana Mahathir di zamannya, Najib juga memerlukan sokongan padu seperti ini untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
Semakin hari rakyat semakin yakin bahawa Najib mempu mencorakkan masa depan Melaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.Lihat sahaja pada pelan Transformasi yang sedang diusahakan oleh beliau.Najib sedar ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun demi kesejahteraan rakyat, kestabilan politik serta kejayaan ekonomi, pelan ini perlu dilaksanakan dengan sokongan dari kita semua.
Perbincangan tentang tindakan Mahathir serta implikasinya kepada UMNO akan terus dibincangkan oleh masyarakat kita khasnya di kalangan ahli-ahli UMNO. Namun sebagaimana yang penulis jelaskan, jika ahli-ahli UMNO terus  berbahas tentang perkara ini tanpa mengambil inisiatif untuk memperkasakan UMNO,  maka ianya akan merugikan UMNO.
Ramai yang tahu lagu My Way nyanyian Frank Sinatra merupakan lagu kegemaran Mahathir. Mungkin sudah sampai masanya untuk Mahathir membiarkan Najib bersama pucuk kepimpinannya terus memimpin negara dengan lagu dan irama baru, sesuai dengan era sekarang yang jauh bezanya dengan zaman ketika Mahathir memerintah dahulu.



Rabu, Mac 02, 2016

MAHFUZ AKAN DIPECAT SEPERTI HUSAM MUSA?

Ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar yang akan menyertai perhimpunan anti Najib pada 27 Mac bertentangan dengan pendirian Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang tidak akan menyertai perhimpunan tersebut.

Bagi Presiden Amanah, Mohamad Sabu pendirian Haji Hadi pelik kerana beliau tidak anti orang Umno sebaliknya anti Umno sahaja. Haji Hadi sudah insaf tidak mahu PAS jadi alat DAP kerana dalam perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim itu DAP, Amanah, PKR akan hadir.

PAS tidak bersama Pakatan Harapan buat apa PAS hadiri perhimpunan tersebut. Justru itu tindakan Mahfuz Omar itu wajar diambil tindakan disiplin seperti mana PAS akan mengambil tindakan kepada bekas Naib Presidennya, Husam Musa.

Husam Musa telah menghadiri majlis pelancaran Amanah di Kuala Lumpur yang menimbulkan rasa kurang senang ahli-ahli PAS. Jika Husam Musa dipecat dari PAS, beliau dikatakan bakal Pengerusi Pakatan Harapan kerana majoriti ahli Pakatan lebih menyenangi Husam Musa jadi PM daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Minggu lepas Mahfuz Omar telah menemui Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir yang mahu Najib ditumbangkan. Ia dibuat sebelum Dr Mahathir keluar dari Umno. Lim Kit Siang semalam mengaku telah menemui Dr Mahathir dan mereka bersetuju menjatuhkan Najib dalam perhimpunan 27 Mac itu.

Jika benar PAS mengambil pendirian tidak menyertai perhimpunan 27 Mac seperti mana PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih, maka Mahfuz Omar wajar dipecat dari PAS kerana melanggar arahan Presiden Umno.

Kita akan lihat sejauh mana kekuatan Mahfuz apabila beliau bertanding sebagai calon Pokok Sena menentang calon PAS dan BN nanti.

Dalam suasana menghadapi pilihanraya seperti juga Umno, PAS akan mempastikan para pemimpinnnya sehati sejiwa dengan Presidennya. Jika para pemimpin tidak dapat mematuhi arahan Presiden, maka jalan terbaik keluar dari PAS dan tak perlu menunggu dipecat dari parti.

Selasa, Mac 01, 2016

POSTING TERTINGGI BAGI FEBRUARI 2016

Sudah dua bulan berlalu  tahun 2016. Bagi Februari, posting terttinggi ialah Rich Heritage sasar tarik 500,000 orang ahli tahun ini yang disiarkan pada 20 Februari di mana ia mencapai hit sebanyak 2,936. Ini bermakna pembaca suka berita perniagaan.

Seperti biasa pembaca blog ini datang bukan dari Malaysia sahaja malah dari USA, Russia, United Kingdom, Rio De Janeiro, China, Recife, Pernambuco dan Taiwan. Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini.

Posting tertinggi bagi bulan februari 2016 ialah:-

1. Rich Heritage sasar tarik 500,000 ahli tahun ini (20 Februari)
2.Mat Sabu yang lebih bodoh (19 Febuari)
3.Kenapa Zaharin buat kejutan (2 Februari)
4.Parlimen sepi tanpa Bung Mokhtar (13 Februari)
5.Dr Asyraf orang Mahathir dalam kabinet najib (10 Februari)
6.Nordin Ahmad pun meninggal di usia muda (21 Februari)
7.Omar Aziz dalam kenangan (15 Februari)
8.Bekas polis tak hormati undang undang (5 Februari)
9.Memang betul kata Annuar Musa (16 Februari)
10. Pesanan Zahid kepada Mukhriz wajar dipatuhi (4 Februari)

MAHATHIR BUAT UMNO SEPERTI HOTEL

Semalam bekas Presiden Umno,  Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno sempena tahun lompat, 29 Februari 2016. Ini kali kedua beliau berbuat demikian. Pada 19 Mei 2008, beliau keluar dari Umno buat kali pertama kerana kecewa dengan PM ketika itu, Pak Lah.

Namun demikian beliau menyertai semula Umno pada 4 April 2009 setelah Najib Razak menjadi PM. Oleh itu tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya sudah dijangka selepas gagal menjatuhkan Najib secara demoktraik melalui undi tidak percaya di parlimen.

Dr Mahathir buat Umno seperti hotel, bebas keluar masuk. Hari ini masuk hotel, esok keluar hotel. Lepas itu masuk balik hotel dan keluar semula. Bagi saya, bila Dr Mahathir keluar dari Umno, lebih mudah bagi kita menyerang Dr Mahathir kerana dia kini musuh utama Umno kerana beliau bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan BN.

Jangan salahkan Umno jika Umno menyerang Dr Mahathir secara terbuka. Ini budaya yang Umno pelajari dari Dr Mahathir. Apabila Ku Li tidak dibenarkan menyertai Umno pada tahun 1988, Dr Mahathir arahkan para pemimpin Umno menyerang Ku Li habis habisan. Begitu juga apabila Anwar dipecat dari Umno pada tahun 1998, Dr Mahathir arahkan para pemimpin Umno membelasah Anwar secukup-cukupnya. Jadi kini giliran Umno pula menghentam Dr Mahathir kerana beliau bukan lagi ahli Umno.

Para pemimpin Umno lebih bersatu apabila Dr Mahathir sudah menjadi musuh mereka. Dr Mahathir keluar dari Umno pada tahun 2008, BN tetap menang PRU pada tahun tersebut. Oleh itu jangan bimbang dengan tindakan terbaru Dr Mahathir ini, kerana ahli Umno yang tulen akan terus mempertahankan BN ke titisan darah yang terakhir dalam PRU akan datang.

Dr Mahathir seorang yang gentleman kerana buat keputusan keluar dari Umno. Beliau lebih mulia dari Muhyiddin Yasin yang terus menghentam Najib selepas digantung jawatannya. Bila lagi Muhyiddin nak ikut jejak langkah Dr Mahathir?

Seperti kata bekas Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid, pada tahun 1988, Umno lebih mudah menghadapi Ku Li kerana pengikutnya keluar dari Umno dan menyertai Semangat 46 tetapi sebaliknya pada tahun 1998, Umno sukar kerana Anwar dipecat dari Umno tetapi para pengikutnya kekal dalam Umno. Oleh itu musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yang sebenar.

Justru itu tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno, lebih mudah bagi Umno untuk menyerangnya/ Dr Mahathir meneruskan tradisi bekas presiden Umno mati di luar Umno seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn. Selamat berjuang di luar Umno, Dr Mahathir.