Rabu, September 16, 2015

AMBIGA YANG HIPOKRIT

Bekas penganjur Bersih 2,  Ambiga Sreenevasan menyelar pemimpin negara kerana bersikap hipokrit dengan meraikan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak dan pada masa sama membiarkan perhimpunan baju merah berlangsung pada hari sama di ibu kota Kuala Lumpur.
Peguam dan aktivis hak asasi itu berkata, kelulusan "tersirat" yang diberikan Perdana Menteri Najib Razak kepada perhimpunan itu dan sokongan yang jelas daripada parti pemerintah Umno itu, menghantar mesej kepada rakyat yang kerajaan menyokong perkauman.
"Satu-satunya isu pada saya ialah terhadap pemimpin yang membiarkan atau menyokong perhimpunan tersebut, memberikannya bayangan perkauman yang kuat yang sengaja bersifat provokatif," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. 
"Saya juga percaya, sesuatu yang hipokrit apabila di satu pihak, pemimpin kita menyokong perhimpunan ini, dan di pihak yang lain, mereka kemudiannya pergi ke Sabah meraikan Hari Malaysia."
Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam berkata, beliau bersama pemimpin parti komponen BN akan berada di Kota Kinabalu, Sabah esok sempena sambutan Hari Malaysia.
Sebelum itu, beliau memberitahu pemberita, parti komponen BN "bersetuju untuk tidak bersetuju" mengenai perhimpunan di Kuala Lumpur itu, menyatakan kedua-dua MCA dan MIC menyuarakan kebimbangan masing-masing.
Pengkritik berkata, perhimpunan esok, juga dikenali sebagai Himpunan Maruah Melayu atau Himpunan Rakyat Bersatu, bersifat perkauman yang kuat berdasarkan komen penganjur dan poster sebelum ini yang menggambarkan seruan kepada dominasi orang Melayu.
"Sekurang-kurangnya, Najib memberikannya kelulusan tersirat beliau. Juga, beliau berkata, BN bersetuju untuk tidak bersetuju. 
"Jadi, saya menganggap, beliau bersetuju dengannya, jika tidak ia tidak akan diteruskan," kata Ambiga.
Katanya, walaupun beliau menyokong hak setiap warga negara mengambil bahagian dalam protes secara aman, perhimpunan esok bersifat perkauman yang memecah-belah dan tidak menggalakkan keamanan dalam apa jua cara.
"Dalam demokrasi yang matang, pemimpin tidak menyokong perkauman sebegitu. Masalah apabila mereka berbuat demikian ialah mereka akan hilang kredibiliti ketika kemudiannya membuat ucapan mendakwa mereka pemimpin untuk semua rakyat Malaysia."
Mengulas isu ini, siapa yang hipokrit? Najib atau Ambiga? Sebenarnya Ambiga yang hipokrit kerana kalau Bersih boleh buat perhimpunan aman masakan  Baju Merah tidak boleh.

Kenapa polis benarkan Baju Merah berhimpun di Padang Merbok? Ia adalah  kerana dibuat di tempat awam yang jauh dari orang ramai sedangkan Bersih 4 enggan berhimpun di stadium maka polis tidak benarkan mereka berhimpun di Sogo dan Dataran Merdeka.

Baju Merah mahu berhimpun di Low Yat, Bukit Bintang dan Petaling Street tetapi mereka tidak dibenarkan maka mereka akur dengan perintah polis hanya berhimpun di Padang Merbok sahaja. Jadi mereka tidak degil seperti Bersih 4. Jadi siapa yang hipokrit di sini?
Kalau benar Ambiga anda menyokong perhimpunan aman Baju Merah, maka anda patut menyertai sama Baju Merah kerana ia bukan mahu membangkitkan isu perkauman.