Isnin, Februari 01, 2016

BILA ADA LIVE TRAFFIC FEED, BARU TAHU BLOG INI ADA PEMBACA TETAP DI MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA DAN TAIWAN

Bagi sepanjang bulan Januari 2016, purata harian pembaca blog ini ialah lebih kurang 300 orang. Mulai awal bulan lalu, saya masukkan  live traffic feed maka kita dapat ketahui siapa yang membaca blog ini. Selain rakyat Malaysia maka ada juga pembaca Malaysia yang berada di luar negara seperti Mountain View, California; Taiwan,United Kingdom, Russia, Jepun, Nigeria dan China.

Ramai rakyat Sabah yang baca blog ini mungkin kerana mereka tahu saya pernah bekerja di Sabah pada tahun 1989-1991 sebagai wakil akhbar Watan. Selepas ini lebih banyak berita Sabah akan dimasukkan dalam blog ini. Terima kasih kepada semua pembaca blog ini.Mulai tahun ini setiap hari Ahad saya sajikan berita hiburan kerana pembaca mahu baca yang santai di hari minggu. Jika ada sebarang cadangan, sila email saya kepada awepasirgajah@gmail.com

10 posting tertinggi bagi bulan Januari ialah:-

1. Senarai calon BN Terengganu sudah keluar? (20 Januari)
2.Masa ada kuasa, tak buat pun (5 Januari)
3.Dr Vida sudah lahirkan 50 jutawan Pamoga (8 Januari)
4.Dato Mohd Nor dan Dato Shamsuddin Awang sudah tiada (25 Januari)
5.Berbaloi bayar RM899 tengok konsert Mega Gegar Vaganza (17 januari)
6. Dapat RM8 juta setahun dari Pamoga, gaji pemain dibayar berperingkat (16 Januari)
7.Mampukah Baru Bian tumbangkan Adenan Satem? (11 Januari)
8.Tun Razak silap bawa masuk semula Mahathir ke dalam Umno (19 januari)
9.Cadangan Pemuda Umno Cheras jadi kenyataan (30 Januari)
10.Kalau Tun Razak masih PM, sudah lama beliau pecat Rafidah (15 januari)