Jumaat, Mei 17, 2013

SIAPA LAYAK TANDING NAIB PRESIDEN UMNO?

Pilihanraya umum sudah berlalu, pembentukan kabinet pun sudah berlalu, kini orang ramai menunggu pemilihan UMNO yang bakal diadakan ada hujung tahun ini. Dahulu pemilihan diadakan setiap tiga tahun sekali kini ia menjadi lebih dari tiga tahun. Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan pada tahun 2009. Pertandingan bukan sahaja tertumpu kepada jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden malah kepada jawatan ahli majlis tertinggi seramai 25 orang. Najib Tun Razak yang tidak mendapat majoriti dua pertiga mengetuai BN adakah akan dicabar kali ini? Sekarang sudah tiada kuota untuk melawan jawatan Presaiden dan Timbalanb Presiden UMNO. Adakah ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO utnuk membawa pembaharuan kepada UMNO? UMNO memenangi kerusi yang lebih banyak berbanding pilihanraya umum 2008 tetapi BN makin merosot. Malah prestasi Pak Lah lebih baik dari prestasi Najib. Pak Lah mendapat 140 kerusi sedangkan Najib mendapat 133 kerusi? Adakah BN akan hilang pada pilihanraya umum 2017? Adakah Muhyiddin Yasin akan menang tanpa bertanding? Dengan tidak terlantiknya Ali Rustam sebagai Senator dan menteri dalam kabinet baru Najib menyebabkan Ali makin tiada pengaruh untuk menentang Muhyiddin. Pada tahun 2009, Muhyiddin mengalahkan Muhammad Muhd Taib yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Siapa pula yang layak mengisi jawatan naib Presiden UMNOP selain Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafie Afdal. Saya nampak tiga calon baru sesuai menewarkan diri sebagai calon Naib Presiden iaitu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman; Menteri pelajaran dan pengajian tinggi II, Idris Jusoh dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tok Pa.Bulan Disember kian hampir. Tinggal tujuh bulan lagi. Maka pertandingan UMNO semakin terasa debarannya.Sejarah membuktikan semua Menteri pelajaran memenangi jawatan Naib Presiden seperti Dr Mahathir (1975), Musa Hitam (1978), Anwar Ibrahim (1987). Adakah Idris dapat mengulangi kejayaan menteri pelajaran terdahulu untuk mengisi jawatan Naib Presiden UMNO? Atau Ali Rustam ingin kembali sebagai Niab Presiden UMNO. Malah jawatan itu pernah diisi oleh Gahagr Baba yang tidak ada jawatan dalam kerajaan. Mungkin Ali yang juga bekas Ketua Menteri melaka mahu mengikut jejak langkah Ghabar Baba? Sama=samalah kita tunggu.

146,500 PERWAKILAN PILIH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan pemilihan kali ini lebih demokratik kerana pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sebelumnya. Justeru beliau yakin pemilihan Umno tidak akan menimbulkan sebarang kekecohan seperti yang berlaku dalam parti pakatan rakyat. "Lantai demokrasi Umno akan terbuka dengan lebih meluas apabila tiada lagi fasal dalam perlembagaan yang selama ini tidak memihak dan tidak memberikan akses kepada golongan tertentu untuk terlibat secara langsung dalam pemilihan parti. "Dahulu kita hanya memperuntukkan 2,500 perwakilan sahaja untuk menentukan pucuk kepimpinan parti, namun kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di peringkat cawangan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini. Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. Ahmad berkata pindaan tersebut adalah sebahagian daripada proses transformasi parti bagi membolehkan Umno lebih demokratik, telus dan inklusif, bagaimanapun cara pemilihan dan pengundian masih dalam proses penambahbaikan. Mengulas lanjut mengenai mesyuarat dan pemilihan di peringkat cawangan Umno yang dijangka dibuat dalam masa terdekat, Ahmad berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar dalam apa yang terjadi semasa pilihan raya umum ke-13. "Kita tidak mahu lagi berlakunya perpecahan di kalangan ahli Umno, apa yang penting ialah parti kembali memenangi hati rakyat dan sekali gus dapat menguatkan jentera bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang," katanya. - Bernama