Jumaat, Mei 23, 2014

PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR KEKAL

KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Pegawai khas menteri besar yang dilantik di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pentadbiran menteri besar Terengganu yang terdahulu, kekal dalam jawatan mereka, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Beliau berkata garis panduan dan tugasan jawatan bagaimanapun akan dibuat bagi mengelakkan pertembungan peranan pegawai-pegawai khas itu dengan pegawai pembangunan Parlimen yang baru dilantik pada Rabu. "Kami tidak akan melakukan sebarang perubahan bagi pegawai khas menteri besar dan jawatan mereka akan dikekalkan seperti sebelum ini. "...(Bagaimanapun) tugasan antara pegawai khas dan pegawai pembangunan akan dikenal pasti supaya tidak bertembung peranan dan mereka harus saling membantu. Inilah yang kita kehendaki demi kekuatan kerajaan," katanya. Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi dan anggota jawatankuasa bahagian. Ini berikutan skop dan tugas pegawai pembangunan Parlimen yang baharu ini meliputi semua, iaitu memudahkan urusan pentadbiran khususnya di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang Barisan Nasional tewas, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu. Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah antaranya bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi serta beberapa anggota AJJKahli jawatankuasa bahagian. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah pun meluluskan peruntukan bantuan am berjumlah RM500,000 setahun bagi hal ehwal pembangunan untuk setiap kawasan DUN yang kalah kepada pembangkang bagi menyelesaikan masalah rakyat. Pada Rabu, Ahmad Razif mengumumkan pelantikan tiga Ketua Umno Bahagian iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi, Ketua Umno Bahagian Dungun Datuk Din Adam dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Basir Ismail serta Ketua Umno Bahagian Marang A Latif Awang sebagai pegawai pembangunan Parlimen di kawasan masing-masing. Keempat-empat kawasan Parlimen berkenaan di Terengganu dikuasai pembangkang. -- BERNAMA AEO RON