Sabtu, Januari 29, 2011
BUKAN SENANG JADI CALON
Bukan senang jadi calon. Bila jadi calon, semua ahli keluarga diserang kalau calon tidak ada cacat-cela untuk diserang. Calon PAS pada pilihanraya kecil DUN Tenang, Cikgu Normala tidak ada benda hendak diserang. Maka suaminya yang diserang kerana ambil MC untuk berkempen pilihanraya.
Macam mana ahli PAS boleh tipu doktor kononnya dia sakit mental sedangkan dia sihat nak tolong bininya berkempen. Saya teringat pada kawan saya yang bekerja di YPK dulu. Ketika itu isterinya bertugas di Johor. Dia minta tolong saya jumpa Timbalan Menteri pelajaran, Datuk aziz shamsuddin supaya tukarkan isterinya ke sekolah di Terengganu. Dia dapat surat doktor kononnya dia sakit jiwa. Ketawa saya membaca surat doktor itu.
Perkara yang sama berlaku pada suami Normala. Dia tak ada pilihan lain selain mengatakan dia sakit jiwa. Siapa kata orang Pas tidak menipu? Orang PAS tidak maksum. Oleh itu perkara menipu perkara biasa kepada orang PAS.
Yang peliknya suaminya masih jadi guru sedangkan dia menentang kerajaan. Kenapa kerajaan tak pecat saja dia? Apa hukumya makan gaji dengan kerajaan, tapi menentang kerajaan? tak haram ke duit tu?
Sementara itu,Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.
NONETimbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.
"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.
"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.
Beliau juga mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.
Bukan sasar Ma'arof
Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.
NONEJika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.
Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan terhadap Ma'arof itu bukan disebabkan kerana beliau menyokong isterinya, tetapi berkemungkinan terdapatnya elemen penyalahgunaan hak untuk mendapatkan cuti sakit.
"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas.
"Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.
tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanSebelum ini, jabatan pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Bohong
Ma'arof bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station.
Ditanya kemungkinan suami calon PAS itu boleh dikenakan tindakan, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan.
NONEMuhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit.
"Adakah sifat sebegini sesuatu yang kita hormati atau tidak," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada Ahad ini, berikutan kematian penyandang kerusinya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan Normala, yang juga merupakan seorang bekas guru.
Langgan:
Catatan (Atom)