Isnin, Januari 19, 2009

KALAH BUKAN KERANA CALON


Faktor calon bukan punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, ia juga bukan disebabkan kelemahan parti dan UMNO tetapi berpunca daripada banyak faktor yang perlu dilakukan bedah siasat serta diatasi.


Katanya, andaian kegagalan BN mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berpunca daripada satu gelombang besar penolakan rakyat terhadap parti juga tidak tepat kerana calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh masih mendapat sokongan daripada lebih 30,000 pengundi.


"Tetapi kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita termasuk iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan.


"Ini boleh menjadi satu pengalaman yang baik kepada kita kalau kita boleh menggunakan pengalaman itu untuk kebaikan parti," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.


Khairy berkata demikian ketika ditemui semasa menziarahi keluarga bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Balok Pine di sini, Allahyarham Zahari Baharom yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Oktober lalu.


Malah kata Khairy, kekalahan BN itu juga perlu dijadikan pengajaran untuk membina semula pendekatan dan persiapan lebih menyeluruh bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.


Beliau berkata, pilihan raya kecil itu juga memberi pengalaman kepada parti khususnya Pemuda BN sendiri supaya kekal bersatu bagi menghadapi ujian lebih mencabar pada masa hadapan.


Tegasnya, Pemuda BN menerima keputusan pilihan raya kecil itu yang berlangsung dalam suasana politik tanah air masih mencabar, dengan hati terbuka kerana ia bukan noktah untuk pergerakan tersebut meneruskan usaha untuk menawan semula hati pengundi muda.


Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau tidak menolak kemungkinan kekalahan BN berpunca daripada peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi, yang disifatkannya lebih rendah berbanding jangkaan sebenar BN iaitu melebih 83 peratus.


Perkembangan itu katanya, menyaksikan calon yang bertanding lebih bergantung kepada sokongan pengundi tegar di kalangan ahli parti masing-masing, dengan ahli Pas dikatakan lebih ramai keluar bagi menunaikan tanggungjawab mereka.


Sedangkan katanya, sebahagian ahli UMNO mengambil sikap ambil mudah dengan tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka kerana beranggapan pilihan raya itu hanya sekadar pilihan raya kecil dan tidak membawa makna yang besar.


"Sebab ia tidak akan mengubah kerajaan, tidak memberi kesan terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerana ia bukan pilihan raya umum maka mereka tidak kisah. Jadi di situ ada sedikit kealpaan untuk pengundi keluar mengundi atau pengundi luar balik mengundi," katanya.

KESILAPAN WAN FARID


Ramai yang sms saya semalam kenapa saya tak ulas kemenangan PAS atau kekalahan BN dalam blog saya. Kebetulan semalam saya sibuk uruskan hal peribadi saya di Kemaman. Saya uruskan perceraian saya dengan isteri saya, Zaitun Othman di mahkamah rendah syariah Kemaman. Semalam saya failkan kes saya dan kes saya akan didengar pada 3 Februari ini, 15 hari dari sekarang.


Kami pernah bercerai talak satu pada 24 Disember 2006 tetapi kami rujuk semula pada 20 Februari 2007. Hampir dua tahun kami bersama semula, tetapi kami tidak sefahaman. Kami tak boleh berpura-pura lagi. Jadi jalan terbaik, lebih baik kami bercerai semula. Jadi saya tak sempat tulis yang baru semalam kerana sibuk di mahkamah syariah.


Hari ini baru ada masa untuk menulis semula. Dari awal lagi semua sudah meramalkan BN kalah kerana sikap calonnya, Datuk Wan Farid Wan Salleh. Pada hari kedua, selepas hari penamaan calon, bila ramai wartawan pergi ke rumahnya sebelah pagi nak jumpanya, dia tak turun dari keretanya. Sebaliknya PA nya beritahu beliau ada urusan peribadi. Wartawan BERNAMA ada merungut kalau macam ini sikap calon BN, macam mana BN nak menang.


Seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, BN salah pilih calon. Kalau pilih orang lain, mungkin BN tak kalah teruk. Saya ingatkan PAS menang tipis, rupanya BN kalah teruk. Ini bermakna ramai ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana sabotaj Wan Farid.


Kesilapan Wan Farid beliau tukar ramai pengerusi JKKK selepas menang semula ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu Oktober lalu. Pengerusi JKKK ini ada pengaruh. Kalaub seorang Pengerusi ada 50 undi, kalau 10 orang pengerusi JKKK, berapa undi Wan Farid sudah hilang?


Wan Farid mungkir janji. Dia kata nak bayar sewa rumah WATAN ambil. Dia suruh saya berhubung dengan Mat Kerak. Mat Kerak kata Wan Farid tak beritahu pun. Tuan rumah marah. Adik beradik dia ada 7 orang. 14 undi. Kalau 14 pengundi beritahu kawan rapat pula, maknanya semakin banyak undi yang Wan Farid hilang? Salah siapa dia mungkir janji?


Banyak lagi yang mahu diulas. Tunggulah di masa akan datang.