LUMUT, 9 Okt (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi 14 parti komponen.
Beliau berkata gabungan 14 komponen itu akan saling membantu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengundi calon yang diletakkan di sesuatu kawasan.
"Bila seorang calon BN dipertandingkan, ahli dari 14 parti (komponen) yang lain akan sokong calon itu dan parti lawan akan selalu kalah.
"Ini kerana parti lawan masing-masing fikir tentang parti masing-masing tak fikir bagaimana parti nak bersatu padu, sebab itu tak boleh capai kemenangan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat negeri Perak di sini hari Ahad.
-- BERNAMA
Memaparkan catatan dengan label bukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bukan. Papar semua catatan
Ahad, Oktober 09, 2016
Rabu, Februari 17, 2016
PENGIKUT RAMAI DALAM FACEBOOK BUKAN UKURAN MENANG PILIHANRAYA
"Jangan main-main, ini bukan dugaan," kata Pengerusi Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup yang melahirkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bukan itu sahaja, Abdul Rani juga mahu mencabar kerusi parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang yang masing-masing disandang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Saari Sungib.
Abdul Rani atau dikenali sebagai 'Paduka Ayahanda Arka' berkata, hasratnya itu timbul selepas mendapat dorongan dan galakan daripada pengikutnya di Facebook.
"Daripada pengikut Ayah di Facebok, mereka berhasrat nak tengok Ayah bertanding dalam pilihan raya.
"Ayah pun nak juga cuba apa salahnya kalau Ayah bertanding.
"Masa pilihan raya lalu banyak juga NGO yang bertanding. Jadi apa salahnya kali ini Ayah bertanding pula," katanya bersemangat dalam temubual bersama Malaysiakini.
Abdul Rani yang terkenal dengan gelaran 'Raja Report' berkata lagi, beliau sangat serius untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
"Jangan main-main. Ini bukan cubaan, dugaan, ini betul-betul Ayah akan bertanding," katanya sambil menggenggam tangan.
Berhasrat untuk bertanding atas tiket Bebas, Abdul Rani juga berkata antara 'manifesto' ditawarkan sekiranya beliau menang ialah memastikan rakyat hidup senang.
Malah, beliau juga akan memastikan bahawa dirinya tidak akan menjadi seperti wakil rakyat yang sedia ada apabila hanya 'muncul' lima tahun sekali.
"Ayah kalau dapat peluang jadi wakil rakyat Ayah akan bela rakyat dan tak akan tinggalkan rakyat.
"Ayah tak nak senang sorang. Biar rakyat senang, Ayah senang kemudian tak apa," katanya lagi.
Abdul Rani yang akan menginjak usia 61 tahun 10 Mac depan berkata, beliau telah lama bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat.
Katanya, beliau tidak mahu hanya menjadi pemimpin di peringkat NGO sahaja tetapi ingin ke peringkat lebih tinggi.
Ulasan saya, lebih baik Ayah lupakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas kerana ia buang masa dan duit Ayah sahaja. Saya teringat kepada suami sepupu saya, Zakiman yang bertanding Bebas di parlimen Kota Bharu pada PRU 2013. Saya tanya kenapa beliau bertanding Bebas sedangkan beliau tidak berkempen langsung dan tidak menampal sebarang poster calon, beliau berkata beliau mahu cari pengalaman sebagai calon dalam PRU.
Walaupun Ayah mempunyai pengikut yang ramai dalam Facebook, ia bukan ukuran Ayah boleh menang dalam PRU akan datang. Pengikut Ayah merata di seluruh Malaysia dan bukannya majoriti pengikut berada di parlimen Gombak atau di DUN Hulu Kelang.
Untuk cari pengalaman jadi calon memang boleh, tetapi calon Bebas sukar menang kecuali Ayah calon BN atau Pakatan Harapan. Dalam sejaran politik Malaysia, ada tiga calon Bebas yang menang dalam PRU iaitu Cikgu Jabar di Batu Laut pada tahun 1969 dan 1974, Mutalib di DUN Batu Buruk dan Shahrir Samad di parlimen Johor Bharu.
Bagaimanapun kita alu alukan hasrat Ayah nak bertanding. Jika Ayah menang, Ayah mencatat sejarah menjadi calon Bebas yang keempat dapat mengalahkan calon BN. Kipidap Ayah!
Rabu, Oktober 16, 2013
SABAH BUKAN DIJAJAH, KATA MAHDZIR KHALID
PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menolak dakwaan bahawa Malaysia sedang menjajah Sabah.
Katanya, dakwaan itu tidak tepat kerana kalau sesebuah negara menjajah sesebuah negeri, ia tidak akan memajukan negeri tersebut.
“Kerajaan persekutuan membangunkan Sabah dalam semua bidang seperti ekonomi, pendidikan, infrastruktur. kesihatan dan keselamatan. Oleh itu tidak timbul Malaya menggantikan British menjajah Sabah,” kata beliau mengulas kenyataan ADUN Bingkor, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mengatakan Hari Malaysia, 16 September sebagai Hari Penjajahan dalam FMT semalam.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara khas FMT di pejabatnya di sini hari ini.
Mahdzir yang juga Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyifatkan kenyataan Dr Jeffrey itu amat bahaya kerana ia seolah-olah menghasut rakyat Sabah untuk keluar dari Malaysia.
Beliau mengakui masih banyak kekurangan di Sabah dan Sarawak.
“Tetapi kita akan terus memperbaiki kekurangan itu dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi infrastuktur di kedua-dua buah negeri itu,” jelasnya.
Katanya lagi, sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik hampir separuh ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam kabinet sebagai bukti kesungguhan kerajaan pusat untuk membangunkan Sabah dan Sarawak.
Mengulas tindakannya mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 19 Oktober depan, Mahdzir yang juga ahli parlimen Padang Terap menyerahkan nasibnya kepada 150,000 orang perwakilan.
Katanya, pada tahun 2009, beliau tidak ada jawatan dalam kerajaan tetapi menang.
“Oleh itu saya berharap mereka tetap memilih saya untuk mengekalkan jawatan,” katanya yang berharap jawatannya sebagai timbalan menteri memberi kelebihan kepadanya untuk meraih undi berbanding pada tahun 2009 yang tidak ada jawatan.
Mengulas tentang Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, beliau yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata Mukhriz ada dua pilihan.
“Pilihan pertama, beliau bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno atau pilihan kedua, beliau tidak bertanding (menunggu perlantikan). Terserah kepada beliau untuk buat keputusan,” katanya.
Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan pada tahun 2004, selepas beliau dilantik Menteri Besar Kedah dan sebagai orang baru beliau tidak bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno sebaliknya menumpukan perhatian memajukan negeri.
Walau bagaimanapun beliau dilantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai ahli majlis tertinggi Umno.
FMT difahamkan Datuk Seri Syed Razak yang menjadi Menteri Besar Kedah pada tahun 1999-2004 juga tidak bertanding kerusi ahli majlis tertinggi Umno pada tahun 2000 kerana memberi tumpuan dalam memajukan negeri Kedah.
“Terpulang kepada Mukhriz. Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dan Menteri Besar, kita menyokong penuh dengan keputusannya,” katanya lagi.
Rabu, Julai 13, 2011
BUKAN MENGEJUTKAN

Bukan mengejutkan bila 93 buah Taska belum berdaftar di terengganu. saya masih ingat sewaktu bekerja dengan Yayasan pembangunan keluarga terengganu (YPK) dari tahun 1997-2001 masalah ini juga timbul.
Saya ingin tahu adakah 93 buah taska itu termasuk taska YPK? Jika termasuk YPK punya, kenapa agensi kerajaan sendiri ada taska haram? Siapa yang mahu bertanggungjawab kepada anak-anak taska YPK jika apa-apa berlaku kepada mereka seperi di Muar baru-baru ini?
JKM perlu buat penguatkuasaan kepada semua taska.Janganlah YPK punya, pejam mata. Kalau agensi kerajaan sendiri ada taska haram, apatah lagi taska swasta punya tak ikut peraturan. Pengarah YPK, Datuk Shafauddin Mustafa perlu lihat segera isu ini supaya imej YPK terus terjaga.
Sebanyak 93 daripada 139 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di seluruh Terengganu belum didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JKM negeri Terengganu, Muhammad Zain Mahmud berkata, kebanyakan Taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang belum mendaftar masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal.
Tiga agensi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Mengejutkan kerana jumlahnya begitu banyak dan membimbangkan kerana Taska tidak berdaftar menghadapi pelbagai kemunginan.
Menurut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan kes kecederaan kanak-kanak berlaku di taska tidak berdaftar dan pengusahanya juga tidak mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak.
Selalunya Taska-taska ini mengambil kanak-kanak seberapa ramai yang boleh dan tidak mengikut nisbah kanak-kanak yang ditentukan bagi sesebuah taska.
Nisbah mengikut akta berkenaan menetapkan seorang pengasuh menjaga lima kanak-kanak berusia 3 tahun dan seorang pengasuh bagi 10 kanak-kanak berusia antara 3 dan 4 tahun.
Sebenarnya pengusaha taska yang melanggar akta itu boleh dikompaun dan diarah menutup Taska mereka.
Berikutan itu, Sabtu ini, JKM akan mengadakan kempen 'Jom Daftar Taska' peringkat negeri melibatkan tiga zon.
Zon berkenaan ialah daerah Besut dan Setiu, daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu serta daerah Dungun dan Kemaman.
Ia bagi memastikan kesemua Taska dan pusat jagaan mendaftar dengan jabatan itu.
Isnin, Mac 28, 2011
SEMAKIN RAMAI KSU BUKAN MELAYU

Konvensyen tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha (KSU) di enam kementerian.
Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.
ibrahim ali pc at pwtcKonvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.
Menurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.
Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.
Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.
MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.
Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera menghadiri konvensyen tersebut.
ibrahim ali pc at pwtcSelain itu, konvensyen itu menyokong penubuhan Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai usaha meletakkan orang Melayu dan bumiputera dalam agihan kek ekonomi negara dalam suasana transformasi ekonomi.
"Konvensyen berpendapat bahawa TERAJU tidak sepatutnya dilihat sebagai sebuah lagi organisasi yang menjaga kepentingan bumiputera, tetapi masih lesu dalam tindakan afirmatif.
"Peranan TERAJU seharusnya seiring dengan agensi-agensi yang lain seperti PEMANDU yang diberikan peranan besar dalam memacu Program Transformasi Ekonomi Negara," resolusi itu dipetik.
Sehubungan itu konvensyen tersebut menggesa supaya TERAJU mesti diberi kuasa penuh mengarah dan memantau menteri, KSU, Ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.
Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:
1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional
2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.
3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.
4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam sidang medianya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan berhati-hati terhadap pakar-pakar luar yang dijemput memberi pandangan tentang ekonomi tetapi "tidak mengetahui latar belakang sejarah dan perkembangan dalam negara ini".
"Mereka menggubal ekonomi tidak berasaskan kepada sosioekonomi Malaysia,"katanya.
Menurutnya, beliau menerima pandangan dan input yang didakwa bahawa pandangan mereka "tidak ada roh" dan "tidak ada latarbelakang sejarah Malaysia".
Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas akan menyerahkan resolusi tersebut kepada Najib, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak-pihak lain selepas ini.
Selasa, November 09, 2010
BUKAN SATU KEJUTAN

Apa yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim bukan satu kejutan. Dia dah biasa letak jawatan. Dahulu dia letak jawatan menteri. Kini dia letak jawatan dalam PKR pula. Jadi apa yang dilakukannya bukanlah satu kejutan.
Yang orang terkejut kerana dia tarik diri bertanding jawatan timbalan presiden PKR selepas pengiraan undi dibuat. Sepatutnya dia tarik diri sebelum pengundian. Sudah tentu ia mengecewakan para penyokongnya. Zaid ini tak ada kerja. Cuma mencari publisiti saja.
Tak pernah dibuat orang tarik diri selepas pengiraan undi sudah berlangsung. Nampak sangat dia tidak demokratik tidak dapat menerima kenyataan sedang dikalahkan oleh Azmin Ali dalam pengiraan undi bagi jawatan tersebut.
Soal ada penipuan dan penyelewengan dalam pengiraan undi adalah soal lain. Yang dibincangkan kenapa dia tarik diri sekarang? takdirnya dia sedang mendahului Azmin, adakah dia akan tarik diri?
Oleh itu nampak sangat Zaid ini tak betul orangnya. kalau dia betul takkan dia jual bangunan UMNO Kota Bharu kepada orang PAS. Zaid orang baru dalam PKR. Nampak sangat dia gelojoh nak jawatan penting. Patutnya dia tanding ahli majlis tertinggi PKR sahaja.
Baru sehari dua dalam PKR terus nak tanding nombor dua, siapa nak beri kepadanya. Apa jasanya kepada PKR sedangkan Azmin sudah lama dengan Anwar. Pengorbanan dan kesetiaan Azmin kepada Anwar tidak perlu dipertikai lagi. Apa jasa Zaid kepada Anwar? Lain kali nak tanding jawatan nombor dua, kena cermin diri dulu. Jangan gelojoh sangat. Bila kalah tarik diri. Ini semua kerja orang yang ada kepentingan diri dan bukannya mnementingkan parti.
Datuk Zaid Ibrahim semalam menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.
Beliau yang merupakan pencabar terkuat kepada Azmin Ali iaitu ‘anak emas’ Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan itu turut melepaskan semua jawatannya dalam PKR walaupun baru satu pertiga cabang parti itu mengadakan pemilihan.
Bagaimanapun, Zaid menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pembangkang dan akan terus bercakap serta memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan masyarakat mendapat kerajaan yang lebih baik.
Dalam PKR, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan selain bertindak sebagai penyelaras bagi pakatan pembangkang.
“Saya menarik diri sebagai calon daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya juga melepaskan semua jawatan dalam parti kerana pucuk pimpinan secara aktif membenarkan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti berlaku.
“Keputusan ini diambil kerana tiada usaha pucuk pimpinan parti untuk menangani manipulasi; amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan meskipun ia telah dibangkitkan berulang kali,” kata beliau dalam blog http://www.zaiduntukrakyat.com, hari ini.
Dakwaan penyelewengan dalam pemilihan PKR semakin bertiup kencang apabila beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan Zaid mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.
Kemudian, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, juga mendesak supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguh sehingga tindakan proaktif diambil bagi membaiki segala penyelewengan.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihan, Azmin kini jauh mendahului dengan majoriti 2,620 undi selepas mengumpul 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 undi manakala Mustaffa pula sekadar meraih 1,215 undi.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau tidak boleh meneruskan perjuangan dalam pemilihan yang cacat kerana yakin, parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit tidak mampu menawarkan sebarang pembaharuan bermakna kepada rakyat.
“Saya menyertai PKR atas kepercayaan saya boleh mengembangkan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini, tetapi saya sebenarnya tersilap.
“Saya berharap peminat Anwar tidak lagi menganggap saya sebagai ‘spoiler’ (pengacau) yang akan menghalang usaha mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.
Sabtu, Oktober 16, 2010
BUKAN BAJET PILIHANRAYA

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap semua lapisan masyarakat, sekali gus mampu meningkatkan lagi taraf hidup mereka.
Sambil menegaskan ia bukan bajet pilihan raya, Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2011 itu juga merupakan satu lonjakan ke arah mentransformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata, Bajet 2011 itu turut melakar harapan baru bagi rakyat apabila pelaksanaannya kali ini mengambil kira input serta cadangan daripada mereka.
''Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri atas pembentangan Bajet 2011 yang bagi saya cukup istimewa serta bakal memberi kesan yang maksimum kepada rakyat.
''Saya yakin semua pihak yang mendengar bajet kali ini akan berpuas hati kerana seperti mana yang disebut oleh Perdana Menteri, Bajet 2011 adalah bajet rakyat hasil maklum balas yang diterima oleh kerajaan daripada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.
Ringkasnya Muhyiddin berkata, pengumuman Perdana Menteri melalui Bajet 2011 bukan sahaja melibatkan rakyat bandar dan luar bandar malah ia turut mencakupi sektor-sektor utama yang akhir berperanan menyediakan landasan jelas ke arah menjadikan Malaysia negara maju.
"Saya amat menyanjungi segala usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini. Selain berusaha memberi yang terbaik untuk rakyat kesediannya memberi respons terhadap cadangan rakyat juga amat memberangsangkan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan pembangkang bahawa Bajet kali ini bajet pilihan raya Muhyiddin berkata:
''Ini bukan bajet pilihan raya tetapi apa yang penting melalui pengumuman Perdana Menteri itu semua peringkat rakyat jelata tahu bahawa mereka akan memperoleh nikmat dan faedahnya."
Beliau berkata, Bajet 2011 bukan disebabkan tujuan tertentu tetapi semata-mata memastikan rakyat dapat hidup selesa pada masa akan datang.
Sementara itu ditanya mengenai pembangunan projek-projek berimpak tinggi Muhyiddin berkata, maklumat mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan, termasuk projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan diumumkan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.
Mengenai projek pembangunan Warisan Merdeka, iaitu pembangunan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia, Muhyiddin berkata, ia dijangka akan dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Projek itu yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020 bernilai RM5 bilion dan menaranya dijangka siap pada 2015.
Jumaat, Julai 02, 2010
MUJUR IBRAHIM ALI BUKAN AHLI UMNO

Mujur ahli parlimen pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bukan ahli UMNO. Jika tidak, dia paling layak mengetuai pergerakan pemuda UMNO Malaysia di saat saat pemuda UMNO lesu tidak berani bersuara memperjuangkan hak orang Melayu.
Amat memalukan pemuda di bawah Khairy Jamaluddin tergamak membela Ketua Pemuda MCA yang menghina orang Melayu yang mempersoalkan biasiswa MARA tidak diberi kepada orang China. Kalau beginilah gaya 1Malaysia khairy membawa pemuda UMNO, maka akan hanyutlah orang Melayu. Sebaliknya orang bukan Melayu makin mua menuntut itu dan ini.
Dahulu kita panggil bahasa Melayu. Kabinet di bawah pak mertua Khairy buat keputusan panggil bahasa Malaysia atas desakan MCA dan MIC. Ke mana hilangnya Melayu? Yang tinggal Keretapi Tanah Melayu, dan Askar melayu.
Amat sedih tidak ada pemimpin Melayu dalam UMNO kini bersemangat Melayu seperti Ibrahim Ali. Oleh itu UMNO perlu tarik Ibrahim Ali ke dalam UMNO dan kita lihat nanti Ibrahim menentang khairty dfalam pertandingan ketua pemuda pada tahun 2011. Pemuda pernah memenangkan tan Sri Syed jaafar Albar ketika berusia 63 tahun sebagai ketua pemuda pada tahun 1976, jadi tidak ada sebab tokoh berani seperti Ibrahim Ali tidak boleh jafdi ketua pemuda? Ibrahim bekas exco pemuda UMNO malaysia dan ahli majlis tertinggi UMNO malaysia yang paling layak mengetuai pemuda di saat saat pemuda UMNO sudah jadi pondan.
Jumaat, April 16, 2010
DIN ADAM BUKAN ORANG BESUT

Pada minggu lepas ketika berada di Tingkat 4, The Mall saya ternampak buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU oleh Zainal Yusof di sebuah kedai buku. Saya terus membelinya. Saya pun tak kenal siapa Zainal Yusof ini kerana saya tak pernah dengar namanya walaupun dia ada blognya sendiri, citrabangsa.
Saya terus membaca buku yang tebal itu. Banyak isu diulang beberapa kali dalam tulisan sebelumnya. Ini tidaklah menghairankan kerana ia dipetik dari tulisannya yang tersiar dalam blognya. Malah blog lesungbatu pun turut dipetiknya yang dimiliki oleh Zakaria Bidin.
Saya tidak mahu mengulas panjang buku ini yang kononnya Datuk Din Adam telah beri amaran kepada Hambali Latif yang kononnya dia terlibat dalam penulisan buku tersebut. Ada beberapa fakyat yang silap dalam buku itu kononnya Din Adam berasal dari Besut. Sedangkan dia berasal dari jerung, Marang.
Saya pernah duduk satu asrama dengannya di Sekolah menengah Sultan Sulaiman pada tahun 1978. Beliau adalah junior saya. Din memang seorang pelajar yang nanor di asrama ketika itu. Siapa sangka dia yang nanor boleh masuk politik dan jadi Exco Kerajaan Negeri. Itulah tuah badan Din Adam.
Dia bukan orang Bukit Besi. tetapi oleh kerana dia bekerja di Ketengah sebagai juruteknik, maka dia masuk UMNO di cawangan Bukit Besi. Nasibnya baik bila dia menentang wahab untuk jawatan ketua pemuda bahagian Dungun, maka dia menang pada tahun 1998.
Selepas itu dia dilantik ketua pemuda UMNO negeri terengganu yang kebetulan ketika itu Datuk Seri Hishamuddin jadi Ketua [pemuda UMNO Malaysia. Pada tahun 2004, beliau bertanding kali pertama di DUN Bukit besai dan terus dilantik Exco Kerajaan Negeri oleh menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Seperti kata Zainal Yusof dalam bukunya itu, Datuk Ahmad said pernah menawarkan jawatan Exco kepada Din tetapi Din menolaknya kerana terlalu patuh kepada Idris. Kini idris sudah meninggalkan Idris kerana dilantik pegawai khas kepada Hishamuddin.
Banyak yang menarik ditulis oleh Zainal dalam buku itu. syabas kepadanya.
Jumaat, Mac 12, 2010
KAWINI KANAK-KANAK BUKAN SUNNAH

Perkahwinan kanak-kanak perempuan 11 tahun dengan lelaki berusia 40-an yang berlaku di Kelantan adalah tidak mengikut sunnah sebaliknya berdasarkan nafsu semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata enakman Majlis Agama Islam di Malaysia jelas menunjukkan lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.
"Bayangkan bagaimana budak perempuan berusia 11 tahun dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berusia 40 tahun lebih, dia menggunakan kalimah iaitu sunnah tetapi kita tengok sunnah itu pun tidak dilaksanakan...hanya mengikut nafsu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program mencari Imam Muda Astro Oasis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini hari Khamis.
Mengenai program mencari Imam Muda Astro Oasis dan Jawi itu, Jamil Khir berkata ia dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.
Isnin, Januari 19, 2009
KALAH BUKAN KERANA CALON

Faktor calon bukan punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, ia juga bukan disebabkan kelemahan parti dan UMNO tetapi berpunca daripada banyak faktor yang perlu dilakukan bedah siasat serta diatasi.
Katanya, andaian kegagalan BN mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berpunca daripada satu gelombang besar penolakan rakyat terhadap parti juga tidak tepat kerana calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh masih mendapat sokongan daripada lebih 30,000 pengundi.
"Tetapi kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita termasuk iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan.
"Ini boleh menjadi satu pengalaman yang baik kepada kita kalau kita boleh menggunakan pengalaman itu untuk kebaikan parti," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.
Khairy berkata demikian ketika ditemui semasa menziarahi keluarga bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Balok Pine di sini, Allahyarham Zahari Baharom yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Oktober lalu.
Malah kata Khairy, kekalahan BN itu juga perlu dijadikan pengajaran untuk membina semula pendekatan dan persiapan lebih menyeluruh bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, pilihan raya kecil itu juga memberi pengalaman kepada parti khususnya Pemuda BN sendiri supaya kekal bersatu bagi menghadapi ujian lebih mencabar pada masa hadapan.
Tegasnya, Pemuda BN menerima keputusan pilihan raya kecil itu yang berlangsung dalam suasana politik tanah air masih mencabar, dengan hati terbuka kerana ia bukan noktah untuk pergerakan tersebut meneruskan usaha untuk menawan semula hati pengundi muda.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau tidak menolak kemungkinan kekalahan BN berpunca daripada peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi, yang disifatkannya lebih rendah berbanding jangkaan sebenar BN iaitu melebih 83 peratus.
Perkembangan itu katanya, menyaksikan calon yang bertanding lebih bergantung kepada sokongan pengundi tegar di kalangan ahli parti masing-masing, dengan ahli Pas dikatakan lebih ramai keluar bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
Sedangkan katanya, sebahagian ahli UMNO mengambil sikap ambil mudah dengan tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka kerana beranggapan pilihan raya itu hanya sekadar pilihan raya kecil dan tidak membawa makna yang besar.
"Sebab ia tidak akan mengubah kerajaan, tidak memberi kesan terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerana ia bukan pilihan raya umum maka mereka tidak kisah. Jadi di situ ada sedikit kealpaan untuk pengundi keluar mengundi atau pengundi luar balik mengundi," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)


