Selasa, Januari 28, 2014

PAS TUNTUT JAWATAN MB JIKA KHALID BERHENTI

PETALING JAYA: PAS Selangor akan mengemukakan senarai calon sendiri untuk jawatan Menteri Besar jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dan mengosongkan kerusinya. “Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman hari ini. Khairuddin berkata, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco negeri Iskandar Samad merupakan calon utama selain beberapa nama yang difikirkan layak dan sesuai. Katanya, nama-nama tersebut akan dihantar kepada pemimpin PAS Pusat untuk pertimbangan. “Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” tegasnya. Namun katanya, selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja. Mengulas kekosongan kerusi N25 Kajang, beliau menganggap ia sebagai isu dalam PKR dan menyeru ahli PAS negeri itu bertenang serta mengikuti perkembangan politik di Selangor secara berhati-hati Katanya, apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur. “Oleh itu PAS Selangor meminta ahli PAS di semua peringkat untuk terus bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS Selangor dari masa ke semasa. “Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat,” katanya. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Pakatan Rakyat di Selangor berjaya membentuk kerajaan apabila menang 44 daripada 56 jumlah kerusi DUN Selangor Daripada jumlah itu, PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi.

ANWAR DARI PM JADI MB PULAK?

PETALING JAYA: Pagi semalam pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan. Begitu juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid. Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan. Petang semalam ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Jadi khabar-khabar angin Anwar akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kajang begitu kuat bertiup. Pagi ini Khalid mengesahkan Anwar akan jadi calon PKR pada PRK Kajang nanti. Adakah PRK Kajang membazir? Sudah tentu bagi SPR membazir kerana ia terpaksa diadakan walaupun wakil rakyatnya tidak meninggal dunia. Rakyat Kajang sudah tentu marah kepada PKR kerana menyusahkan mereka kerana mereka kena keluar mengundi semula selepas lapan bulan memilih wakil rakyat mereka. Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail PKR tidak boleh disalahkan kerana ia adalah jalan terbaik untuk meletakkan calon MB baru menggantikan Khalid. Jika Khalid digantikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai Menteri Besar, sudah tentu Khalid tidak mahu. Maka jalan terbaik terpaksa menurunkan Anwar Ibrahim untuk meredakan pertelingahan di antara Khalid dengan Azmin. Inilah akibatnya PKR tidak mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan. Jika PKR amal konsep ini, Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor yang sepatutnya jadi menteri besar dan bukannya Khalid Ibrahim. Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid bijak mengurus negeri tetapi sebagai orang politik beliau gagal. Ini yang menimbulkan kemarahan para penyokong PKR. Khalid dikatakan boneka Elizabeth Wong di mana banyak projek pembangunan di Selangor Elizabeth yang cadang, Khalid terus setuju. Menurut Syed Rosli lagi, kenapa marah kepada PKR terpaksa membazirkan wang rakyat untuk buat PRK Kajang sedangkan PKR mencontohi BN. Pada tahun 1997, BN sanggup mengadakan PRK Permatang untuk membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Jadi PKR meniru BN mengadakan PRK Kajang untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Soalnya, adakah rakyat Pulau Pinang boleh menjadi Menteri Besar Selangor? Menurut ADUN Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam perlembagaan Selangor tidak mengatakan hanya rakyat Selangor sahaja yang layak jadi menteri besar.Soalnya, sanggupkah Sultan Selangor beri perkenan kepada Anwar Ibrahim sebagai menteri besar? Jika Sultan Selangor tidak berkenan, maka krisis Selangor akan menjadi lebih buruk lagi. Atau mungkin Azmin Ali yang terpaksa dilantik sebagai menteri besar yang baru kerana beliau adalah anak Selangor. Kesanggupan Anwar menjadi calon Menteri Besar Selangor turut dipersoal. Selama ini beliau mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, kenapa tiba-tiba beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor pula? Adakah kerana cita-citanya nak jadi Perdana Menteri sudah tidak nampak jalan lagi? Majoriti rakyat tetap bersama BN maka Presiden Umno selama-lamanya akan menjadi perdana menteri maka peluang Anwar tidak akan menjadi kenyataan selama-lamanya. Menyedari hakikat ini, maka baginya lebih baik menjadi Menteri Besar daripada menjadi Perdana Menteri yang mustahil sama sekali. Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah jadi Menteri Besar? Atau adakah Anwar mengorbankan dirinya dengan menerima jawatan yang lebih rendah semata-mata untuk menyelamatkan PKR pada PRU ke 14? Beliau nampak jika krisis dalaman PKR tidak selesai maka Selangor akan jadi seperti Kedah. PAS Kedah tewas pada PRU ke 13 kerana perebutan kuasa sesama para pemimpin PAS. Sama-samalah kita tunggu apabila Anwar menang nanti dalam PRK Kajang, beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak. Atau adakah Anwar akan mencatat sejarah sebagai orang luar yang pertama yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor? Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

TAK PERLU PINDA AKTA PILIHANRAYA

PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail berpendapat akta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak perlu dipinda yang menetapkan mana-mana wakil rakyat meletakkan jawatan secara automatik calon yang dapat undi kedua tertinggi dalam PRU ke 13 dianggap sebagai wakil rakyat yang baru. Katanya, SPR tak perlu meminda akta yang ada kerana walaupun pilihanraya kecil ini diadakan kerana bukan wakil rakyatnya meninggal dunia, pilihanraya kecil perlu diadakan. “Biar rakyat memilih wakil rakyat mereka yang baru selepas ADUN itu meletakkan jawatan.” kata beliau kepada FMT mengulas cadangan supaya akta SPR dipinda semula. Berdasarkan akta sekarang, jika berlaku kematian atau peletakan jawatan mana-mana wakil rakyat selepas 36 bulan dari tarikh PRU, maka automatik pilihraya kecil tidak diadakan. “Soal mengadakan pilihanraya kecil itu membazir tidak timbul kerana itu tugas SPR mengendalikan pilihanraya kecil itu,” kata beliau mengulas peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam. Beliau yang baru pertama kali bertanding pada PRU Mei 2013 menjadi ADUN Kajang untuk lapan bulan sahaja. Pada PRU tersebut, calon PKR itu mendapat 19,571 undi menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan lima calon, Lee Ban Seng (BN) mendapat 12,747 undi;Mohamad Ismail (Berjasa) mendapat 1014 undi, Ir Mohd Iwan Jeffrey Abdul Majid(Bebas) mendapat 249 undi: Ong Yau Foo (Bebas) mendapat 85 undi dan Mohd Khalid Kassim (Bebas) mendapat 83 undi. Menurut Syed Rosli, pilihanraya kecil itu diadakan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai jalan untuk menamatkan pertelingkahan politik di antara Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. “Orang Umno tak boleh kata PKR menyusahkan rakyat Kajang kerana perlu keluar mengundi semula kerana pada tahun 1997, Umno juga berbuat demikian juga apabila pilihanraya kecil diadakan untuk melantik Tan Sri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, “ jelas beliau.

BERAPA LAMA KHALID DAPAT BERTAHAN?

PETALING JAYA: Satu demi satu isu meletus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua pada bulan Mei 2013. Selepas Pakatan mempertahankan negeri Selangor, sudah ada ura-ura orang lain yang jadi Menteri Besar bukannya Khalid Ibrahim PAS dan DAP menang 15 kerusi manakala PKR dapat 14 kerusi sahaja pada PRU ke 13. Dari segi hak, sepatutnya ADUN PAS atau ADUN DAP yang jadi Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perlembagaan negeri Selangor tidak membenarkan orang Cina menjadi Menteri Besar, maka kerusi itu sepatutnya disandang oleh ADUN PAS. Tetapi PAS tidak dapat sokongan DAP. Maka kerusi Menteri Besar kekal di tangan PKR. PAS dan DAP sokong jika jawatan itu terus disandang Khalid Ibrahim memandangkan beliau sudah menguruskan negeri itu dengan cemerlang dari tahun 2008-2013. Selangor mempunyai rezab sebanyak RM2.3 bilion di bawah Khalid. Maka Khalid terus menjadi Menteri Besar Selangor walaupun ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut mengidam jawatan tersebut. Kalau PKR mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan, Azmin yang sepatutnya jadi Menteri Besar dan bukannya Khalid. Azmin adalah Pengerusi PKR Selangor sedangkan Khalid tiada jawatan dalam Perhubungan PKR Selangor. Malah di peringkat bahagian dan cawangan pun Khalid tiada jawatan. Azmin memang tidak ngam dengan Khalid kerana Khalid uruskan negeri secara korporat. Sebagai orang politik PR Azmin lain berbanding dengan PR Khalid apabila berurusan dengan orang ramai. Sebab itu ada usaha untuk menamatkan perebutan jawatan Menteri Besar di antara Khalid dengan Azmin dengan mengadakan pilihanraya kecil untuk membolehkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Orang luar perlu diketengahkan sebagai Menteri Besar supaya kedua-duanya tidak berkecil hati. Sanggupkah Anwar menjadi menteri besar kerana selama ini beliau mengidam jawatan Perdana Menteri? Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan kerana desakan kepada beliau untuk meletakkan jawatan begitu kuat. Jika beliau enggan meletakkan jawatan, adakah beliau akan dipecat dari parti? Khalid dikatakan menimbulkan kemarahan Anwar kerana tiga isu. Isu pertama, isu kenaikan gaji ADUN Selangor serta gaji Menteri Besar dan Exco yang naik berkali ganda. Isu kedua, persetujuan Khalid menyerahkan hak kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mengenai pengurusan bekalan air serta isu pemecatan Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS. Walaupun Khalid menafikan terlibat memecat Azmin, tetapi selaku Pengerusi PKNS beliau yang patut bertanggungjawab. Atau adakah bekas Pengurus Besar, Othman Omar yang sedang disiasat yang sengaja melaga-lagakan di antara Khalid dengan Azmin? Sementara itu pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain. Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini. “Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya. Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar. Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini. Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014. Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri. Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti. “Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.

KENAPA ZAHID TERLALU POPULAR?

PETALING JAYA: Pada 19 Oktober 2013, sekali lagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno dengan undi tertinggi selain dari Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Pada tahun 2009, Zahid turut mendapat undi tertinggi juga mengatasi undi Hishamuddin dan Shafie. Apakah rahsia kejayaan Zahid? Adakah kerana beliau bekas Ketua Pemuda Umno (1996-1999) yang menyebabkan beliau begitu popular di kalangan perwakilan Umno? Tahun lepas beliau mendapat 188 undi. Ini bermakna tiga bahagian sahaja yang tidak mengundi beliau daripada seluruh negara (kecuali Sarawak yang tiada Umno) iaitu Jempol, Kota Marudu dan Batu Sapi. Ini menunjukkan Zahid mendapat 98.4 peratus undi mengatasi undi Shafie (92.6 peratus atau 177 undi) dan undi Hishamuddin (52.8 peratus atau 101 undi). Menurut Ketua Umno Bahagian Jempol yang baru, Datuk Md Salim Sharif, Zahid tidak turun padang ke Jempol punca dia kalah di tangan ahli parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad dalam pemilihan pada 19 Oktober itu. Namun demikian undi yang dipungut Zahid tidak jauh beza dari undi yang diperolehi Isa. Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahada dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Datuk Shamsuddin Yahya tidak dapat dihubungi untuk mengetahui punca Zahid kalah di kedua-dua bahagian tersebut. FMT difahamkan kerana arahan dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman supaya Bahagian-Bahagian di Sabah mengundi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir punca Zahid kalah di Kota Marudu dan Batu Sapi. 23 Bahagian lain di Sabah tetap memilih Zahid kerana Zahid bukan orang baru dalam politik.Beliau adalah bekas Ketua Pemuda (1996-1999), ahli majlis tertinggi Umno (2000-2004 dan 2004-2008) dan Naib Presiden Umno (2008-2013). Dalam kerajaan pula, beliau pernah menjadi Pengerusi BSN, Timbalan Menteri Pelancongan, Timbalan Menteri Penerangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Sebagai bekas Ketua Pemuda, beliau ada kelebihan kerana majoriti ketua bahagian sekarang adalah bekas ketua pemuda bahagian. Beliau sudah lama bertapak dalam pemuda bermula sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh (1984-1995), Naib Ketua Pemuda Umno Perak (1987-1990), Ketua Penerangan Pemuda Umno pusat (1994) dan Ketua Pemuda Umno pusat (1996-1999). Sebab itu Zahid terlalu popular. Walaupun KDN yang dipegangnya sekarang amat ditakuti oleh ramai menteri, tetapi KDN tetap membuatkan beliau popular. Tun Ghazali Shafie banyak kali bertanding Naib Presiden Umno ketika menjadi Menteri Dalam Negari tetapi kalah. Tun Musa Hitam terpelanting dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika menjaga KDN selepas peristiwa berdarah Memali. Genap 100 hari peristiwa Memali, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Selamatkah Zahid di KDN? Kenapa Zahid terlalu popular di KDN? Apa puncanya? Punca sebenar beliau popular ialah kerana setiap hari Khamid Zahid mengadakan hari terbuka untuk orang ramai menemuinya dari pagi hingga ke malam. Kebetulan semalam penulis berada di KDN, penulis dapati lebih 200 orang sanggup menunggu dari pagi hingga ke jam 9 malam untuk menemui beliau. Tepat jam 9 malam, masih ramai yang tidak dapat menemuinya dan terpaksa menempah untuk membuat temujanji dengannya pada Khamis minggu hadapan. Zahid melayan setiap orang dari pagi hingga ke malam yang ingin menemuinya. Ketika orang lain menjadi menteri yang jaga KDN,Syed Hamid Albar dan Hishamuddin Hussein bukan semua orang dapat menemui menteri yang jaga KDN itu. Hanya kawan-kawan rapat dan orang politik sahaja yang dapat menemui mereka. Tetapi Zahid terbuka. Sesiapa sahaja dapat menemuinya asalkan orang itu sabar menunggu giliran. Menurut setiausaha eksekutif Zahid, Major Mazlina Mazlan, biasa setiap Khamis mereka yang buat temujanji dengan Zahid akan dibuka pendaftaran sampai jam 10.30 pagi. Walaupun pendaftaran sudah ditutup pada pukul 10.30 pagi, orang ramai tetap naik ke Tingkat 12, KDN menunggu giliran untuk mengadu hal kepada Zahid. Dengan pendekatan terbuka Zahid ini, tidak syak lagi jika berlaku pertembungan Timbalan Presiden Umno di antara Zahid dengan Hishamuddin pada tahun 2016, perwakilan sudah tentu akan mengundi Zahid kerana Zahid mudah ditemui daripada Hishamuddin. Jika semua menteri mengikut stail Zahid buat hari terbuka, saya rasa orang ramai yang ada masalah dengan mana-mana kementerian dapat menyelesaikan masalah dengan segera dengan bantuan menteri. Takdirnya suatu hari nanti Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri, kita berharap beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama mengadakan hari terbuka di negara ini. Tags:

DAIM RAMAL BN KALAH DALAM PRU KE 14

ALOR STAR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup. Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya umum akan datang. “Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang,” kata beliau dalam satu majlis anjuran Umno Bahagian Merbok di sini Sabtu lalu. Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah tol tidak perlu dinaikkan sebaliknya mengkaji semula perjanjian konsesi untuk melanjutkan tempoh masa. “Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya lagi. Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patiut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara. Beliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan harga barang. Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih marah kepada kerajaan. “Najib selaku Menteri Kewanagn tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara,” katanya lagi. Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa ketika negara di landa banjir, Najib dan lain-lain menteri bercuti di luar negara. “BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu di luar bandar. Sepatutnya orang Melayu yang perlu mendapat manfaat daripada kerajaan,” saran beliau. Daim mendakwa perbelanjaan besar dalkam perkara-perkara mengambil hati kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang Cina tidak akan menyokong BN. Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga orang Melayu. “Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya dalam menentukan dasar yang merugikan orang Melayu sendiri,” tegasnya lagi.

NAZIR SINDIR NAJIB DALAM TULISANNYA

PETALING JAYA: Semalam genap 38 tahun Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia. Pada hari tersebut akhbar The Star menyiarkan tulisan anak bekas Presiden Umno itu, Datuk Nazir Razak mengenang bapanya. Tulisan itu menimbulkan kontroversi kerana seolah-olah Nazir menyindir abangnya, Datuk Seri Najib Razak yang boros membelanjakan duit rakyat. Apa motif sebenar Nazir? Adakah beliau menyindir abangnya yang tidak seperti ayahandanya? Seorang bekas menteri yang pernah bekerja dengan Razak berkata pendirian Razak amat berbeza sekali dengan Najib. “Jauh panggang dari api,” katanya merujuk kepada sikap boros Najib memimpin negara. Ahli parlimen Seputih, Theresa Kok menyeru semua Menteri Kabinet membaca tulisan oleh adik Perdana Menteri itu yang mengimbas kenangannya ketika membesar bersama Perdana Menteri kedua itu. Beliau yang juga Naib Presiden DAP berkata , artikel itu mengandungi banyak peringatan dan nasihat yang baik, yang dapat dijadikan tauladan oleh menteri-menteri. “Saya setuju dengan pendapat rakan-rakan yang mencadangkan artikel itu dibaca menteri. Saya berharap Perdana Menteri dan kabinetnya sentiasa mengingati nilai yang dipegang Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan. Artikel bertajuk ‘Remembering my father, Tun Razak’ yang disiarkan laman The Star semalam antaranya menceritakan sikap berhemah beliau dalam menggunakan dana awam. Memetik artikel itu, Tun Razak enggan memenuhi permintaan anak-anaknyauntuk membina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri, hanya atas sebab ‘nanti apa rakyat kata?’. Beliau berkata, Perdana Menteri dan para menteri perlu menanyakan soalan itu kepada diri sendiri agar sentiasa sedar kepercayaan yang diletakkan rakyat ke atas mereka. “Jelas, jika soalan itu ditanya, kerajaan tidak akan luluskan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat kerajaan ketika dijemput ke Qatar atas kapasiti peribadi, juga tiada menteri yang buat masjlis hari jadi mewah ketika rakyat diminta berjimat cermat,” katanya lagi. Di akhir tulisannya itu, Nazir mengajak rakyat kembali ke pangkal jalan. Sudah sampai masanya bagi Najib kembali ke pangkal jalan dengan mencontohi apa yang dilakukan oleh ayahandanya. Jika Razak masih hidup, sudah tentu Razak terkejut melihat cara Najib memerintah negara. Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyindir Najib dengan mengatakan beliau tidak perlu jet mewah untuk terbang ke luar negara. Berikut disiarkan penuh tulisan Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melaysia seperti mana berikut:- Tiga puluh lapan tahun dahulu pada hari ini, 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein menghembuskan nafas terakhirnya di London selepas komplikasi leukemia. Malaysia kehilangan perdana menteri. Saya kehilangan. Malaysia ketika itu berusia 19 tahun. Saya pula sembilan tahun. Hari-hari selepas itu diselubungi kesedihan peribadi dan seluruh negara berkabung. Empat adik-beradik termasuk saya sedaya upaya cuba menenangkan ibu kami, sementara rakyat yang baik hati seluruh negara bersimpati memberikan peringatan bahawa kami tidak keseorangan semasa menghadapi tragedi ini. Saya perlu mengakui semasa kecil pada waktu itu serta jadual bapa yang terlalu sibuk, kadang kala saya mengeluh kerana pengorbanan bapa kepada negara menyebabkan masanya untuk bersama keluarga terlalu sedikit. Bagaimanapun, saya sangat berbangga dengan dedikasi bapa kepada negara yang masih muda ketika itu. Saya tidak berpeluang mengenali bapa. Namun, tertanam dalam diri saya adalah nilai yang diterapkan oleh beliau, integriti yang beliau asuh menjangkaui semua. Ya, menjangkau semua termasuk keluarga saya. Saya imbau kembali ketika abang saya dan saya mendekatinya pada suatu petang dan meminta kolam renang dibina di Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri yang kami tinggal. Berlatarbelakangkan seorang peguam, bapa menyuruh kami memberi hujah secara logik dan rasional. Dan kami lakukannya, walaupun hujah kami amat baik, tiba-tiba wajahnya berubah dan matanya merenung kami dengan keadaan menjengkelkan. Bapa menjelaskan Seri Taman mungkin adalah rumah kami, tapi rumah tersebut adalah milik kerajaan maka ia juga milik rakyat. Sebarang kos perbelanjaan rumah tersebut datang daripada dana awam, mustahil untuk beliau membenarkan kutipan hasil negara dibelanjakan pada sesuatu perkara remeh seperti kolam renang. “Apa yang rakyat akan kata?” soal bapa. Sepanjang saya membesar, saya sering mendengar daripada orang ramai yang mengenali bapa secara rapat, termasuk mereka yang berkerja di dalam kerajaan, politik, individu terlibat dalam mencapai kemerdekaan dan juga rakan peribadi beliau. Ia adalah salah satu cara saya untuk mengenali bapa. Apa yang mencuri perhatian saya adalah hampir semua perbualan mengenai bapa adalah tentang kualiti yang menjadikan diri bapa seorang yang berharga. Sebagai seorang penjaga amanah aset negara, kesederhanaan bapa adalah lagenda. “Kamu perlu kira setiap sen, atau ia akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kamu,” seorang bekas menteri memberitahu saya. Jadi, saya sudah mengetahuinya. Bukan hanya di dalam episod kolam renang tetapi banyak peristiwa lain lagi. Abang saya sering bercakap mengenai peluang yang jarang-jarang sekali kami dapat iaitu semasa menemaninya dalam lawatan rasmi ke Switzerland. Bapa pastikan segala perbelanjaan dikeluarkan daripada poketnya sendiri, sangat berhati-hati dengan kos yang ditanggung kerajaan sehingga beliau memilih hotel lebih murah daripada yang asalnya ditempah, mereka berulang kali makan di restoran paling murah di sekitar hotel tersebut. Kemudian lawatan terakhirnya ke Eropah pada Oktober 1975 untuk mendapatkan rawatan perubatan. Bapa mungkin tahu lawatan tersebut mungkin yang terakhir buatnya, namun beliau tidak membenarkan ibu menemaninya untuk menjimatkan wang. Ia mungkin kerana kebimbangan tentang situasi kewangannya selepas meninggal dunia. Ibu hanya menemaninya seminggu kemudiaan atas kelulusan Kabinet dengan peruntukan khas yang diluluskan untuk perjalanannya. Ketelusannya sering menjadi bualan mulut ramai pihak. Bapa didorong oleh konsep dalam perkhidmatan awam yang dianggap kolot dan ketinggalan pada zaman ini di mana setiap kakitangan awam perlu berkhidmat untuk rakyat dan amanah diberikan mestilah tidak boleh dikhianati. Seorang kakitangan awam pertama sekali beramanah dan orang ramai mesti tidak dikhianati. Satu lagi perkara yang sentiasa didengar adalah mengenai staminanya. Ramai yang hairan selepas mengetahui bapa mengidap leukemia kerana beliau sering aktif semasa di dalam pejabatnya, sering menghadiri tugas rasmi, melibatkan diri dalam setiap perincian dasar di samping lawatan mengejutnya ke kawasan yang sering diperkatakan di seluruh negara bagi membolehkan beliau mendengar secara terus daripada orang ramai tentang apa yang sedang berlaku di bawah. Sudah pasti ramai juga yang sudah hilang kiraan terhadap dedikasi Tun Razak kepada pembangunan luar bandar. Beliau mengamalkan “Rakyat Didahulukan”, sebelum slogan tersebut kedengaran. Paling penting, ramai yang sebulat suara tekankan adalah komitmen bapa kepada perpaduan negara ke arah membina sebuah negara bagi setiap warganegara untuk berpayung di bawah negara Malaysia. Visi tersebut diterjemahkan di bawah dua inisiatif yang diterajui bapa saya susulan tragedi berdarah 13 Mei 1969, pengenalan Rukunegara pada 1979 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971. Rukunegara menyeimbangkan tradisi budaya asli dan warisan atas tuntutan sebuah negara yang moden dan sekular. Matlamat DEB seperti digariskan dalam pengumuman polisi bertujuan menganjurkan pelaksanaan perpaduan negara menerusi kajian sosio-ekonomi paling penting yang direncanakan menerusi misi berkembar untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penstrukturan semula fungsi ekonomi berasaskan identifikasi etnik. Perdebatan mengenai DEB berterusan hingga hari ini. Diri saya sendiri secara terbuka berkata sesuatu tersasar dalam pelaksanaannya. Penetapan kuota sering dilihat sebagai jalan mudah kepada beberapa perkara yang mereka pilih mewujudkan satu jurang intra etnik dalam kelas dan status, di samping dipanaskan lagi dengan tekanan antara etnik. Kedua-dua perkembangan ini dilihat walaupun bukanlah semuanya membelakangi matlamat DEB yang diperkenalkan Tun Razak iaitu mengukuhkan perpaduan negara. Apa yang silapnya? Sesetengah orang berhujah ia berpunca daripada langkah drastik sendiri. Bagi saya ia adalah kerana pelaksanaannya tersasar daripada fokus dalam pendekatan taktikal daripada komitmen kepada matlamat asalnya. DEB pastinya membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dengan menghasilkan kelas pertengahan kaum Melayu. Bagaimanapun dalam maksud lebih luas, yang lebih baik dapat kita katakan adalah DEB pada awalnya berjaya menghakis jurang konflik perkauman selepas 13 Mei. Berterima kasih kepada DEB, Malaysia tidak mengikut jejak seperti yang berlaku di Sri Lanka, di mana mereka terjebak dalam pertelingkahan berdekad lamanya antara pendatang Tamil dan orang asal Sinhalese. Ia bukan satu pencapaian kecil. Tapi janji DEB untuk memperkukuhkan perpaduan negara tidak dapat direalisasikan. Malah, wujud pula tanda ketegangan antara etnik yang sekali lagi berada pada tahap membimbangkan. Apa yang boleh dilakukan? Peribahasa Melayu berkata: “Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan”. Pada pandangan saya, balik ke pangkal bermakna kita melihat semula kepada nilai, komitmen, visi dan ini termasuklah apa yang dibawa dan ditunjukkan oleh Tun Razak. Saya sudah nyatakan pada awal tentang ketelusan beliau, komitmennya terhadap konsep penjawat awam dan visi progresifnya, bagi menjadikan Malaysia yang lebih bersatu padu dan kaya. Tapi biarlah saya akhirinya dengan menekankan dua legasi utama Tun Razak. Satu, beliau adalah demokrat sebenar. Dua tahun selepas mengendalikan Majlis Gerakan Negara (Mageran), beliau membubarkan jawatankuasa dan memperkenalkan sistem demokratik. Beliau memegang kuasa secara mutlak dalam MAGERAN, tetapi pandangan luas dan nilai-nilai yang ditunjukkannya bersandar pada satu asas pemerintahan demokrasi, bukannya diktator. Cara beliau membuat keputusannya boleh digambar sebegini: Beliau membawa masuk semua diperlukan penglibatannya dan mengadakan perbincangan konsultatif sebelum membuat sebarang keputusan penting untuk dilaksanakan. Beliau tidak pernah meminggirkan mereka yang mempunyai pandangan berbeza, beliau mengalu-alukan kepelbagaian pendapat bagi mendapatkan hasil terbaik bagi membuat keputusan muktamad yang tepat. Kedua, ketika beliau komited untuk memperbaiki kualiti hidup majoriti bumiputera bagi mengelak berulangnya satu lagi “13 Mei”, beliau melihat perkara tersebut sebagai hak istimewa negara daripada sudut perkauman. Perkara tersebut bagi saya menjelaskan kesungguhan untuk melibatkan semua rakyat Malaysia yang terbaik dan cemerlang ke arah usaha tersebut, tanpa mengira latar belakang kaum atau etnik mereka. Periksalah mereka yang pernah bekerja dengan beliau dan pentadbirannya sebelum ini. Pada ketika itu, semua rakyat Malaysia bersatu di bawah satu kesungguhan untuk membina negara ini di atas abu 13 Mei. Itu adalah legasi Tun Razak kepada Malaysia. Kita boleh menghargainya dengan kembali ke “Pangkal Jalan”.

HANAFIAH MINTA AHMAD SAID BERTAUBAT

KEMAMAN: ADUN Chukai, Hanafiah Mat (gambar) minta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana Menteri di sini semalam. Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam beliau berkata,” kerana BN kalah kepada pembangkanglah di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir”. Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi (Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir? Kata beliau lagi, banjir berlaku di Kemaman bukan kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah al Saba’ ayat 16. Ayat 16 Surah al Saba’ berbunyi seperti berikut yang bermaksud: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara”. Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman yang bermaksud “Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)”. Sehubungan dengan itu Hanafiah meminta Ahmad Said bertaubat kerana seolah-olah beliau tidak percaya bala banjir diturunkan Allah. Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di sini. Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu. Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia. Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri. Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa ponteng kerja. “Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan itu,” kata mereka. Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang. “Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama mereka menunggu barang yang dijanjikan,” katanya lagi.

PENGGAL BARU BERMULA, TEMPAH KERETA BARU?

PETALING JAYA: Agak-agaknya sudah jadi trend semua kerajaan negeri, apabila penggal baru pemerintahan bermula maka semua Menteri Besar dan Exco mahu gunakan kereta baru. Belum lagi reda isu kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kini muncul pula isu kereta Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Kereta Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV 8 yang menjadi kenderaan rasmi Menteri Besar Kedah, kini menjadi bualan ramai, gara-gara dakwaan beberapa laman sosial dan blog pro pembangkang bahawa kereta itu bertukar ‘wajah’ namun menggunakan nombor plat sama. Berdasarkan dakwaan itu, kerajaan negeri dikatakan membeli Mercedes Benz S300 sekitar penghujung tahun lalu, namun menggunakan plat lama, KBV 8 pada kereta baharu berikutan nombor plat itu didaftarkan bawah kerajaan negeri sebagai kereta rasmi Menteri Besar Kedah. Menteri Besar, Mukhriz Mahathir, bagaimanapun menafikan membuat pembelian kereta baharu bagi kegunaan rasmi menteri besar. “Tidak ada kereta baharu dibeli, kereta yang saya gunakan dibeli ketika zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar. Saya guna kereta sama yang digunakan Allahyarham, iaitu Mercedes Benz S350, nombor plat KCX8,” katanya, kepada media, sejurus selesai majlis perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman semalam. Menurutnya, Mercedes Benz S320 bernombor plat KBV8 yang dibeli pada tahun 2006 oleh menteri besar sebelum itu, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid masih digunakan sehingga kini. “Kereta itu masih digunakan tetapi kereta itu sudah lama, namun kita tidak membeli kereta baharu untuk kegunaan rasmi,” katanya. Mengulas dakwaan pembelian kereta Mercedes Benz S300 yang dikatakan berlaku beberapa bulan lalu, Mukhriz menegaskan, ia tidak berlaku seperti heboh diperkatakan. “Kereta Mercedes Benz S300 yang saya gunakan di Kuala Lumpur untuk urusan rasmi adalah milik saya, bukan kerajaan negeri. Saya gunakan kereta peribadi untuk kurangkan beban kewangan kerajaan negeri, cuma diletakkan plat tertulis menteri besar bagi memudahkan urusan terutama jika memasuki perkarangan Istana,” katanya. Mukhriz turut memperjelaskan kereta miliknya itu dibeli dua tahun lalu. “Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikecam kerana beli kereta baharu, sekarang nampaknya ada pihak cuba alihkan perhatian supaya isu itu dilupakan, dan tumpu pada saya pula. Mungkin pembangkang tidak ada isu untuk diketengahkan dan kaitkan isu peribadi seperti ini yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya. Menurutnya, pihaknya tidak terkejut sekiranya isu pembelian kereta rasmi akan dibawa hingga ke parlimen kerana pembangkang mahu menegakkan kebenaran, sedangkan parlimen adalah sebuah dewan yang mulia untuk menggubal undang-undang. “Banyak lagi hal penting perlu diberi tumpuan, bukan hal remeh seperti ini,” katanya. Pada September 2011, Allahyarham Azizan dikecam apabila membeli KCX 8 sebagai kereta rasmi tambahan milik kerajaan negeri untuk kegunaan kenamaan, manakala Allahyarham selesa menggunakan Mercedes Benz KBV 8, yang diwarisi daripada Mahdzir. KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011 manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Sehari selepas penafian Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mengenai pembelian sebuah Mercedes Benz S300, beberapa blog pro pembangkang semakin rancak memperkatakan isu berkenaan, termasuk tidak berpuas hati dengan penjelasan itu. Beberapa maklum balas yang dipetik daripada laman sosial meminta kerajaan negeri membuat penjelasan terperinci berikutan ianya membabitkan perbelanjaan negeri. Turut didedahkan menerusi laman sosial itu, mendakwa Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV8 yang didaftar pada 5 April 2006, kini didaftarkan dengan nombor pendaftaran baharu, iaitu KDQ 9900. Manakala plat KBV8 diletakkan pada Mercedes Benz S300, yang dikatakan dibeli beberapa bulan lalu. Pertukaran plat itu dikatakan melalui proses retention dan boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarat pembelian kenderaan baharu. Bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah ( Azizan Abdul Razak), Mohd Helmi Khalid berkata, terdapat beberapa fakta meragukan berhubung penjelasan Mukhriz mengenai penafian membeli sebuah kereta baharu, kelmarin. Berikutan itu, beliau memohon penjelasan dibuat bagi mengungkai kekeliruan yang timbul, sekiranya benar tiada pembelian dibuat. “Selama lima tahun saya berkhidmat bawah pentadbiran Allahyarham Azizan, plat KBV8 adalah nombor pendaftaran Mercedes Benz S320, bukan S300. “Tidak wujud Mercedes Benz S300 di Wisma Darul Aman. Manakala KCX8 model S350 dibeli pada tahun 2011 sebagai kereta rasmi tambahan,” katanya. Menurutnya, pada ketika itu, hanya terdapat dua buah kereta rasmi yang digunakan oleh Menteri Besar, sehingga Mei 2013. Mohd Helmi berkata, bagi mendapatkan kepastian, beliau bertanya sendiri kepada pekerja di sebuah kedai aksesori di Jalan Gangsa, yang membuat proses pertukaran plat pada kedua-dua kereta terbabit “Saya bukan tuduh melulu, namun timbul kekeliruan apabila plat KBV8 digunakan pada kereta lain yang digunakan oleh Menteri Besar. Adakah nombor plat itu dibeli individu lain dan digunakan pada S300 miliknya, tetapi kenapa ada tertera menteri besar pada plat itu,” katanya. Difahamkan, Mercedes Benz S300 yang diletakkan plat KBV8 kini berada di Kuala Lumpur, manakala Mercedes Benz S320 yang ditukar kepada plat KDQ 9900 akan digunakan di Kedah. Isu kereta yang melanda Pulau Pinang dan Kedah, kjni berjangkit pula ke Negeri Sembilan. Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam. Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun dan juga pegawai kewangan negeri. Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri. “Sudah tiba masanya kereta lama kerajaan negeri itu ditukar baru memandangkan usia kereta Proton Perdana yang digunakan itu sudah melebihi 10 ke 12 tahun, malah ada di antaranya selalu rosak sehingga menyebabkan Exco kita terkandas di tengah-tengah lebuh raya. “Kos penyelenggaraan kereta lama itu juga sangat tinggi. Tiga buah kereta yang diselengara sama harga dengan sebuah kereta baharu dan itu merupakan satu pembaziran. “Saya yakin dengan penggunaan kereta baru ini, ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan, di samping menjimatkan wang untuk membaikinya,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, dekat Wisma Negeri di sini, semalam. Tambah Mohamad, kereta ini ditempah lama pada tahun lalu, iaitu sebelum model Proton Perdana baharu dilancarkan, dan kos keseluruhan bagi pembelian 15 kereta tersebut adalah berjumlah RM1.6 juta, di mana setiap kereta berharga RM110,000. Melaka turut menerima kereta baru apabila sembilan kereta baharu jenis sama diterima timbalan Exco dan timbalan speaker kerajaan negeri, semalam. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kenderaan rasmi berkenaan disewa daripada anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd. Menurutnya, menerusi pengalaman sebelum ini, kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dalam jumlah cukup besar “Kita menyewa kenderaan ini mengikut bulan dan bukan belian kerana sewaan lebih menguntungkan. Apabila rosak senang kita hantar penyelenggaraan kepada mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco di Seri Negeri, semalam. Sebelum ini timbalan Exco menggunakan kenderaan jabatan atau persendirian bagi menjalankan tugasan. Katanya, kenderaan berkenaan sudah ditempah sejak tahun lalu. Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka sudah dapat kereta baru. Selepas ini negeri-negeri lain dijangka menyusul. Kalau pemimpin hanya mementingkan kereta, sampai bila kerajaan negeri mahu berjimat duit rakyat di saat-saat rakyat disuruh berjimat cermat? Sama-samalah kita fikir.

SIKAP UMAR ABDUL AZIZ LIM GUAN ENG TERCEMAR?

PETALING JAYA: Sebaik-baik sahaja Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008, orang PAS menganggap Lim Guan Eng sebagai Umar Abdul Aziz . Malah Lim Guan Eng berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau seorang pemimpin Islam yang adil dan berjiwa rakyat. Ketika merasmikan Wacana Pemikiran Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz “Islam dan Kenegaraan” di Auditorium A, Tingat 5 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pada 22 Mac 2009, Lim Guan Eng sekali lagi bertekad untuk meniru usaha yang dilaksanakan oleh pemerintahan Khalifah berkenaan. Ini katanya bagi memastikan pentadbiran negeri bebas daripada penyalahguna kuasa, kezaliman, merombak semula jentera pentadbiran dengan memecat pada pegawai yang tidak cekap dan sebagainya. Ujar Lim, sikap sedemikian merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam ekoran prinsip Khalifah Umar untuk membangunkan negara dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang melibatkan kegiatan kenegaraan. “Saya berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai sikap adil, telus dan berjiwa rakyat. “Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai prinsip membangunkan negara menerusi nilai-nilai kebajikan dalam bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakkan seluruh masyarakat dan negara, ” katanya. Pelaksanaan cara itu, akan dilakukan tanpa mengira apa latar belakang agama dan kaum kerana yang penting ialah hasil kejayaan. “Ada cacatan yang meriwayatkan bahawa anak Khalifah Umar pernah mendesak bapanya supaya menggunakan kekerasan untuk menjayakan reformasi pemerintahan. “Dengan tenang Khalifah memberi jawapan ‘Wahai anak ku, apa yang engkau maksudkan seolah-olah pembaharuan hanya boleh dicapai dengan pedang. Tetapi tidak akan ada apa-apa kebaian dalam pembaharuan jika ia memerlukan kuasa pedang, ” tegas Lim penuh semangat dalam program anjuran Penyelaras Umat Pulau Pinang (Forum) dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Lim juga mengakui model pemerintahan Umar Abdul Aziz boleh digunapakai sepanjang zaman kerana konsepnya berlandaskan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta memperjuangkan nasib rakyat jelata. Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh berkata, menyedari betapa sukarnya mencontohi langkah-langkah yang dilaksanakan dalam pemerintahanya. Namun, perjalanan yang jauh harus bermula dengan langkah pertama iaitu inisiatif menjadikan Cekap akauntabliiti dan Telus (CAT) digunapakai oleh kerajaan hari ini supaya dapat membersihkan rasuah, memerangi mereka yang menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. ” Keindahan pemerintah itu saya yakin dapat menyinari semula negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini daripada anasir-anasir negetif seperti rasuah, pembaziran dan penyalah gunaan kuasa, ” jelas beliau. Itu cerita tahun 2009. Akhir tahun 2013, negara dikejutkan dengan isu pembelian kereta Mercedes-Benz S300L yang telah mendedahkan ‘wajah sebenar’ Ketua Menteri Pulau Pinang yang mempunyai sikap bermuka-muka. Beliau tidak lagi berpegang kepada ajaran Umar Abdul Aziz. Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, jelas kini Guan Eng bukanlah seperti yang digambarkan sama ada melalui dirinya sendiri mahu pun pengikutnya bahawa beliau seorang pemimpin yang merendah diri, berhemah dan berjimat-cermat. Malah katanya, prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang kononnya menjadi pegangan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan itu hanya omong kosong semata-mata. “Rakyat kini boleh menilai sendiri inikah pemimpin yang boleh dijadikan contoh. Tidak sampai tiga bulan guna kereta Toyota Camry 2.5, sekarang sudah tukar kereta mewah pula. “Malah dalam isu ini timbul perkara-perkara yang tidak logik seperti harga kereta yang bernilai RMRM657,218 tetapi dibeli dengan harga RM298,263.75. Kalau beliau betul-betul telus, sila jelaskan dengan lebih lanjut pembelian itu beserta bukti, bukan bercakap kosong sahaja,” katanya. Menurut Lum Yong, Guan Eng sebelum ini pernah mengkritik Kerajaan Terengganu kerana membeli kereta jenama serupa bagi tujuan sama pada 2008 dengan menyifatkannya sebagai pembaziran. Dengan apa yang berlaku padanya hari ini, jelas beliau, Guan Eng umpama meludah ke langit terkena hidung sendiri. “Sikap pemimpin seperti apa ini yang mengutuk dan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) suka membazir tetapi dalam masa sama beliau pun serupa? “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi. Guan Eng cakap tak serupa bikin dan rakyat perlu menilai sikapnya ini yang bermuka-muka,” katanya. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait menjelaskan dakwaan kerajaan negeri mendapat potongan harga sebanyak RM100,000 daripada ahli perniagaan, Tan Sri Tan Kok Ping bagi pembelian kereta jenis Mercedes-Benz S300L sebagai fitnah dan tuduhan tidak berasas. Menurut beliau, diskaun itu ditawarkan oleh pembekal kenderaan jenis Mercedes di seluruh negara dan boleh dinikmati mana-mana pihak yang berminat membeli kenderaan tersebut. Dalam masa sama, tambahnya, pembelian Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga dibuat selepas mendapat pengecualian cukai dan diskaun sebanyak 56 peratus. “Ketua Menteri Pulau Pinang memang layak menggunakan dua buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes Benz S300. “Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding harga asal RM657,218,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kontroversi pembelian Mercedes-Benz S300L yang diluluskan kerajaan negeri sebagai kenderaan rasmi Guan Eng yang mendapat kritikan banyak pihak kerana disifatkan bermewah-mewah serta merupakan pembaziran. Mokhtar berkata, keputusan membeli kereta jenis Mercedes dibuat mengambil kira faktor ekonomi jangka masa panjang yang mana kenderaan tersebut tidak membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluluskan pembelian kereta mewah Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi ketika ekonomi negeri itu terus merosot mencerminkan sikap sebenar beliau yang licik memanipulasi kepercayaan rakyat. Menurut Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman, Guan Eng sebelum ini lantang bercakap mengenai soal penjimatan di dalam urusan pentadbiran kerajaan namun kelantangan itu bagaikan terkena batang hidung sendiri apabila dilihat bermewah-mewah dalam perbelanjaan kerajaan negeri. “Sejak bila Guan Eng cakap serupa bikin? Dia merupakan seorang pemimpin yang pakar putar alam. Sebelum ini dia begitu lantang bercakap pasal penjimatan tetapi sekarang kita boleh melihat betapa borosnya dia menggunakan dana rakyat untuk kepentingan dia,” katanya . Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011). Mohamed Razali berkata, Guan Eng sudah pasti akan menempelak sekiranya pihak lain terutama kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membeli kenderaan mewah itu untuk kegunaan rasmi kerajaan. “Dia boleh beli dua kereta dalam masa tiga bulan, kalau orang lain yang buat, sudah tentu dia pukul gendang merata-rata,” katanya. Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat cuba mengalih perhatian dalam isu pembelian Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasminya dengan mendedahkan kononnya berlakunya pembaziran Kerajaan Pusat seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara. Dalam masa sama, Guan Eng mengambil peluang mengkritik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya tidak mengambil tindakan daripada pendedahan Laporan Ketua Audit Negara itu tetapi lebih berminat dengan isu pembelian Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri ini. Malah, beliau secara sinis mengalu-alukan siasatan oleh SPRM berhubung pembelian kereta itu dan bersedia memberi kerjasama kerana yakin tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan. “Saya pasti SPRM akan mendapati kerajaan negeri Pulau Pinang adalah bersih seperti mana slogan kami kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes-Benz benar-benar mematuhi prosedur dan undang-undang dengan dokumen yang sah,” katanya dalam sidang akhbar. Sebuah portal berita melaporkan kononnya SPRM telah memulakan siasatan berhubung pembelian kereta jenis Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu, namun dinafikan oleh badan itu. Bagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya , Guan Eng menunjukkan contoh bertentangan dengan dasar perbelanjaan berhemah yang sering dicanang dalam setiap ceramah politiknya. Nasi sudah jadi bubur. Walaupun dikritik kereta Mercedes-Benz yang sudah dibeli tidak mungkin dijual semula. Maka Lim Guan Eng tidak akan disanjung lagi sebagai Umar Abdul Aziz yang tidak suka pembaziran.

RAFIZI TANDING NAIB PRESIDEN PKR?

PETALING JAYA: Pada tahun lepas Umno, MCA, MIC, Gerakan, PAS, DAP , PBS, Upko sudah mengadakan pemilihan baru para pemimpinnya untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 14. Kini tiba pula giliran PKR mengadakan pemilihannya pada hujung bulan ini. Tumpuan tertarik kepada pemilihan pemimpin utama. Adakah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Presiden PKR dari tangan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR? Dalam analisis ini, saya buat andaian siapa yang layak jadi Naib Presiden PKR yang kini disandang ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Tiga orang Naib Presiden ini dipilih oleh perwakilan manakala ada juga Naib Presiden yang dilantik seperti Dr Mansor Othman, Datuk Seri Chua Jui Meng dan N. Surendran. Adakah Dr Mansor, Chua dan Surendan berminat merebut kerusi Naib Presiden PKR? Takkan mereka berpuas hati sebagai Naib Presiden yang dilantik sahaja? Dr Mansor bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kekuatan Dr Mansor jika beliau bertanding kerusi Naib Presiden PKR kerana sepanjang beliau menjafi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak menonjol. Malah di parlimen pun sebagai ahli parlimen Nibong Tebal beliau tidak hebat seperti Rafizi Ramli atau lain-lain ahli parlimen PKR. Chua pula bekas Menteri Kesihatan yang kalah di Segamat di tangan Datuk Dr S. Subramanima. Jadi kalau perwakilan PKR memilih beliau sebagai Naib Presiden, beliau tidak dapat bersuara di parlimen. Manakala N Surendan ahli parlimen Padang Serai amat aktif di parlimen sehingga diarah keluar dari Dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. N. Surendan mampu menang Naib Presiden PKR jika beliau ambil keputusan mempertahankan jawatan itu melalui pertandingan. Tiga penyandang jawatan dijangka mempertahankan kerusi masing-masing. Nurul Izzah dilihat sebagai pengganti Anwar Ibrahim apabila beliau bersara dari politik. Dua kali memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dilihat bakal Presiden PKR di masa akan datang. Soalnya adakah rakyat Malaysia bersedia menerima wanita sebagai Perdana Menteri. Inilah kelebihan PKR kerana memiliki dua orang wanita sebagai Naib Presiden manakala Umno belum bersedia memilih wanita sebagai Naib Presiden. Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia 10 tahun lagi, adakah PAS bersedia menerima Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri Malaysia? Seperti kata Azmin Ali, jika Anwar bersara dari politik, PKR tetap hidup kerana sokongan rakyat kepada PKR bukan kerana Anwar tetapi kerana isu yang menyentuh hati rakyat yang dibawa oleh PKR. Fuziah Salleh sebagai ahli parlimen Kuantan agak menonjol di parlimen. Mampukah beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden? Usul tergempar mengenai banjir yang dibawanya di Dewan Rakyat tetapi ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat melonjakkan nama Fuziah. Tian Chua juga tokoh kontroversi PKR. Beliau sudah pasti mempertahankan kerusi Naib Presiden PKR. Siapa lagi yang layak bertanding kerusi Naib Presiden? Bagi saya, ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang paling layak bertanding kerusi Naib Presiden PKR. Beliau selaku Pengarah Strategi PKR banyak membawa isu. Salah satunya isu PTPTN yang mahu menyenaraihitamkan peminjam PTPTN. Bantahan Rafizi disambut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akhirnya kabinet mendengar suara Khairy di atas desakan Rafizi. Rafizi dilihat sebagai pemimpin PKR di masa hadapan. Oleh itu jika beliau bertanding kerusi Naib Presiden, beliau ada peluang untuk menang. Alangkah ruginya kalau perwakilan PKR tidak memilih orang sebijak Rafizi sebagai Naib Presiden. Sekurang-kurangnya lima orang dijangka bertanding kerusi Naib Presiden PKR pada hujung bulan ini iaitu Nurul Izzah, Tian Chua, Fuziah Salleh, N Surendran dan Rafizi Ramli. Terulanglah kepada perwakilan PKR untuk membuat keputusan.

APABILA PEGAWAI KERAJAAN TIDAK HORMATI MENTERI

PETALING JAYA: Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang pegawai kerajaan mencabar menteri berdebat. Tetapi inilah yang berlaku di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui negara. Pelik juga apabila Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia. Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu. “Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing. “Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam tentang Wahabi sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas kenyataan Shahidan sebelum ini yang menyelar Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut. “Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima,” kata Shahidan. “Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah,” katanya lagi. Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali. “Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat,” katanya. “Oleh kerana gerakannya yang berpengaruh itu, British menulis buku gerakan tersebut bernama ‘Wahhabi’,” katanya. Shahidan turut menjelaskan Wahhabi bukanlah satu mazhab kerana sebenarnya ia tetap mengikut ajaran Sunni. “Kerana itu saya selalu kata Wahhabi umpama hantu yang kita selalu sebut tapi kita tidak nampak bagaimana. bertanduk atau tidak? Ramai yang sebut tidak faham apakah itu Wahhabi,” katanya. Shahidan yang menolak berdebat dengan Zamihan berkata, sebagai menteri yang mementingkan kebajikan beliau tidak mahu membuang masa. “Saya tidak mahu memberi sebarang komen, membuang masa melayan kerenah pegawai rendah kerajaan seperti itu,” katanya. Antara lain Zamihan berkata, Shahidan tidak layak membincangkan isu Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu. Katanya, tindakan bekas menteri besar Perlis itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran itu. “Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini,” katanya. Yang lucunya Zamihan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemar namanya. “Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan. Zamihan, berkata sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media. “Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya. “Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan. Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri. “Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran. “Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir sembilan tahun berkhidmat masih di tangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan. Apa yang berlaku di antara Shahidan dengan Zamihan memang memalukan negara. Sepatutnya KSU KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi memanggil Zamihan dan menasihatinya supaya tidak membuat kenyataan akhbar kerana sebagai pegawai kerajaan mencabar menteri berdebat dan mengugut untuk ambil tindakan undang-undang kepada menteri adalah tindakan yang tidak wajar. Kalau nak bercakap macam orang politik, letaklah jawatan dan masuk politik. Masa itulah bolehlah Zamihan cabar Shahidan berdebat. Sebagai bekas pegawai PTD, Shahidan tahu batasnya ketika menjadi pegawai kerajaan dahulu. Nampaknya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa perlu mendisiplinkan pegawai-pegawai kerajaan supaya peristiwa seperti ini tidak berulang di masa akan datang.

MCA WAJAR DIBUBARKAN KALAU KALAH PRU 14

PETALING JAYA: Presiden baharu MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam mengulangi kesediaannya untuk membawa perubahan dan pembaharuan secara inklusif dan kolektif kepada parti itu. Beliau turut menggesa semua barisan kepimpinan tertinggi, perwakilan dan anggota parti agar kembali sebagai satu pasukan utuh, bagi menjayakan program transformasi serta mengembalikan era kegemilangan parti itu. Perasaan dengki, iri hati dan dendam perlu dikikis, tegas Liow. “Kita mesti buktikan bahawa MCA memang relevan dan mampu membawa perubahan yang besar dalam hidup kaum Cina dan masyarakat lain. “Tiada lagi kem Chua (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) dan kem Liow selepas ini. Buanglah segala persepsi itu. Marilah kita bangkit dengan kuat dan kukuh sebagai satu pasukan yang bersatu-padu,” katanya ketika sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 di Wisma MCA. Datuk Seri Liow Tiong Lai dipilih sebagai presiden MCA yang baharu manakala Datuk Dr Wee Ka Siong pula memenangi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu yang berlangsung hari Sabtu lalu. Liow sebelum ini ialah timbalan presiden MCA, manakala Wee pula ketua Pemuda. Dalam persaingan tiga penjuru, Liow memperoleh 1,186 undi mengatasi bekas naib presiden MCA Gan Ping Sieu (1,000 undi) dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat (160 undi). Wee pula memperoleh 1,408 undi berbanding saingannya Datuk Donald Lim Siang Chai yang menerima 927 undi Sebanyak 2,352 perwakilan mengundi dalam proses yang berlangsung dari 12.15 tengah hari hingga 2 petang, bagi memilih barisan kepimpinan baharu parti di ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, di sini. Desas-desus Desas-desus parti menyatakan gandingan Gan dan Donald Lim sebagai pasukan pilihan Dr Chua, manakala Wee pula gandingan Liow dalam pasukan lain. Walaupun calon pilihan Dr Chua kalah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, tetapi anaknya Chua Tee Yong menang jawatan Naib Presiden MCA. Bagi empat jawatan naib presiden pula, mereka yang menang ialah Datuk Lee Chee Leong (1,642 undi), Dr Hou Kok Chung (1,475 undi), anak Dr Chua iaitu Datuk Chua Tee Yong (1,343 undi) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (1,230 undi). Nampaknya MCA lebih advance daripada Umno kerana perwakilan MCA memilih calon wanita, Chew Mei Fun sebagai Naib Presiden sedangkan wanita Umno tidak berani bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan pemilihan barisan kepimpinan baharu MCA menandakan bermulanya era positif bagi parti tersebut. Katanya, pemilihan Chew Mei Fun sebagai Naib Presiden baharu turut membuktikan MCA terus membuka peluang dan ruang kepada pemimpin wanita menduduki jawatan tertinggi parti berkenaan. “Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden serta barisan pucuk kepimpinan MCA yang baharu. Pemilihan ini merupakan satu era yang positif bagi parti tersebut. “Sebagai Ketua Wanita Barisan BN, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan juga kepada Chew Mei Fun di atas pemilihan beliau sebagai Naib Presiden baharu. Kami amat berbangga di atas pencapaian yang telah ditunjukkan oleh beliau,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. Jawatan Naib Presiden MCA turut ditandingi oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Chong Itt Chew, Lee Wei Kiat, Anggota Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jeck Seng dan Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun Dr Leong Yong Kong. Untuk 25 slot anggota jawatankuasa pusat (CC), antara yang berjaya mempertahankan jawatan ialah Datuk Toh Chin Yaw, Datuk Gan Tian Loo, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Koh Nai Kwong, Dr Por Choo Chor, Datuk Paul Kong Sing Chu, Yoo Wei How, dan Datuk Ti Lian Ker. Turut memenangi pemilihan CC ialah Datuk Mah Hang Soon, Datuk Ei Kim Hock dan Datuk Tan Chin Meng yang sebelum ini anggota CC secara lantikan. Pertarungan Sementara itu Ketua Biro Pendidikan MCA Chong Sin Woon dipilih sebagai Ketua Pemuda MCA bagi penggal 2013-2016 selepas mengalahkan Datuk Goh Gaik Meng dalam pertarungan satu lawan satu pada pemilihan sayap parti itu di sini Khamis lalu. Chong menang dengan majoriti 93 undi dengan memperoleh 794 undi berbanding Goh yang meraih 701 undi. Goh merupakan Ketua Pemuda Bahagian Batu. Seramai 1,515 perwakilan mengundi pada pemilihan sayap itu. Jawatan Ketua Pemuda tidak dipertahankan Datuk Dr Wee Ka Siong, yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu. Datuk Heng Seai Kie yang dipilih sebagai Ketua Wanita MCA yang baharu dianggap Shahrizat sebagai sungguh berwibawa. “Sesungguhnya kewibawaan Seai Kie memang terserlah. Selama beberapa tahun menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang amat baik,” kata Shahrizat yang turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita MCA yang baharu. Masa depan dan kekuatan MCA bergantung sepenuhnya kepada komitmen, perpaduan serta pengorbanan daripada setiap anggota parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau berkata para pemimpin dan anggota parti itu perlu lebih matang dan agresif untuk parti kekal relevan dalam kalangan masyarakat, khususnya kaum Cina. “Masih banyak yang perlu kita lakukan demi masa depan parti ini, demi perpaduan dan penyatuan kita semua. “Kita juga perlu menyusun semula organisasi kita selari dengan proses transformasi sebagai persediaan ke arah pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60 di Wisma MCA di sini Sabtu. Menggali Penganalisis politik Khoo Kay Peng berpendapat presiden baharu ini perlu mencari jalan untuk mengubah nasib MCA dengan menggali hingga ke dasar masalah yang menyebabkan parti itu kehilangan banyak sokongan daripada masyarakat Cina. “Pemimpin baharu ini bersama barisan kepimpinannya mempunyai tugas untuk menyelamatkan imej MCA dan meyakinkan pengundi Cina tentang kedudukannya dalam BN,” katanya. MCA perlu melakukan perubahan untuk memaksimumkan fungsinya serta mempunyai tadbir urus lebih baik bagi mengukuhkan kedudukannya seperti parti lain, kata Ketua Wanita MCA Datuk Yu Chok Tow. Yu, yang tidak mempertahankan jawatannya, berkata jika MCA gagal melakukan perubahan kali ini, parti itu akan ditolak rakyat, terutama masyarakat Cina. “Perubahan perlu dilakukan, walaupun ia sesuatu yang mungkin menyakitkan, kerana ia merupakan tugas yang sangat berat dan mencabar. MCA tidak ada pilihan, selain menerima saja hakikat ini. Kita perlu menghadapi cabaran ini dan MCA perlu berjaya. “Sesungguhnya, kita tidak boleh mensia-siakan sahaja peluang ini untuk melakukan perubahan. Kalau kita tidak berubah, kita tidak akan diberi peluang sekali lagi oleh rakyat atau sejarah. Kita ada masa sekurang-kurangnya tiga tahun, paling lama pun lima tahun, untuk membuat perubahan terhadap parti,” katanya. Ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat langkah yang perlu diambil MCA untuk mengembalikan kekuatan parti kedua paling kanan dalam Barisan Nasional (BN) itu. Berhadapan dengan para perwakilan MCA ketika merasmikan perhimpunan agung parti berkenaan di Wisma MCA di sini hari ini, Najib menyentuh pendekatan ‘reunite’, ‘restrategies’, ‘reinvigorate’ dan ‘reestablish’ dalam ucapannya dalam usaha mengembalikan kekuatan parti itu. Beliau berkata anggota MCA yang bakal memilih barisan kepimpinan utama mereka sempena Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA perlu ‘reunite’ (bersatu semula) bagi mengelakkan perbalahan dan perpecahan. “Setiap kali ada pertandingan, asyik berpecah, jadi MCA sebagai sebuah parti akan jadi lebih kecil pengaruhnya sebab sudah berpecah dan terus berpecah. Seruan “Oleh itu, anggaplah ini sebagai mungkin seruan terakhir bagi MCA. Mungkin ini isyarat seruan terakhir daripada masyarakat Cina, bukan lagi satu panggilan untuk menyedarkan, ini adalah seruan terakhir bagi MCA oleh masyarakat Cina. Perdana Menteri berkata MCA perlu memulihkan semangat dan mencergaskan semula jentera parti itu sebagai langkah ketiga iaitu ‘reinvigorate’. “Anda sudahpun ada anggota dan pasukan, tapi ia bagaikan ada jasad namun semangatnya lemah. Kita perlukan viagra politik, kita minta Menteri Kesihatan buat (ubat) ini,” katanya sambil berseloroh Langkah terakhir iaitu ‘reestablish’ pula bermakna anggota MCA perlu bekerja keras bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu, katanya. “Anda perlu bekerja bertungkus-lumus dan Insya-Allah, MCA akan kembali menjadi pilihan kaum Cina dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan saya selaku pengerusi BN. Maka rayuan terakhir saya kepada anda, tolong laksanakan, sebagai rakan yang kuat bagi BN. Benarkah MCA perlukan viagra untuk bertenaga semula? Sudah dua kali PRU 12 dan 13, masyarakat Cina menolak MCA. Mereka memilih DAP kerana sudah tidak yakin dengan MCA lagi. Oleh itu sudah terlambat bagi MCA untuk ambil vigra kerana masyarakat Cina sudah lari kepada bini baharu (DAP). Justru itu jika Liow Tiong Lai gagal menangkan MCA pada PRU ke 14 ini, sudah sampai masanya bagi MCA dibubarkan dan ahli-ahli MCA perlulah menyertai DAP beramai-ramai dan desak BN menerima DAP sebagai parti komponen BN untuk mewakili masyarakat Cina. Jika tidak masyarakat Cina tidak ada wakil dalam kabinet seperti hari ini yang merugikan masyarakat Cina sendiri.

PAS TUNDUK KEPADA DAP?

PETALING JAYA: Pada 19 November lalu, PAS Pulau Pinang buat kejutan apabila ia berkata akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip dan maruah perjuangan. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof, PAS Pulau Pinang akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam kerajaan negeri jika tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak kerajaan negeri dan Majlis Pakatan Rakyat. Katanya, PAS mahu kerajaan negeri memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekarang (Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio atau Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Katanya, PAS mendakwa terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. “Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika dansemangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali,” kata beliau. Menurut Mohd Fauzi, mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man telah mendesak menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS Pulau Pinang dari dua orang setiap PBT kepada empat orang setiap PBT. “Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang,”katanya lagi. Beliau menambah PAS Pulau Pinang hendak diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik JKKK di kawasan DUN/Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen). “Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan dan perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat,” katanya sambil menyesali dengan apa yang berlaku. Katanya lagi, PAS juga mahu kerajaan negeri memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). “Sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS Pulau Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat,” tegasnya lagi. Moha Fauzi berkata PAS Pulau Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. “Walaupun PAS Pulau Pinang hanya memiliki satu kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat dan profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan,” katanya lagi. Oleh itu katanya PAS Pulau Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan. “Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P Pinang,” katanya. Beliau berharap sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang. “ Jika tidak, PAS Pulau Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS Pulau Pinang,” ujarnya. Hari ini PAS mengumumkan pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dalam satu langkah yang dilihat untuk merapatkan hubungan parti Islam itu dengan kerajaan negeri kerana hubungan rapat Timbalan Presiden PAS itu dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. “Jawatannya sebagai timbalan presiden dapat menyelaraskan kerja di negeri itu,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mula rapat dengan Lim semenjak kedua-dua pemimpin itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1987. Mohamad Sabu sebelum ini pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun ia hanya sepenggal sahaja. Sejak dua penggal lalu, Datuk Salleh Man dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun hubungan parti itu dengan DAP yang mentadbir Pulau Pinang tidak berapa baik. Menjelang Muktamar PAS ke 59 lalu, dengan diketuai timbalan pesuruhjayanya, PAS Pulau Pinang mengadakan satu sidang media dengan memberikan beberapa amaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan ketua menteri, Lim Guan Eng. Mereka memberikan kata dua agar kerajaan negeri memenuhi tuntutan mereka. Tindakan ini tidak disenangi oleh PAS termasuk juga presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga AJK PAS Pusat yang berasal dari Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof. Dalam mesyuarat pertamanya selepas muktamar ke 59, AJK PAS Pusat menangguhkan perlantikan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang untuk membolehkan kajian yang mendalam dibuat. Hari ini, keputusan dicapai untuk memilih Mohamad Sabu untuk mengetuai PAS Pulau Pinang. Kasihan PAS Pulau Pinang. Bukan sahaja desakan mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, sebaliknya Salleh Man ADUN tunggal PAS jadi mangsa digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Nampak sangat PAS Pusat tunduk kepada DAP. Adakah meletakkan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru dapat menyelesaikan kemelut yang ada? Bagaimana nasib ahli-ahli PAS Pulau Pinang selepas ini? Adakah Salleh Man akan mendesak ahli-ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan beramai-ramai? Beginikah cara PAS Pusat menyelesaikan masalah yang ada? Jika beginilah caranya nampak ahli-ahli PAS Pulau Pinang akan terus dipinggirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

KENAPA KERAJAAN PERANGI SYIAH?

Umat Islam di negara ini wajib menolak fahaman Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng daripada al-Quran serta Sunnah. Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah. Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini. “Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf. “Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin di pejabatnya pada 9 September 2011. Untuk rekod, Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah. Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu. Sheikh Sulaiman berkata, fahaman Syiah juga menganggap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah boleh berubah dan ada kekurangan. “Iktikad ini jelas bertentangan dengan Islam kerana al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan serta kekurangan kerana Allah sentiasa memeliharanya. Ini merupakan jaminan Allah dan ia disebut di dalam al-Quran. “Walau apa pun berlaku, 114 surah di dalam al-Quran daripada al-Fatihah sehingga an-Nas tidak akan berlaku perubahan apatah lagi kekurangan. Ayatnya, kalimah mahu pun hurufnya akan sentiasa terpelihara,,”kata Sheikh Sulaiman. Beliau berkata, antara penyelewengan lain yang dilakukan oleh Syiah ialah mereka mencipta iktikad akidah yang tiada sandaran. “Sebagai golongan Sunni kita menjadikan pegangan akidah yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah sebagai iktikad kerana ia bersumberkan daripada wahyu Allah. “Berbanding Syiah, iktikad akidah mereka bersandarkan kepada akidah takiah dan akidah raj ah. Akidah takiah boleh dikatakan juga akidah munafik. Yang paling membahayakan umat Islam apabila Syiah mengamalkan nikah mutaah yang dianggap sebagai zina oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Berdasarkan kenyataan ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi begitu tegas memerangi syiah di negara ini. Ketika menggulung Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu lepas, beliau menyebut orang nombor dua dalam PAS menganut fahaman Syiah. Tetapi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata orang nombor dua dalam PAS ialah Datuk Dr Harun Din dan bukannya beliau. Sikap dolak-dalik Mat Sabu ini mendorong ahli majlis tertinggi Umno, dr Puad Zakarshi mencabar Mat sabu menyaman Zahid Hamidi. Semalam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah ‘berselawat’ sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005. Dalam kenyataan yang dibacakan semalam, Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi. “Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005,” kata Abdul Rahim. Abdul Rahim berkata Mohamad juga pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah. Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan. “Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini (kiri) sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan,” kata beliau. Dalam kenyataan lima muka itu, Abduk Rahim turut memetik portalAntarapos dan blog www.dukeofumno.blogspot.com sebagai bukti Mohamad terlibat dalam Syiah. Abdul Rahim berkata KDN mengambil sumber blog bertajuk “Ekslusif..!! Tok Guru Pondok Sahkan Mat Sabu Penganut Syiah” yang memetik seorang bernama ‘Tuan Guru Haji Abd Rahim” dari Sg Jagung, Pendang, Kedah yang berkata pernah melihat Mohamad menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya. “Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah. “Temuramah yang dibuat agensi berita AntaraPos dengan Datuk Audit Ghazali, Timbalan Presiden JATI menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah,” kata Abdul Rahim. Selain itu, Mohamad juga dikatakan pernah mengunjungi masjid Syiah di Kg Aluar, Wilayah Satun, Thailand dan melakukan kunjungan mesra ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana. Beliau turut memberitahu media temuramah KDN dengan rakan Mohamad bernama CN Afghani di Masjid Jamek Kuala Lumpur tahun lalu serta bekas pemimpin politik yang pernah bersama beliau dalam perjuangan parti menunjukkan Mohamad ‘cenderung’ dengan fahaman tersebut. “Keterangan dari rakan-rakan beliau yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sana turut memperakui bahawa beliau seorang yang mempunyai kaitan dengan Syiah,” kata beliau. Abdul Rahim mengatakan KDN termasuk polis serta agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri akan bekerjasama membendung pengaruh Syiah di kalangan umat Islam negara ini. Bagaimanapun beliau langsung tidak memberi langkah lanjut yang akan dibuat KDN atau pihak lain berkenaan kes Mohamad malah menamatkan sidang media tanpa mengambil sebarang soalan. “KDN akan bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan manakala Jakim dan jabatan agama Islam negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri,” katanya. Kalau sekadar mengkagumi Imam Al Khomeni dianggap sebagai syiah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi. “Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? “Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?,” tulis bekas ahli parlimen Temerloh itu. Dalam Facebook pendedahan KDN itu dipersenda kerana kalau mengkagumi Khomeni dianggap Syiah itu sudah melampau. Malah gambar Presoden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan Khomeni juga ditunjuk dalam Facebook sambil bertanya, “Adakah Ibrahim Ali juga seorang Syiah?” Mat Sabu pula mengakui beiau kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah. Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah. Beliau berkata di Langkawi beliau akan menyaman Zahid Hamidi dan KSU KDN kerana mengaitkannya sebagai pengikut Syiah. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik. Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah. “Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas. “Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program “Ruang Bicara” terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam tadi. Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata terdapat 18 markas Syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut. “Kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat jika tidak ditangani,” katanya sambil menjelaskan penularan fahaman Syiah di negara ini masih terkawal. Beliau berkata ini adalah perjuangan umat Islam secara keseluruhannya dan mengajak semua pihak termasuk PAS untuk tampil bersama menjayakannya. Terdahulu, ketika ditemu bual dalam program itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka jika Timbalan Presiden PAS itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan mendakwanya terlibat ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lepas. “Kalau nak saman, saya terbuka. Jika mahu bukti, biar serahkan pada mahkamah dan pegawai-pegawai saya, tentu ada bukti yang cukup untuk dikemukakan. Silakan,” katanya. Beliau berkata pendedahannya itu bukan bermotif politik sebaliknya atas soal individu. Kita tunggu tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas ini.

DR MAHATHIR TIDAK PERNAH MINTA BANTUAN DR SITI HASMAH

PETALING JAYA: Ketika menggulung perbahasan di hari akhir Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan cerita secara terbuka mengenai jasa dan peranan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini. Najib berkata, dalam kejadian pertama kira-kira dua tahun lalu sewaktu seorang pelajar Malaysia telah ditahan di penjara oleh kerajaan Mesir kerana disyaki menjadi ‘perisik.’ “Saya minta isteri saya telefon isteri Presiden Mubarak, Susan Mubarak merayu supaya pelajar kita itu dibebaskan, dalam masa dua jam sahaja dia dibebaskan,” katanya . Kejadian kedua pula kata Perdana Menteri, berlaku sewaktu pergolakan di Mesir dan kerajaan Malaysia berhadapan dengan masalah tidak cukup penerbangan untuk membawa balik pelajar dalam Operasi Piramid. Menurut Najib, kerajaan Malaysia terpaksa meminta jasa baik kerajaan Arab Saudi membenarkan para pelajar terlibat menaiki pesawat Charlie, turun di Jeddah dan ke Kuala Lumpur tanpa memerlukan visa. “Itu satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab. Tetapi kerana networking dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, kerajaan Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita,” katanya. Malah menurut Najib, kerajaan Arab Saudi turut menyediakan dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma. “Inilah antara sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” katanya sambil menjelaskan isterinya turut menjadi sasaran kritikan pihak yang hendak mengkritik beliau. Menurut beliau, Rosmah turut memainkan peranan besar dalam meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak melalui Program Permata selaku penaungnya. Mendedahkan Inilah kali pertama Najib mendedahkan peranan Rosmah setelah empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Belum pernah seorang Presiden Umno mempertahankan isterinya sendiri di dalam PAU. Mungkin inilah transformasi yang mahu dibawa oleh Najib dalam Umno. Kenapa Najib buat pendedahan ini? Ini adalah kerana pihak pembangkang menyerang Rosmah menggunakan jet kerajaan pergi ke Qatar atas urusan peribadi. Ia juga menjawab perkara yang dibangkitkan seorang perwakilan yang berkata Rosmah berhak menaiki jet kerajaan atas sebab-sebab keselamatan. Secara sinis blogger veteran, Kadir Jasin menyuruh Najib melantik Rosmah sebagai Senator dan Menteri Tugas Tugas Khas kerana Rosmah lebih berfungsi dari Menteri Luar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Pendidikan. Kenapa di zaman Najib peranan Rosmah lebih menonjol berbanding dengan zaman Tunku Abdul Rahman , Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana isteri Perdana Menteri tidak menonjol? Adakah kerana Rosmah pelajar bijak dari Kolej Tunku Khursiah itu lebih bijak dari Najib? Di zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau tidak pernah membenarkan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencampuri urusan negara. Kenapa Najib benarkan Rosmah campurtangan dalam urusan negara? Benarkah Najib menghidap penyakit TB? Faham-faham sahaja makna TB itu. Yang anehnya kenapa Najib sendiri tidak menelefon Hosni Mubarak? Kenapa Rosmah perlu telefon isteri Hosni? Inilah yang menjadi persoalan kepada kita semua. Kalau di zaman Pak Lah, Pak Lah dikatakan membenarkan menantunya, Khairy Jamaluddin campurtangan urusan negara, yang menyebabkan ramainya ahli Umno marah, nampaknya di zaman Najib, isterinya pula yang dikatakan banyak main peranan dalam pentadbiran negara. Sehingga ada istilah bukannya calon BN itu “winnable candidate” tetapi calon RM (Rosmah Mansor). Di zaman Pak Lah, ahli Umno yang kecewa dengan Pak Lah mengadu kepada Dr Mahathir. Dr Mahathir pun buat kritikan bahawa ada peranan budak-budak “tingkat empat” di JPM yang campurtangan dalam pentadbiran negara. BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008 kerana rakyat marah kepada campurtangan Khairy. Jika Najib terus membenarkan Rosmah campurtangan dalam urusan negara, nampaknya PRU akan datang pada tahun 2018 nanti, BN akan gagal lagi membentuk kerajaan majoriti dua pertiga. Siapa yang berani menegur Najib kali ini? Adakah Dr Mahathir akan menegur Najib setelah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas? Sama-samaah kita tunggu dan lihat.

USTAZ KAZIM TIADA JODOH DENGAN UMNO

PETALING JAYA: Ramai orang sanggup menghabiskan duit untuk menang kerusi ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, tetapi kalah bertanding. Selepas itu ramai yang melobi untuk dilantik sebagai ahli MKT, tetapi ada juga yang menolak tawaran tersebut. Inilah yang berlaku kepada Ustaz Kazim Elias, seorang penceramah bebas yang pernah jadi ahli PAS. Apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan nama Ustaz Kazim sebagai ahli MKT, orang PAS mendakwa Ustaz Kazim masih ahli PAS. Sebaliknya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali mengesahkan bahawa Ustaz Kazim sudah dipecat dari PAS pada bulan Mei lalu. Ustaz Kazim mendedahkan bahawa beliau tidak pernah menerima surat pemecatan jadi ahli PAS. Maka beliau mengisytiharkan keluar dari PAS pada hari Isnin lalu ketika menemui Perdana Menteri di parlimen. Ustaz Kazim Elias penceramah bebas yang muncul dalam program “Kalau Sudah Jodoh “ dalam Astro Oasisy yang tak pernah jadi ahli Umno tiba-tiba diumumkan dilantik sebagai ahli MKT Umno. Ini yang pelik sedangkan dalam perlembagaan Umno, untuk layak jadi ahli MKT, seseorang itu kena penggal jawatan ahli jawatankuasa Umno di peringkat Bahagian selama sepenggal. Tetapi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pejam mata membelakangkan perlembagaan Umno dengan melantik Ustaz Kazim. Mungkin inilah transformasi yang mahu dibuat Najib mengambil orang bukan ahli parti menjafi ahli Umno. Tiba-tiba Ustaz Kazim menolak perlantikan ini. Alangkah malunya Najib. Sepatutnya sebelum membuat pengumuman, Najib berunding dulu dengan Ustaz Kazim. Entah siapa yang menasihati Najib untuk lantik Ustaz Kazim sebagai ahli MKT. Kenapa penasihat (atau punahsihat?) Najib tidak berunding terlebih dahulu dengan Ustaz Kazim sebelum membawa namanya kepada Najib? Alangkah malunya Najib bukan kepalang. Salah Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan MT ke atas bukan ahli adalah salah di sisi peraturan parti. “Ustaz Kazim tolak menjadi ahli MT, yang cadangkan beliau itu kenalah jawab. “Kenap tak buat kaji selidik dahulu? Terus-terus menjadi ahli MT salah di sisi peraturan,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitter, malam tadi. Ustaz Kazim membuat pilihan yang tepat menolak jadi ahli MKT kerana beliau mahu dikenali sebagai pendakwah bebas yang tidak berpihak kepada Umno atau PAS. Beliau bebas menegur kesalahan orang Umno atau orang PAS. Jika beliau ahli MKT Umno, sudah tentu sukar beliau menegur kesalahan Umno secara terbuka. Beliau menolak pelantikan sebagai ahli MKT Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini. Ketika mengumumkan keputusan itu di hadapan 2,000 orang yang menghadiri ceramahnya di Taman Ria di Ipoh malam Rabu lalu, pendakwah itu berkata beliau juga mahu menumpu pada sekolah yang ditubuhkannya, Pusat Pendidikan Al-Barakah di Jalan Maxwell, Ipoh. “Saya tidak mahu dilabel oleh orang ramai mendapat bantuan Umno dengan menerima jawatan MKT,” kata beliau. Ustaz Kazim berterima kasih atas tawaran perdana menteri itu namun tetap dengan keputusannya untuk tidak menerimanya. Kuliah “Saya dah bercakap dengan perdana menteri. Saya ini milik rakyat Malaysia dan bukan milik parti politik. Pengikut kuliah saya lebih suka saya bebas walaupun menyokong agenda perdana menteri yang berusaha memartabatkan Islam,” katanya dalam ceramah itu. Sebaliknya beliau telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon MKT Umno selepas beliau mengumumkan tidak menerima lantikan tersebut. Menurutnya, tiga nama yang terdiri daripada pendakwah bebas dan tidak menaungi mana-mana parti politik itu telah diserahkan kepada Presiden Umno untuk diputuskan. “Sebelum saya dipilih, saya difahamkan ada 15 calon lain selain saya dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Bila Najib minta pendapat saya untuk nyatakan siapa yang boleh gantikan tempat saya, saya beri tiga nama, cuma saya pun tak pasti adakah nama yang saya calonkan itu termasuk atau tidak dalam 13 calon lain sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar semalam. Ustaz Kazim bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MKT. “Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya. “Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun saya bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas,” katanya lagi. Ustaz Kazim sudah membuat keputusan menolak tawaran jadi ahli MKT Umno. Maka kita kena hormati keputusannya itu kerana sudah tenyu beliau sudah buat solat istiqarah sebelum mengumumkan keputusan ini.