Isnin, Februari 15, 2010

TAK ADA SEBAB GUGURKAN AHMAD SAID


Tak habis-habis orang ramai memperkatakan kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai Mewnteri Besar (MB) Terengganu. Minggu lepas saya ada menerima sms dari seorang rakan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memanggil Ahmad Said untuk meletakkan jawatan MB.SMS itu turut mengatakan bahawa nampaknya Yang Dipertuan Agong sudah berkenan dengan tindakan Najib.

Sudah hampir dua tahun Ahmad Said jadi MB Terengganu tetapi kedudukannya masih dipertikai orang. Nampaknya musuh politik beliau tidak pernah duduk diam. Tidak habis-habis merancang untuk menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi MB.

Sebagai MB Terengganu yang ke 13, nampaknya kerusi itu agak panas. Apatah lagi nombor 13 dipercayai oleh sesetengah orang sebagai nombor yang menakutkan. Bagi saya, tidak ada sebab Ahmad Said perlu berundur. Baru dua tahun beliau menjadi MB, banyak perancangannya untuk rakyat belum menjadi kenyataan lagi.

Ahmad Said tidak pernah lobi untuk jadi MB. Allah meletakkannya di situ setelah Sultan Mizan dapati Ahmad Said ADUN paling senior. Bukan sahaja beliau ADUN paling senior (sejak 1990) tetapi beliau juga adalah Ketua UMNO Bahagian. Tidak semstinya Ketua Bahagian yang jadi MB. Datuk Dr Isa Sabu ketika dilantik menjadi MB Perlis bukan Ketua Bahagian. Tetapi beliau tetap dilantik jadi MB.

Selagi Ahmad Said tidak menderhaka kepada Sultan Mizan, selagi itulah beliau kekal di kerusi MB. Kecuali Ahmad Said sudah besar kepala tak mahu dengar titah Sultan lagi maka Sultan ada hak untuk menggantikannya dengan orang lain. Keputusan Mahkamah Persekutuan mengesahkan perlantikan Datuk Dr. Zamby Abdul Kadir sebagai MB Perak membuktikan bahawa apa yang dilakukan oleh Sultan Mizan adalah betul.Sultan Terengganu ada hak menolak nama Datuk Seri Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Presiden UMNO.

Sultan Mizan masih Yang Dipertuan Agong. Sudah tentu Najib tidak mahu mencari masalah dengan Sultan Mizan. Oleh itu sms nakal itu adalah kerja orang yang tidak ada kerja. Tentu kita masih ingat peristiwa 1995-1999 sewaktu Tan Sri Dr Yusof Noor dipindahkan ke DUN Kg. Raja. Setiap kali PM ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Terengganu, setiap kali desas-desus berbunyi kononnya Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad akan digantikan dengan Dr Yusof Noor. Sampai ke sudah Wan Mokhtar kekal sebagai MB sehinggalah BN tumbang di Terengganu pada pilihanraya umum 1999.

Berita perletakan jawatan Ahmad Said akan terus bermain sampailah pilihanraya umum akan datang kerana itulah kerja orang UMNO yang tidak ada kerja. Mereka lebih suka sebar gosip di kedai kopi dari buat kerja untuk rakyat. Jadi tak usah bimbang jika selepas ini kita terima pelbagai sms lagi tentang berita kononnya Ahmad Said diarah meletakkan jawatan.

Tidak ada sebab Ahmad Said letak jawatan kecuali beliau derhaka kepada Sultan Mizan. Siapa yang derhaka? bagi saya, Datuk Rosol Wahid yang derhaka kerana terus pertikai kedudukan Ahmad Said sedangkan ia adalah pilihan Sultan Mizan. Jika tak boleh terima dengan pilihan Sultan Mizan, pulangkanlah gelaran Datuk kepada istana semula dan pindahlah dari negeri Terengganu ke negeri yang tidak ada Sultab.

Justru itu tak payahlah kita layan sms remeh seperti ini. Buang masa sahaja. Ketika tulisan ini tersiar dalam blog ini, Ahmad Said berada di Jerman menziarahi Sultan Mizan yang sedang menjalani pembedahan di situ. Selepas itu beliau singgah di Mekah untuk menun aikan umrah dan memohon petunjuk dari Allah.Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Ahmad Said.

SETPOL NOR MOHAMED YAKCOP DIDAKWA?


Adakah Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan didakwa oleh SPRM kerana terlibat dalam penyalahgunaan kuasa?

Bernama melaporkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan berkuatkuasa Ahad, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Isnin.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.