Ahad, September 04, 2022

CATATAN SEORANG SECURITY GUARD

Cita cita saya sejak dari kecil adalah untuk menjadi seorang Doktor.
Sebab itu saya berjaya masuk ke MRSM Seremban; MRSM pertama di Malaysia pada tahun 1972.

Tetapi saya banyak membaca novel di perpustakaan menyebabkan saya lebih cenderung kepada Aliran Sastera daripada Aliran Sains.

Cita cita saya untuk menjadi seorang Doktor terbantut. 

Saya menyambung persekolahan ke Tingkatan Enam di Kuala Terengganu.

Kawan-kawan lepasan MRSM semuanya berjaya sambung belajar di Australia dalam Bidang Perubatan.
Saya sambung belajar di Universiti Malaya; Fakulti Sastera Dan Sains Sosial pada tahun 1980.

Setelah tamat belajar, saya mempunyai dua pilihan; samada menjadi Pegawai Tadbir atau Wartawan. 

Saya berjaya menyertai FELCRA, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan juga Perbadanan Nasional Berhad sebagai Pegawai Tadbir.

Kemudian saya diserap masuk ke Akhbar Watan dan Free Malaysia Today sebagai Wartawan.

50 tahun kemudian, hasrat saya untuk bekerja di KPJ Kajang tercapai. Bukan sebagai seorang Doktor tetapi sebagai Security Guard.

Mulai 18.6.22 saya bekerja sebagai Security Guard HBT FORCE (M) SDN BHD, shift malam dari jam 7 petang sehingga jam 7 pagi.

5 org Security Guard bertugas Shift malam

Saya memperolehi gaji sebanyak RM2500 sebulan. Setiap 20hb saya akan menerima advance RM400, dan gaji bersih sebanyak RM2100 pada setiap 7hb.

Saya seronok bekerja di KPJ Kajang biarpun bertugas pada shift malam.

Malam pertama saya menjaga Tingkat Lower Ground (LG) di sebelah Bilik Mayat. Jam 2 pagi sunyi tiada orang.

Malam esoknya saya bertugas di Bahagian Kemalangan & Kecemasan (A&E), lebih sibuk dengan pesakit yang datang di sebelah malam. Ada juga pesakit yang tiba di KPJ seawal jam 4 pagi.

Kami beri bantuan dengan membawa wheel chair bagi pesakit yang tak mampu untuk berjalan.

Walaupun kami membantu pesakit, tetapi Pegawai KPJ yang ditugaskan untuk menjaga Syarikat kami telah memfitnah bahawa kami enggan membantu pesakit.

Tak logik bila dia kata ada Security Guard yang enggan tolak wheel chair pesakit.

Bertugas di A&E tak boleh tidur, sedangkan bertugas di Tingkat LG dapat curi tidur.

Walaupun tidur ayam, bila walkie talkie berbunyi perlu segera jawab dan panggil Ketua Pengawal (KP) shift malam.

Bertugas di lobi perlu bertindak pantas. Jika ada kereta yang parking terlalu lama di depan Pintu Utama KPJ, perlu beri peringatan untuk alihkan kenderaan. 

Ada juga yang memarahi kami; "Aku staff KPJ lah.." bila kami melarang untuk parking di depan Pintu Utama.

Ada juga pesakit yang baik hati dengan membawa roti kepada Security Guard.

Pesakit yang datang tanpa Touch'n'Go, kami bantu dengan membuka palang bagi membolehkan mereka masuk ke kawasan parking. Tapi itu pun ada yang tak ucap Terima Kasih.

Lokasi bertugas Tingkat LG, di sebelah Bilik Mayat

Bertugas di Tingkat LG, kami membantu untuk beri Nombor Giliran kepada pesakit Homodialisis yang datang pada jam 7 pagi. Tapi seawal jam 5 pagi mereka telah tiba untuk mengambil Nombor Giliran.

Pernah saya bertugas di Tingkat LG, Menteri Pengajian Tinggi Dato' Noraini Ahmad datang melawat kawannya di Tingkat 3. Dia tak cam saya. 

Sewaktu dia nak balik saya telah menegurnya; "..mahu balik Dato'.."

Dia terkejut kerana saya mengenalinya. Dia masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba pegawainya datang berjumpa saya. Dia kata Dato' beri. Rezeki saya malam itu.

Sebagai Security Guard, perlu clocking pada jam 9 malam dan jam 3 pagi.

KPJ Kajang ada 34 point yang perlu dikunci jam pada enam tingkat.

Sebelum ni, saya berani pergi clocking seorang diri jam 9 malam dan 3 pagi, tetapi bila Charles ajak teman naik ke Tingkat 1 dan 6 saya jadi takut pula.

Mesti security lain akan temani saya bila giliran saya clocking.
Di Tingkat 6 ada dua point. Berhampiran dengan tangga dan di luar.

Lokasi di luar agak gelap, memang takut pergi seorang diri.
Di Tingkat 1 ada tiga point. Klinik pakar memang menakutkan.

Staff bahagian Farmasi takut ambil ubat jam 3 pagi. Dia suruh saya temaninya. Saya tanya kenapa.
Dia pernah naik seorang diri ke Tingkat 1. Masuk ke dalam Farmasi dia dengar suara orang ramai di luar dan bunyi kucing mengeow sedangkan apabila dia keluar dari Farmasi, tak ada orang dan tak ada kucing di luar.

"..Seramm.." dia kata.

Saya bertugas di Tingkat LG lagi takut, tambahan pula sunyi di waktu malam.

Saya bantu menjaga Control Room  apabila KP keluar menghisap rokok.
Selesai bertugas jam 7 pagi, waktu nak balik rasa mengantuk disebabkan tak tidur satu malam.


Langit tidak selalu cerah. 

KPJ mengarahkan semua Security Guard untuk jalani medical check up.

Saya yang ada Penyakit Jantung dinasihati untuk jadi buffer dan dibayar ikut hari bekerja.
Bila ada Security Guard yang cuti, baru saya akan dipanggil bertugas dengan gaji hari. 

Maka saya meletakkan jawatan pada 31 Ogos lalu.

Saya memperolehi Lesen Security Guard pada tahun 2017, diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi tetapi partner saya tidak berlaku jujur.  

Sebab itulah 1 bulan setengah sebagai Security Guard di KPJ Kajang dari 18.6.22 hingga 31.8.22, merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi saya.


Selamat Tinggal, KPJ Kajang..












Kajang, Selangor
2 September 2022


Khamis, September 01, 2022

PERSATUAN WARTAWAN DAN PENULIS ONLINE BERI BANTUAN


Persatuan Wartawan dan Penulis Online Malaysia telah menyampaikan bantuan kepada 60 orang penghuni Apartment Seri Cempaka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Menurut Presiden Persatuan, Hidayat Fansuri Muda "Inilah julungkali Persatuan itu meraikan orang yang kurang berkemampuan dengan bantuan makanan berupa beras, gula dan gandum."

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Penaja yang sudi memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut.

Turut menyampaikan bantuan ialah Pengerusi Surau Ar-Ridhuan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, Haji Shaarani.






TAHNIAH, Persatuan Wartawan dan Penulis Online Malaysia!


Bandar Baru Bangi
Selasa, 30 Ogos 2022