Sabtu, September 12, 2015

2,500 SUKARELAWAN OTAI REFORMASI MAHU CETUSKAN KEKECOHAN?

Bersih 4 tidak dibenarkan buat perhimpunan di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Gos lalu tetapi penganjurnya tetap meneruskan perhimpunan haram itu. Baju Merah juga tidak diberi permit buat perhimpunan pada 16 September ini tetapi penganjurnya berkeras juga mahu mengadakannya.

Kalau Bersih 4 boleh buat, kenapa pula Baju Merah tidak boleh buat? Kenapa takut kepada Baju Merah. Bukannya mereka mahu pergi mengamuk di Bukit Bintang dan Petaling Street. Kenapa perlu gunakan Yang di Pertuan Agong untuk menyekat perhimpunan Baju Merah.

Tindakan 20 NGO menghantar memorandum kepada istana negara semalam membuktikan bahawa  mereka diperalat oleh pihak tertentu supaya membatalkan perhimpunan Baju Merah. Otai Reformasi dan ProRakyat di antara dua NGO itu tidak yakin dengan kemampuan polis mengawal perhimpunan Baju Merah.

Yang peliknya kalau benar mereka cintakan keamanan, kenapa mereka tidak hantar memorandum kepada istana negara sewaktu Bersih 4 mahu mengadakan perhimpunan haram itu? Kenapa Otai Reformasi dan ProRakyat double standard.

Kalau Bersih 4 berlangsung tanpa sebarang kekecohan, yang pastinya Baju Merah pun akan berlaku tanpa sebarang kekecohan jika tiada provokasi. Sebaliknya tindakan Otai Reformasi mahu menghantar 2,500 sukarelawan untuk memantau perhimpunan itu bakal mencetuskan provokasi. Apatah lagi 2,500 orang sukaralewan ini akan memakai baju kuning. Jadi Otai Reformasi yang mahu mencetuskan kekecohan pada 16 September ini kerana kononnya mereka mahu mempastikan rakan bukan Melayu tidak diapa-apakan pada hari tersebut.

Baju Merah akur dengan arahan polis tidak mengganggu perhimpunan Bersih 4 kerana polis tidak mahu berlaku sebarang rusuhan kaum. Maka Otai Reformasi tidak perlu hantar sukarelawan kerana akan berlaku provokasi apabila dalam lautan baju merah terlihat pula manusia yang memakai baju kuning. Kalau benar Otai Reformasi cintakan keamanan, mereka tak perlu ganggu perhimpunan Baju Merah.

Sepatutnya polis tidak membenarkan Otai Reformasi menghantar 2,500 orang sukarelawan. Kalau berlaku apa-apa insiden pada hari tersebut, Otai Reformasi yang perlu dipersalahkan.

Semalam Pengerusi NGO Melayu, Jamal Md Yunus menjemput bukan Melayu menyertai perhimpunan Baju Merah dengan syarat pakai baju merah dan bukannya baju kuning.Ini membuktikan bahawa perhimpunan Baju Merah bukannya perhimpunan untuk mencetuskan rusuhan kaum.

Tanpa sebarang provokasi pada 16 September, maka perhimpunan Baju Merah akan menjadi perhimpunan aman. oleh itu tak perlu hantar memorandum kepada Yang diPertua Agong yang menunjukkan tindakan 20 NGO itu amat bacul dan pengecut.