Aminudin Abdul Karim




Sementara itu di Kuala Kangsar, beberapa nama disebut-sebut layak dipertimbangkan untuk menjadi calon parti itu. Mereka ialah Ketua Cawangan UMNO Kampung Senawar Kuala Kangsar, Leftenan Kolonel (B) Aminudin Abdul Karim, pegawai perubatan Dr.Hashim Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman, bekas ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari dan balu Allahyarham Mohammad Khair-il Anuar, Datin Mastura Mohd. Yazid.

Bagaimanapun satu sumber memberitahu, berbanding calon-calon lain, Leftenan Kolonel (B) Aminudin dilihat calon paling sesuai memandang­kan beliau dikatakan diterima oleh jentera parti.

“Keupayaan beliau menggerakkan jentera ketika menjadi Pengerusi Bilik Gerakan Parlimen Kuala Kangsar dalam pilihan raya umum lalu menjadi faktor penyumbang kejayaan BN di Parlimen tersebut,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi.

Pada masa sama, sumber itu menjelaskan, pemilihan Leftenan Kolonel (B) Aminudin juga dijang­ka mampu mengurangkan politiking dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian.

“Pengalaman ketika PRU lalu sudah menjadi bukti bagaimana beliau berupaya menyelaras semua jentera UMNO dan komponen BN,” kata sumber itu lagi.

Dari segi hubu­ngan dengan masya­rakat pula, kata sum­ber berkenaan, Leftenan Kolonel (B) Aminudin cukup dikenali kerana menjadi Ketua Penyelaras Bencana Banjir Parlimen Kuala Kangsar pada tahun lalu dan mempunyai latar belakang agama yang baik kerana menjadi imam surau di Kampung Senawar.

Turut mendapat perhatian ialah Ramly yang pernah menjadi ADUN Manong selama empat penggal. Pengalaman itu dikatakan mampu meraih sokongan pengundi di pe­ringkat akar umbi.-