KUALA LUMPUR 26 Mei – Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki pula menempelak Presiden PAN, Mohamad Sabu, yang mendakwa parti itu yakin menang jika bertanding di Sungai Besar.
Dalam nada menyindir, Mohd. Zuhdi berkata, beliau cukup mengenali bekas Timbalan Presiden Pas itu yang didakwanya suka bercakap sesuatu yang tidak berpijak di alam nyata.
“Saya kenal lama abang Mat (Mohamad) ini. Pernah di London, ketika berucap di hadapan pelajar kita, dia dengan nada yang cukup yakin mengatakan pembangkang akan memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Bila saya tanya abang Mat ambil angka mana, dia kata kita kena cakap depan rakyat macam itu, belakang rakyat itu soal lain. Jadi kita boleh nilailah macam mana orangnya abang Mat ini,” katanya.
Sementara itu Pas memberi amaran yang parti itu akan bertindak balas jika mana-mana parti dalam pakatan pembangkang cuba ‘kacau daun’ dengan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, kedua-dua kerusi Parlimen tersebut secara tradisinya ditandingi Pas sejak sekian lama dan tidak sepatutnya berbangkit soal pakatan turut mahu bertanding.
“Itu kawasan kita, kita bertanding dan kita tak kacau orang tapi kalau kau orang (pakatan pembangkang) kacau, kita makan orang,” katanya ketika berceramah di Taman Melewar di sini malam tadi.
Pas dan pakatan pembangkang gagal mencapai kata sepakat mengenai parti mana yang patut masuk gelanggang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.