Khamis, Ogos 31, 2017

RASUAH BOLEH MUSNAHKAN KEMERDEKAAN NEGARA

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Rasuah dan salah guna kuasa merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara sehingga boleh menyebabkan kemerdekaan yang dikecapi lumpuh dan musnah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2017, beliau berkata semua warga Malaysia perlu
memahatkan semangat patriotisme yang tinggi dan tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata rakyat Malaysia seharusnya mengecap erti kemerdekaan yang sebenar dan berganding bahu membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan membina bangsa dan negara yang bersih daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita perlulah menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya dan memerdekakan diri daripada cengkaman budaya yang boleh menghancurkan pembangunan insan dan negara," katanya.

Dzulkifli turut menyeru rakyat Malaysia untuk memerdekakan jiwa daripada ketamakan dan kecintaan kepada harta tidak sepatutnya menjadi milik diri dan memerdekakan keluarga daripada rezeki yang diperoleh melalui rasuah dan salah guna kuasa serta menyatakan 'TIDAK' kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negara ini, Dzulkifli berkata ibadah korban juga menuntut untuk difahami makna yang lebih luas tentang erti pengorbanan.

"Bagi melakukan pengorbanan, setiap insan perlulah mempunyai ketabahan dan jati diri yang kuat dalam membangunkan negara yang tercinta tanpa terjerumus ke dalam belenggu rasuah dan salah guna kuasa yang akhirnya akan memusnahkan diri, keluarga dan negara,"katanya.

Dzulkifli berkata Aidiladha kali ini perlu dijadikan sebagai titik tolak untuk mengorak langkah serta terus komited berjuang menentang kemungkaran jenayah rasuah dan salah guna kuasa demi membina masa depan negara yang lebih maju dan cemerlang

-- BERNAMA

RATING TERTINGGI BAGI OGOS 2017

"Sepetang di Sepiring" muncul rating tertinggi bagi bulan Ogos 2017 dengan 428 hits. 10 rating tertinggi bagi bulan Ogos adalah seperti berikut:-

1. Sepetang di Sepiring (2 Ogos)
2. Hari hari terakhir kerajaan PKR Selangor? (26 Ogos)
3. Yang tersurat dan tersirat (4 Ogos)
4. Tembelang Mahathir sudah pecah (15 Ogos)
5. Jika betul Mahathir dari Kerala kenapa beliau perlu malu? (1 Ogos)
6. Umno kena letak calon yang direstui parti komponen BN (13 Ogos)
7.Faktor Mahathir dan skandal 1MDB punca BN Kalah? (5 Ogos)
8. pendedahan Najib bukti Mahathir diktator (7 Ogos)
9. Azmin Ali menghitung hari? (22 Ogos)
10. Teguran Sohaimi terhadap pemuda Umno wajar dihayati (9 Ogos)