Calon PH, Ramanan Ramakrishnan kata kelakar KJ nak jadi PM? apa yang lucu Ramanan. You tak baca akhbar ke KJ pernah lawan Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 2018. Kalau KJ menang hari itu KJ yang jadi PM Malaysia sekarang dan bukannya Ismail Shabery Yaacob.
U dalam PKR tak berani lawan Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR. KJ bukan sataraf dengan u Ramanan. KJ setaraf dengan Zahid Hamidi. KJ bukan cari kawasan selamat tapi merampas parlimen Sungai Buluh yang dah tiga penggal dimenangi PKR. Pengundi Melayu yang mengundi PKR sebelum ini akan mengundi BN kerana yang bakal menjadi YB mereka bakal PM dalam masa 10 tahun akan datang, Pengundi Melayu yang kena kencing dengan PKR akan berpaling tadah kali ini,
Kalau Ramanan menang pada 19hb ini, mungkin pilihanraya kecil Sungai Buloh akan diadakan kerana Anwar sedang mencari sumber punca asset Ramanan sebanyak RM65 juta. Dulu Ramanan pemimpin MIC, RM65 juta dari mana? Duit rasuah ke? Rafizi suruh Ramanan tunjuk dokumen RM65 juta tapi Ramanan tak tunjuk. Anwart kata kalau ada bukti rasuah, pencalonan Ramanan akan dibatalkan.
Oleh itu kepada semua pengundi Sungai Buloh jangan undi PKR. Ramanan calon rasuah. Dari MIC takkan dia tak sapu projek. Undilah calon BN, KJ bakal PM anda di masa hadapan.