Khamis, Januari 08, 2009

BN AKAN BUAT APA SAJA


BN dijangka menang besar kerana ini soal maruah BN. Jika BN kalah, kerusi Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat akan bertambah. Jika BN menang, kerusi Pakatan Rakyat kekal.Jadi BN akan buat apa sahaja untuk menang kali ini.




Apa yang berlaku di Perak mungkin mempengaruhi undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Kezaliman kerajaan Perak menghalau kanak-kanak tadika KEMAS dari premis kerajaan negeri mengulangi kembali memori 1999 di Terengganu.



Pada tahun 1999, bila PAS menang di Terengganu. Senario yang sama berlaku di mana-mana kanak-kanak tadika KEMAS dihalau dari balai raya. Rakyat Terengganu masih ingat itu semua. Sedikit sebanyak apa yang berlaku di Perak akan membuatkan para pengundi Kuala Terengganu memangkah BN.




Kemasukan calon Bebas, Azharudin Mamat tidak menggugat BN. Itu tindakan orang yang kecewa kerana tak dapat projek dengan bekas ADUN, Wan Hisham abang kepada calon BN, Wan Farid Wan Salleh. Tindakan anak bekas Setiausaha Politik Menteri Besar (Wan Mokhtar Ahmad) itu tidak menjejaskan peluang Wan Farid. Politik peribadi tidak mempengaruhi pengundi. Melainkan Azaharuddin adalah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang ada pengaruh, barulah ia boleh memecahkan undi BN.




Namun demikian Wan Farid perlu bekerja kuat untuk mengalahkan calon PAS, Abdul Wahid Endut. Walaupun PAS menang tiga kerusi DUN pada pilihanraya umum lalu, ia tidak semestinya keptusan yang sama berlaku pada 17 Januari ini. Jika pengundi mahu Wan Farid kekal sebagai timbalan menteri, pilihlah BN. Jika sekadar mahu buat bising di parlimen, pilihlah Wahid Endut. Keputusan terletak di tangan anda!