Isnin, Mei 28, 2012
BERDAILOG DENGAN ROH SI MATI
Sabtu lepas sekembalinya saya dari Kluang pada jam 11 malam, saya lepak di Restoran Nagas dekat The Mall, Kuala Lumpur. Kebetulan saya temui seorang kawan yang kini bekerja dengan seorang bekas menteri. Beliau dahulu pun bekerja dengan seorang menteri juga.Saya tak perlu sebut nama kawan saya ini kerana tujuannya dia bercerita bukan untuk menimbulkan riak. Dia menceritakannya untuk pengajaran kita semua supaya jangan meninggalkan solat apatah lagi solat sunat di malam hari.
Pada tahun 2009, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi PM Malaysia yang baru, menteri itu digugurkan dari kabinet Najib. Maka menganggurlah kawan saya itu. Dia kesal kerana ketika menganggur itu bekas menteri itu tidak mempedulikannya langsung.
Ketika itulah beliau kembali mengingati Allah. Sewaktu bekerja dengan menteri beliau lupakan Allah. Beliau simpan seorang girlfriend, seorang janda. Bila susah begitu beliau bertaubat dan setiap malam beliau mengerjakan solat taubat,tahajud dan hajat memohon kerja baru.
Kebetulan beliau insaf di bulan puasa. Maka setiap malam beliau bersolat malam dengan isterinya. Pada suatu malam isterinya tiba-tiba dirasuk.Maka keluarlah suara lelaki dari mulut isterinya.
"Siapa kamu?" tanya kawan saya.
"Akulah Imam Ghazali," kata suara lelaki yang keluar dari mulut isterinya. Sejak itu macam-macam roh yang datang menemuinya Imam Shafie, Imam Hambali, Siti Khadijah.
Kawan saya suka mensedekahkan al fatihah kepada kawan-kawannya yang sudah meninggal dunia. Pada suatu malam isterinya dirasuk lagi, kali ini keluar suara perempuan.
"Siapa kamu?" tanya kawan saya.
"Aku Seha (penyanyi kumpulan Freedom). Terima kasih banyak kerana u selalu sedekahkan al fatihah kepada aku. Saudara mara aku tak pernah sedekahkan al fatihah kepadaku," kata roh Seha. Kebetulan kawan saya itu kawan rapat Seha.
Dalam pada itu ramai roh pemimpin negara menemui kawan saya itu mohon sedekahkan al fatihah kepada mereka. Antaranya Tun Razak, Tun Ghazali Shafie. Katanya, Tun Razak marah kepada Najib dan mahu Najib letak jawatan.
Lama juga kawan saya dan isterinya diganggu oleh roh-roh si mati setiap malam dari bulan puasa sehinggalah musim haji tiba. Di malam akhir sekali lagi Imam Ghazali datang dan kata kepadanya nanti kamu akan diangkat darjat.Dia berpesan supaya pergi sebuah surau milik seorang bekas menteri yang berhampiran dengan rumahnya.
Rupa-rupanya betul kata roh Imam Ghazali. Selepas itu beliau ditawarkan bekerja dengan seorang bekas menteri yang juga ahli perniagaan yang berjaya.Kini bekas menteri yang pernah dia bekerja sebelum tahun 2009 terkejut bila mengetahui beliau rapat dengan bekas menteri tersebut.
Kawan saya berpesan bahawa tujuan dia menceritakan semuanya bukan untuk riak tetapi untuk berpesan kepada kawan-kawan supaya jangantinggalkan solat dan selalu amalkan solat malam seperti solat sunat taubat, tahajud, tasbih dan solat hajat. Allah yang akan mengangkat darjat seseorang yang tidak pernah melupakannya.
Langgan:
Catatan (Atom)