Khamis, Oktober 29, 2015

NAZRI JANGAN TERLALU NEGATIVE THINKING

PAS di bawah Haji Hadi Awang mula berubah sikap terhadap Umno. PAS mulai insaf bahawa sepanjang mereka dalam Pakatan Rakyat PAS telah diperalatkan DAP untuk memancing undi orang Melayu. Syukurlah PAS sudah insaf.

Maka PAS mula berbaik dengan Perkasa. Dipercayai Perkasa yang akan jadi orang tengah untuk merapatkan PAS dengan Umno. Walaupun Ibrahim Ali dipecat dari Umno seumur hidup, tetapi jiwanya tetap Umno dan jiwanya tetap Melayu yang mahu melihat Umno-PAS bersatu kembali.

Kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang mengatakan tak payahlah PAS bekerjasama dengan Umno, nanti berebut kerusi pula merupakan satu kenyataan negative thinking.
Sepatutnya beliau bersikap positif terhadap  perubahan sikap PAS.

Kerjasama ini dalam bentuk yang besar. Bukannya nak masuk BN untuk rebut kerusi pilihanraya tetapi PAS akan menyokong apa sahaja isu kepentingan orang Islam dan Melayu. Untuk hadapi PRU akan datang, PAS dan Umno tetap bersaing dalam politik. Apa jua keputusan yang merugikan orang Melayu pada PRU tahun 2018 baru PAS menyertai BN jika BN gagal membentuk kerajaan.

Maka kerjasama ini perlu bermula dari sekarang. Niat PAS mahu mempertahankan kuasa politik di tangan orang Melayu. Buat apa berketuakan Dr Wan Azizah yang diremote control oleh DAP?  Lebih baik PAS berketuakan Najib Razak yang bukannya diremote control oleh MCA.

Nazri Aziz tak mahu PAS bekerjasama dengan Umno kerana Nazri boleh menerima DAP masuk BN. Nazri yang cadangkan DAP masuk BN kerana DAP rakan kongsi bisnes Nazri. Projek terowong bawah laut itu Nazri yang bawa pelabur dari China dan entah banyak mana komisen Nazri nanti apabila projek itu dilaksanakan kelak. Sebab itu Nazri lebih suka DAP dari PAS kerana DAP ada masyuk PAS tak ada masyuk.