Ahad, Januari 06, 2013

SIAPA SELEPAS AHMAD SAID?

Pilihanraya umum 2013 kian hampir.Sekarang ini ramai yang menunggu ketibaan pilihanraya umum tersebut untuk melihat sama ada ada perubahan di negeri Terengganu. Jika Datuk Seri Ahmad kekal bertanding di DUN Kijal, beliau dijangka dilantik sebagai MB Terengganu buat penggal kedua. Tidak ada sebab beliau digugurkan sebagai MB kerana beliau baru sepenggal jadi MB. Takkanlah MB Terengganu mahu bertukar setiap penggal selepas Datuk Seri Idris Jusoh sepenggal dan Ahmad Said sepenggal. Pelbagai khabar angin kita dengar tentang kedudukan Ahmad Said. Ada yang kata beliau kekal bertanding di DUN Kijal dan terus menerajui terengganu selepas pilihanraya umum Mac ini. Ada pula yang mengatakan Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen Kemaman menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Jika benar Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen, maka siapa yang layak gantikan beliau sebagai MB Terengganu? Sekarang ada enam calon yang layak menjadi MB Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Yahya Khatib, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Jailani Ngah. Sebagai bekas menteri penerangan dan menteri belia dan sukan, Ahmad shabery layak jadi MB Terengganu yang baru. Cuma orang akan pertikai selepas wan Mokhtar dan Ahmad Said, takkanlah ambil orang Kemaman lagi sebagai MB Terengganu? Adakah orang dari daerah lain tak layak jadi MB? Jika itu perkiraannya, Timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno terengganu, yahya khatib yang juga ketua umno bahagian Marang layak jadi MB. beliau adalah exco wanita dan kebajikan dan pernah jadi exco kerjaraya. Exco senior, Rahin Mohd Said juga layak jadi MB.beliau sudah dua penggal jadi exco di zaman Idris dan Ahmad said. Ketika menjadi exco IKS, beliau memperkenalkan T Shoppe. beliau kini exco kebudayaan dan perlancongan pernah jadi exco belia dan sukan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tengku Putera yang tidak jadi calon pada tahun 2008 dijangka juga jadi MB jika beliau bertanding semula di DUN Telemong. Bekas Timbalan Menteri kewangan itu adalah saudara Sultan Mizan. ADUN Air Putih, Wan Hakim juga disebut=sebut sebagai calon MB. Beliau layak jadi MB kerana karismanya yang dapat menjadi imam walaupun berkelulusan sebagai jurutera. Manakala calon terakhir ialah setriausaha politik PM, Datuk Jailani Ngah yang dijanka bertanding di kerusi DUN batu Rakit. Jika beliau dihantar bertanding di situ maka beliaulah pengganti utama Ahmad Said.