Memaparkan catatan dengan label siapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siapa. Papar semua catatan

Rabu, September 28, 2016

SIAPA KATA ZAHID TIDAK LANCAR BAHASA INGGERIS?



Hari ini tokoh baru dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengungkitkan kononnya Bahasa Inggeris Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lancar dalam Malaysiakini.

Saya telah mendengar ucapan Zahid dalam you tube. Bagi saya, tidak timbul soal beliau tidak lancar membaca teks dalam bahasa Inggeris cuma loghat Jawanya masih ada walaupun berucap dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu ia bukanlah kesalahan yang besar kerana mesejnya jelas boleh difahami oleh ahli-ahli persidangan UNGA itu. Sepatutnya kita puji Zahid walaupun beliau bukanlah lulusan dari Oxford University tetapi beliau mampu berucap dalam Bahasa Inggeris. Zahid bukan seperti TPM lain yang pernah belajar di sekolah Inggeris sebaliknya beliau bersekolah agama Sekolah Agama Izudin Shah di Ipoh.

Kalau beliau bersekolah Inggeris tapi tak lancar bercakap bahasa Inggeris barulah boleh beliau dianggap tidak fasih berbahasa Inggeris. Dalam sidang media, beliau selalu menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan Zahid mampu berbahasa Inggeris dan tak perlulah Syed Saddiq menyuruh beliau ambil kelas Bahasa Inggeris. Siapa kamu nak ajar Zahid, Syed Saddiq?

Budak hingusan seperti Syed Saddiq tampil kononya menasihatkan  TPM untuk belajar bahasa Inggeris, wahai Syed Saddiq kamu siapa untuk mengajar seorang Timbalan Perdana Menteri, ketika kamu masih hingusan dan mungkin masih memakai lampin  TPM sudah bergelar ahli parlimen ketika kamu mula bersekolah tadika TPM sudah menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dan ketika kamu baru masuk sekolah rendah beliau telah terdedah dengan dunia politik antarabangsa.

Siapa kamu nak menasihatkan  TPM? saya rasa kamu yang perlu pergi belajar ilmu dan adab menghormati orang yang lebih tua dari kamu dan cara menghormati seorang pemimpin.

Apa gunanya fasih berbahasa inggeris jika tiada ilmu dan adab? apa gunanya akal jika tidak mahu menggunakannya. Inikah anak muda yang PPBM mahu banggakan, anak muda yang tidak beradab?

Apa perlunya nasihat dari seorang kaki kelab dan kaki joget seperti syed saddiq, saya harap  TPM janganlah
layan seorang kaki kelab seperti Saddiq ini, mungkin ketika beliau mengeluarkan kenyataan ini beliau sedang mabuk atau pun sedang berseronok di kelab-kelab malam.

Akhir kalam, nasihat saya kepada saddiq habiskan sekolah kamu dahulu dan belajar ilmu serta adab bagaimana menghormati orang sebelum ingin memberi nasihat kepada orang yang lebih tua dari kamu.

Orang Jawa memang tidak hilang slang Jawa seperti mana orang Kelantan bercakap bahasa Inggeris dengan slang Kelantan. Oleh itu tidak timbul Zahid kurang fasih berbahasa Inggeris.Malah jika kita tengok siri popular Mind Your Language, orang India yang bercakap bahasa Inggeris dalam siri tersebut bercakap dalam slang India yang menyebabkan penonton ketawa.

Nampaknya netizen lebih nampak benda yang remeh dari segi sebutan sedangkan isi kandungan ucapan Zahid di perhimpunan UNGA itu yang wajar diulas.

Rabu, Mei 25, 2016

PRK TENTUKAN SIAPA LEBIH KUAT ANTARA PAS DENGAN AMANAH

SABAK BERNAM, 24 Mei (Bernama) -- Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada Jun ini dilihat sebagai penentu 'kekuatan sebenar' antara Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata walaupun Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetahui kawasan Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS, namun perkara tersebut dinafikan, malah menunding jari dengan mendakwa PAS tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Ahmad Shabery berkata jika PAS, yang mempunyai keanggotaan tertinggi di kawasan itu memberi laluan kepada rakan pembangkang lain bertanding, PAS sekali lagi akan dilabel sebagai 'kuda tunggangan'.

"Jika ini berlaku, PAS yang pasang poster teruk-teruk, kempen sana sini, tapi nikmat kemenangan dikecapi orang lain. Malah, mereka (PAS) sekali lagi akan dilupakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ini adalah masanya untuk PAS dan Amanah membuktikan parti mana lebih kuat dan mempunyai ramai pengikut serta boleh dijadikan panduan oleh kedua-dua parti pada masa depan.

"Pada hemat saya, kalau kedua-dua parti bertanding pun bagus, sebab semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pun sudah terbukti percaturan pembangkang kurang cerdik," katanya.

Ahmad Shabery berkata jentera Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia untuk berjuang mengekalkan kemenangan di kawasan itu sejak tiga penggal lepas.

Katanya, apa yang penting untuk sesebuah parti politik adalah kebijaksanaan dan keupayaan pemimpinnya dalam menyatukan masyarakat.

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kekosongan kerusi parlimen itu berikutan penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

-- BERNAMA

Selasa, Mei 03, 2016

ANTARA PAS DAN AMANAH:SIAPA LEBIH POPULAR DI SARAWAK?

KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- Percaturan PAS dan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) bukan sahaja sekadar menambat hati pengundi Sarawak malah lebih kepada saingan populariti antara kedua-dua parti semenanjung itu.



Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini, menjadi medan berkecuali bagi kedua-dua parti itu menentukan siapa antara mereka lebih popular berdasarkan undi yang diperoleh dalam 24 kerusi yang ditandingi PAS-Amanah.

Banyak pihak dan pemerhati politik berpendapat kedua-dua parti itu tidak releven dalam senario politik Sarawak malah kehadiran di Bumi Kenyalang lebih bersifat ego sesama sendiri.

Langkah PAS menggandakan kerusi yang ditandingi serta penampilan sulung Amanah pada pilihan negeri kali ini tidak harus dilihat dari segi memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak semata-semata.

Malah, sebarang pencapaian kedua-dua parti itu akan menentukan hala tuju dan penerimaan rakyat terhadap parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Pada PRN-11, PAS meletakkan 11 calon berbanding lima pada pilihan raya negeri 2011 dan Amanah membuat penampilan sulung di sini dengan kehadiran 13 calon di kawasan majoriti Melayu-Melanau.

Kedua-dua parti berkenaan akan bertembung di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Samariang, Kakus, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro,

Selain enam kerusi itu, PAS turut bertanding kerusi DUN Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Amanah juga bersaing di kerusi DUN Demak Laut, Gedong, Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian.

Pada PRN 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

Berdasarkan hasil kajian dan tinjauan, penganalisis politik berpendapat kedua-dua parti itu sukar untuk memenang walaupun satu kerusi berikutan tahap fahaman ideologi yang dibawa oleh mereka masih rendah.

Di samping itu, mereka berkata populariti Ketua Menteri, Adenan Satem merangkap Pengerusi BN Sarawak, melonjak kepada lebih 80 peratus, sekali gus meningkatkan cabaran PAS-Amanah untuk menembusi kuat kuat BN.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan PAS menerima peratusan undi yang lebih tinggi daripada sebelum ini kerana undi bantahan terhadap calon BN.

Pensyarah sains politik, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr Awang Azman Awang Pawi memberitahu Bernama bahawa kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai peluang memperoleh undi tambahan kerana "janji-janji yang tidak dipenuhi oleh penyandang calon BN".

"Ia tidak bermakna PAS lebih diminati tetapi pengundi rasa suara mereka tidak cukup didengar...sebab itu mungkin sebilangan kecil pengundi membantah.

Beliau turut berkata pertembungan kedua-dua parti itu boleh memecahkan undi dengan BN memperoleh kelebihan.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis berkata jumlah kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti itu tidak masuk akal, sebaliknya, hanya menumpukan kepada dua atau tiga kerusi sahaja.

Keluasan kawasan pilihan raya di Sarawak dan sumber yang terhad menyukarkan peluang kedua-dua parti semenanjung itu malah kerusi yang mereka bertanding merupakan kubu kuat BN, katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, Mac 12, 2016

SIAPA DALANG PERTUKARAN KETUA PUTERI TERENGGANU?

Hujan tidak ribut tidak tiba tiba Ketua Puteri Umno Terengganu, Rozita Ismail ditukar. Namun demikian Ketua Puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyati Samsuddin menangguhkan pertukaran tersebut ke tarikh lain selepas keluar berita bahawa Rozita diganti oleh Ketua Puteri Umno bahagian Besut, Erniesalwani Saidi.

Pertukaran ini ditangguhkan kerana Terengganu baharu sahaja digemparkan dengan berita usul undi tidak percaya oleh ADUN Kijal, Ahmad Said kepada MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman. Menurut sumber, Rozita yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Hulu Terengganu tidak ngam dengan Mas Ermieyati.

Malah beliau pernah dikatakan sabotaj lawatan Timbalan Menteri Pelancongan itu ke negeri Terengganu sehingga beliau membatalkan lawatan tersebut. Rozita dikatakan rapat dengan pejabat MB dan penangguhan pertukaran itu dikatakan dimainkan peranan oleh pegawai di pejabat MB.

Sebenarnya ada dalang di sebalik pengguguran Rozita ini. Ketua Puteri Umno di sebuah bahagian dikatakan merancang konspirasi untuk menjatuhkan Rozita dan mahu jadi Ketua Puteri Umno negeri dengan harapan apabila dilantik sebagai Ketua Puteri negeri maka peluang untuk jadi calon terbuka luas. Tetapi begitulah kehendak Tuhan. Manusia cuma merancang tetapi Allah yang menentukan. Orang yang merancang kejatuhan Rozita ini kecewa kerana beliau tidak dilantik Ketua Puteri negeri sebaliknya Ketua Puteri Umno Besut yang dilantik.

Dalang itu sudah tentu terkejut kerana pilihannya tidak dilantik oleh Mas Ermieyati. Yang lebih menghairankan bagaimana kononnya berita Bernama disebar dalam wasap grup yang mengatakan bekas Ketua Umno Bahagian Dungun, Rosli Mat Hassan sanggup menjadi penasihat Puteri Umno terengganu lantaran pertukaran Rozita.

Ketua Biro Bernama Terengganu telah membuat laporan polis bahawa berita yang disebarkan dalam wasap itu adalah berita palsu dan memang tak logik orang lelaki jadi penasihat puteri. Berita itu memuji kehebatan puteri Umno Bahagian Dungan sedangkan kerusi parlimen Dungun yang ditandingi Pok Li pada PRU 13 kalah. Sepatutnya pemimpin yang sudah ditolak rakyat seperti Pok Li ini berehat sahaja dan tidak payah campur politik lagi.

Semoga pertukaran ini bila dikuatkuasakan kelak tidak menjejaskan jentera puteri Umno Terengganu nanti.

Rabu, Oktober 21, 2015

SIAPA PETUALANG: MUHYIDDIN ATAU AZIZAN?

Membaca buku Dr Azizan Ahmad berjudul MUHYIDDIN YASSIN PETUALANG saya ingin bertanya kepada penulis siapa petualang adakah Muhyiddin atau Azizan?

Saya ingatkan buku ini ditulis oleh S.H. Alattas tetapi rupanya ditulis oleh Dr Azizan yang entah dari mana dibelinya PhD beliau. Saya cabar beliau tunjuk skrol ijazah PhD dari universiti mana. Sekarang mudah sangat orang mengaku dia doktor falsafah. Entah apa apa. S.H. Alattas selaku penerbit buku tersebut menulis mukadimmah dalam buku tersebut.

Apabila buku itu diberi publisiti yang meluas, seolah-olah buku itu ditulis oleh Syed Hussin Alattas pula. Saya tidak mahu mempertikaikan isi kandungan buku tersebut sebaliknya ingin bertanya layakkah beliau menggelar Muhyiddin Yassin sebagai petualang?

Siapa yang sebenarnya petualang? Adakah Muhyiddin atau penulis sendiri? Menurut Kamus Dewan,petualang bermaksud pengkhianat. Sebelum Azizan menuduh Muhyiddin sebagai pengkhianat, beliau sepatutnya cerminkan dirinya terlebih dahulu.

Beliau juga seorang pengkhianat sanggup mengkhianati kawan baiknya sendiri. 10 tahun  lalu, beliau yang ada bini tua di Kuala Selangor dan bini muda Indonesia di Kuala Lumpur sanggup menggoda isteri kawan baiknya sendiri. Kawan jenis apa macam ini sanggup berzina dengan bini kawan baiknya sendiri?  Orang macam ini layak ke dipanggil kawan?

Manusia jenis apakah Azizan ini? Manusia ke atau syaitan? Masa itu dia pakai kancil. Nak beli minyak kereta pun tak ada duit. Jadi kawan baiknya itu yang ada RM10 dalam poket sanggup berinya RM5 mengisi minyak keretanya. Ketika itu minyak belum mahal lagi.

Sekarang pun nampaknya dia tak kaya juga setelah ditipu bini kawannya itu kononnya buat bisnes terbitkan buku Ayah Pin dan Mawi. Sampai tergadai rumah bini kawannya itu kepada bank gara gara Azizan.

Kalau dia kaya takkan dia tumpang tuah Syed Hussin Alattas sekarang? Dia ada PhD tetapi menumpang tuah Pak Habis yang tak ada PhD. Dah terbalik. Sepatutnya Pak Habib menumpang tuahnya yang ada PhD.

Oleh itu Pak Habib kena berhati-hati dengan syaitan macam Azizan ini. Nanti Pak Habib pula ditipunya. Semua orang di Kuala Lumpur sudah tahu tembelangnya. Anda boleh menipu seseorang pada satu masa, tetapi ada tidak boleh menipu semua orang pada semua masa. Berhati-hatilah Pak Habib.



Khamis, Oktober 08, 2015

SIAPA YANG TIDAK DEMOKRATIK, MAHATHIR ATAU NAJIB?

Saya rasa malas dah nak komen tulisan Dr Mahathir Mohamad tetapi kalau tak komen, orang kata kita benarkan beliau menghentam Presiden Umno, Najib Razak sewenang-wenangnya. Baru baru ini saya temui junior saya di MRSM Seremban, Husin Lempoyang seorang blogger yang terkenal.

Husin dahulu memang blogger yang menyokong kuat Dr Mahathir tetapi kini dia  tidak lagi kerana dia tahu Dr Mahathir banyak temberang.

 Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menghalang penentangnya yang secara terbuka mencabarnya ketika masih menduduki kerusi presiden Umno, dalam satu posting di blognya semalam yang ditujukan kepada  Najib Razak yang didakwanya bertindak secara tidak demokratik.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membiarkan Tengku Razaleigh Hamzah dan  Musa Hitam, yang pada akhir 1980-an cuba bertanding merebut jawatan presiden dan timbalan presiden, berkempen melawannya.
"Mereka berhajat menjatuhkan saya. (Tetapi) Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli Umno dan ahli Umno tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.
 "Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat Bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan pada masa-masa lain," kata negarawan itu dalam tulisannya.
Katanya, tindakan kerajaan hari ini yang mengugut bertindak terhadap rakyat dan melarang ahli Umno daripada mendengar syarahan politik menunjukkan ia tidak lagi demokratik.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada lawatannya ke Tawau pada Isnin, yang menurutnya tidak dapat dihadiri ahli Umno Sabah.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan berjaya menempuhi beberapa percubaan untuk mencabar kepimpinan beliau dalam Umno berkata beberapa bahagian parti malah mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa untuk kedua-dua jawatan tertinggi parti.
Tetapi, katanya, beliau tidak menganggap mereka "musuh yang perlu diambil tindakan".
"Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi," katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, Najib kini berkelakuan seolah-olah kedudukannya sebagai presiden Umno sedang diancam, sepertimana dapat dilihat melalui tindakan diambil terhadap ahli dan pemimpin parti yang mengkritik perdana menteri dan firma pelaburan negara hasil ilham beliau, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tetapi sekarang, presiden Umno belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli Umno," tulis beliau.
Benarkah Najib tidak demokratik? Siapa yang tidak demokratik? Najib atau Dr Mahathir? Kumpulan 11 mencabar keputusan pemilihan Presiden Umno pada 24 April 1987 kerana ada perwakilan yang tidak sah menjadi pengundi. Sebaliknya Dr Mahathir yang takut dicabar kali kedua oleh Ku Li rela lihat Umno yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 diharamkan oleh mahkamah.

Beliau menubuhkan Umno (baru) pada tahun 1988 dan kemudiannya menipu rakyat kononnya Umno baru itu adalah kesinambungan Umno yang dilahirkan pada 11 Mei 1946. Dr Mahathir sanggup tipu sejarah. Untuk mengelakkan Umno baru tidak diganggu gugat Dr Mahathir tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai Umno (baru).

Muhyiddin Yasin selaku MB Johor terpaksa buat Perhimpunan Melayu Johor untuk membawa masuk Musa Hitam semula ke dalam Umno. Ku Li tiada pilihan terpaksa menggunakan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan semula Umno lama. Setelah gagal dalam dua pilihanraya umum 1990 dan 1995, akhirnya Ku Li kembali ke dalam Umno dan membubarkan Semangat 46.
Apabila Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru), Dr Mahathir tidak membenarkan orang menentangnya bagi jawatan Preiden Umno. Maka beliau perkenalkan sistem kuota. Nak bertanding jawatan Presiden, kena ada pencalonan yang cukup. Begitu juga jawatan timbalan, naib presiden dan ahli majlis tertinggi. Sebaliknya Umno lama memerlukan dua pencalonan sahaja. Adakah cara Dr Mahathir ini demokratik?

Apabila Najib mengetuai Umno pada 2009 maka Najib hapuskan sistem kuota ini dan sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan. Kalau benar Muhyiddin Yasin rasa kuat, tentanglah Najib pada pemilihan Umno pada tahun 2018 nanti. Dr  Mahathir yang merosakkan tradisi pemilihan Umno tiga tahun sekali. Dahulu pemilihan Umno setiap tiga tahun 1981, 1984,1987, 1990, 1993 dan 1996. Kemudian beliau ubah selepas PRU  2000. Pak Lah mengikut langkah Dr Mahathir buat pemilihan selepas PRU 2004 dan 2009. Najib teruskan tradisi ini selepas PRU 2013.
Sekarang Dr Mahathir marah kerana kononnya ahli Umno disekat mendengar ucapannya di Tawau. Itu hak ahli Umno nak pergi dengar atau tidak. Tetapi kalau Dr Mahathir terus jual temberangnya siapa lagi nak dengar ucapannya kerana beliau terlalu emosi mahu menjatuhkan Najib

 Sepatutnya beliau bersyukur Najib melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan menteri walaupun kalah bertanding ketua pemuda Umno pada tahun 2009. Sebaliknya Khairy Jamaluddin yang menang ketua pemuda tak dapat jadi menteri. Tetapi Pak Lah tidak menghentam Najib walaupun menantunya tidak jadi menteri.

Kalau Dr Mahathir masih PM, sudah ramai pembangkang yang mengkritiknya disumbat dalam ISA tetapi Najib menghapuskan ISA. Walaupun SOSMA dianggap sebagai lebih zalim dari SOSMA tetapi Najib tidak menyalahgunakan SOSMA untuk kepentingan peribadi. SOSMA digunakan untuk menahan orang gila macam Khairuddin Abu Hassan yang sanggup menjaja isu 1MDB ke luar negara. Jadi siapa yang lebih demokratik, Mahathir atau Najib?



Selasa, Jun 02, 2015

NAJIB PILIHAN SIAPA?

Selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Sepanjang 22 tahun berkuasa Dr Mahathir mempunyai empat orang timbalan, Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Dr Mahathir berharap Anwar akan menggantikannya tetapi recession 1998 menyebabkan Anwar disingkir dari menjadi penggantinya.Anwar terpengaruh dengan formula IMF tetapi Dr Mahathir ada formulanya sendiri apabila George Soros menyerang Ringgit Malaysia (RM).  Dr Mahathir menambat RM yang mana akhirnya formula Dr Mahathir diterima dunia.
 Dr Mahathir melantik Pak Lah sebagai pengganti Anwar. Bosan dengan sikap orang Melayu tidak berubah, maka Dr Mahathir melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada Pak Lah pada tahun 2003.
Pak Lah bercadang melantik Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri (TPM). Tetapi Dr Mahathir mahu Najib Razak dilantik sebagai TPM. Dua kali Dr Mahathir menyebut nama Najib. Malah Dr Mahathir mengugut Pak Lah jika Pak Lah tak lantik Najib sebagai TPM, beliau akan memboikot majlis perpisahan yang diadakan untuk bekas PM itu.
Maka terpaksa Pak Lah melantik Najib sebagai TPM sedangkan beliau sudah ada pilihannya sendiri, Muhyiddin. Muhyiddin yang kecewa dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Di zaman Pak Lah kementerian itu diberi nafas baru dan diberi peruntukan yang besar.
Pada PRU yang pertama diketuai Pak Lah pada tahun 2008, BN menang besar. Terengganu yang kalah pada tahun 1999 dapat dirampas semula. Tetapi Pak Lah dikuasai oleh menantunya, Khairy Jamaluddin yang menyebabkan ramai orang kecewa mengadu kepada Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengkritik Pak Lah secara terbuka kononnya Pak Lah PM yang suka tidur.  Malah menantu Pak Lah jadi sasaran kritikan Dr Mahathir. Kemuncak perselisihan Dr Mahathir-Pak Lah, Dr Mahathir isytihar keluar dari Umno kerana beliau tidak dapat lagi menerima kepimpinan Pak Lah.
Siapa yang lantik Pak Lah dahulu sebagai TPM kalau bukan Dr Mahathir? Maknanya orang pilihan beliau sendiri yang gagal menjalankan amanah sebagai PM. Serangan berterusan Dr Mahathir terhadap Pak Lah menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008.
Maka Pak Lah didesak berundur oleh Muhyiddin dan Najib menjadi PM baharu pada tahun 2009. Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga juga pada PRU sulungnya pada tahun 2013. Tetapi najib tidak didesak berundur kerana prestasi Umno semain baik dapat merampas Kedah dari tangan PAS. Malah Umno ada 88 kerusi berbanding di zaman Pak Lah.
Enam tahun Najib mengemudi negara, baharulah Dr Mahathir menyerang Najib dengan isu 1MDB, Altantunya dan GST. Isu ini disepakmula oleh PKR dan kini Dr Mahathir memonopoli isu tersebut secara  berterusan. Dr Mahathir turut kesal kerana dia yang mahu Pak Lah lantik Najib sebagai TPM. Jika Muhyiddin jadi PM hari ini, mungkin Dr Mahathir tidak menyerang kepimpinan Muhyiddin.
Najib sudah keras kepala kata Dr Mahathir. Kalau Pak Lah diserang kerana menantunya campur tangan dalam pentadbiran Pak Lah, Dr Mahathir menyerang Najib kerana isterinya Rosmah Mansor terlalu over seolah-olah menjadi PM pula.
Ini yang menimbulkan kemarahan rakyat kerana Rosmah dilihat terlalu menonjolkan kemewahan. Malah majlis perkahwinan anaknya dilihat sebagai majlis yang terhebat di abad ini. Dr Mahathir menegur sepanjang dia menjadi PM dia tidak pernah membuat majlis perkahwinan anaknya besar-besaran.
Najib sudah enam tahun menjadi PM Malaysia. Salah siapa? Salah Dr Mahathir kerana dia yang mahu Pak Lah lantik Najib sedangkan Pak Lah mahu Muhyiddin ketika itu. Takdirnya hari ini Muhyiddin jadi PM, isu 1MDB tidak kedengaran.

Apa punca sebenar kemarahan Dr Mahathir terhadap Najib? Menurut sumber, Dr Mahathir cuba menghalang Najib menandatangani TPPA pada bulan September ini. Najib menerima TPPA dan baik dengan Obama dan Amerika Syarikat manakala Dr Mahathir dilihat anti Barat.  Dr Mahathir tidak bersetuju Malaysia menandatangani TPPA yang dianggapnya sebagai penjajahan baru. Oleh itu Dr Mahathir terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Dr Mahathir tidak mahu melihat Malaysia jadi boneka Amerika Syraikat.
Akan tetapi Dr Mahathir tidak gentleman. Beliau menyerang Najib tetapi anaknya Mukhriz masih kekal sebagai MB Kedah. Jika Dr Mahathir anak jantan, beliau sepatutnya suruh Mukhriz meletakkan jawatan sebagai MB Kedah kerana Mukhriz juga tidak wajar bersekongkol dengan kepimpinan Najib.
Dalam hal ini Pak Lah lebih gentleman dari Dr Mahathir. Selepas Najib angkat sumpah sebagai PM keenam pada tahun 2009, Pak Lah dikatakan setiap minggu menemui Najib memujuk Najib melantik menantunya sebagai menteri kerana Khairy baru menenag jawatan Ketua Pemuda tetapi Najib tidak tunduk kepada permintaan Pak Lah. Pak Lah tidak merajuk dan tidak menyerang Najib.
Sebaliknya bila Najib enggan buat jambatan bengkok Dr Mahathir, Dr Mahathir mula menyerang Najib secara terbuka. Kritikan Dr Mahathir kepada kerajaan Pak Lah menyebabkan Pak Lah gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008. Jika dalam PRU 2013 BN tewas di bawah kepimpinan Najib, maka Dr Mahathirlah punca kekalahan BN itu.
 Raja Mendaliar seorang mamak menjatuhkan kerajaan Melaka maka seorang lagi mamak, Dr Mahathir yang menjadi Raja Mendaliar baharu yang menjatuhkan kerajaan BN pada tahun 2018. Itulah peranan mamak dalam menjatuhkan kerajaan Melaka dan Malaysia.



Rabu, Ogos 13, 2014

SIAPA BOHONG PADA 2 JULAI?

pada dua hari lepas, saya menulis dalam FB saya, : "My last warning to fmt. Byr segera duit kwsp 6 bulan sebelum 18 ogos, jika tidak saya lapor kepada kwsp". Seramai 40 orang like posting itu. ramai bekas wartawan FMT menyokong warning saya itu. Pada petang itu saya terima e mail dari pengurus sumber manusia FMt, Ruben Raj yang menulis: Dear Zabidi, It has come to our attention that you have made a Facebook posting against "FMT", claiming that the company had failed to pay 6 months EPF. This is an untrue statement. There is no such outstanding owed by the company to the EPF board. Attached is the print screen of your posting. We urge you to delete the "untrue" posting within the next 1 hour (4.20pm on 11 August 2014), failing which you will hear from our lawyers. Ruben Raj MToday News Sdn Bhd. Ada hikmah juga bila saya tulis posting itu, seluruh FMT gempar. Selepas itu saya tulis posting ini dalam FB: "fmt nak saman saya kerana saya tuduh ia tak bayar duit kwsp saya. statement kwsp menunjukkan fmt tak bayar pun. takkan kwsp tipu saya pula. nak saman samanlah". 41 org like posting ini termasuk dua bekas staff Anisah dan Lisa J Ariffin yang mahu cek KWSPnya. Semalam saya mengesahkan dengan KWSP bahawa dua bulan FMT tak bayar duit saya iaitu gaji Jun dan Julai. Pada 2 Julai ketika saya meletakkan jawatan sebagai Editor BM FMT, saya tanya Ruben tentang enam bulan KWSP saya, dia kata semua dah bayar. Bila saya cek statement saya pada hujung bulan Julai, tetap statement baru tak ada. Semalam saya cek statement baru ada. Jadi siapa yang bohong pada 2 Julai sedangklan dalam statement ini bayaran dibuat 15, 17 dan 18 Julai. 15 Julai untuk gaji mei dan Jun 2014. 17 Julai untuk gaji November 2013. Pada 18 julai untuk gaji Oktober 2013 dan Disember 2013. Maka KWSP mengesahkan gaji Jun dan Julai belum dibayar lagi kerana ia kata kalau statement untuk Jun 2014, itu maknanya bagi gaji Mei 2014. baru saya faham baca statement KWSP. Sehubungan itu bila saya mengadu kepada Ruben pada hari terakhir saya dengan FMT pada 2 julai, Ruben kata dah bayar semua sedangkan bayaran dibuat pada 15 Julai. jadi siapa yang bohong? saya atau Ruben? Saya mempertahankan hak saya. oleh itu bagi semua bekas staff FMT sila cek statement KWSP anda sekarang.

Selasa, September 03, 2013

UMNO GUA MUSANG MILIK SIAPA?

Umno Gua Musang yang selama ini diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang kini terbuka ekoran pengumuman pemimpin tersebut untuk melepaskan jawatannya. Pada hari Jumaat lalu Bernama melaporkan Ku Li sebagai berkata bahawa pilihan raya umum ke 13 ialah pilihan raya terakhir. Beliau turut menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan ketua bahagian Gua Musang yang disandangnya selama 51 tahun. Persoalan kini timbul berkenaan siapa yang akan mengambil alih kepimpinan Umno Gua Musang. Seorang sumber menyatakan bahawa sentimen ahli Umno di peringkat akar umbi di Gua Musang masih berpihak kepada Ku Li. “Sambutan buat masa sekarang masih berpihak kepada Ku Li,” kata sumber. Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin mahu bertanding jawatan ketua bahagian. “Bazlan kecewa kerana tidak mendapat sokongan penuh dari akar umbi. Beliau tidak popular,” dakwa sumber. Sementara itu sumber FMT berkata bahawa bekas calon pilihan raya umum 12 di Galas, Mohd Saufi Deraman berhasrat untuk bertanding untuk jawatan timbalan ketua bahagian. “Terdapat ura-ura bahawa Saufi Deraman mahu menyertai PAS kerana tidak dicalonkan untuk bertanding di Galas meskipun menjadi Adun Galas selama sepenggal selepas menang dalam pilihan raya tahun 2004,” kata sumber. Timbalan Ketua Bahagian Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani (gambar) enggan mengambil alih kepimpinan ketika persoalan samada beliau akan mengambil alih kepimpinan di Gua Musang diajukan kepada beliau. “Saya akan tunggu pengumuman pucuk pimpinan dan sentimen akar umbi. Saya pernah memberitahu Ku Li berkenaan hasrat untuk tidak bertanding tapi beliau kata jangan buat begitu,” kata Mat Yusoff yang juga adalah Adun Nenggiri.

Ahad, Januari 06, 2013

SIAPA SELEPAS AHMAD SAID?

Pilihanraya umum 2013 kian hampir.Sekarang ini ramai yang menunggu ketibaan pilihanraya umum tersebut untuk melihat sama ada ada perubahan di negeri Terengganu. Jika Datuk Seri Ahmad kekal bertanding di DUN Kijal, beliau dijangka dilantik sebagai MB Terengganu buat penggal kedua. Tidak ada sebab beliau digugurkan sebagai MB kerana beliau baru sepenggal jadi MB. Takkanlah MB Terengganu mahu bertukar setiap penggal selepas Datuk Seri Idris Jusoh sepenggal dan Ahmad Said sepenggal. Pelbagai khabar angin kita dengar tentang kedudukan Ahmad Said. Ada yang kata beliau kekal bertanding di DUN Kijal dan terus menerajui terengganu selepas pilihanraya umum Mac ini. Ada pula yang mengatakan Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen Kemaman menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Jika benar Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen, maka siapa yang layak gantikan beliau sebagai MB Terengganu? Sekarang ada enam calon yang layak menjadi MB Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Yahya Khatib, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Jailani Ngah. Sebagai bekas menteri penerangan dan menteri belia dan sukan, Ahmad shabery layak jadi MB Terengganu yang baru. Cuma orang akan pertikai selepas wan Mokhtar dan Ahmad Said, takkanlah ambil orang Kemaman lagi sebagai MB Terengganu? Adakah orang dari daerah lain tak layak jadi MB? Jika itu perkiraannya, Timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno terengganu, yahya khatib yang juga ketua umno bahagian Marang layak jadi MB. beliau adalah exco wanita dan kebajikan dan pernah jadi exco kerjaraya. Exco senior, Rahin Mohd Said juga layak jadi MB.beliau sudah dua penggal jadi exco di zaman Idris dan Ahmad said. Ketika menjadi exco IKS, beliau memperkenalkan T Shoppe. beliau kini exco kebudayaan dan perlancongan pernah jadi exco belia dan sukan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tengku Putera yang tidak jadi calon pada tahun 2008 dijangka juga jadi MB jika beliau bertanding semula di DUN Telemong. Bekas Timbalan Menteri kewangan itu adalah saudara Sultan Mizan. ADUN Air Putih, Wan Hakim juga disebut=sebut sebagai calon MB. Beliau layak jadi MB kerana karismanya yang dapat menjadi imam walaupun berkelulusan sebagai jurutera. Manakala calon terakhir ialah setriausaha politik PM, Datuk Jailani Ngah yang dijanka bertanding di kerusi DUN batu Rakit. Jika beliau dihantar bertanding di situ maka beliaulah pengganti utama Ahmad Said.

Selasa, September 18, 2012

TEGANUKU MILIK SIAPA?

Saya tak pasti blog www.teganuku.blogspot.com milik siapa. Kalau tak silap milik Unit Komunikasi (Unikom) kepunyaan kerajaan negeri Terengganu. Tetapi kenapa ia juga memuatkan rencana Utusan Malaysia yang mengkritik MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said? Saya hairan dengan sikap editor blog itu? Kenapa ia kekalkan rencana itu sedangkan isinya mengkritik MB dengan adanya jawatan 'ketua menteri besar' yang diperkatakan oleh ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri. Oleh itu saya mencadangkan supaya rencana yang dipetik dari Utusan malaysia itu ditarik segera. Atau adakah ini kebebasan akhbar yang diamalkan oleh Ahmad Said yang membenarkan isi kandungan blog kerajaan negeri turut menyiarkan bahan yang mengkritiknya. Wallahuklam.

Khamis, November 10, 2011

SIAPA KATA TIADA KEBEBASAN BERSUARA DALAM UMNO?


Siapa kata tiada kebebasan bersuara dalam UMNO? Kalau tiada kebebasan sudah lama Zaharin Mohd Yassin bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak yang menghentam Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam facebooknya dipecat dari UMNO?

Ini membuktikan bahawa masih ada suara dalam UMNO. Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian PJ Utara, Lokman Ghani berkata Muhyiddin tidak faham apa yang dikatakan oleh bossnya Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) Presiden AMANAH bila beliau berkata beliau menubuhkan Amanah kerana tiada kebebasan bersuara dalam UMNO.

Lokman mengkritik Muhyiddin bahawa beliau dipinggirkan dalam UMNO. Tetapi tiada tindakan terhadap Lokman jelas menunjukkan bahawa ada kebebasan bersuara dalam UMNO. Malah sesiapa sahaja bebas menegur pemimpin UMNO seperti yang dilakukan oleh Shahbudin Husin yang telah menulis dua buah buku menghentam Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehingga kini tiada tindalan memecat Shahbuddin dari UMJO. Ini jelas membuktikan bahawa ahli UMNO bebas bersuara.

Rabu, Mei 25, 2011

1MALAYSIA UNTUNGKAN SIAPA?


Di zaman pak lah jadi PM, pak lah promosi Islam hadhari. Apabila Datuk Seri najib tun razak jadi Pm, Islam hadhari hilang entah ke mana. najib promosi 1malaysia pula.

dua tahun sudah berlalu najib jadi PM, mari kita analisis siapa yang untung di sebalik 1Malaysia. Kenapa BN perlu ikut rentak pakatan rakyat? pakatan rakyat sanggup menghapuskan hak istimewa orang melayu kerana memancing undi bukan Melayu. anwar ibrahim yang nasionalis sebelum ini sanggup menggadai hak orang Melayu semata-mata untuk menang pilihanraya.

Akhirnya lima negeri tumbang pada pilihanraya umum 2008. Itu semasa Anwar sudah keluar dari penjara tetapi tidak boleh aktif dalam politik. Selepas najib jadi PM, Najib ubahsuai dasar supaya nampak 1Malaysia. siapa yang srugi di sebalik dasar meritokrasi.

saya terima sms dari Presiden perkasa, datuk ibrahim ali pada jam 5.21 petang sebentar tadi. Tulisnya, 300 biasiswa JPA telah diberi berdasarkan merit kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat 9A+.mengikut Datuk Seri nazri Aziz, Menteri di jabatan Perdana Menteri,dari angka 300 ini, 258 atau 86 peratus diberi kepada bukan melayu dan hanya 42pelajar Bumiputera atau 14 peratus mempunyai kelayakan mengikut merit.Datuk ibrahim Ali mengajak orang melayu merenung penerusan gejala meritokrasi.

Mujur ada orang seperti ibrahim ali yang berani menyuarakan soal ini? Di mana suara pemuda UMNO? Bagaimana pula pemuda PAS? Hari ini BN masih memerintah negara, orang melayu sudah kehilangan hak gara-gara meritokrasi. Cuba bayangkan pada tahun 2012 pakatan rakyat memerintah malaysia, apa akan jadi kepada pelajar melayu? oleh itu lu pikirlah sendiri seperti kata Nabil.

Di zaman mahathir, soal ini tidak kedengaran kerana Mahathir masih ada semangat Melayu. adakah najib sudah hilang semangat Malayu. Oleh itu jika UMNO mahu terus kekal, perjuangkanlah nasib orang melayu. Peduli apa pada MCA dan MIC? Jangan orang melayu marah kepada UMNO kerana UMNO yang menggadaikan hak orang melayu.

Rabu, Julai 28, 2010

SIAPA UNTUNG BILA GURU BERPOLITIK?


Apabila guru gred 41 hingga 48 dibenar berpolitik, apakah ia akan menguntungkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau merugikan?

Memang benar tidak semua 400,000 guru diseluruh negara akan terbabit namun, tidakkah ini akan memberikan peluang lebih terbuka untuk guru memegang jawatan penting parti?

Yang pastinya, akan lebih ramai kalangan guru akan memegang jawatan politik sama ada di bahagian atau juga cawangan.

Dan jangan lupa, ramai juga guru yang terpengaruh dengan cakap-cakap pembangkang yang mahu mewujudkan peluang sama rata dan pendemokrasian dalam pelbagai bidang.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata bermula 1 Ogos 2010 ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Mohd Sidek yang membuat pengumuman itu berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti disiarkan oleh Bernama.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

Keputusan ini walaupun dilihat akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) namun ada pihak mengatakan ia akan memperkuatkan lagi ‘bantahan kepada kerajaan’.

Ini kerana ramai guru yang nampaknya seakan-akan ada perkara yang mereka tidak puas hati dengan kerajaan.

Bukan soal gaji tetapi tidaklah diketahui sama ada berkaitan perkhidmatan atau memang mereka melihat janji pembangkang lebih ‘menarik’.

Ada sesetengahnya mengatakan mereka meluat melihat sesetengah ahli politik. Namun sebahagian lagi mengatakan dengan adanya orang politik mudah bagi mereka buat program.

Cuma kerajaan jangan tersilap perkiraan. Menaikkan pangkat dan gaji tidak bermakna mereka akan menyokong kerajaan.

Lihat sahaja apabila gaji dinaikan sebelum pilihan rya 2008 lalu.
Apakah kebanyakan guru yang mendapat ‘durian runtuh’itu memilih BN?

(dipetik dari hambali1.blogspot.com)

Ahad, April 18, 2010

SIAPA MENANG AHAD DEPAN?


Siapa menang dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad depan menarik perhatian kita. Adakah calon BN, Kamalanathan atau calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim? Dua calon Bebas dikatakan tidak ada harapan untuk menang setakat 100 undi sorang bolehlah pungut.

Jika kedua calon Bebas ini berjaya memecahkan undi para penyokong BN, maka calon PKR yang menang. Ahli-ahli UMNO kecewa kerana BN meletakkan calon MIC untuk merampas kerusi itu dari PKR. Pada masa yang sama para penyokong bekas ahli parlimen mereka, Palanivel turut kecewa kerana Planivel tidak dicalonkan semula.

Sewaktu Zaid dalam BN tidak timbul dia peminum arak. Bila masuk PKR, barulah timbul isu ini. Kenapa sewaktu beliau dalam BN tidak pernah disebut bahawa dia adalah peminum arak tegar? Itulah politik. BN tidak ada isu lain terpaksa membawa isu peribadi Zaid kerana dia adalah seorang menteri yang berprinsip.

Kalau mahu dengar suara kuat di Dewan Rakyat, hantarlah Zaid ke sana. Jika tidak bila BN menang, Palanivel terpaksa mencari kerusi lain pula dalam pilihanraya umum akan datang. Selamat mengundi para pengundi Hulu Selangor/

Selasa, Januari 27, 2009

SIAPA YANG RASIS?


Ada orang menuduh saya rasis bila saya tulis mengenai tindakan dua timbalan menteri India. Saya bukannya marah dia nak bela penjenayah, Kugen tetapi yang saya marah caranya tak betul. Mereka kan timbalan menteri. Tak perlu serbu bilik mayat. Mereka boleh telefon Pengarah Hospital Serdang.


Cerita terbaru keluarga KUgen nak buat perarakan mayat Kugen pula. Macam peristiwa sebelum 13 Mei 1969 pula. Apa semuanya ini? kenapa ia perlu dipolitikkan? Suspek mati dalam lokap sudah biasa kita dengar. Bukan saja orang India, malah orang Cina dan Melayu pun ada yang mati dalam lokap polis. Tapi orang China dan orang Melayu tidak politikkan isu ini.


Yang menjadi masalah Hindraf bertindak campurtangan. Jadi dua timbalan menteri nak jadi hero, terust serbu bilik mayat kerana dia bimbang DAP dan PKR yang dapat nama dalam isu ini. Cara mereka bertindak tidak ikut peraturan kena ambil tindakan. Bila Datuk Zaid Ibrahim menentang ISA, UMNO pecatnya dari parti kerana ia menentang dasar kerajaan.


Sepatutnya MIC memecat dua timbalan menteri dari parti itu kerana mereka sebagai anggota kerajaan tidak ikut peraturan. Yang dipecat ialah Mutupalaniapan yang mahu tentang Samy Vellu bagi jawatan Presiden MIC. MIC tak payah jadi herolah dalam isu ini. Samy Vellu cukuplah pimpin MIC. Pasal terlalu lama memimpin MIC, orang India muak dengan kamu.


Dalam isu ini saya minta polis siasat secara mendalam. Kita tidak sokong siapa yang pukul Kugen kerana yang bersalah patut dibawa ke muka pengadilan. Cuma yang kita marah cara menyelesaikan isu ini tidak ikut peraturan. Apatah lagi ia dilakukan oleh dua orang timbalan menteri.