Selama 22 tahun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Sepanjang 22
tahun berkuasa Dr Mahathir mempunyai empat orang timbalan, Musa Hitam, Ghafar
Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Dr Mahathir berharap Anwar akan
menggantikannya tetapi recession 1998 menyebabkan Anwar disingkir dari menjadi
penggantinya.Anwar terpengaruh dengan formula IMF tetapi Dr Mahathir ada
formulanya sendiri apabila George Soros menyerang Ringgit Malaysia (RM). Dr Mahathir menambat RM yang mana akhirnya
formula Dr Mahathir diterima dunia.
Dr Mahathir melantik Pak Lah sebagai pengganti
Anwar. Bosan dengan sikap orang Melayu tidak berubah, maka Dr Mahathir
melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada Pak Lah pada tahun
2003.
Pak Lah bercadang melantik
Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri (TPM). Tetapi Dr Mahathir
mahu Najib Razak dilantik sebagai TPM. Dua kali Dr Mahathir menyebut nama
Najib. Malah Dr Mahathir mengugut Pak Lah jika Pak Lah tak lantik Najib sebagai
TPM, beliau akan memboikot majlis perpisahan yang diadakan untuk bekas PM itu.
Maka terpaksa Pak Lah melantik
Najib sebagai TPM sedangkan beliau sudah ada pilihannya sendiri, Muhyiddin.
Muhyiddin yang kecewa dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani. Di zaman Pak Lah kementerian itu diberi nafas baru dan diberi peruntukan
yang besar.
Pada PRU yang pertama diketuai
Pak Lah pada tahun 2008, BN menang besar. Terengganu yang kalah pada tahun 1999
dapat dirampas semula. Tetapi Pak Lah dikuasai oleh menantunya, Khairy
Jamaluddin yang menyebabkan ramai orang kecewa mengadu kepada Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengkritik Pak Lah
secara terbuka kononnya Pak Lah PM yang suka tidur. Malah menantu Pak Lah jadi sasaran kritikan
Dr Mahathir. Kemuncak perselisihan Dr Mahathir-Pak Lah, Dr Mahathir isytihar
keluar dari Umno kerana beliau tidak dapat lagi menerima kepimpinan Pak Lah.
Siapa yang lantik Pak Lah dahulu
sebagai TPM kalau bukan Dr Mahathir? Maknanya orang pilihan beliau sendiri yang
gagal menjalankan amanah sebagai PM. Serangan berterusan Dr Mahathir terhadap
Pak Lah menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008.
Maka Pak Lah didesak berundur
oleh Muhyiddin dan Najib menjadi PM baharu pada tahun 2009. Najib gagal
mendapat majoriti dua pertiga juga pada PRU sulungnya pada tahun 2013. Tetapi
najib tidak didesak berundur kerana prestasi Umno semain baik dapat merampas
Kedah dari tangan PAS. Malah Umno ada 88 kerusi berbanding di zaman Pak Lah.
Enam tahun Najib mengemudi
negara, baharulah Dr Mahathir menyerang Najib dengan isu 1MDB, Altantunya dan
GST. Isu ini disepakmula oleh PKR dan kini Dr Mahathir memonopoli isu tersebut
secara berterusan. Dr Mahathir turut
kesal kerana dia yang mahu Pak Lah lantik Najib sebagai TPM. Jika Muhyiddin
jadi PM hari ini, mungkin Dr Mahathir tidak menyerang kepimpinan Muhyiddin.
Najib sudah keras kepala kata Dr
Mahathir. Kalau Pak Lah diserang kerana menantunya campur tangan dalam
pentadbiran Pak Lah, Dr Mahathir menyerang Najib kerana isterinya Rosmah Mansor
terlalu over seolah-olah menjadi PM pula.
Ini yang menimbulkan kemarahan
rakyat kerana Rosmah dilihat terlalu menonjolkan kemewahan. Malah majlis
perkahwinan anaknya dilihat sebagai majlis yang terhebat di abad ini. Dr
Mahathir menegur sepanjang dia menjadi PM dia tidak pernah membuat majlis
perkahwinan anaknya besar-besaran.
Najib sudah enam tahun menjadi PM
Malaysia. Salah siapa? Salah Dr Mahathir kerana dia yang mahu Pak Lah lantik
Najib sedangkan Pak Lah mahu Muhyiddin ketika itu. Takdirnya hari ini Muhyiddin
jadi PM, isu 1MDB tidak kedengaran.
Apa punca sebenar kemarahan Dr
Mahathir terhadap Najib? Menurut sumber, Dr Mahathir cuba menghalang Najib
menandatangani TPPA pada bulan September ini. Najib menerima TPPA dan baik
dengan Obama dan Amerika Syarikat manakala Dr Mahathir dilihat anti Barat. Dr Mahathir tidak bersetuju Malaysia
menandatangani TPPA yang dianggapnya sebagai penjajahan baru. Oleh itu Dr
Mahathir terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Dr Mahathir tidak
mahu melihat Malaysia jadi boneka Amerika Syraikat.
Akan tetapi Dr Mahathir tidak
gentleman. Beliau menyerang Najib tetapi anaknya Mukhriz masih kekal sebagai MB
Kedah. Jika Dr Mahathir anak jantan, beliau sepatutnya suruh Mukhriz meletakkan
jawatan sebagai MB Kedah kerana Mukhriz juga tidak wajar bersekongkol dengan
kepimpinan Najib.
Dalam hal ini Pak Lah lebih
gentleman dari Dr Mahathir. Selepas Najib angkat sumpah sebagai PM keenam pada
tahun 2009, Pak Lah dikatakan setiap minggu menemui Najib memujuk Najib
melantik menantunya sebagai menteri kerana Khairy baru menenag jawatan Ketua
Pemuda tetapi Najib tidak tunduk kepada permintaan Pak Lah. Pak Lah tidak
merajuk dan tidak menyerang Najib.
Sebaliknya bila Najib enggan buat
jambatan bengkok Dr Mahathir, Dr Mahathir mula menyerang Najib secara terbuka.
Kritikan Dr Mahathir kepada kerajaan Pak Lah menyebabkan Pak Lah gagal mendapat
majoriti dua pertiga pada PRU 2008. Jika dalam PRU 2013 BN tewas di bawah
kepimpinan Najib, maka Dr Mahathirlah punca kekalahan BN itu.
Raja Mendaliar seorang mamak menjatuhkan
kerajaan Melaka maka seorang lagi mamak, Dr Mahathir yang menjadi Raja
Mendaliar baharu yang menjatuhkan kerajaan BN pada tahun 2018. Itulah peranan
mamak dalam menjatuhkan kerajaan Melaka dan Malaysia.