Jumaat, September 02, 2016
BUKTI POLITIK WANG MASIH ADA DALAM UMNO
Veteran Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang memberikan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.
Katanya, tindakan itu sekali gus memalukan Umno yang di label negatif sebahagian besar rakyat sekarang, lapor Astro Awani.
"Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh.
"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap Umno.
"Ini merunsingkan saya jika tauladan ini dikemukakan kepada khalayak. Umno akan sentiasa berada dalam kancah negatif khasnya mereka yang berada dalam barisan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Malaysiakini pada Ahad lalu, melaporkan Jamal terpaksa membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.
Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan dengan pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan berkenaan.
Namun, selepas mendapatkan penjelasan dari Jamal sendiri, pihaknya berkata wang RM1,000 itu diagihkan kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan Umno.
Jamal turut menjelaskan pemberian RM1,000 itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini.
Malah, Jamal berkata sumbangan tersebut diperolehi oleh mereka bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.
Sementara itu, dakwaan Rais terhadap Jamal yang melakukan politik wang turut dimuat naik di laman Twitternya.
Rais yang juga penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan turut mempersoalkan isu yang timbul pada masa pimpinan parti sedang berhadapan dengan tohmahan dan keadaan yang tidak menyenangkan.
"Tidak pernah seorang pemimpin Umno di peringkat ketua bahagian yang membuat pengakuan seumpama itu ketika ini.
"Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya kepentingan remeh dan sebagainya.
"Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Majlis Tertinggi (MT) Umno juga seharusnya membuat teguran itu dan meminta mana-mana pemimpin parti menghentikan perbuatan seperti Jamal.
Katanya, ketika beliau berada di dalam parti Melayu itu, perkara tersebut tidak pernah berlaku.
"Selama ini saya di dalam Umno, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh. Jadi MT perlu berbuat sesuatu," beliau dilaporkan sebagai berkata.
PASIR RAJA SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
Pasir Raja adalah sebuah kampung terpencil di Hulu Dungun, Terengganu. Kampung tersebut dekat di hati saya kerana datuk saya, arwah Penghulu Haji Abdullah Omar pernah menjadi penghulu mukim tersebut pada tahun 1966 hingga 1967.
Dua tahun duduk di Pasir Raja, pada tahun 1968, Haji Abdullah menjadi penghulu Mukim Belara di Banggol Peradong, Kuala Nerus di mana saya bersekolah di situ sekelas dengan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rahin Mohd. Said.
Saya dibela dari kecil oleh datuk saya sebagai anak sendiri. Maka saya panggil datuk saya, ayah dan nenek saya, Cik. Ayah ada dua isteri, Hajah Zaharah iaitu Cik isteri pertama dan Tengku Jara, Cik Muda sebagai isteri kedua.
Oleh kerana anak anak Cik sudah bersekolah menengah maka Cik tidak ikut ayah duduk di Pasir Raja sebaliknya menyewa di Kg Tanah Lot, Dungun. Saya yang baru masuki darjah satu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Oleh kerana anak tunggal Cik Muda belum bersekolah, maka Cik Muda yang ikut ayah duduk di Pasir Raja.
Namun demikian apabila cuti sekolah saya ikut ayah ke Pasir Raja duduk dengan ayah selama seminggu. 50 tahun lalu balai penghulu tempat ayah duduk dekat dengan sekolah rendah dan saya masih ingat Cikgu Ishak adalah guru besar sekolah tersebut.
50 tahun meninggalkan Pasir Raja menyebabkan saya teringin mengunjungi kampung tersebut sekali lagi. Dari dahulu memang saya ingin ke sana tetapi tidak pernah ada kesempatan. Minggu lepas saya mengikut kawan saya, Kamal Abdul Aziz ke kampung tersebut. Kamal, 50, berasal dari Air Putih, Kemaman mengenali Pasir Raja sejak tahun 1996 lagi membawa pelancong Eropah jungle trekking di Gunung Berembun. Syarikat Kamal yang berpusat di Cherating, Pahang telah membawa lebih 1,000 orang pelancomg Eropah dari Norway, Sweden, Denmark, Peranchis, Jerman dan Belanda menikmati keindahan flora dan fauna Pasir Raja.
Dengan modal yang kecil, Kamal telah memperkenalkan Pasir Raja sebagai produk pelancongan ke Eropah dan sempena Tahun Melawat Terengganu pada tahun 2017, sepatutnya kerajaan negeri memberi insentif kepada Kamal supaya membawa lebih ramai lagi pelancong dari luar negara ke Pasir Raja.
Saya seronok pergi ke Pasir Raja kerana orang kampung masih mengenali arwah ayah saya, Haji Abdullah Omar. Ketua Kampung, Ahmad Mazhar, 64, mengimbau kembali kenangannya bersama ayah yang juga menantu Cikgu Haji Yusuf Kemasik.
50 tahun lalu Ahmad Mazhar baru berusia 14 tahun manakala saya berusia 7 tahun. Othman Hitam, 74 tahun juga masih mengingati ayah. Begitu juga Tambi, 70 tahun. Berada satu hari di Pasir Raja dari pagi hingga ke petang duduk di chalet yang dibina oleh Ketengah menyebabkan jiwa anda tenang kerana kesucian Pasir Raja dengan sungainya yang cetek masih terpelihara. Mengunjungi Pasir Raja bagaikan balik ke kampung sendiri apatah lagi melihat kemesraan penduduk kampung yang mengenali arwah ayah. Mereka melayani saya sebagai penduduk Pasir Raja yang telah lama hilang dan pulang ke kampung halaman.
50 tahun dahulu kami nak pergi ke Pasir Raja dari bandar Dungun menaiki bot selama dua hari. Dari pagi bertolak sampai petang tidur di Jerangau. Esoknya baru bertolak ke Pasir Raja sampai petang kerana air sungainya yang cetek terpaksa menolak bot. Pada tahun 1966, Pasir Raja terletak di bawah kawasan parlimen Kemaman. Ketika itu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad masih ahli parlimen Kemaman turut bermalam di Pasir Raja menemui penduduk kampung ketika ayah menjadi penghulu Pasir Raja.
Paling seronok bila ada pementasan sandiwara di sekolah, anak anak Pasir Raja berlakon dan bila muncul watak wanita, orang kampung bersorak kerana wanita itu sebenarnya adalah pelakon lelaki yang mekap seperti wanita.
Selepas Wan Mokhtar menjadi MB pada tahun 1974, beliau membuat jalan dari pekan Al Muktafi Billah Shah (AMBS) ke Pasir Raja yang siap pada tahun 1980. Dari simpang AMBS (atau Durian Mas) ke Pasir Raja sejauh 40km kini boleh sampai dalam masa 45 minit berbanding dua hari dari bandar Dungun 50 tahun yang lalu.
Pasir Raja kini telah melahirkan ramai anak yang dapat masuk ke pusat pengajian tinggi. Bekas ADUN Rantau Abang, arwah Shafie Daud merupakan anak Pasir Raja yang pertama memasuki universiti dan akhirnya menjadi Kadi Daerah Dungun sebelum menjadi YB.
Kini 70 peratus penduduk Pasir Raja mempunyai kenderaan. Ini menggambarkan betapa mewahnya penduduk Pasir Raja sekarang berbanding 50 tahun lalu yang tidak pernah melihat kereta melintas di kampungnya.
Maka usaha memperkenalkan Pasir Raja sebagai pusat pelancongan seperti yang dilakukan oleh Kamal perlu diteruskan. Syabas Kamal.
Keterangan gambar dari atas ke bawah
1. Kamal@Nasir malim jungle trekking Gunung Berembun, Pasir Raja
2. Balai penghulu Pasir Raja yang terbiar pernah didiami oleh arwah ayah
3. Bersama ketua kampung, Ahmad Mazhar
4. Bersama Othman Hitam yang mengenali arwah ayah
5. Bersama Tambi yang juga mengenali ayah
6. Sungai Pasir Raja yang cetek (gambar bawah)
7. Di antara peserta jungle trekking yang menikmati keindahan Pasir Raja (semua gambar di bawah ini)

Langgan:
Catatan (Atom)