Ahad, April 10, 2011
ISU KITAB INJIL PENGARUHI PENGUNDI KRISTIAN?
Sejauh mana isu kitab injil dalam Bahasa Melayu boleh memberi kemenangan kepada BN? Adakah kaum kristian akan mengundi BN?
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengaku dirinya bertanggungjawab menyelesaikan kemelut kitab Injil berbahasa Melayu di kalangan masyarakat pribumi Kristian di negeri itu.
NONEBercakap kepada kira-kira 1,000 penganut Kristian yang berketurunan Melanau semasa merasmikan Gereja St Peter/St Paul bernilai RM10 juta di Mukah hari ini, Taib berkata sebaliknya pembangkang tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.
"Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.
"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.
"Jadi sekarang, tidak ada lagi benda-benda mengarut ini,” kata Taib.
NONETaib juga menafikan pengecapan nombor siri itu adalah arahan kerajaan pusat tetapi sebaliknya menyalahkan pegawai bawahan kerajaan negeri yang menyalah-tafsirkan arahan berkenaan.
"Pegawai bawahan saya yang salah tafsir. Apabila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) menyedarinya, beliau juga sependapat, adalah lucu bagi mentafsirnya (seumpama itu),” katanya kepada wartawan.
Tradisi Sarawak
Tegasnya, kitab Injil bahasa Melayu dan toleransi agama telah lama menjadi 'tradisi Sarawak”.
NONE"Ini tradisi Sarawak. Kita sudah amalkan lama dulu. Mengapa buat sesuatu yang buat rakyat marah?
"Jangan sesekali mencampuradukkan agama dengan politik. Tiada apa yang lebih mudah bergejolak, senang menimbulkan provokatif berbanding mencampurkan kedua-duanya (politik dan agama).
"Tidak dapat dielakkan, kita akan bergaduh jika kita cuba mempolitikkan agama, lebih-lebih lagi jika isu perkauman dibabitkan sama," katanya.
Kontroversi itu tercetus apabila dua penghantaran kitab Injil berbahasa Melayu dirampas oleh kementerian dalam negeri - 5,100 di Pelabuhan Klang dan 30,000 lagi di Kuching.
NONESebelum ini, kerajaan mengumumkan 'Al-Kitab' tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana mempunyai beberapa perkataan yang hanya 'eksklusif' untuk orang Islam.
Pada majlis ini, Taib juga sempat membidas Pakatan Rakyat yang didakwanya hanya tahu untuk menimbulkan kemarahan orang ramai dan lebih-lebih lagi jika "kita semua mempunyai rasa marah dan curiga terhadap satu sama lain... antara orang Kristian, Islam, Hindu atau pun Buddha".
"Kita mesti tidak boleh memberikan kebebasan kepada pelampau ekstremis agama untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat serta negara kita," katanya.
[Baca berita penuh]
Semakin selesa
Sementara itu, Bernama melaporkan Taib turut membidas slogan Pakatan Rakyat yang mendesak rakyat mengundi untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya negeri 16 April ini.
NONE"Saya telah melakukan perubahan di negeri ini sejak 50 tahun lalu. Orang ramai kini sudah semakin selesa. Mereka kini mempunyai taraf kehidupan lebih baik, gaya hidup yang lebih selesa. Kita mempunyai rangkaian jalan raya yang baik, kemudahan prasarana, sekolah-sekolah dan lebih ramai berpendidikan tinggi," katanya.
Beliau berkata mereka sepatutnya bertanya kepada diri sendiri apakah perubahan yang akan mereka lakukan untuk menukar kerajaan akan membawa kebaikan atau keburukan serta ke arah ketidakstabilan dan ketidaktentuan.
Taib berkata orang ramai akan berhadapan dengan masa hadapan tidak menentu jika mereka memilih pemimpin seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NONE"Kita mesti mengekalkan apa yang telah kita ada... masyarakat yang bersatu padu, harmoni, stabil, makmur, progresif dan masyarakat yang dihormati di mana kita mempunyai kebebasan di mana kita mempunyai kebebasan untuk mencapai apa yang baik dan dihasratkan.
"Itu sebabnya apabila saya mengundurkan diri nanti saya akan menyerahkan pentadbiran negeri ini kepada pemimpin baru, orang yang berkelayakan maka tidaklah berlaku perubahan ke arah keburukan," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)