Rabu, Mei 25, 2011

1MALAYSIA UNTUNGKAN SIAPA?


Di zaman pak lah jadi PM, pak lah promosi Islam hadhari. Apabila Datuk Seri najib tun razak jadi Pm, Islam hadhari hilang entah ke mana. najib promosi 1malaysia pula.

dua tahun sudah berlalu najib jadi PM, mari kita analisis siapa yang untung di sebalik 1Malaysia. Kenapa BN perlu ikut rentak pakatan rakyat? pakatan rakyat sanggup menghapuskan hak istimewa orang melayu kerana memancing undi bukan Melayu. anwar ibrahim yang nasionalis sebelum ini sanggup menggadai hak orang Melayu semata-mata untuk menang pilihanraya.

Akhirnya lima negeri tumbang pada pilihanraya umum 2008. Itu semasa Anwar sudah keluar dari penjara tetapi tidak boleh aktif dalam politik. Selepas najib jadi PM, Najib ubahsuai dasar supaya nampak 1Malaysia. siapa yang srugi di sebalik dasar meritokrasi.

saya terima sms dari Presiden perkasa, datuk ibrahim ali pada jam 5.21 petang sebentar tadi. Tulisnya, 300 biasiswa JPA telah diberi berdasarkan merit kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat 9A+.mengikut Datuk Seri nazri Aziz, Menteri di jabatan Perdana Menteri,dari angka 300 ini, 258 atau 86 peratus diberi kepada bukan melayu dan hanya 42pelajar Bumiputera atau 14 peratus mempunyai kelayakan mengikut merit.Datuk ibrahim Ali mengajak orang melayu merenung penerusan gejala meritokrasi.

Mujur ada orang seperti ibrahim ali yang berani menyuarakan soal ini? Di mana suara pemuda UMNO? Bagaimana pula pemuda PAS? Hari ini BN masih memerintah negara, orang melayu sudah kehilangan hak gara-gara meritokrasi. Cuba bayangkan pada tahun 2012 pakatan rakyat memerintah malaysia, apa akan jadi kepada pelajar melayu? oleh itu lu pikirlah sendiri seperti kata Nabil.

Di zaman mahathir, soal ini tidak kedengaran kerana Mahathir masih ada semangat Melayu. adakah najib sudah hilang semangat Malayu. Oleh itu jika UMNO mahu terus kekal, perjuangkanlah nasib orang melayu. Peduli apa pada MCA dan MIC? Jangan orang melayu marah kepada UMNO kerana UMNO yang menggadaikan hak orang melayu.

Selasa, Mei 24, 2011

EMPAT KERUSI PAS YAKIN DITAWAN SEMULA


Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman, Kamal Harun yakin BN dapat menawan semula empat kerusi PAS pada pilihanraya umum akan datang.

katanya, beliau bersetuju dengan pandangan pengerusi perhubungan UMNO Terengganu, datuk seri Ahmad Said bahawa UMNO Terengganu yakin dapat menawan semula empat kerusi PAS pada pilihanraya umum akan datang.

menurut Kamal, empat kerusi yang diyakini ditawan semula ialah Sura, Bukit payong,Ladang dan Bukit Tunggal.

"Malah BN boleh tawan semua 10 kerusi PAS jika ahli UMNO mengenepikan siapa yang jadi calon. PAS tidak kuat tetapi oleh kerana ahli UMNO bertelagah sesama sendiri maka PAS yang menang," kata beliau yang juga disebut-sebut bakal calon BN di DUN Air Putih.

Kamal yang juga anak bekas ADUN Air Putih (1986-1999)adalah di antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Wan Hakim Wan Mokhtar yang tidak popular di kalangan rakyat Air Putih. Nama lain yang disebut sebagai calon ialah Wan Ahmad nizam Wan hamid, rosli Ahmad, tuan kecil tuan tengah dan jantan mohamad.

Katanya lagi, PAs menang dengan majoriti yang kecil di Sura, Bukit payong, Ladang dan Bukit Tunggal.


"Oleh itu jika BN meletakkan calon yang sentiasa turun padang maka BN dapat tawan semula keempat-empat kerusi itu," katanya lagi. Di antara calon yang sentiasa turun padang di DUN Bukit tunggal ialah Wan Nor islam atau Cikgu Lam.

Isnin, Mei 16, 2011

TIDAK MUSTAHIL TAWAN BATU BURUK


Tidak mustahil BN dapat tawan DUN Batu Buruk pada pilihanraya umum akan datang sekiranya semua ahli UMNO bersatu. Yang jadi masalah ramai sangat yang nak jadi calon. Bila si A jadi calon, si B yang peteh keting. Begitu juga bila si B jadi calon, si A pula yang peteh keting.

Oleh itu BN gigit jari jika masalah ini tidak dapat diselesaikan. Jadi bagaimana Ketua UMNO Bahagian, Datuk Wan Farid Wan Salleh mahu selesaikan masalah ini? Sepatutnya siapa yang mahu ditonjolkan sebagai calon perlu bergerak dari sekarang. Dekati rakyat seramai mungkin. Bila rakyat sudah kenal, tak banyak kerenah menjelang hari pembuangan undi.

Yang menjadi masalah ialah calon turun padang di saat-saat akhir hingga menyebabkan ketua cawangan sendiri tidak dikenali calon. Pada tahun 2008, BN meletakkan exco puteri UMNO Malaysia,Nordiana Shafei sebagai calon. Ada ketua cawangan yang kecil hatikerana Nordiana tidak panggilnya minta tolong sedangkan sepanjang pilihanraya sepatutnya calon memerlukan semua kerjasama ketua cawangan.

Oleh itu hasrat MB supaya Batu Buruk ditawan pada pilihanraya umum akan datang bukanlah perkara mustahil dengan syarat semua pemimpin dalam UMNO Batu Buruk bersatu dan tidak ada niat untuk peteh keting sesama sendiri.

Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Burok berazam akan mengembalikan kawasan itu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas 20 tahun dipimpin Parti Pas.

Lebih bersemangat lagi selepas mendengar janji Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said akan membina 1,000 unit rumah mampu milik sekiranya DUN Batu Buruk berjaya ditawan BN.

Pada setiap ucapan sempena Program Sehari Rakyat Bersama YAB Menteri Besar yang melibatkan 11 kawasan DUN Batu Burok, Ahmad Said tidak lupa menghebahkan perkara itu supaya rakyat mengingatinya selain berpesan mengundi BN.


Antara kawasan yang dikunjungi bermula jam 7.30 pagi Sabtu lalu, termasuk Pantai Chendering, Taman Seri Desa Chendering, Pusat Komuniti Kampung Raja, Taman Permin Jaya,Pusat Komuniti Che Kundor dan Taman Bukit Bayas.

Pada sebelah malam pula, Menteri Besar hadir mendengar ceramah politik, jamuan makan malam bersama rakyat dan seterusnya menyampai hadiah kepada warga berjasa, rumah terbersih.

Bagi isteri Menteri Besar, Toh Puan Nurliza Mahmud pula, beliau mempunyai acara sendiri seperti melawat tadika dan menyertai aktiviti wanita setempat.

Turut hadir dalam program sehari itu, Pegawai Pembangunan DUN, Datuk Che Mat Jusoh; Pegawai Pembangunan Parlimen yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail dan beberapa pemimpin masyarakat

Seramai 26,344 pengundi pemilih di DUN Batu Buruk yang melibatkan 11 peti undi termasuk Peti Undi (PU) Pantai Batu Buruk, PU Kenanga, PU Kampung Nibong, PU Gong Tok Nasek, PU Bukit Depu, PU Permin Jaya, PU Chendering, PU Chendering Pantai, PU Kolam Kuala Ibai, PU Kuala Ibai dan PU Mengabang Tengah.

Seorang penduduk, Idris Mahmud, 40 ketika ditemui pemberita Teganukita berkata, dia kesal dengan sikap pemimpin Pas yang langsung tidak mengambil peduli kebajikan rakyat walaupun mengetahui terdapat penduduk di kawasan ini berada dalam kesusahan.

Katanya, jika ada kematian, berlaku bencana alam atau sebagainya, mereka hanya berdiam diri sebaliknya pemimpin BN yang datang membantu.

“Saya sedih sekiranya ada penduduk di negeri ini masih mengundi parti Pas pada pilihan raya akan datang yang sememangnya sudah terbukti tiada hala tuju,” katanya.

Ahad, Mei 15, 2011

KEDEKUT PUN MAHU JADI CALON


Pagi kelmarin saya menemui seorang bekas YB di sebuah DUN di Terengganu di Starbuck the Mall. Beliau adalah seorang Exco di zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri besar di terengganu. Ketika tsunami melanggar terengganu pada tahun 1999, YB ini kalah bertanding di kerusi parlimen.

Sekarang ini dia sudah kaya. Dia rapat dengan PM kerana dia pernah jadi pengurus kempen ketika Datuk seri Najib bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tidak lama dahulu.Dengan pertolongan Najib, dia dapat satu projek yang menguntungkannya. Dia pernah pakai kereta Iswara. Kini dia sudah ada Mercedes lampu bulat. Inilah kelebihan bekas YB ini yang baik dengan Najib.

Oleh kerana ADUN di kawasannya orang kuat Datuk seri Idris Jusoh, maka dia sudah pasang angan-angan untuk menjadi YB sekali lagi. Datuk Shahrir Samad sudah lama bersara dari politik akhirnya kembali bertanding semula. Oleh itu kalau bekas YB ini pasang angan-angan untuk bertanding semula bukan perkara yang mustahil.

Saya agak rapat dengannya ketika dia jadi YB dahulu. Dari dahulu dia kedekut. Rupa-rupanya sifat kedekut masih lagi jadi tabiatnya. Saya dipelawa minum tapi dia tak beri duit pun nak beli air. Bukan saya tiada duit nak beli air, tapi saya nak tengok dia ni masih kedekut atau tidak. Terbukti dia masih kedekut seperti dahulu.

Oleh itu tak payahlah bekas YB ini berangan jadi calon menggantikan bekas Exco yang tak ngam dengan Menteri Besar sekarang. Lupakanlah hasrat nak jadi calon kalau dia kekal dengan sifat kedekutnya itu.Rakyat akan menyampah dengan siksp Haji Bakhilnya itu. Oleh itu tumpukanlah kepada bisnesnya sekarang.

Rabu, Mei 11, 2011

ALIAS JADI CALON PAS ALOR LIMBAT?


Nampak sangat ADUN alor Limbat, Alias Abdullah ini bodoh. Dia kata dia sanggup pertahankan Haji Hadi kalau Presiden PAS itu dicabar dalam pertandingan parti PAS.

Lebih baik Alias masuk PAS kerana memuji Haji Hadi sewaktu berucap dalam perbahasan di Dewan Undangan Negeri. Mungkin dia sudah tahu dia tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang oleh UMNO kerana dia penentang utama Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad said. Maka inilah peluangnya untuk membodek Haji Hadi untuk jadi calon PAS pula.

Pernahkah ADUN PAS memuji Presiden UMNO dalam perbahasan DUN? Jadi apa yang dibuat oleh Alias ini memang langkah yang bodoh. Oleh itu jangan bimbang Alias. Kalau BN tak pilih awak sebagai calon, Haji Hadi akan pilih awak jadi calon PAs di Alor Limbat.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu terus diberi kepercayaan menerajui Pas kerana Presiden parti pembangkang itu sebenarnya menampakkan keikhlasan untuk berperanan menyatukan orang Melayu.

Seorang penyokong kerajaan, Alias Abdullah (BN- Alor Limbat) menegaskan, beliau akan bersama-sama mempertahankan kedudukan Abdul Hadi (Pas-Ru Rendang) jika kedudukannya dalam parti cuba dicabar.

"Selaku orang Marang, saya beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri sebagai Presiden Pas dan akan tetap mempertahankan beliau pada bila-bila masa.

"Kenapa saya mempertahankan beliau? Kerana saya nampak keikhlasan dalam dirinya untuk menyatukan orang daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas, Insya-Allah, pada suatu hari nanti," ujarnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong usul ucapan penghargaan atas ucapan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Bendahara Raja sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Ke-12.

Alias menarik perhatian, betapa mulianya pemimpin di sisi Allah jika di kalangan mereka dapat melaksanakan suruhan agar umat Islam bersatu padu.

"Alangkah mulianya Datuk Seri Abdul Hadi jika mendahului langkah menyambut salam perdamaian daripada saudara Islamnya sendiri berbanding menjulang kafir harbi.

Tuduhan sezalim-zalim pemimpin UMNO, mereka tetap bersaksikan dua kalimah syahadah tetapi sebaik-baik kafir harbi, mereka tidak meredai Islam bertakhta," ujarnya.

Menjawab pertanyaan Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong) yang bangun mencelah, beliau berkata, pimpinan MCA tidak pernah membuat kenyataan memerangi usaha mendaulatkan Islam berbanding pemimpin DAP yang melontar kalimah 'langkah mayat saya dulu'.

DOA IBU PALING MUSTAJAB


Golongan wanita yang bergelar ibu diingatkan supaya sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan untuk kesejahteraan anak-anak kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.

Perkara itu diamalkan sendiri oleh ibu kepada Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd. Noah yang mengakui tidak putus berdoa siang dan malam untuk kejayaan anak-anaknya.

''Doa ibu paling kuat, di samping saya sentiasa sembahyang tahajud di malam hari berdoa untuk anak-anak,'' jelas Tun Rahah ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Ditanya apakah rahsia beliau dalam mendidik anak-anak terutama Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mampu memimpin negara dengan baik, beliau berkata:

''Saya tidak ada apa-apa rahsia. Najib (sewaktu kecil) macam budak-budak lain, cuma masa belajar dia belajar, masa bermain dia bermain.''

Tambah beliau, Najib yang memanggil beliau dengan panggilan mummy merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan cakapnya.

''Walaupun sekarang ini dia terlalu sibuk, dia ada juga menghubungi saya,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kejayaan Tun Rahah dalam mendidik anak-anak menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sabtu, Mei 07, 2011

VAULTSAFE UALL SATU FENOMENA BARU


Bagi orang yang sering menggunakan laptop atau desktop, mereka bimbang fail yang mereka taip hilang atau kena virus. Simpan fail dalam pen drive pun mungkin terkena virus. Oleh itu seorang rakyat Malaysa, Fauzi Omar mencipta satu kaedah untuk menyimpan fail-fail ini dalam peti besi (vaultsafe) di alam maya.

Bila anda pergi ke luar negara, anda tidak perlu membawa laptop anda. Sebaliknya bawa password peti besi ini untuk dibuka di komputer di luar negara. Dengan sendirinya fail anda akan terpapar di skrin komputer. Inilah inovasi teknologi terbaru. Fauzi Omar bersama partnernya Mazlie Muhammad mencipta vaultsafe ini. Fauzi terdahulu pernah mencipta tuku refleksi.

Oleh kerana vaultsafe uall.com masih baru diperkenalkan pada bulan ini, maka inilah peluang terbaik kepada rakyat Malaysia untuk melanggan vaultsafe ini. Untuk memberi peluang kepada pelanggan maka Fauzi merangkumkan vaultsafe ini dengan program affiliate. Melalui gabungan pintar ini affiliate bakal meraih rebat sehingga RM60 ribu sebulan.

Saya menyeru kepada semua pembaca blog ini supaya menjadilah ahli vaultsafe uall. Anda boleh melayari website saya http://www.vaultsafeuall.com/?ref=zabby1.

Saya bertuah dapat berkenalan dengan Fauzi Omar yang sentiasa mencipta sejarah sendiri.

Saya yakin dengan kepakaran Fauzi maka ramai jutawan vaultsafe uall akan lahir tidak lama lagi.Inilah peluang terbaik bagi menjana pendapatan tambahan.