Khamis, Disember 07, 2017

WARNA HITAM MOKHTAR JADI TUMPUAN

KUALA LUMPUR : Veteran Umno, Datuk Mokhtar Samad sebenarnya merupakan seorang ahli politik yang begitu bijak menarik perhatian perwakilan dan pemerhati politik mendekati beliau.

Ketika perwakilan Umno menggayakan pakaian kebangsaan iaitu baju Melayu berwarna merah dan sampin warna sama, beliau lebih selesa berpakaian suit hitam berwarna gelap.

Beliau berpendapat warna hitam yang dipakainya itu bukan sahaja mampu menarik perhatian hadirin menjeling kepada beliau malahan penampilan berbezanya itu membuatkan dirinya lain dari yang lain.

Memang benar apa yang dikatakan beliau itu amat tepat sekali.


Ketika Mokhtar melintasi lobi utama PWTC yang pada ketika itu para hadirin sedang asyik mendengar ucapan perwakilan Wanita dari Melaka, kesemua mata tertumpu kepadanya.

Lebih memeranjatkan ada pemerhati lelaki yang duduk bersama-sama pemerhati wanita memanggil nama beliau sambil bersalam dan bertanyakan khabar.

"Dari jauh saya nampak Datuk nak lalu di sini. Awal-awal lagi saya bangun sebab nak bersalam dengan Datuk, " kata lelaki itu.

Apabila Mokhtar bertanya bagaimana lelaki itu boleh mengenali beliau sedangkan orang ramai sesak pada ketija itu lelaki berusia 30-an itu berkata"sebab penampilan Datuk lain dari orang lain. Baju warna hitam yang Datuk pakai ini mudah orang kenal dengan Datuk".

Bercakap mengenai dunia politik pula, bekas Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak ini berkata saranan Timbalan Persdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar pemimpin muda diberi tempat pada Pru 14 nanti beliau menzshirkan persetujuan penuh terhadap saranan tersebut.

Bagaimanapun kata ahli politik berusia 72 tahun itu bakal wakil rakyat muda yang bakal mewarnai landkap politik negeri dan negara mesti menimba ilmu politik dengan pemimpin veteran.

"Walaupun bekas pemimpin itu tak ada kelulusan tinggi tetapi pengalaman politiknya yang harus dipelajari.

"Politik ini dia tak kira orang itu tinggi melangit sijilnya tetapi pengalaman mereka yang paling penting untuk kita pelajari.

"Pengalaman politik ini ia tak ada kat sekolah ataupun universiti, tetapi diperolehi menerusi lamanya seseorang itu aktif dalam politik," katanya.