Ahad, Disember 31, 2017

SEMOGA TAHUN 2018 MEMBAWA LEBIH BANYAK KEJAYAAN KEPADA MHONLINE










Oleh : Hidayat Fansyuri (dipetik dari MHONLINE)

Tahun 2017, adalah tahun yang sukar bagi saya untuk menguruskan portal berita www.mhonline.com.my sejak bermula dari tahun 2013, tahun 2017 adalah tahun dimana saya terpaksa turun mencari sendiri pelanggan sejak ketiadaan Ybhg Dato’ Fatah Iskandar yang banyak membantu portal MH Online setelah beliau berhenti sebagai setiausaha politik di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Walau sesukar manapun keadaan, saya sedar portal ini harus terus bergerak dan saya berusaha untuk mengerakkan dari mula.

Nasib kami agak baik kerana beberapa organisasi sudi membeli iklan di portal kami walaupun tidak lah sebanyak mana tetapi cukup untuk kami bergerak dan membeli beberapa kelengkapan dan menaiktaraf sistem operasi MH Online.

Dari iklan yang diterima, kami terpaksa berjimat sedaya mungkin untuk perbelanjaan selama setahun bagi kos perjalanan, elaun dan lain-lain kos.

Kami bergerak hampir setahun dengan kos iklan yang tidak seberapa itu dan ianya cukup memeritkan, pelbagai proses suka duka dalam mengurus portal ini saya tempuhi satu persatu, masalah kakitangan, sewaan, hampir ditipu, dan berbagai lagi.

Dari situ saya mula belajar dan mengerti selok belok perniagaan media, saya bernasib baik dikelilingi oleh orang yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan.

Zabidi Saidi sebagai ketua editor MH Online banyak membantu saya mengurus portal ini, tanpa beliau mungkin portal ini tidak lagi wujud. Beliau banyak membantu dalam penulisan dan pemasaran iklan.

Seorang lagi Abdullah Karim wartawan senior juga banyak menyumbang kepada MH Online, terima kasih kepada anda semua yang membantu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri kerana menyokong portal kecil ini secara berterusan sejak 2015, kepada pelanggan kami dan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu MH Online Media.

2017 akan terpahat dalam memori MH Online Media, semoga tahun 2018 menjanjikan seribu manfaat, Insya Allah.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 dari kami MH Online Media.

RATING TERTINGGI BAGI BULAN DISEMBER 2017

Disember 2017 menutup tirai 2017 dengan posting "Mokhtar percaya MCA akan bantu calon Umno Bandar Tun Razak" mendapat rating tertinggi sebanyak 1,160 hits. 10 rating tertinggi bagi bulan Disember 2017 adalah seperti berikut:-

1. Mokhtar percaya MCA akan bantu calon Umno Bandar Tun Razak (27 Disember)
2. Rauf tanding parlimen Masjid Tanah? (14 Disember)
3. Perkasa cadang pertemuan tertutup mengenai MA63 (5 Disember)
4. Hishamuddin bukan saingan Zahid (12 Disember)
5. Budiman bakal MB Selangor? (12 Disember)
6. Felda mahu dapatkan semula hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak (21 Disember)
7. Warna hitam Mokhtar jadi tumpuan (7 Disember)
8. Neng Hayati berhasrat tanding Ketua Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak (8 Disember)
9. Latifah Omar akur dengan keputusan parti (29 Disember)
10. Perkasa syukur Dr Zakir Naik dilepaskan dari tangkapan Interpol (20 Disember)

DAPATKAH LANGKAWI TERIMA MAHATHIR SEBAGAI AHLI PARLIMEN?

SHAH ALAM, 30 Dis (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kemungkinan bertanding sama ada di kerusi Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya mungkin bertanding di satu daripada tiga kawasan ini. Mereka beritahu saya bahawa saya punya peluang baik untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

"Jadi bersiap-siaplah untuk itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM berkata parti itu telah memutuskan segala hubungan dengan PAS dalam soal menjalin kerjasama politik.

"Melainkan kalau orang PAS keluar PAS masuk mana-mana parti Pakatan Harapan termasuk PPBM, mereka dialu-alukan," katanya.

Mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa beliau sedang berusaha merundingkan persetujuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelamatkan karier politik anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Mahathir menafikan perkara itu.

Laporan itu antara lain menyebut persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum PRU14 serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pertahanan.

Sebagai balasan, Dr Mahathir kononnya akan berhenti menyerang Najib dan tidak akan lagi bersama Pakatan Harapan, menurut laporan itu.

-- BERNAMA

Jumaat, Disember 29, 2017

RAMAI KETUA PEMUDA BAHAGIAN JADI CALON?

KUALA LUMPUR: Enam Ketua Pemuda Umno Melaka berpotensi diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU 14) bagi mengisi kekosongan wakil rakyat yang berikrar untuk tidak dipilih semula ataupun bakal dicicirkan oleh pucuk pimpinan parti peringkat negeri dan Pusat.




Ketua-ketua Pemuda yang dimaksudkan ialah Hameed M.K Basheer (Masjid Tanah) Rohazam Bakar (Bukit Katil) Datuk Zali Yaafar (Tangga Batu) Khairul Nizam (Alor Gajah) Datuk Abdul Razak Rahman (Kota Melaka) dan Datuk Zaidi Atan (Jasin).




Hameed dikatakan bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Rohazam di Ayer Molek, Datuk Zali di Paya Rumput, Khairul Nizam di Rembia, Datuk Abdul Razak di Telok Mas dan Datuk Zaidi di Rim.




DUN Ayer Limau pada masa ini di wakili oleh Datuk Amiruddin Yusof, Ayer Molek oleh Datuk Md Yunos Husin, Paya Rumput (Sazali Muhd. Din) Rembia (Datuk Norpipah Abdol) Telok Mas (Datuk Latif Tamby Chik) dan Rim (Datuk Ghazale Mohamad).




Kecuali Datuk Amiruddin yang baru sepenggal di Ayer Limau, lima lagi ADUN sudahpun berkhidmat melebihi dua penggal.




Menurut sumber, seandainya Hameed diketengahkan pada kali ini, ini merupakan kali pertama Ketua Pemuda Masjid Tanah mencipta sejarah setelah Masjid Tanah diberikan status Bahagian baru Umno.




Ini adalah kerana sejak 30 tahun lepas belum ada lagi nama Ketua Pemuda bahagian berkenaan diberi peluang menjadi calon dalam mana-mana kawasan dalam Masjid Tanah.




Kali terakhir Ketua Pemuda (masa itu Bahagian Alor Gajah) diberi amanah adalah Datuk Ibrahim Jendol. Beliau menjadi Ahli Parlimen Alor Gajah pada tahun 1990-an.




Menurut sumber itu lagi, berkemungkinan besar Hameed bakal diketengahkan oleh pucuk pimpinan negeri bagi mewakili DUN Ayer Limau memandangkan penglibatan Pensyarah MRSM itu secara total di kawasan tersebut.




Tambahnya lagi, Hameed amat disenangi oleh Ketua Bahagian serta Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron dan para pengundi di DUN berkenaan. Banyak program-program peringkat negeri dan daerah diketengahkan beliau di kawasan itu memandangkan jiwanya amat dekat penduduk setempat.





LATIFAH OMAR AKUR DENGAN KEPUTUSAN PARTI





KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Taboh Naning, Melaka, Datuk Latipah Omar berkata beliau akur dengan apa juga keputusan parti sama ada dirinya dikekalkan ataupun tidak pada Pilihan Raya Umum kali Ke-14 (PRU 14) yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Kata Datuk Latipah, beliau amat terbuka berkaitan perkara ini dan sama sekali tidak akan merungut sekiranya nama beliau tidak tersenarai pada PRU 14 nanti.

“Sekiranya saya dipilih semula, saya akan terus memberikan perkhidmatan sepertimana saya lakukan sepuluh tahun lepas (dua penggal). Sekira sebaliknya, saya tetap menabur bakti kepada masyarakat setempat,” katanya.

Datuk Latipah antara Wakil Rakyat dua penggal di Melaka. Beliau mula menjadi wakil rakyat Taboh Naning pada PRU 12. Pada PRU itu beliau memperolehi 3,873 undi mengalahkan calon PAS, Abd. Halim Said (1,626).

Pada PRU 13, sekali lagi namanya diangkat mewakili Taboh Naning. Kali ini beliau berdepan dengan calon PAS, Abd Halim Ab. Jalil. Beliau memperolehi 4,520 undi dan Abd Halim, 2,165 undi.

Untuk pilihan raya kali ini, dua nama disebut untuk menggantikan beliau. Mereka itu terdiri daripada Zulkifli Datuk Seri Md. Zain dan adiknya, Faizal Datuk Seri Md. Zain.

Datuk Latipah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Masjid Tanah berkata sesiapa sahaja layak dicalonkan untuk PRU 14 ini. Ini adalah kerana Umno sebuah parti untuk semua dan bukan parti individu.

Apa yang penting ialah calon berkenaan mestilah layak serta boleh membwa kemenangan kepada parti.


“Semua ahli Umno layak dicalonkan oleh parti. Tak kiranya mereka itu lama ke ataupun baru masuk parti. Yang paling penting sekali calon tersebut mesti dapat mandat pucuk pimpinan,” katanya.


Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri ada menyarankan agar lebih ramai calon muda diketengahkan pada PRU 14 ini.

Kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini semua bagi memberi peluang dan ruang untuk orang-orang muda memberikan perkhidmatan kepada rakyat serta pada masa sama akan menjadi pengganti kepada orang lama yang satu hari nanti bakal mengundurkan diri dalam arena politik.

Reaksinya kepada pandangan dan saranan itu, Datuk Latipah berkata beliau amat bersetuju dengan pandangan TPM itu dan seterusnya beliau menyarankan kepada pucuk pimpinan parti sama ada di peringkat negeri dan Pusat, supaya pemimpin lama ini digandingkan dengan pemimpin baru pada PRU 14 ini.

Bercakap mengenai kepuasan hatinya setelah dua penggal berkhidmat, beliau menjelaskan, sesiapa sahaja akan mengatakan tidak puas menabur bakti selagi darah daging seorang ahli politik itu, masih mengalir dalam diri mereka.

Walaupun banyak pembangunan telah dibawa beliau ke Taboh Naning, hati dan nalurinya mengatakan masih banyak lagi pembangunan hendak diperkenalkan di kawasan tersebut, asalkan sahaja khidmatnya sebagai wakil rakyat di sambung lagi.

Ditanyakan mengenai masa depan politiknya, Datuk Latipah berkata itu semua diserahkan kepada pucuk pimpinan Bahagian dan Negeri. Selagi denyut nadinya masih berjalan, beliau sedia menyambung khidmat kepada parti, walau di mana sahaja beliau diletakkan.

“Saya orang parti. Sebagai orang parti sudah tentulah saya bersedia menyambung khidmat dan jiwa saya memang dekat dengan pengundi saya di Naning (Taboh), “ katanya.

Rabu, Disember 27, 2017

MOKHTAR PERCAYA MCA AKAN BANTU CALON UMNO DI BANDAR TUN RAZAK



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) Datuk Mokhtar Samad percaya rakan Barisan Nasional (BN) MCA akan memberi kerjasama kepada calon Umno sekiranya calon parti tersebut tidak terpilih pada Pilihan Raya Umum kali ke 14 (PRU 14) nanti.




Beliau menjelaskan sejak dulu lagi hinggalah sekarang kerjasama erat antara parti komponen dalam BN tidak boleh dipertikaikan.




"Sejak 1957 hingga kini tidak timbul masalah sekiranya kawasan Umno diletakkan calon MCA dan begitulah sebaliknya.




"Kedua-dua parti BN ini bagaikan ada perjanjian tersendiri. Mereka akan saling bantu membantu untuk memenangkan parti," katanya.




Parlimen BTR merupakan kawasan tradisi MCA. Walau bagaimanapun calon mereka gagal menyumbang kerusi di kawasan berkenaan.




Bertolak dari situ masyarakat BTR berasakan sudah sampai masanya calon Umno dipertaruhkan di situ memandagkan pengundi Melayu mendominasi di kawasan berkenaan iaitu 58.7 peratus.




Baru-baru ini, Pengerusi Kelab Veteran Umno BTR, Datuk Mohd. Alias Abdul dalam satu sidang media khas menyarankan supaya Parlimen BTR diberikan kepada calon Umno.




Apabila bercakap mengenai calon sesuai nama Ketua Umno Bahagian iaitu Datuk Rizalman menjadi sebutan bakal diketengahkan oleh Umno Bahagian.




Datuk Rizalman merupakan anak kepada Datuk Mokhtar.




Datuk Mokhtar berkata beliau tidak berani membuat ramalan andaikata nama anaknya dicalon kemenangan akan memihak kepadanya.




"Yang boleh menangkan dia bukan diri dia. Para pengundi di BTR yang ada kuasa untuk menentukan sama ada dia boleh menang atau tidak," ujarnya.




Beliau seterusnya berkata sekiranya pengundi di BTR ingin melihat kerusi Umno bertapak di bandar elit itu, mereka tidak ada pilihan.




Kecuali mereka kena membulatkan tekad dengan memberi kemenangan kepada calon tersebut pada PRU 14 nanti.




Ditanya beliau mengenai perasaannya apabila nama anak beliau dikatakan bakal calon BTR, Datuk Mokhtar berkata beliau belum boleh tersenyum jauh sekali berbangga kerana PRU belum lagi bermula.




"Saya hanya boleh mengucapkan dan syabas pada Rizal sekiranya beliau dipilih dan menang pada pilihan raya kali ini,"ujarnya.

Selasa, Disember 26, 2017

PERKASA CADANG WUJUDKAN AKTA SABOTAJ EKONOMI

KUALA LUMPUR: Perkasa mencadangkan kerajaan mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi (ASE) seperti ISA yang sudah dimansuhkan.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, isu penyamunan seperti Tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Bila rakyat marah pelbagai perkara boleh berlaku yang akhirnya mengancam keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, melalui ASE mereka yang terlibat mensabotaj ekonomi negara boleh ditahan serta merta selama 30 hari tanpa mendapat perintah mahkamah.

"Penyiasatan lebih cepat dan berkesan jika yang disyaki disiasat sewaktu dalam tahanan seperti Akta ISA dahulu," katanya berbanding dengan cara sekarang yang mungkin berlaku bukti boleh dimusnahkan dan saksi pula mungkin dibeli atau disogok.

Katanya lagi, proses perbicaraan pula makan masa yang panjang dan bila mahkamah dapati yang tertuduh bersalah hukuman pula cuma dua hingga tiga tahun penjara sahaja.

"Tidak berbaloi dan munasabah. Ada yang berkata apa salah masuk penjara lima hingga 10 tahun bila keluar ada ratusan juta," ujarnya lagi.

Ibrahim yang pernah dua kali ditahan di bawah ISA menegaskan hukuman rasuah dan penyalahgunaan kuasa mesti ada hukuman mandatori rotan, semua harta dirampas dan minimum penjara 10 tahun.

Beliau mengulas skandal tanah FELDA yang perlu dijadikan ikhtibar bahawa rakyat perlu mendesak kerajaan  supaya mencari satu mekanisma undang undang yang lebih berkesan mencegah rasuah seperti diwujudkan segera ASE atau apa jua kaedah yang diikirkan sesuai dan berkesan.

Beliau sedih penyalahgunaan kuasa mengenai tanah FELDA yang bernilai ratusan juta ringgit dirompak secara terancang dan cukup licik oleh mereka yang terlibat tanpa rasa malu, berdosa dan takut kepada Allah.

Katanya, individu yang terlibat menyamun mengikut saluran dan peraturan kononnya.

"Dari segi undang undang, ia nampak seolah olah ianya halal. Ini yang saya kata jenayah moral yang amat keji, terkutuk dan wajib dikutuk," tegasnya lagi.

Isnin, Disember 25, 2017

ISA NAFI MELARIKAN DIRI DARI MEDIA



PORT DICKSON, 25 Dis (Bernama) -- Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Beliau berakta pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menghubunginya bagi mendapatkan keterangan selepas Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad membuat laporan polis dan sidang media mengenai perkara itu.

"Setakat ini, polis belum panggil saya, biar polis jalankan tugas. Tetapi, saya sedia beri kerjasama sekiranya polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) panggil.

"Saya tidak mahu komen lebih kerana tidak mahu isu ini dijadikan polemik politik" katanya kepada pemberita semasa menghadiri Kempen Tabung Hari Pahlawan 2017 Peringkat Parlimen Teluk Kemang di Batu 4 di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya Mohd Isa yang juga Penaung Persatuan Veteran ATM Cawangan Port Dickson, menangkis dakwaan kononnya beliau melarikan diri daripada pihak media.




"Ramai cakap saya lari, mana ada saya lari, saya ada banyak program di sini, Jempol dan Seremban," katanya.

Mohd Isa pernah menjadi Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017, Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.

Khamis lepas, media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Berikutan itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah itu termasuk tidak menolak kemungkinan memanggil Mohd Isa bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Sabtu, Disember 23, 2017

KETUA PEMUDA PAS WAKILI HAJI HADI DI HIMPUNAN PUTIH SELAMATKAN BAITULMUQADDIS

PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) -- Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang diadakan di Masjid Putra di sini, hari ini merupakan himpunan bersejarah buat umat Islam Malaysia untuk bersama-sama rakyat Palestin dalam mempertahankan kota suci umat Islam itu, kata Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Berucap mewakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada himpunan itu, beliau berkata umat Islam berkumpul tanpa mengira perbezaan politik mahupun pandangan bagi menolak resolusi Amerika Syarikat memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

"Hari ini kita berkumpul tanpa mengira siapa kita, kita berkumpul di atas asas rakyat Malaysia dan umat Islam untuk menyatakan kepada Amerika Syarikat dan Israel bahawa Malaysia bersama-sama dengan saudara kita di Palestin untuk membebaskan Baitulmuqaddis suatu hari nanti.

"Hari ini kita berkumpul di masjid ini, satu hari nanti, Insya-Allah, kita semua akan berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat," kata Muhammad Khalil.

Himpunan itu yang disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dihadiri oleh kira-kira 10,000 umat Islam dan rakyat Malaysia bukan Islam.

Pada 6 Dis lepas, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel hingga membangkitkan kemarahan dan bantahan negara-negara Islam.

Pada Jumaat, perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima 128 undi yang menyokong usul untuk menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

-- BERNAMA

Khamis, Disember 21, 2017

FELDA MAHU DAPATKAN SEMULA HAK KE ATAS TANAH DI JALAN SEMARAK

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- FELDA bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanahnya yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di sini susulan laporan yang menimbulkan tanda tanya berhubung urusan pindah milik tanah berkenaan.

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata selain laporan polis yang dibuat pada 12 Dis lepas, tindakan lain yang diambil adalah dengan mendaftarkan kaveat ke atas tanah tersebut, membatalkan surat kuasa wakil penuh yang dikeluarkan dan mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang terlibat.

Beliau berkata Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri akan melantik juruaudit bebas bagi memulakan siasatan dalaman berhubung keseluruhan isu itu.

"Kita jangkakan siasatan akan dimulakan seawal Januari depan," katanya dalam sidang berita tergempar di ibu pejabat FELDA hari ini, yang turut di hadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Sidang berita itu diadakan berikutan pendedahan media yang melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak terhadap tanah itu yang terletak di kawasan strategik Jalan Semarak susulan urusan pindah milik tanah yang dicurigai.

Ditanya mengenai intipati laporan polis itu, Shahrir berkata syarikat yang memegang surat kuasa wakil penuh ke atas tanah-tanah itu telah dinamakan, namun nama bekas pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad tidak disebut.

"Kita buat laporan polis kerana bimbang ada kes penipuan dalam hal tanah ini," katanya sambil menyifatkan perjanjian jual beli tanah itu pelik kerana ia melibatkan tanah institusi kerajaan yang seolah-olah ditukar milik dengan begitu mudah.

Shahrir berkata secara kebiasaannya, projek pembangunan membabitkan tanah milik kerajaan dan agensi kerajaan akan melibatkan hak milik strata sahaja bukannya penukaran hak milik tanah secara keseluruhan.

Beliau mendedahkan selaku pemegang PA (surat kuasa wakil) tanah, syarikat berkenaan didapati menjual tanah kepada pihak mereka sendiri.

"Sebagai pemegang PA, syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang disebut itu, namun tiada wakil FELDA yang tanda tangan (dokumen penjualan). Mereka jual kepada pihak dia sendiri," katanya.

Shahrir berkata keseluruhan tindakan sejak Januari hingga April dilakukan FELDA setelah mendapat nasihat Jabatan Peguam Negara, selain ia dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari.

Beliau mendedahkan tanah-tanah itu merangkumi empat perjanjian jual beli dengan nilai keseluruhan RM269.78 juta bagi kawasan berkeluasan 6.57 hektar di Jalan Semarak, yang dibuat sejak 2015 hingga 2016.

Katanya sehingga kini tiada sebarang pembayaran diterima daripada syarikat tersebut malah Lembaga Pengarah FELDA juga tidak dimaklumkan mengenai tindakan pindah milik tersebut.

"Dengar juta-juta, tapi satu sen pun tidak dibayar. Langsung tidak dibayar," katanya sambil memberitahu syarikat itu telah dipanggil sebaik sahaja kes itu diketahui pihak pengurusan dan pentadbiran.

Ditanya sama ada FELDA sanggup menerima wang hasil jualan tanah itu jika gagal dalam proses rundingan dengan syarikat berkenaan, Shahrir berkata pihaknya langsung tidak berminat dengan wang sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada pemilikan semula tanah itu.

-- BERNAMA

MUTALIF NAFI BUKAN ANAK TEMPATAN



oleh ABDULLAH KARIM





PETALING JAYA: Naib Ketua Umno Bahagian PJS, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim  (tiga dari kiri) berkata beliau sebenarnya membesar di Taman Medan. Adalah tidak benar sama sekali sesetengah pihak di kawasan Taman Medan mengatakan beliau bukan anak tempatan dan tidak layak dipertimbangkan untuk calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan.




Beliau menambah sebenarnya banyak orang tidak tahu asal usul keluarganya dan dengan sewenangnya membuat cerita beliau bukanlah anak tempatan dan tidak seharusnya beliau diberi tempat pada pemilihan calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.




“Saya ada lima adik beradik dan saya anak ketiga dalam keluarga saya. Abang saya Datuk Azeez (Abdul Azeez Abdul Rahim) antara orang lama di Kampung Medan dan sama-sama duduk rumah setinggan dengan beliau,” katanya.




Beliau yang juga Penolong Koordinator Pembangunan Persekutuan DUN Taman Medan berkata beliau sebenarnya tidak kisah siapa yang akan diletakkan di DUN Taman Medan pada PRU 14 nanti.




Sebaliknya beliau serta dua lagi rakannya iaitu Pemangku Ketua, Jamaludin Razali dan Ketua Pemuda, Haji Riduan Mahidin telah bersepakat akan memberi kerjasama antara satu sama lain jika salah seorang daripada nama ini dipilih sebagai calon di Taman Medan.




“Kami bertiga sudah berikrar akan bantu membantu andai kata salah seorang daripada kami jadi calon. Jadi tak ada masalah andai kata Jamaludin naik ataupun Riduan naik, yang pasti kami akan bantu untuk pastikan calon ini menang,” katanya.




Datuk Mutalif turut membetulkan fakta calon yang mengatakan tujuh nama telah diserahkan kepada pucuk pimpinan Umno negeri. Sebaliknya hanya tiga nama sahaja yang telahpun berada di pejabat Tan Sri Noh Omar (Pengerusi Umno Selangor).




Beliau berkata terserahlah kepada kebijaksanaan Tan Sri Noh untuk memilih calon di Taman Medan ini. Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti negeri dan Pusat untuk menentukan siapa dikalangan ketiga-tiga ini akan dipilih sebagai calon.




Mengenai porla pengundi di kawasan ini, beliau menjelaskan penduduk di Taman Medan sudah berpecah kepada dua kumpulan. Satu yang menyokong Umno dan satu lagi pembangkang.




Datuk Mutalif berkata untuk Umno beroleh kemenangan, para pengundi kaum India mesti didekati. Ini ada kerana kaum ini kebanyakkannya menyokong pari Umno sejak dulu hinggalah sekarang.




Beliau mengakui akan cuba mendekati kaum India dan memberi kefahaman betapa pentingnya kaum tersebut memilih calon Umno pada PRU akan datang supaya nasib masa depan kaum mereka terbela.




“Secara jujur saya boleh cakap bahasa Tamil. Orang India ni mereka lebih senang dan mudah simpati kalau kita cakap sama bahasa dengan mereka. Sebab itu saya katakan tadi pengundi India akan kembali kepada kita jika kita yakinkan mereka bahawa parti BN ataupun Umno boleh membela nasib mereka,” katanya.




Datuk Mutalif seterusnya menasihatkan kepada semua pengundi di DUN Taman Medan supaya kembali memilih calon Umno sekiranya nasib mereka hendak dibela.




Sejak wakil rakyat pembangkang menang dua penggal lepas, tidak banyak pembanguan di bawa di DUN tersebut. Sebaliknya Umno telah memainkan peranan besar sehinggakan tol di Kampung Datuk Harun telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi secara percuma kepada pengguna jalan raya.




“Inilah hasil kerja yang telah dibuat oleh pemimpin Umno. Umno sentiasa ke depan memikirkan keperluan penduduk setempat. Jadi adalah elok kalau DUN Medan ini kita kembalikan semula kepada Umno sebab ternyata parti Umno banyak ambil berat penduduk di Taman Medan,” katanya.

Rabu, Disember 20, 2017

PERKASA SYUKUR DR ZAKIR DILEPASKAN DARI TANGKAPAN INTERPOL

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) melahirkan kesyukuran atas pelepasan kepada pendakwah tersohor antarabangsa Dr. Zakir Naik yang dilepaskan daripada tangkapan Interpol atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan seperti yang didakwa oleh kerajaan India.

Presidennya, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata Perkasa juga bersyukur kerana Interpol telah membatalkan Notis Merah terhadap Dr. Zakir Naik dan Interpol juga telah mengarahkan semua pihak agar memadamkan semua data berkaitan dengan dakwaan palsu terhadap Dr. Zakir Naik.

"Sayugia diperingatkan, pada Oktober lepas pihak National Investigation Agency (NIA), India telah menfailkan senarai tuduhan terhadap Zakir Naik, pengasas Islamic Research Foundation dan Harmony Media Limited, bahawa beliau mempengaruhi para belia untuk melakukan aktiviti keganasan dan ucapan yang berbaur kebencian," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Perkasa terpaksa melantik peguam dan mengorbankan masa dan tenaga yang banyak hanya untuk menangkis tuduhan banyak pihak terutamanya Hindraf terhadap Dr. Zakir Naik.

Pada Mac lepas, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor, Sabah, Jeffrey Kitingan, Peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee, memfailkan saman terhadap Dr. Zakir Naik dan memohon deklarasi mahkamah bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan negara, keharmonian dan perpaduan rakyat.

Pada 1 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan PERKASA untuk menjadi pencelah dalam saman pemula Hindraf yang antara lain memohon mendapatkan perintah penahanan dan pengusiran ke atas pendakwah Dr Zakir Naik.

Namun kata Datuk Paduka Ibrahim atas kesedaran dan tanggungjawab PERKASA untuk melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan mempunyai locus standi untuk mencelah bagi kes tersebut dan telah beberapa kali turun naik mahkamah.

Perkasa juga telah memohon mencelah di mahkamah terhadap tuntutan Hindraf agar kerajaan Malaysia menarik balik taraf pemastautin tetap dan mengekstradisi beliau balik ke India.

" Alhamdulillah, semoga dengan keputusan Interpol ini, adalah diharapkan pihak HINDRAF dan kumpulannya menarik balik serta mengugurkan tuntutan mahkamah terhadap Dr Zakir Naik demi menjernihkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini," ujarnya.

Sebenarnya isu mengenai Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia (2013) ini sudah bermula sejak 2012 apabila MCCBCHST membantah Dr. Zakir Naik ke Malaysia. Kali ini, HINDRAF kelihatan mengetuai pseudo aktivis ini memohon satu perintah mahkamah (daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) bagi Ketua Polis Negara (IGP) untuk menangkap Zakir Naik.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Dr. Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.

PERKASA beranggapan, tuduhan-tuduhan sebegini lebih bersifat prasangka dan prejudis tanpa ditunjukkan bukti-bukti yang kukuh.

Apakah kejayaan dakwah Dr Zakir mengislamkan ramai umat manusia boleh menjadi ancaman kepada keamanan negara dan ketenteraman awam?

Tidak pula mereka menyatakan hujah atau bukti, bagaimana Zakir boleh menjadi ancaman kepada negara. Satu perkara yang pasti, Perlembagaan Persekutuan membenarkan pendakwahan Islam dijalankan dalam negara ini oleh umat Islam dan pendakyahan agama bukan Islam tidak dibenarkan disebarkan kepada orang Islam dengan apa cara sekalipun.

PERKASA juga telah mengadakan program perdana “Diskusi Intelektual Bersama Dr. Zakir Naik” di Universiti Malaya pada 15 April 2017 dan dalam majlis tersebut, beliau telah dianugerahkan Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Datuk Paduka Ibrahim seterusnya menegaskan kepada semua pihak bahawa kerajaan Malaysia telah mengiktiraf sumbangan Dr. Zakir Naik kepada perkembangan Islam di Malaysia dengan memberikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat kebangsaan yang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana sumbangannya kepada pembangunan Islam. Anugerah tersebut berlangsung pada 5 November 2013.

PERKASAmenganggap tindakan Interpol itu sebagai amat tepat pada masanya kerana ini boleh membersihkan nama Dr. Zakir Naik daripada sebarang tuduhan yang melulu, prasangka, prejudis dan fitnah.

Selasa, Disember 19, 2017

MOE TIDAK HALANG GURU SOKONG CIKGU AZIZAN

KUALA NERANG, 18 Dis (Bernama) -- Kementerian Pendidikan tidak mempunyai halangan sekiranya ada guru yang ingin berhimpun menyatakan sokongan kepada rakan sekerja mereka yang dihadapkan ke mahkamah.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini kerana kehadiran mereka adalah atas hak peribadi.

"Kalau terjadi pada rakan kita, kita akan hadir juga untuk beri sokongan... begitu juga mereka," katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita di Dataran Tepi Sungai di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai #PrayForCikgu Azizan yang tular berserta kenyataan memohon warga pendidik bersatu memberi sokongan kepada seorang guru penolong kanan hal ehwal murid di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan yang akan dihadapkan ke mahkamah esok bersabit isu mendisiplinkan murid.

Jumaat lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menyatakan sokongannya terhadap guru berkenaan yang hanya dikenali sebagai Cikgu Azizan dan meminta semua guru di seluruh negara turut berbuat demikian.

Isnin, Disember 18, 2017

TAJUDDIN TIDAK PUAS HATI DENGAN AGROBANK



PENSIANGAN17 Dis. – Agrobank diingat­kan tidak lupa tentang objektif penubuhannya untuk membangunkan golongan petani bumiputera.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, peringatan itu dibuat untuk memastikan institusi berke­naan tidak terlalu mengutamakan pemberian pinjaman kepada tauke-tauke besar demi meraih keuntungan sedangkan petani di luar bandar dibiarkan kekeringan modal.


“Agrobank perlu dinasihatkan, diberi peringatan, kadang-kadang mereka terlupa tujuan Agrobank ditubuhkan untuk membantu petani kecil di luar bandar yang tertinggal seperti golongan pribumi kerana tiada modal biaya.

“Institusi kewangan ini perlu melihat perkara menyeluruh, kadang-kadang kita perlu peringat­kan mereka, tauke besar ini ada 1,000 atau 2,000 hektar tanah, sudah kaya tidak perlu bantu lagi, kena tolong orang kampunglah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Pertanian Bersama Warga Peladang Daerah Nabawan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Bobbey Ah Fang Suan dan Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan, Senator Datuk Abdul Ghani Mohd. Yassin.

Berucap dalam majlis itu, Tajuddin berkata, baru-baru ini beliau telah memanggil pengurusan tertinggi Agrobank selepas melihat trend bank tersebut yang seolah-olah terlalu mengutamakan keuntungan daripada membantu petani kecil.

“Agrobank bukan sahaja buat duit tetapi yang penting matla­matnya membantu petani berjaya, itu tujuannya, kita tidak mahu golongan petani hanya menjadi penonton dalam sebuah negara maju tetapi mereka mesti dibantu supaya menjadi penyumbang dan dapat menikmati kemajuan itu,” tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan memberikan sebanyak 1,000 anak pokok durian Musang King kepada ahli PPK Nabawan sebagai langkah membantu petani di situ meningkatkan pendapatan dalam jangka panjang berikutan harga­nya yang tinggi dan mempunyai permintaan meluas.

Sementara itu katanya, di PPK Nabawan lebih 4,000 petani menerima manfaat bantuan kerajaan melalui tiga skim sepanjang tahun 2016 iaitu Skim Baja Padi Persekutuan, Skim Insentif Pengeluaran Padi dan Skim Baca dan Racun Padi Bukit yang bernilai RM5.421 juta.

“Bermula Januari Sehingga November 2017 pula, sebanyak 4,575 petani sawah dan padi bukit te­lah mendapat bantuan sebanyak RM5.78 juta di bawah skim-skim tersebut,” katanya.

Jumaat, Disember 15, 2017

SYAMSUL DEBAT TERIMA ANUGERAH SUMBANGSIH USIM

NILAI, 14 Dis (Bernama) -- Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau lebih terkenal dengan gelaran Syamsul Debat menerima Anugerah Sumbangsih dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM (Aksis) 2016/2017 di Dewan Tuanku Canselor USIM, malam tadi.

Pegawai Pusat Komunikasi Strategik USIM Mohd Zaini Othman berkata anugerah itu disampaikan kepada Syamsul Amri sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau yang signifikan kepada kejayaan program kemahasiswaan di USIM, khususnya dalam pembangunan pengucapan awam iaitu debat dan pidato.

Katanya Syamsul Amri merupakan jurulatih debat Bahasa Melayu USIM semenjak tahun 2008 dan sehingga kini telah membimbing dan melahirkan ramai pendebat berkebolehan serta menaikkan nama USIM dalam arena perdebatan institusi pengajian tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Pelbagai kejayaan besar dirangkul pasukan debat Bahasa Melayu USIM di bawah bimbingan beliau dan antaranya muncul johan dalam pertandingan debat yang berprestij seperti Debat Diraja Kategori Muda (2009); Bahas Pendidikan Islam ASEAN di Brunei (2011); Debat Piala Perdana Menteri (2011); Debat Alam Sekitar (2011); Pertandingan Debat Ibnu Khaldun (2015); Debat Saham Piala MISEE (2016) dan Cabaran Debat Muda (2016).

"Pasukan debat Bahasa Melayu USIM yang dilatih Syamsul Amri turut berjaya mara dalam beberapa pertandingan akhir debat dan kejayaan terkini adalah Naib Juara Debat Piala Menteri Besar Johor 2017 yang menyaksikan pendebat USIM turut dinobatkan Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir, " katanya di sini, hari ini

Khamis, Disember 14, 2017

RAUF TANDING PARLIMEN MASJID TANAH?

OLEH ABDULLAH KARIM

KUALA LUMPUR: Sudah terdengar cakap-cakap bahawa Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka yang kini disandang oleh Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bakal ditukarkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Tempat beliau akan diisi oleh Datuk Seri Abd Rauf Yusoh iaitu Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah.

Pemilihan Datuk Rauf di kawasan Parlimen untuk disesuaikan pengalaman politik beliau di peringkat nasional.

Andai kata nasib menyebelahi beliau untuk diangkat sebagsi timbalan menteri menggantikan Datuk Mas Perdana Menteri tidak ada masalah sebab wakil Melaka ini sudah terdedah dengan politik peringkat Pusat.

Ini adalah kerana tugasnya sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia banyak dihabiskan di Ibu Pejabat Umno serta berurusan pula dengan pemimpin peringkat negeri dan negara untuk menguruskan perjalanan parti.

Datuk Mas pula penukaran beliau dari Parlimen ke Negeri adalah kerana mahu membantu Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Harun mentadbir negeri dengan lebih tersusun dan berdaya maju dengan adanya seorang wakil rakyat yang sudah menimba pengalaman di Pusat.

Tidak mustahil Datuk Mas bakal dilantik Exco Kerajaan Negeri memandangkan pengalaman beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang pastinya boleh digunakan membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka.

Untuk membolehkan Datuk Mas dilantik menjadi Exco Negeri, beliau pergi kawasan untuk ditandingi. DUN Ayer Panas sesuai untuk beliau keluarga beliau membesar di situ.

Wakil Rakyat kawasan berkenaan iaitu Datuk Ameruddin seharusnya memberi laluan kepada Ketua Puteri sesuai dengan saranan Presiden Parti supaya pemimpin lama bersedia beri peluang kepada pemimpin muda.

Bagi DUN Kuala Linggi yang kini disandang oleh Datuk Ar Ismail Othman, muka baru harus diletakkan di kawasan tersebut.

Calon yang dimaksudkan adalah Ketua Pemuda Umno Masjid Tanah, Hameed M.K Basheer.

Beliau merupakan Exco Pemuda Umno Melaka serta aktif dalam kerja kemasyarakatan.

Amat disenangi oleh pucuk kepimpinan negeri dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin, Hameed juga amat rapat dengan semua peringkat dalam rakan parti Barisan Nasional.

Pemerhati politik berpendapat sudah tiba masanya Datuk Rauf diketengahkan pada kali ini memandangkan kredibilitinya di peringkat pusat telah diakui oleh pucuk pimpinan parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib dalam ucapan penggulungannya pada PAU 17 ada menyebut Setiausaha Kerja Umno itu telah melaksanakan tugas dengan begitu sehinggakan PAU kali ini berjalan amat lancar.

"Tahniah saya ucapkan kepada seluruh jentera parti kerana telah berjaya menjayakan perhimpunan pada kali. Ini termasuklah Datuk Rauf selaku setiausaha kerja. Cuma beliau nampak over weight sikit" ucap Najib.

Satu lagi DUN di Parlimen Masjid Tanah ialah Tanjung Bidara. Kawasan ini disandang oleh Datuk Mat Rawi Mahmud sejak sepenggal lepas.

Datuk Rawi dijangka selamat kerana beliau telah menjalankan tanggung jawabnya dengan begitu baik serta rajin turun padang.

Dikatakan Datuk Seri Idris Harun amat menyenanginya dan tidak ada masalah untuk mengekalkan beliau di situ.

Selasa, Disember 12, 2017

BN SELANGOR DAN 10 NGO SERAH DEKLARASI PERTAHAN SULTAN SELANGOR

SHAH ALAM, 12 Dis (Bernama) -- Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor dan wakil 10 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyembahkan satu deklarasi rakyat bagi menzahirkan kesetiaan dan daulat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata deklarasi itu adalah susulan daripada Perhimpunan Rakyat 'Daulat Tuanku' di Dataran Mayang, Seksyen 16 di sini, Ahad lepas, sebagai manifestasi suara rakyat Selangor dalam menjunjung daulat baginda.

Antara intipati deklarasi berkenaan adalah menzahirkan rasa sokongan padu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan menjunjung Sultan Selangor sebagai Raja dan ketua agama di negeri ini, katanya.

"Kami datang menyembahkan hasil deklarasi himpunan rakyat yang disertai lebih 5,000 rakyat dari pelbagai kaum dan agama di Selangor Ahad lepas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan deklarasi itu kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi di pintu masuk Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Johan berkata deklarasi itu antara lain menuntut tindakan tegas diambil terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengguris hati baginda.

Sultan Sharafuddin baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina etnik Bugis.

Manakala Zaid menerusi Twitter pula mempertikai kritikan Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya tentang masyarakat itu.

Johan berkata kerajaan negeri pimpinan PKR dilihat tidak berbuat apa-apa dalam mempertahankan baginda susulan kenyataan Dr Mahathir dan Zaid.

-- BERNAMA

HISHAMMUDDIN BUKAN SAINGAN ZAHID

ANALISIS BERITA

Saya ingin mengulas rencana yang tersiar dalam Utusan Malaysia semalam "Jiwa Besar Hishammuddin" oleh Zulkifli Jalil yang mengambarkan seolah-olah pengaruh Hishammudin terlalu kuat dalam Umno,

Beliau menulis  "bukan mudah untuk me­­­nyatakan pendirian menyokong seseorang sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan tertinggi UMNO. Apatah lagi jika seseorang itu dalam kedudukan boleh mencabar jawatan nombor dua parti.


Itulah komitmen tinggi diluahkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyokong jawatan Presi­den dan Timbalan Presiden tidak dicabar. Ini membawa ke peringkat Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada hari pertama 8 Disember yang sebulat suara meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.


Bahkan, Hishammuddin me­ngingatkan tiada lagi mana-mana pihak cuba melaga-lagakan pucuk kepemimpinan parti. Ini kerana baik Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta beliau sendiri sudah membentuk persefahaman mengenainya ".


Sebenarnya Zulkifli Jalil tidak faham kenapa usul itu dibawa oleh Umno Bahagian Padang Rengas yang diketuai oleh Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz.  Dalam mesyuarat majlis tertinggi Nazri membangkitkan isu tersebut kerana sudah kedengaran di peringkat akar umbi kononnya Hishamuddin akan menentang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan Umno tahun hadapan.

Seperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak beliau tidak mahu campurtangan kerana ia melibatkan sepupunya, Hishamuddin maka majlis tertinggi yang bermesyuarat bersetuju usul itu dibawa oleh wakil pemuda Umno.

Biarpun Umno sibuk berkempen untuk PRU tetapi penyokong Hishammuddin turut berkempen mahu jawatan Timbalan Presiden Umno diisi oleh bossnya kerana jawatan itu memang kosong.

Usaha meletakkan Zahid sebagai pemangku timbalan presiden Umno pada perhimpunan agung Umno tahun lepas gagal ditafsirkan seolah olah Najib tidak merestui usul tersebut. Maka pendirian Najib kali ini tidak mahu campurtangan membuktikan Najib lebih mementingkan kemenangan PRU daripada pemilihan parti.

Parti sudah buat keputusan bahawa Najib dan Zahid akan dinobatkan sebagai presiden dan timbalan presiden Umno tanpa bertanding pada pemilihan 2018.  Maka Hishamuddin kekal sebagai orang nombor tiga dalam parti dan dua kerusi naib presiden Umno terbuka untuk ditandingi oleh sesiapa.

Apa yang ditulis oleh Zulkifli Jalil seolah olah Hishammuddin terlalu kuat pengaruhnya dalam Umno dapat mengalahkan Zahid. Beliau lupa Hishammuddin hampir hampir kalah dalam pertandingan naib presiden Umno pada tahun 2013 di tangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jika Sultan Pahang dan Sultan Johor tidak panggil para perwakilan dua negeri itu maka Hishammuddin sudah tewas setelah beliau jauh ditinggalkan oleh Zahid dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Akar umbi Zahid memang kuat. Kalau Hishammuddin menentang Zahid bagi jawatan timbalan presiden Umno maka Hishammuddin tidak lepas. Dengan lulusnya usul tiada pertandingan bagi jawatan nombor satu dan nombor dua maka pemimpin Umno lebih bersemangat untuk menghadapi PRU yang akan datang.

Isnin, Disember 11, 2017

MYPPP SERAH KEPADA NAJIB UNTUK TENTUKAN KERUSI CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS, 10 Dis (Bernama) -- Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata beliau yakin Perdana Menteri akan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan calon di kawasan berkenaan bagi memastikan BN mengekalkan kerusi itu sejak kerusi itu diwujudkan pada 2004.

Sejak 2004, kerusi itu dimiliki oleh MIC dan kini disandang oleh bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas selepas hilang keanggotaan MIC semasa krisis dalaman parti itu.

"Saya ada bertemu dan berbincang dengan Datuk Seri Dr Subramaniam (Presiden MIC) mengenai perkara (calon) ini dan adalah tidak adil sekiranya saya 'memaksa' beliau untuk menyerahkan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada MyPPP.

"Oleh itu, sekarang ini kita hanya perlu Perdana Menteri mengumumkan perkara berkenaan. Apa yang penting sebagai parti komponen, kita perlu mengekalkan semangat setiakawan ke arah perpaduan yang lebih kuat dalam BN," katanya.

Kayveas, yang juga Penasihat Kementerian Pengangkutan, berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan program Senyum Ceria Bersama Tan Sri M. Kayveas anjuran Puteri MyPPP di Perkampungan Orang Asli Kampung Susu di sini, hari ini.

Kayveas berkata MIC perlu menerima dengan hati yang terbuka sekiranya Najib, selaku Pengerusi BN, memilih wakil MyPPP untuk menjadi calon di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

"Katakanlah Perdana Menteri setuju bagi MyPPP untuk bertanding, saya berharap MIC boleh menerima keputusan tersebut dan memberi sokongan kepada kita seperti mana kita memberi sokongan penuh kepada MIC di lain-lain kawasan.

Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh disebut bakal calon BN di Cameron Highlands.

-- BERNAMA

Ahad, Disember 10, 2017

KISAH DAUN KELADI GAMATKAN PERHIMPUNAN

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Jika tahun lepas beliau menggamatkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Putra di sini dengan kisah pisang dan pantun, kali ini wakil UMNO Sabah meriuhkan Perhimpunan Agung UMNO 2017 dengan kisah daun keladi.


Timbalan Ketua UMNO Kimanis Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif ketika membahaskan usul agama dan pendidikan hari ini menjadikan daun keladi sebagai metafora kasih sayang dan kesatuan saf kepimpinan.

"Kenapa orang dulu-dulu menyatakan terima kasih daun keladi, bukan terima kasih daun terap, kalau ada kami harap, tidak terima kasih daun palas, kalau ada Tuhan membalas, tidak ada terima kasih daun limau, kalau ada kami mahu.

"Kenapa daun keladi...? Padahal daun keladi selalu disinonimkan dengan 'bagai mencurah air ke daun keladi'.

"Tapi secara positifnya kerana daun keladi tidak menerima air itulah yang turun ke batang, lalu turun ke akar untuk menyuburkan daun. Kalau kita ingin daun keladi subur menghijau, turunkan air ke akarnya. Yang atas (barisan MT) itu siram-siramlah, dengan menyiram baru subur di asas," katanya disambut gelak tawa perwakilan dan juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut, Mohd Ariffin berkata bentuk daun keladi yang berbentuk 'love' (simbol hati) itu sebenarnya menunjukkan simbiosis terima kasih dan bentuk kasih sayang.

"Baru-baru ini Presiden turut menyatakan yang beliau tidak ingin menjadi presiden yang ditakuti, tetapi mahu menjadi presiden 'to be loved and respected' (disayangi dan dihornati). Sebab itu, Skuad Sayang semua ada tanda 'love', itulah kasih sayang.

"PM kita meminta kita merapatkan saf. Saf tidak akan rapat apabila hati itu tidak rapat. Hati kita tidak akan rapat jika kita jauh daripada Allah. Justeru, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, kita kena rapatkan hati dengan Allah," katanya dalam loghat Sabah.

Mohd Ariffin dalam pada itu berkata Sabah akan tetap setia dan berdiri teguh menyokong dan mendukung amanat Presiden UMNO.

"Kami akan pastikan UMNO akan 'tatap' (tetap) menjadi tunjang kekuatan Barisan Nasional di Sabah. Menerusi bimbingan barisan kepimpinan, Insya-Allah kita jamin, Sabah menjadi lebih kuat menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, Disember 09, 2017

BUDIMAN BAKAL MB SELANGOR?

oleh ABDULLAH KARIM

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Panjang, Selangor tidak pernah memikirkan namanya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihanraya kali ke -14 nanti.

Sebaliknya Budiman Mohd. Zohdi (paling kanan)  membuat tafsiran bahawa cakap-cakap seperti itu hanyalah mainan politik semata-mata menjelang pilihanraya yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

"Saya tak tahu pulak saya akan dilantik menjadi menteri besar sekiranya Umno menang di Selangor," katanya ketika di temui di PAU 17 di Pusat Dangangan Dunia Putra, sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata sebagai ahli parti yang dididik supaya patuh kepada pucuk pimpinan, itulah pegangannya apabila bercakap mengenai jawatan dalam parti.

"Adalah baik kita bekerja keras terlebih dahulu dan pastikan Umno menang pada pru akan datang lepas itu barulah kita boleh bercakap siapa MB baru Selangor," jelas beliau.

Pemerhati politik di Selangor menyebut ada beberapa tokoh yang boleh diketengahkan menjadi MB Selangor sekiranya Umno kembali menerajui negeri terkaya di Malaysia.

Antara nama-nama tersebut termasuklah beliau serta Tan Sri Noh Omar.

Mengenai peluang, Budiman yakin parti keramat Umno akan merampas kembali Selangor setelah dua penggal terlrpas ke tangan PR.

Kesedaran majoriti rakyat Selangor yang tidak yakin dengan pentadbiran PR meruoakan salah satu faktor BN akan menerajui Selangor pada PRU 14 nanti.


Jumaat, Disember 08, 2017

NENG HAYATI BERHASRAT TANDING KETUA WANITA UMNO BANDAR TUN RAZAK

KUALA LUMPUR: Walaupun pemilihan pelbagai jawatan dalam Umno bakal diadakan pada tahun hadapan, tetapi ahli-ahli Umno telah berkira-kira jawatan mana hendak mereka tandingi.

Jawatan Ketua Wanita Umno Bandar Tun Razak antara Bahagian yang bakal ditandingi. Seorang wanita memegang ijazah daripada sebuah institusi awam sedang mengintai peluang untuk merebut jawatan disandang oleh Hajah Salmah Pin.

Datin Neng Hayati Hayatullah Md. Ali berkata tujuan beliau menawarkan diri menentang Salmah bukan disebabkan beliau mahu merampas kuasa sebaliknya disebabkan wanita tersebut tidak dapat menunaikan tanggung jawabnya sebagai seorang ketua.

"Atas sokongan dan galakkan daripada rakan-rakan supaya saya bertanding, saya telah membulatkan tekad iaitu menawarkan diri bertanding jawatan ketua di BTR," ujarnya.

Neng Hayati, 48 merupakan seorang pengurus pembangunan perniagaan di sebuah konsortium ternama di ibu negara.

Sebagai seorang pengurus beliau diamanahkan oleh Presiden untuk mengawasi ratusan pegawai dan kakitangan.

Beliau berkata apabila kakitangan ramai sudah pasti akan timbul pelbagai masalah yang dibawa oleh kakitangan dan perlu diselesaikan dengan penuh tanggung jawab dan berhemah.

Ini semua bagi mengelakkan kakitangan tidak berkecil hati sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan dengan bijaksana.

Oleh kerana itu, beliau berkata apa yang dihadapi beliau ketika berdepan masalah dan mampu menyelesaikannya, keyakinan itulah membuatkan beliau percaya dan mampu menggalas tugas sevagai ketua sekiranya diber peluang oleh masyarakat BTR.

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Seri Hujan menegaskan sebenarnya banyak pembaharuan hendak dibawanya di BTR ini.

Oleh kerana bimbang dikatakan nanti belum 'duduk dah berlunjur' beliau menggariskan beberapa perkara sahaja yang bakal diperkenalkan di bandar elit itu.

Antara perkara paling mustahak sekali ialah beliau mahu membangunkan minda wanita di sana supaya mereka mengubah sikap daripada tidak ambil berat keluarga kepada beri ketamaan kepada keluarga masing-masing.

"Ini penting sekiranya kita hendak melihat anak-anak kita berjaya sama ada sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya, sikap sayangkan keluargalah yang mesti kita utamakan,"ujarnya.

"Kenapa saya kata sikap kasihkan keluarga ni penting kerana disebabkan sayangkan keluarga kita dapat melahirkan anak-!anak berualiti.

"Kalau keluarga masalah sudah tentu anak mereka tidak dapat membesar dengan sempurna dan akhirnya mereka terlibat daldm perkara yang boleh merosakkan diri mereka sendiri," katanya.

Kata beliau Transformasi Nasional (TN) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu perubahan minda rakyat kepada pemikiran lebih positif dan berdaya saing untuk disesuaikan pada masa akan datang.

Justeru itu beliau berkata pemikiran masyarakat di BTR seharusnya seiring dengan idea PM yang mahu melihat setiap rakyat di negara ini mengamalkan sikap tranformasi daripada pelbagai perkara seperti keluarga sihat dan ekonomi pemikiran.

"Negara kita memerlukan rakyatnya sihat. Terutama sekali orang muda-muda kerana orang muda ini bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

"Maaf cakap saya mahu lihat pemimpin negara nanti datangnya dari bandar Tun Razak. Tak kiralah perempuan ataupun lelaki," katanya.