Sabtu, Januari 15, 2011
ALKISAH SEBUAH CERITA
Alkisah ada satu cerita yang berlaku di sebuah negeri di entah berentah. Ada seorang lelaki bernama Kassim mendapat sebuah permit majalah bisnes. Kassim tiada wang mahu terbitkan majalah itu, maka dia temui kawannya Zaki.
Kassim suruh Zaki cari pelabur yang sanggup menerbitkan majalah itu. Maka Zaki teringat kepada kawan lamanya Datuk Rashid. Pagi itu Zaki terus call Datuk Rashid di hadapan Kassim. Datuk Rashid suruh mereka jumpanya lusa untuk bincang mengenai penerbitan majalah bisnes itu.
Sejam kemudian handphone Zaki berbunyi ketika Zaki masih minum dengan Kassim di sebuah restoran berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Datuk Rashid mahu temuinya setengah jam lagi di Jalan Semarak. Zaki dan Kassim bergegas ke sana mencari kafe yang disebut oleh Datuk Rashid.
Puas mencari akhirnya mereka bertemu dengan kafe itu yang bersebelahan dengan sebuah masjid yang sedang dibina. Perbincangan mereka tidak lama. Terus Datuk Rashid sanggup menjadi penerbit dengan beliau mahu memiliki saham 70 peratus, manakala Zaki, Kassim dan seorang lagi Pak Ali mendapat saham 30 peratus.
Bulan depannya Zaki dan Kamri berpindah ke ofis Datuk Rashid untuk menerbitkan majalah sulung mereka.Majalah sulung siap diterbitkan dua bulan kemudian. Sebagai majalah sulung, sudah tentu ada kekurangan.
Datuk Rashid tidak sabar orangnya. Hari ini dia terbit majalah, esok terus mahu iklan bersusun-susun masuk dalam majalah baru itu. Dia tak faham bukan mudah mahu mencari iklan kerana pengiklan mahu lihat majalah dietrbitkan berterusan.
Kecewa dengan mutunya yang kurang memuaskan, Datuk Rashid mengarahkan penerbitan majalah itu ditangguhkan buat sementara kerana beliau nak terbitkan akhbar mingguannya sendiri MINGGUAN PERMATA.
Sepatutnya sudah tiga keluaran majalah bisnes itu diterbitkan tetapi Datuk Rashid tidak fokus. Beliau suruh Zaki siapkan bahan-bahan untuk MINGGUAN PERMATA pula. Akhirnya pada suatu hari ketika mereka lunch, Datuk Rashid beritahu Zaki bahawa dia nak hentikan penerbitan majalah bisnes itu. Kassim sebagai pemilik KDN terkejut dengan tindakan Datuk Rashid.
Mengetahui bahawa Datuk Rashid sudah tidak berminat lagi menerbitkan majalah itu, maka Kassim menyuruh Zaki mencari pelabur baru. Tetapi kali ini Kassim mahu tiga orang lagi, Jalal,Jenab dan Fahmi bersama mereka kerana Jenab telah menemui satu formula marketing majalah itu secara multi-level. Jalal suami Jenab mengajak Fahmi yang sudah ada kepakaran dalam multi-level mencipta satu sistem baru untuk marketing majalh bisnes itu. Di atas kertas memang hebat kerana dalam satu tahun perolehan syarikat ialah RM56 juta.
Jalal membentangkan cadangan itu kepada kawan lamanya seorang kontraktor kelas A yang berjaya. Salleh berminat kerana ia menjana wang. Tetapi Salleh mahu control 51 peratus dan mahu menentukan siapa yang layak berada dalam syarikat baru nanti. Jalal tidak berminat dengan cadangan Salleh itu.
Maka Zaki membawa pelabur baru, Akim untuk berbincang dengan mereka berlima. Zaki mengenali Akim melalui kakak angkatnya, Ita. Maka Akim mahu Ita berada sama dalam syarikat. Zaki mencadangkan supaya ekuti dibahagi tujuh, 14 peratus seorang. Tapi Jalal tak setuju sebaliknya menawarkan Akim dan Kak Ita 20 peratus manakala mereka berlima 16 peratus. Akim bersetuju dengan keputusan miting pada hari pertama.
Dua hari kemudian, mereka miting lagi. Jalal berkata cadangan asal ditukar kembali dengan pelabur Akim sebanyak 15 peratus manakala Jalal, Jenab, Fahmi, kassim dan Zaki 17 peratus. Akim yang mahu keluar wang sebanyak RM20 ribu terkejut dengan perubahan ekuiti ini.
Dua hari selepas itu, mereka bersetuju menandatangani perjanjian untuk memulakan syarikat baru ini. Tapi Akim tidak datang kerana Akim nampak mereka tamak. Hari pertama, 16 peratus. Hari kedua, naik 17 peratus. Yang keluar duit Akim tapi Akim tak boleh sign cek. Kan pelik tu. Bila Akim cadangkan supaya tubuhkan syarikat terlebih dahulu, baru masuk duit dalam akaun syarikat dibantah juga kerana biar duit masuk dalam akaun Jenab. Akim nampak banyak benda yang pelik dan tidak konsisten. kali pertama Akim boleh ambil balik duitnya RM20 ribu dan ekuitinya tidak hilang tetapi hari kedua, bila wangnya RM20 ribu sudah diambil, dia sudah dianggap letak jawatan. keputusan mereka seringkali berubah yang menyebabkan Akim takut melabur.
Inilah akibatnya orang yang tamak. Kassim yang ada permit tapi Jalal yang lebih senduk dari sudu. Sepatutnya Kassim yang demand kerana dia tuan punya permit. Jalal, Fahmi dan Jenab sepatutnya tumpu kepada marketing sahaja sebaliknya semua dia mahu masuk campur, editorial, production. Kassim rasa lega tak jadi bersama Jalal kerana nampak sangat orang luar pula nak menguasai syarikat. Orang lain punya permit, orang lain punya duit, orang lain pula nak control 51 persen. kan itu pelik namanya. Sepatutnya orang yang keluarkan duit yang control syarikat.
Oleh itu bila cari rakan kongsi berhati-hatilah. Jangan sampai ada orang luar, tamak nak kuasai syarikat orang. kalau permit itu dia punya, kalau duit itu dia punya, bolehlah dia control syarikat.
Seperti kata pepatah, orang tamak selalu rugi. Orang dah nak beri duit RM20 ribu, tapi ada pula orang bodoh sombong yang buat syarat buykan-bukan. Jadi pelabur pun takut nak melabur. Ada juga bodoh punya orang.
Langgan:
Catatan (Atom)