Isnin, Februari 20, 2012
MAULUD NABI: BUKAR SEKADAR BERARAK
Setiap tahun kita menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu Maulud Nabi dengan mengadakan perarakan. Kononnya melalui perarakan dapat meningkatkan perpaduan sesama orang Islam.
Sebenarnya perarakan tidak penting, yang penting sejauh mana kita menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan mengamalkan tingkahlaku Baginda. Rasulullah adalah pemimpin yang adil, tidak pilih kasih, tidak pilih bulu, selalu qiyamulail, tidak dendam, pemaaf, tidak marah=marah, tidak panas baran dan sentiasa senyum. jika kita selaku pemimpin di peringkat negeri, daerah, mukim, kampung, rumah dapat mengamalkan sifat Nabi ini maka tercapailah matlamat menyambut Maulud Nabi setipa tahun.
Jika tidak kita sekadar buang masa, buang tenaga berarak sejauh 7km tapi pahala tak dapat kerana berarak semata=mata mahu menang hadiah sebagai pasukan terbaik dalam pertandingan berarak dan bukannya mahu menghayati cara hidup Nabi Muhammad s.a.w. Sepatutnya kita muhasabah diri kita sejauh mana kita ikut cara hidup Nabi. Jika tidak tak ada makna buat perarakan setiap tahun tetapi perangai kita macam babi.
Langgan:
Catatan (Atom)